Rajin-rajinlah baca buku, ya - Elee Mardiana

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Penulis pilihan Muthiah minggu ini ialah PuanElee Mardiana (EM). Kenalkah sahabat-sahabat dengan Kak Elee? Ada yang mengangguk dan ada juga yang menggeleng. Ayuh... Mari kita kenali Kak Elee dengan lebih dekat. Novel yang dihasilkan beliau... MELETUP, insya-ALAH ^___^


Muthiah : Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Boleh EM, kaitkan dengan diri EM?

EM : Soalan ini sangat-sangat boleh dikaitkan dengan diri Kak Elee. Sejak hidup di negara orang, akak rasa betapa peritnya menjadi 'orang luar'. Walaupun kita punya pengalaman kerja tetapi di sini, akak perlu bermula dari bawah semula. Pengalaman dan pengetahuan akak tidak diterima, kononnya tidak menepati standard mereka. Jadi, mahu tidak mahu, akak terpaksa bekerja sebagai pelayan restoran untuk membantu ekonomi keluarga.

Kemudian, akak memohon kerja sementara di bank dan hospital di sini. Dua minggu dihantar ke sana, dan dua minggu ke sini. Minggu ini kerja malam, dua minggu kemudian kerja siang. Penat tetapi itulah tiket untuk akak menempah kerja tetap di sini. Di Malaysia dah
ulu, hidup akak mudah. Syukur, Alhamdulillah. Akak bermula dari bawah juga tetapi usaha telah memberi peluang kepada akak untuk menjawat jawatan yang ideal. Jadi jangan sia-siakan keistimewaan yang kita peroleh di negara sendiri. Jangan sekali-kali!

Muthiah : Bagaimana EM mencari idea untuk menulis?

EM : Idea selalunya datang dari pengalaman diri sendiri, kawan-kawan dan juga apa yang akak baca, serta tonton. Membaca buku ilmiah, contohnya, boleh memberi idea untuk kita kembangkan dalam fiksyen. Novel fiksyen sekarang tidak boleh ditulis sembaran
gan. Fakta mesti betul supaya tidak ada sesiapa pun mempertikaikannya. Jadi, rajin-rajinlah membaca buku-buku yang penuh dengan ilmu pengetahuan.

Muthiah : Perkara paling seronok dalam hidup EM?

EM : Apabila menemui cita-cita yang sangat sesuai dengan jiwa. Sebelum ini, akak banyak mencuba pelbagai kerja demi mencari kerjaya yang 'satu' itu. Alhamdulillah, akak telah menemuinya dan kini, akak bangga bergelar seorang novelis.

Muthiah : Untuk apa pula EM terlibat dalam penulisan?

EM : Jika orang kata dia menulis semata-mata kerana hobi, dia tipu. Akak menulis kerana semuanya; Hobi, duit dan kebahagiaan diri. Menulis adalah cinta akak.

Muthiah : Boleh EM ceritakan serba sedikit tentang novel yang pernah EM hasilkan?

EM : Novel-novel akak, baik novel dewasa atau novel remaja, berkisar pada kasih sayang dan kese
tiaan pendokong watak 'UTAMA' dengan keluarga serta rakan-rakan karibnya.

Antara novel yang telah dihasilkan oleh EM..

Misteri bomoh ajaib - KarnaDya Publishing
Misteri kelubung putih - KarnaDya Publishing
Misteri wira malam - KarnaDya Publishing
Siri Galaktika I : Azamaris muncul kembali - Buku Prima
Siri Galaktika II : Bertarung dengan Akraba - Buku Prima

Muthiah : Apa yang EM paling tidak suka apabila menjadi public figure ...

EM : Public figure? Hehehe... Akak tidak rasa diri akak ni sebagai public figure, mungkin kerana akak duduk jauh dan belum lagi merasai kehidupan yang Hanan maksudkan itu. Tapi akak bersyukur, kerjaya yang akak pilih ini telah mengizinkan akak berkenalan dengan ramai orang.


Ehe. Perkongsian yang boleh direnungkan bersama. Bagi sesiapa yang hendak mengenali Elee Mardiana dengan lebih dekat, bolehlah berkunjung ke blog serta like page facebook beliau.

Muthiah : Moga Kak Elee akan terus berjaya di dunia dan akhirat ^__^

Marah....

