Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Jom beli buku :)

Alhamdulillah...


Dapat memegang sendiri buku baharu Muthiah yang sudah pun berada di pasaran. Sahabat-sahabat hendak membuat pembelian terus dengan Muthiah pun... boleh. Usah segan silu e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com.


Dia Diktator Hatiku...

Siapa sangka, benci boleh bertukar menjadi cinta. Celupar dan mulut puaka bukan bererti tidak mengambil berat. Kalau sudah ditetapkan oleh-NYA, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga.

ZAHIN - "Bahan dah cukup? Editing dah siap? Awak pun tahu kita semua sedang mengejar deadline. Tak boleh sambil lewa. Tak boleh main-main. Tak boleh mengelamun teringatkan pakwe!

Sumayyah membenci Zahin sepenuh hati. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Dia ingat, dia seorang saja yang stres mengejar deadline? Semua editor dan pereka grafik pun tertekan jugak!

Dalam diam, hati Zahin sebenarnya menyimpan rasa. Gelodak cinta yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mampukah Sumayyah membalas perasaan itu sedangkan dia begitu benci dengan Zahin yang sentiasa serius setiap jam, minit, saat dan hidup matinya hanya memikirkan kerja? Memang dasar DIKTATOR! Hanya deadline, deadline, deadline!



Eh, buku lama pun ada. Yuk dapatkan di toko buku berhampiran atau beli terus dengan Muthiah. 

Terima kasih daun keladi...

Dia Diktator Hatiku...


:) 

Menanti Januari dengan penuh sabar dan suka hati.

Operasi bulan madu - Aini Marisha.
Mas Kahwinku 22.50 - Zan Zarida Mohd Nasir
Dia Diktator Hatiku - Nazihatul Hanan/ Nurliza Mohd Nasir.
Cinta Kuasa Tinggi - SayleMoon HazelLin AzleyaShadzalin.

Yuk, dapatkan di pasaran nanti.

Nota : Boleh PM untuk tempahan awal (Dia Diktator Hatiku) ♥

Pejam celik, pejam celik

Karya Siti Muthiah...


Alhamdulillah.


Boleh dapatkan di pasaran. Boleh juga dapatkan dengan Muthiah. Berminat? Boleh e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com @ WhatsApp Muthiah. Terima kasih.

Nota : Buku yang ada dalam stok Muthiah - Mencari Naurah; Ayah, Amir nak jadi doktor!, Air Mata Siti Hajar dan Powerpuff Girls Mama. Buku lain... bagi yang berminat, perlu pre-order dahulu ya. Terima kasih atas sokongan, kasih sayang dan doa yang baik-baik :)
Labels: 0 comments | | edit post

Ekspo Kelantan 2013


Tarikh : 15 - 17 Mac 2013
Tempat : Perkarangan Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
Masa : 10.00 pagi - 12.00 malam
Labels: 0 comments | | edit post

JOM KE KARNIVAL KARANGKRAF


Lokasi : Kompleks Karangkraf, Shah Alam
Tarikh : 1 - 3 Februari 2013
Masa : 9.00 pagi - 7.00 petang.

 Jom datang beramai-ramai. Masuk adalah percuma.

Sesi temu mesra dengan penulis pun ada.

Bersama ATM.

Sembang Buku : Dunia Tempat Berpenat, Akhirat Tempat Berehat.

 Bicara Cinta : Cinta Fitrah, Cinta Fitnah 

Demo sulaman reben bersama Suzana Mustafa

Sesi motivasi bersama En. Mohd Rafi Jalaluddin

Sembang Buku : Karya cerdik, indie atau RM?

Yuk, jangan lepaskan peluang untuk menyertai karnival ini!
Labels: 2 comments | | edit post

Carta buku

Alhamdulillah...

Sekadar ingin berkongsi berita gembira Muthiah dengan sahabat-sahabat yang selalu bertandang di sini. Kesudian kalian datang ke teratak Muthiah amatlah dihargai. Muthiah doakan yang terbaik buat semua, insya-ALLAH.



Dua buku Muthiah, Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama tersenarai dalam jualan buku terlaris (remaja dan kanak-kanak) Buku Prima untuk bulan Disember 2012. Kawan Baru FB berada di tangga ke lima manakala Powerpuff Girls Mama pula berada di tempat yang ke lapan. Terima kepada semua yang telah mendapatkan buku-buku Muthiah.  Bagi yang belum ada, bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh beli sendiri dengan Muthiah.

