Tika hati digores, izin aku undur diri...
Thursday, June 28, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga hidup kita dirahmati ALLAH selalu. Sentiasa ceria dan bermuka manis. Banyakkan zikir dan istighfar, moga kita menjadi hamba ALLAH yang selalu dekat dengan-NYA. Yuk!
Seorang teman ada berkongsi rasa. Suaminya hendak menikah satu lagi. Dia rela dalam pasrah, mengambil keputusan untuk mengundur diri.
ALLAH... ALLAH... ALLAH...
Muthiah bukanlah insan yang selayaknya untuk berbicara tentang ini. Muthiah kurang pengalaman... kurang serba-serbi... kurang dan kurang namun Muthiah tetap mahukan sang teman sentiasa bahagia dalam kehidupannya. Moga ALLAH merahmati. Moga ALLAH memelihara diri.
Wahai teman, si isteri solehah... Muthiah sayang kamu kerana ALLAH <3
- Moga sang teman, si isteri solehah sabar dan sabar... dan sabar. Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar.
- Moga sang teman, si isteri solehah membuat keputusan yang terbaik untuk diri, juga keluarga.
- Moga sang teman, si isteri solehah diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. ALLAH dekat, lebih hampir dari urat merihmu, sayang.
- Moga sang teman, si isteri solehah dikurnia ketabahan oleh ALLAH untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku ini.
- Moga sang teman, si isteri solehah terus akrab dengan ALLAH... merintih, merayu mendambakan kedamaian dan ketenangan daripada-NYA.
Teringat Muthiah pada kisah Hajar dalam Air Mata Siti Hajar...
Hajar mahu jadi isteri solehah. Dia ingin jadi yang terbaik buat sang suami. Segala kekurangan si lelaki, diterima dengan redha. Hajar sanggup bersabar tatkala dihina, dipandang serong dan dikeji adik iparnya. Lebih parah, apabila suami meragui dirinya dek onar yang dibuat sang adik. Kasihnya pada suami mengatasi kesedihan yang dialami.
Namun satu hari Hajar diuji..
Kehadiran Sarah telah mengubah segalanya. Hajar tidak sanggup berpoligami. Bukan menidakkan sunnah Nabi tetapi dia tidak mampu... tidak berdaya untuk mendepaninya sendiri. Hajar tidak cukup kuat untuk itu.
Berkata Aisyah, teman baik Hajar, "Dulu, Hajar sanggup bertahan dengan Khadijah yang mencaci dan mengeji. Semuanya demi cinta kepada Ibrahim, Hajar mahu jadi isteri solehah. Namun, apabila Ibrahim mahu menikah satu lagi, Hajar tersungkur akhirnya..."
Persoalan; Kerana apa cinta Hajar? Adakah kerana kasih kepada Ibrahim yang bergelar suami semata-mata sampai Hajar sanggup bertahan atau kerana ALLAH?
Sedang hidup mati ini hanyalah untuk ALLAH...
Hajar hanyalah manusia biasa yang banyak khilaf... berguni kelemahannya.
.....
Cukup coretan untuk hari ini.
Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia
mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), "Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan orang-orang sebelum kami. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami
apa yang tidak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan
rahmatilah kami. ENGKAU-lah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang
kafir." (al-Baqarah, 2:286)
Muthiah : ......