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Nampaknya, agak lama teratak Muthiah ini bersawang. Nasib baik tidak menjadi penempatan tetap sekumpulan labah-labah. Jika tidak, jenuh juga hendak membersihkannya.

Alhamdulillah. Setelah bertungkus-lumus mengejar deadline satu projek, Muthiah akhirnya BERJAYA menyelesaikannya. Setel untuk fasa yang pertama. TAHNIAH diiucapkan kepada diri sendiri. Mode senyum sampai ke telinga =) Doakan agar dipermudahkan oleh-NYA.

Dan sekarang, Muthiah mahu kembali hidup seperti normal. Normal? Tidak normalkah sebelum ini? Huhu... bukan tidak normal tetapi rasa macam hendak tercekik pula. Al-maklumlah.

Hmm... hari ini, Muthiah hendak membebel apa? Entah kenapa, rasa blur seketika. Mungkin dek kerana terlebih luah. Hiiiiiiiiiiiii.... Merapu sahajalah ^^

Jom bicara tentang marah :



1- Pernah marah?
  • Ya.
2- Punca marah?

  • Orang mungkir janji.
  • Orang mengata/ fitnah kita, juga mereka yang kita sayang.
  • Orang lain buat salah, kita yang kena marah. Apa lagi, kita pun marah sekali.
  • Orang hina agama kita atau... ulama-ulama kita.... atau... kampung kita... atau pasukan bola sepak kesayangan kita.
  • Buat kerja secara berkumpulan... kita buat tip top, ada seorang itu, siapkan tugasan sambil lewa. Sakit jiwa!!
  • Cinta dipermainkan. Huh... Sudah dapat madu, sepah dibuang. Jaga kau. Jadi, berwaspadalah wahai, anak dara :]
  • Sudahlah makanan tidak sedap tetapi mahal macam makan di hotel lima bintang. Huh!
  • Dari jam 8.00 pagi, sampai 12.00 tengah hari. Kita masih lagi beratur di sini, tunggu tiba nombor giliran. Kaunter macam banyak. Yang dibuka... hanya dua!
  • Ada seorang perempuan, dengan kita tidak mahu menjadi teman. Dengan suami kita, sudi pula. Ehe. Ada kes sebegini?
  • Lembu punya susu, sapi dapat nama :P
  • Orang stalker profile kita di Facebook. Kemudian, curi pula identiti kita.
  • Anak atau isteri atau orang bawahan yang tidak mendengar kata.
Banyak sebab yang membolehkan kita naik angin. Jika Muthiah hendak tulis satu per satu, sampai ke tahun hadapan pun mungkin tidak habis lagi. Cuma... ayuhlah. Peringatan kepada kita semua, dan diri Muthiah sendiri khususnya...

Marah, marah juga tetapi jangan sampai marah yang bisa membinasakan diri sendiri (juga orang lain). Bak kata pepatah Melayu, "Marahkan nyamuk, kelambu kita bakar."

Jadi...

  • Istighfar apabila marah. Huhu.
  • Tenangkan diri terlebih dahulu. Khuatir. Jika sembur terus, jadi lain pula.
  • Jika sedang berdiri, duduk dulu. Jika sudah duduk, berbaringlah.
  • Ambil wuduk.
  • Bagi orang ketiga, lebih baik diam sahaja apabila nampak sebarang ketegangan. Takut tanpa sedar, kita sebenarnya sedang menjadi batu api.
  • Jika kita marahkan seseorang atas berita yang disampaikan kepada kita, jangan lupa untuk dapatkan KEBENARAN cerita. Manalah tahu. Kita marah pada orang yang salah dan atas berita yang tidak betul.
  • Sabar ....
  • Bagi yang marah sebab menunggu lama, pastikan dalam beg atau di tangan... ada buku untuk dibaca. Sambil menunggu, bolehlah isi masa. Tidak pun, berkenalanlah dengan mak cik yang duduk di sebelah kita.
OK. Sudah hampir masuk waktu. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ini. Jom... kita jaga hati kita... jaga percakapan kita dan jaga tingkahlaku.