Ayah, Amir nak masuk U! (Berita Harian)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? 

Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menghirup udara segar-NYA... dapat melihat keindahan alam ciptaan-NYA... bisa mendengar bunyi-bunyian yang menarik. Oh, alangkah indah hidup ini. Bukan itu sahaja, kita semua dapat berkasih sayang kerana-NYA.

Alhamdulillah. Target yang Muthiah rancang telah terlaksana. Maka, dapatlah mengemas rumah (untuk perpindahan dengan senang hati). Ya! Seperti yang Muthiah katakan semalam.

ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU.

Boleh jadi sesuatu itu kita suka, tetapi tidak baik untuk diri kita. Boleh jadi sesuatu itu kita benci, tetapi paling baik untuk diri kita. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui. (2:216)

Muthiah tidak lama ni. Selepas ini, hendak packing... juga bersiap sedia menerima kehadiran tetamu yang istimewa di rumah. Suami pula, akan berjumpa dengan insan-insan  istimewa di Kuala Lumpur. Doakan perjalanan mereka, insan-insan yang Muthiah cintai ini ya.

Jeng jeng jeng...

Pagi tadi, mendapat e-mel yang menggembirakan lagi. Tidak lain dan tidak bukan, daripada sahabat Muthiah, Sdr. Helmi. Moga ALLAH merahmati beliau, juga memakbul segala doa beliau, insya-ALLAH, Amin.


Buku remaja Muthiah mendapat ulasan di Berita Harian. Untuk pengetahuan semua, buku ini diterbitkan pada penghujung tahun 2010. Sambungan buku ini berjudul Ayah, Amir nak jadi doktor! Bagi sesiapa yang ingin mendapatkannya, boleh hubungi Buku Prima (sebab Muthiah kira sudah tidak ada dijual di kedai-kedai buku tetapi cubalah tengok ya. Manalah tahu). Selain itu, boleh juga dapatkan dengan Muthiah - xpdcsolehah99@gmail.com. Ada sebuah sahaja lagi. 

Moga sahabat-sahabat semua sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan. 
Moga ukhwah yang terjalin antara kita bersemi sampai syurga.

Okey. Masa untuk packing barang. Yosh!

Muthiah : Tidak mahu berputus asa, insya-ALLAH.

Jualan Gudang Karangkraf 30/11-2/12/2012

Assalammualaikum. Selamat petang. Lewat kemaskini blog hari ini. Hukhuk... Pagi tadi, layan Bunohan. Kemudian, mulalah kelam-kabut mengejar target sendiri.



Cakap pasal Bunohan, dari sisi pandangan Muthiah yang tidak reti selok-belok seni lakonan ini :

  1. Rata-rata pelakon berjaya melakonkan watak dengan baik.
  2. Persekitaran pun okey.
  3. Jalan cerita awal, boleh tahan.
  4. Satu sahaja yang Muthiah tidak berkenan (atau boleh kata tertanya-tanya sendiri)... 
  • Apa jadi pada Adi? Kesudahannya, mati macam tu ke?
  • Ilham pun mati macam tu saja?
  • Apa terjadi kepada si pembunuh Ilham?
  • Bakar? Senang-senang dapat tanah tu?
  • Siapa Mek Yah dan budak kecil dengan Mek Yah tu?
  • Semangat apa?
Hmm... mungkin Muthiah kena tonton lagi bagi memahamkan jalan cerita.

Okey... masa untuk masak tetapi sebelum itu...



MARI MARI MARI




Diskaun buku, novel dan majalah sehingga 80%. Ada novel yang dijual dengan harga RM3 dan RM5. Paling istimewa, anda akan mendapat Pakej Buku Istimewa. Penulis-penulis pun ramai yang turun padang. Jadi, apa tunggu lagi? 



Jom ke #JualanGudangKarangkraf pada 30 Nov - 2 Dis 2012 bermula 9.00 pagi hingga 7.00 malam.


Lokasi???





Buat peminat novel...



Resipi pun ada...





Apa lagi? Buku umum...





Lagi... Buku kanak-kanak..

Wah! Lagi... lagi... Buku remaja.

Seronoknya! Bukan itu sahaja. Buku Kisah Nabi, Siri Teladan Bestari dan Buku Mewarna pun boleh didapati di sana.
Kena pergi ni. Mesti!

Ada lagi tak? Ada... Jeng jeng jeng...


Buku-buku Muthiah. Jemput dapatkan juga di sana ya. Terima kasih... terima kasih.

