Buntu? Kembali kepada-NYA

Assalammualaikum. Apa khabar? Masih di pejabat? Muthiah... Alhamdulillah, sudah di rumah (Padahal, memang bekerja di rumah). Agak lewat mengemaskini blog hari ini. Sedikit sibuk (Macam orang lain juga. Ngeh ngeh).

Pagi tadi, mendapat e-mel daripada Puan K. Beliau meminta Muthiah memberi beberapa judul cadangan untuk buku. Jadi paginya, Muthiah tidak membuat kerja pengeditan untuk manuskrip MJB. Muthiah menghantar cadangan yang diminta sebelum jam 1.00 petang. Beres!

Muthiah mengambung kerja pengeditan sekitar jam 2.30 petang. Mahu masuk pejabat awal. Ada orang minta ditemani. Fokus punya fokus...

Dapat e-mel daripada Puan M pula. Beliau meminta Muthiah membuat beberapa perkara. Hati? Alhamdulillah. ALLAH melorong jalan mempertingkat karier. Dalam masa yang sama, 'kepeningan' juga.

Target MJB sampai pertengahan bulan 12. Selepas itu, Muthiah ada perancangan lain dengan adik lelaki. Dalam masa yang sama, Puan M mahu segera perkara yang diminta itu.  Dengan Puan K, macam mana?


Gambar hiasan
GELABAH? 

Ya. Muthiah buntu. Tidak tahu, mana yang mahu didahulukan. Khuatir yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula. 

NAMUN!

Dalam masa yang sama, Muthiah perlu menggunakan peluang yang ada sebaiknya. Cuba berlaku adil pada karya dan diri sendiri. Paling penting, berusaha sungguh-sungguh menghasilkan yang terbaik, insya-ALLAH. Doakan ya.

JADI, MACAM MANA?

1- MJB
2- HSBN
3- NKMM
4- BKK

PERSOALAN...

Bagaimana hendak menyusun masa?

Hmm...

Terdetik di dalam hati. Semakin banyak kerja, semakin itu perlu akrab dengan PENCIPTA. Siapa kita hendak membuat itu semua, tanpa pertolongan DIA? Maka, mahu tidak mahu... hendak tidak hendak... 

Mintalah...
Kembalilah...
Mendekatkan...

Hanya dengan nusrah-NYA, segala perancangan dapat terlaksana. Dalam masa yang sama, perlu diingat juga. Kita merancang, DIA juga merancang. ALLAH jua sebaik-baik Perancang. 

(Begitu juga halnya sekiranya kita punya banyak masalah, sedih, buntu, hilang arah dll... kita perlu kembali kepada ALLAH dan yakini bahawa kita tidak sama sekali sendirian)

Setelah Muthiah renung-renung kembali...

Hidup kita... mesti selalu dekat dengan DIA.

  • Jaga solat.
  • Banyakkan berdoa.
  • Jaga hubungan dengan ALLAH.
  • Jaga hubungan dengan alam (selain daripada ALLAH).
  • Tidak sekali-kali berputus asa atau putus harap terhadap-NYA.

Yosh! Kita tidak sendirian.

Moga-moga, segala urusan sahabat-sahabat Muthiah juga dipermudah ALLAH. 

Okey. Sudah jam 6.30 petang. Kerja-kerja juga! Deadline, deadline juga. Masak jangan dilupa. Huhahaha...

Jualan Gudang Karangkraf 30/11-2/12/2012

Assalammualaikum. Selamat petang. Lewat kemaskini blog hari ini. Hukhuk... Pagi tadi, layan Bunohan. Kemudian, mulalah kelam-kabut mengejar target sendiri.



Cakap pasal Bunohan, dari sisi pandangan Muthiah yang tidak reti selok-belok seni lakonan ini :

  1. Rata-rata pelakon berjaya melakonkan watak dengan baik.
  2. Persekitaran pun okey.
  3. Jalan cerita awal, boleh tahan.
  4. Satu sahaja yang Muthiah tidak berkenan (atau boleh kata tertanya-tanya sendiri)... 
  • Apa jadi pada Adi? Kesudahannya, mati macam tu ke?
  • Ilham pun mati macam tu saja?
  • Apa terjadi kepada si pembunuh Ilham?
  • Bakar? Senang-senang dapat tanah tu?
  • Siapa Mek Yah dan budak kecil dengan Mek Yah tu?
  • Semangat apa?
Hmm... mungkin Muthiah kena tonton lagi bagi memahamkan jalan cerita.

Okey... masa untuk masak tetapi sebelum itu...



MARI MARI MARI




Diskaun buku, novel dan majalah sehingga 80%. Ada novel yang dijual dengan harga RM3 dan RM5. Paling istimewa, anda akan mendapat Pakej Buku Istimewa. Penulis-penulis pun ramai yang turun padang. Jadi, apa tunggu lagi? 



Jom ke #JualanGudangKarangkraf pada 30 Nov - 2 Dis 2012 bermula 9.00 pagi hingga 7.00 malam.


Lokasi???





Buat peminat novel...



Resipi pun ada...





Apa lagi? Buku umum...





Lagi... Buku kanak-kanak..

Wah! Lagi... lagi... Buku remaja.

Seronoknya! Bukan itu sahaja. Buku Kisah Nabi, Siri Teladan Bestari dan Buku Mewarna pun boleh didapati di sana.
Kena pergi ni. Mesti!

Ada lagi tak? Ada... Jeng jeng jeng...


Buku-buku Muthiah. Jemput dapatkan juga di sana ya. Terima kasih... terima kasih.

Mood ~ Alhamdulillah, GUMBIRA.
Labels: 4 comments | |