Showing posts with label Amir nak jadi doktor. Show all posts
Showing posts with label Amir nak jadi doktor. Show all posts

Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10!

Alhamdulillah.

Berita gembira lagi. Buku remaja Ayah, Amir nak jadi doktor! tersenarai dalam Top 10 Novel Remaja Teen@Prima.


Terima kasih yang tidak terhingga Muthiah ucapkan kepada semua terutama En. Suami dan ahli keluarga tercinta. 

Sungguh! Sedikit sebanyak,  Muthiah termotivasi. 

Sebenarnya, ada unsur-unsur down dalam diri sebab apa yang Muthiah harapkan untuk tahun ini (dalam karier penulisan Muthiah) belum menampakkan tanda untuk direalisasi. Namun setelah bermuhasabah, Muthiah renung kembali...

  • Percaya! ALLAH lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita ~ Perkara yang kita rasa baik, tidak semestinya baik untuk kita (begitulah sebaliknya).
  • Lihatlah kepada nikmat dan banyakkan kejayaan yang ALLAH bagi, usah menumpu pada sesuatu yang belum kita kecapi ~ Apabila kamu bersyukur, ALLAH akan menambah nikmat buatmu dan bilamana kamu kufur, sesungguhnya seksaan ALLAH amat keras.
  • Buat diri... usah sekali-kali berputus asa. Tempuhi ujian yang pelbagai ini dengan keyakinan bahawa diri kita sama sekali tidak sendiri ~ ALLAH dekat, lebih hampir daripada urat merih kita.
Justeru...
  • Jom usaha!
  • Minta dengan ALLAH tanpa putus asa. Dalam masa yang sama, perlu taat pada perintah-NYA.
Okey, beransur dahulu. Ada urusan sekejap. Assalammualaikum.

Ayah, Amir nak jadi doktor!

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat dan seronok. Seronok sebab dapat berjumpa semula dengan teman lama di KISAS (melalui facebook).

Hmm... Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Novel Muthiah yang ketiga sudah pun berada di pasaran pada pertengahan Januari lalu. Alhamdulillah. Respons dan sambutan yang diterima pun agak menggalakkan (bagi penulis baru seperti Muthiah).

  • Terima kasih kepada semua yang telah pun mendapatkannya.
  • Terima kasih atas doa yang dititipkan.
  • Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Harapan Muthiah... agar novel ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat adik-adik untuk berusaha keras sampai berjaya.

Ya! Muthiah doakan agar adik-adik yang masih belajar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran... juga cemerlang dalam sahsiah dan kehidupan.



Sedikit imbasan tentang Ayah, Amir nak masuk U! ~ Perihal perhubungan seorang anak dengan ayah. Anak yang mahu berjaya tetapi tidak mendapat galakan daripada orang tuanya. Si ayah pula, hakikatnya sangat peka dan prihatin kepada si anak dan keinginannya namun disebabkan oleh desakan hidup, dia dilihat bagai seorang ayah yang tidak sayangkan sang anak... tidak menitik-beratkan pelajarannya... tidak dan tidak. Lagi...

Untuk siri yang kedua (sambungan Ayah, Amir nak masuk U!)... Muthiah menekankan perihal hubungan persahabatan antara Amir, Zaqwan dan Preshnan. Ya! Mereka merupakan sahabat baik yang saling menolong antara satu sama lain. Namun, kehadiran Natasha sedikit sebanyak sudah mengubah segalanya. Amir dianggap perampas oleh Zaqwan yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Natasha. Akibatnya, hubungan yang selama ini baik menjadi renggang. Mujur... pertelingkahan itu tidak lama. Masing-masing sedar dengan kesalahan diri dan kembali bangkit mengejar impian yang sebenar iaitu hendak berjaya dalam pelajaran ;)

Sumari :

  • Keluarga adalah segalanya.
  • Persahabatan yang indah.
  • Antara cinta dan cita-cita.
  • Cabaran hendak berjaya.
Ayuh... dapatkannya di pasaran ;) Insya-ALLAH, ada terselit manfaat di dalamnya.

Muthiah : Suka ;) Senyum :)