Mood ~ Alhamdulillah, GUMBIRA.
Labels: 4 comments | | edit post

Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10!

Alhamdulillah.

Berita gembira lagi. Buku remaja Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10 Novel Remaja Teen@Prima.


Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada semua terutama En. Suami dan ahli keluarga tercinta. 

Sungguh! Sedikit sebanyak,  Muthiah termotivasi. 

Sebenarnya, ada unsur-unsur down dalam diri sebab apa yang Muthiah harapkan untuk tahun ini (dalam karier penulisan Muthiah) belum menampakkan tanda untuk direalisasi. Namun setelah bermuhasabah, Muthiah renung kembali...

  • Percaya! ALLAH lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita ~ Perkara yang kita rasa baik, tidak semestinya baik untuk kita (begitulah sebaliknya).
  • Lihatlah kepada nikmat dan banyakkan kejayaan yang ALLAH bagi, usah menumpu pada sesuatu yang belum kita kecapi ~ Apabila kamu bersyukur, ALLAH akan menambah nikmat buatmu dan bilamana kamu kufur, sesungguhnya seksaan ALLAH amat keras.
  • Buat diri... usah sekali-kali berputus asa. Tempuhi ujian yang pelbagai ini dengan keyakinan bahawa diri kita sama sekali tidak sendiri ~ ALLAH dekat, lebih hampir daripada urat merih kita.
Justeru...
  • Jom usaha!
  • Minta dengan ALLAH tanpa putus asa. Dalam masa yang sama, perlu taat pada perintah-NYA.
Okey, beransur dahulu. Ada urusan sekejap. Assalammualaikum.

Kawan Baru FB tersenarai dalam tempahan paling banyak di kedai!

Alhamdulillah...

Kawan Baru FB tersenarai dalam tempahan paling banyak daripada kedai buku untuk bulan ini. Jadi, yuk....


Dapatkan Kawan Baru FB untuk anak-anak, adik-adik, kawan-kawan di kedai berhampiran anda (moga-moga ada). Sekiranya tidak ada, boleh e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com. Moga kan mendapat manfaat daripadanya :)

Kawan Baru FB

Assalammualaikum dan salam sejahtera ^____^

Alhamdulillah. Jeng jeng jeng, akhirnya…


Buku berjudul Kawan baru FB untuk kanak-kanak, terbitan Buku Prima sudah pun berada di pasaran. Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada suami, papa (Mohd Nasir), mama (Rusni Hasan), ayoh (Rozi Ma), ma (Azmah Ab Rahman), adik-beradik yang Muthiah cintai serta semua yang banyak menyokong Muthiah selama ini. Tidak lupa juga kepada editor-editor Buku Prima, khususnya Ecah Siti Aisyah serta semua yang terlibat dalam penerbitan, promosi dan jualan buku ini. Anda memang yang terbaik!

SAYANG kamu, insya-ALLAH.

Di samping itu, setinggi-tinggi tahniah juga Muthiah ucapkan kepada rakan-rakan penulis yang turut menulis dalam buku ini; Kak Lynn Dayana, Kak Laila Kamilia, Kak ZakiahAbd Ghafar serta Kak CikYam Elias Maryam Elias.

Yuk, dapatkan segera di pasaran. Ehe… boleh juga dapatkan dengan Muthiah :) Order jangan tidak order. Boleh e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com. Bagi yang tinggal di sekitar Ipoh atau kebetulan datang Ipoh, boleh beli by hand. Hahaha... jimat kos pos :)

Kawan baru FB


Tahniah, Kak LynnDayana ^^
Serba boleh… itulah yang boleh Hanan kata tentang empunya diri ini. Moga tabah mengharungi ujian-NYA. ALLAH cinta… DIA menduga.

Buku-buku lain Lynn Dayana dengan Grup Buku Karangkraf :
  1. Jikabenar cinta, Alaf21
  2. Hakcinta terpelihara, Alaf21
  3. Tarikhluput cinta, Alaf21
  4. Juaracarta cinta, Alaf21
  5. Kisyahbudak junior masterchef (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  6. Cintaedisi terhad, Alaf21
  7. Cinta perisa dia, Alaf21
  8. Tolonglahjangan hukum dia (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  9. Antologi Jiwa Kacau
  10. Demam Aishiteru, Buku Prima
Sinopsis

Lagu hati Sefia : Jadi penyanyi kan bagus? Popular, kaya dan berjaya! Itu mimpi Sefia. Bila tragedi melanda dan Sefia kelam kabut mana satu alif, mana satu ba dan hilang huruf ta, Sefia sedar dari leka. Hafal lirik itu membuang masa. Baca Al-Quran lebih banyak afdalnya.

Sesat Dalam Terang : Kembar Hanif dan Hanani yang berbeza tingkah. Hanif mahu cepat saja. Suka tergesa-gesa. Masuk ke dalam hutan, mereka sesat dalam terang. Mujur ada Hanani yang pulang mendapatkan bantuan. Hanif belajar makna merendah diri dan berfikir dengan logik.

Kuasa Kerepek : Yalah, dia anak orang miskin. Emak menjual kerepek saja. Hari Guru, Arman diketawakan. Pelajar lain beri hadiah mahal, dia beri kerepek saja. Namun dengan kuasa kerepek itulah dia menyelamatkan kawan sekelasnya yang kemalangan jalanraya. Kawan yang tadinya sombong jadi malu.


Tahniah, Kak LailaKamilia
^___^ Moga Kak Laila terus sukses dalam lapangan ini, insya-ALLAH… amin.

Buku-buku lain Laila Kamilia dengan Grup Buku Karangkraf :
  1. Lakarankasih, Alaf21
  2. Cintapandang kedua, Alaf21
  3. Saatkau hadir, Alaf21
Sinopsis

Neptun perlukan raja : Indahnya kalau Teluk Intan tiba-tiba jadi pulau berais. Sejuk, nyaman dan putih bersalji. Tak perlulah bosan duduk di depan TV semata-mata kerana matahari tegak di kepala membahang dengan suhu mak ai, berpinau mata. Suatu hari impian Amsyar Daniel menjadi kenyataan! Peluang menjadi Raja kepada Planet Neptune datang sekelip mata. Aha! Mari kita kongsikan pengalaman beliau mentadbir planet berais.

Hakimy hilang PSP : Hobi Hakimy main PSP. Diusung ke sana ke sini hingga hobi bertukar obsesi. Pesan mama jangan bawa PSP keluar dari rumah tapi kalau sudah namanya obsesi, diam-diam PSP dibawa tanpa mama sedari. Janjinya hanya mahu main sekejap sampai tahap yang diingini. Tapi bila sakit perut, fikiran yang waras sudah tidak boleh fikir apa-apa lagi. Cari tandaslah nak ke mana lagi? Tapi PSP? Oh! Ini cerita seorang budak lelaki yang terpaksa membayar sebuah pengalaman dengan harga yang tinggi. 

Kawan baru FB : Mila seorang kanak-kanak yang baru belajar menutup aurat. Sekalipun hanya anak penjual kuih, dia juga tidak mahu ketinggalan dalam dunia Facebook. Bertuahlah kerana bapanya seorang juruteknik komputer yang berfikiran terbuka. Jadi bila ayah beri lampu hijau membuka akaun FB, kerjanya asyik melayan FB hingga karipap digoreng jadi hangus. Hari-hari kerjanya menanya bilangan 'friend' yang ada di FB dengan kawan-kawan sekelas. Masing-masing berlumba siapa punya 'friend' teramai. Satu kejadian membuatkan semua kawan-kawan Mila mula takut dengan dunia FB. Hey! Kejutan dari teman FB menyedarkan Mila apakah nilai persahabatan sebenar.


Tahniah, Kak CikYam Elias Maryam Elyas.
Ehe. Baru mengenalinya. Salam ukhwah, kak. Moga ikatan ini akan lestari selamanya, insya-ALLAH.

Sinopsis

Akibat lupa kawan : Rozi dan Raihana berkawan baik. Semuanya berubah dengan kehadiran Faridah. Rozi semakin rapat dengan Faridah dan Raihana terpinggir. Akhirnya Rozi mulai sedar tindakannya itu tidak elok dan mereka gembira berkawan bertiga.

Oh, Maria! : Maria ialah anak yatim piatu. Kematian Tok Samad akibat dipatuk ular membuatkan Maria semakin sedih. Kegembiraan mulai terpancar apabila Mak Intan dan Pak Ibrahim mengambilnya sebagai anak angkat.

Tragedi tali air : Kejadian Fikri hanyut di tali air menjadi pengajaran kepada Puan Tina supaya lebih bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja.


Ehe. It's me! Alhamdulillah. Semuanya terlaksana dengan izin ALLAH. Juga... sokongan daripada suami (sayang kamu ketat-ketat) dan mereka yang mengasihi Muthiah.

Sinopsis

Balqis dan Tina : Walaupun kembar seiras, Balqis dan Tina sering sahaja berkelahi. Macam anjing dengan kucing, tidak boleh duduk bersama. Ada sahaja yang tidak kena sampai pening kepala Puan Zaharah dibuatnya. Satu hari, Puan Zaharah membawa Balqis dan Tina ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun tanpa disangka, Balqis telah hilang!

Kakak, Adik keluar angin! : Izzah hendak menunaikan Solat Zohor secara berjemaah dengan kakaknya tetapi Ifaf pula mahu tengok cerita kartun. Aduhai, keduanya saling menyalahkan antara satu sama lain. Ifaf marahkan Izzah yang ambil wuduk sampai lencun bajunya. Manakala, Izzah pula salahkan Ifaf kerana melengahkan solat. Puan Zaiton menasihati mereka agar tidak bermasam muka sesama adik-beradik.

Mimpi ngeri Daniel : Daniel sangat suka tengok cerita kartun sampai tidak mahu ke mana-mana. Baik bermain dengan kawan-kawannya di padang mahupun mengikut mami dan abahnya ke pasar. Daniel lebih senang duduk di hadapan TV, pagi petang siang malam. Satu malam, Daniel telah bermimpi dikejar pak cik-pak cik Casper yang jahat. Daniel insaf dan berjanji tidak melawan cakap mami dan abahnya lagi. 


Lama tidak bertemu dengan kakanda yang seorang ini. Tahniah, Kak Zakiah. Sebab dapat 'baby' dan baby baharu. Moga ALLAH merahmati :)

Buku-buku lain Zakiah Abd Ghaffar dengan Grup Buku Karangkraf:
  1. Riang ria Almira, Buku Prima
  2. Ella gadis pencegah maksiat (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  3. Gadis contact lens (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  4. Beg toing-toing untuk Zaira, Buku Prima
Panjang sudah coretan Muthiah. Bagi sesiapa yang berminat, usah segan silu untuk mendapatkannya di mana-mana kedai buku berhampiran atau… dengan Muthiah pun adow :) 





Karnival Buku Karangkraf

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan kesyukuran atas nikmat TUHAN.


Ini adalah majlis julung-julung kali diadakan khusus untuk semua penulis Grup Buku Karangkraf dan peminat buku. Festival ini adalah perhimpunan besar-besaran penulis, pengkarya kreatif seperti penggiat drama dan filem, pensyarah, pengkritik, penulis skrip serta aktivis dunia buku. Ada majlis Sembang Buku, Bedah Karya, Wacana Buku dan banyak lagi aktiviti bermanfaat. Promosi besar-besaran adalah dituntut ;)

Insya-ALLAH, Muthiah akan turut serta. Jumpa di sana ♥ ♥ ♥
Labels: 0 comments | | edit post

Jom borong buku lagi ^^

Assalammualaikum ^_____^

Masanya telah tiba! JOM KE FIESTA BUKU :




Tempat : Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Tarikh : 2 - 4 Disember 2011
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang

Dapatkan pelbagai judul buku serta novel dengan harga diskaun sehingga 70%

Ehe. Ayuh, dapatkan karya Muthiah di sana ->


Muthiah : Hmm...
Labels: 0 comments | | edit post

Pengumuman pembelian buku GBK


PENGUMUMAN penting kepada pelanggan-pelanggan yang melanggan buku-buku Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari (Grup Buku Karangkraf ) secara pos dan online.

Mulai 1hb Oktober 2011, langganan Grup Buku Karangkraf akan diambil alih oleh Karangkraf Mall.

Berikut merupakan butiran yang perlu anda tahu:

Alamat surat menyurat:

Karangkraf Mall Sdn Bhd
Unit Langganan
P/S 7041 Pejabat Pos Besar Shah Alam
40700 Shah Alam
Selangor

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan langganan sila hubungi:
Tel: 03 5101 7480/7481/7478
HP: 019 3310102
Faks: 03 5101 7483
Website: mall.karangkraf.com

Nama Akaun: Karangkraf Mall Sdn Bhd
No. Akaun: 0142 7120 4204 (Maybank)

Info disampaikan oleh Pn. Sa'adiah Mohamad, editor Alaf 21 pada 24/09/2011 ^^
Labels: 0 comments | | edit post

Merah Cinta Kita ....

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Hari ini... jeng jeng jeng... Muthiah mahu mempromosi buku yang insya-ALLAH sedang hangat di pasaran.


Yuk ^______^

Merah Cinta Kita

Siri Merah Cinta Kita merupakan himpunan novelet yang pasti adik-adik enjoy! Siri ini memaparkan kisah pelbagai konflik yang dialami gadis remaja masa kini. Setiap buku dalam siri ini adalah sangat istimewa kerana mempunyai 5 buah novelet, kesemua muka suratnya berwarna-warni dan mempunyai ilustrasi yang sangat menarik! Pastikan adik-adik mengumpul kesemua buku dalam siri ini. Semoga enjoy membaca!

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ^____^

Muthiah ucapkan kepada rakan-rakan penulis....

Jom kenal.... jom terjah mereka (Ehe... jangan marah)






6- En. Mohd Zahar <- Maaf. Muthiah tidak pasti siapakah gerangan penulis ini. Hahaha... Sudah menambah seseorang yang bernama ini di Facebook namun mungkin tersalah orang kerana belum diterima sebagai teman. Aduh! Malu-malu...

7- CikPuan Julie Jasmin <- Maaf. Muthiah tidak temui di Facebook. Jumpa nanti, Muthiah tambahkan di sini, insya-ALLAH.


9- Asnidar Shafie

10- Puan Iris Ixora

11- CikPuan Cahaya Izzati

12- Tuan Hazrul Hafizi

Nota : Bagi yang tidak tercatat link blog, bermakna -> Muthiah tidak jumpa. Hua hua hua..

Moga... kita semua akan terus sukses dalam apa jua yang kita lakukan. Dalam masa yang sama, moga kita kan sukses juga dalam keperibadian diri. Insya-ALLAH, kita mampu jadi yang terbaik!

Muthiah : ^_____^ Sabar menanti kemunculan karya baru sendiri ;)
Labels: 4 comments | | edit post

Jom dapatkan novel remaja T___T

Assalammualaikum. Apa khabar? Ehe. Semalam tidak sempat mengemaskini blog. Hari ini pun sama. Muthiah agak sibuk sebenarnya. Hendak menyiapkan sesuatu. Maklumlah, bercuti lama dan banyak kerja menanti. Ewah-ewah. Macam kerja bank pula T____T

Jom... dapatkan novel remaja ini di pasaran. Tahniah, Buku Prima (")


Ehe. Sudah baca Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!? Moga kan mendapat manfaat daripadanya ^_^
Labels: 0 comments | | edit post

Jom baca novel remaja (")

Assalammualaikum T______T

Ayuh dapatkan novel remaja ini di pasaran sekarang. Insya-ALLAH, banyak manfaat kan boleh diperoleh daripadanya (")


Jom baca ^____^




4- Teori Aidil - Kusyi Hirdan

5- Misteri di sebalik lukisan - Zaifuzaman Ahmad

6- Misteri di satu penculikan - Zaifuzaman Ahmad

7- Misteri muzium puaka - Zaifuzaman Ahmad

Selamat menambah ilmu di dada ^_______^
Labels: 2 comments | | edit post

Mini Karnival Karangkraf, Sungai Petani

Mini Karnival Karangkraf muncul di Sungai Petani pula T________T

*** Jeng jeng jeng ***

(klik gambar untuk perbesarkan)

Ayuh, orang Kedah... Perlis dan Pulau Pinang. Sama-sama kita memeriahkan
Mini Karnival Karangkraf
yang akan ...

Tarikh : 10, 11 dan 12 Jun 2011
Masa : 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat : Dataran Jam Besar, Sungai Petani

Jangan lepaskan peluang untuk ...

  • Temui penulis kegemaran anda di sana. Siapa? Tunggukan pengumumannya!
  • Dapatkan buku-buku Grup Buku Karangkraf yang insya-ALLAH tidak mengecewakan.
  • Memenangi cabutan bertuah (~_^) dan banyak lagi!
Ehe. SENYUM...
Labels: 4 comments | | edit post

Jom sertai cabutan bertuah ;)

Jangan lepaskan peluang ini. Manalah kita tahu. Kitalah yang BERTUAH itu ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Aktiviti Grup Buku Karangkraf di PBAKL

Assalammualaikum. Maaf jika gambar terlalu kecil Cubalah klik mana-mana. Mesti boleh baca. Ayuh. Sama-sama kita meriahkannya ;)


Sila klik untuk besarkan gambar ;)
Labels: 0 comments | | edit post