^____^

Muthiah : Marah dulu, baru istighfar.
Labels: 0 comments | | edit post

Belajar dari kesilapan


>:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D >:D

Baru menyedari 'kesalahan' yang dilakukan selama ini. Sudahlah yakin semacam, rupa-rupanya silap. Moga yang menyedari pun tidak tergelak sama.

Moral :

~gelak-gelak di atas tidak ada kaitan dengan pengajaran ini~

  • Melakukan sesuatu biarlah dengan ilmu. Tidak tahu.... bertanyalah.
  • Tidak salah melakukan kesalahan (jika tidak tahu/ lupa), namun usahlah melakukan kesalahan berulang.
  • Belajar dan teruslah belajar dalam kehidupan.
  • Beranikan diri untuk membuat eksplorasi. Ehe :o)
  • Buat silap dengan ALLAH - bertaubatlah.
  • Buat silap sesama manusia - carilah kemaafan.
  • Dianiaya - berlapang dadalah. Semudah itu??? Insya-ALLAH. Cuba dan cuba. Mudahlah. Cakap hanya pakai mulut. Hmm... tidak cakap tetapi tulis ^_^
Muthiah : Learning from mistakes.
Labels: 2 comments | | edit post

Bahana FB

Assalammualaikum. Apa khabar iman hari ini? T___T

Baik. Entri hari ini, Muthiah ingin berkongsi kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman melalui Facebook beliau.

Ayuh, kita renungkan bersama ^_^


FB tidak terkawal menjadikan hubungan dan komunikasi lelaki wanita menjadi terlalu mudah dan enteng. Kata-kata biasa bertukar menjadi pujian, lalu gurauan, menjadi mesra-mesraan, bertukar pula kepada syahwat lalu berhubung suara; Rumah tangga mula bergoncang, ada yg bertemu lalu memilih untuk berzina (bukan terlanjur tetapi sengaja) hingga mungkin membunuh anak. Akhirnya lupa bertaubat dan ke neraka! Nauzubillah.

Kata kunci :

  • Kata-kata biasa - Awak asal mana?
  • Bertukar jadi pujian - Awak comellah...
  • Lalu gurauan - Sungguh, kalau saya tipu saya berdosa...
  • Menjadi mesra-mesraan - Awak... awak...

Tanpa sedar, menjurus kepada KEGONCANGAN RUMAH TANGGA...

  • Suami/ isteri mana yang tidak berasa cemburu? Atau senang hati????
  • Suami/ isteri mana yang suka melihat pasangannya bermesra-mesraan dengan ajnabi???

Chewah...

  • Seterusnya, bermulalah ke tahap yang lebih tinggi yakni berhubung suara.
  • Si gadis, tidak berasa malu pula untuk melunakkannya. Cantik rupa dipersia begitu sahaja.
  • Kemudian... Jom jumpa. Alah, belanja minum air sahaja.
  • Oleh sebab ada yang ketiga, terjadilah sesuatu yang dilaknat ALLAH SWT.
TEPUK DADA, TANYA IMAN. KITALAH YANG MEMBUAT PILIHAN...

Moga ALLAH lindungi kita semua daripada segala sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan DIA pada diri kita.

Muthiah : Ya, ALLAH peliharalah aku daripada sesuatu yang ENGKAU murkai.
Labels: 2 comments | | edit post

Hisy... SMS siapa ni???

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat walafiat di samping insan-insan tercinta.

Hmm.. Apakah yang boleh kutulis hari ini? Ehe....

SMS, oh sms...


Persoalan;

  • Dalam sehari, berapa banyakkah kawan-kawan mengirimkan sms? - Jika ikut sen, berapa sen habis?

  • Siapakah penerima sms tersebut? - Mak... ayah... kawan-kawan... kekasih... suami... anak???

  • Apa yang ditulis di dalam sms tersebut? - Sesuatu yang bermanfaat atau lagha???

  • Setiap apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan oleh TUHAN. Bersediakah kita? - Dengan apa yang telah kita kirimkan melalui sms tadi.
^_____________________________^

Oleh sebab sedang ketandusan idea untuk bercorat-coret di sini, Muthiah ingin berkongsi kisah santai yang ...

Buat kita senyum sendiri (Muthiahlah yang senyum)...
Buat kita geleng kepala (entah apa-apa entah Muthiah ini)...
Buat kita hendak hentak kepala di dinding (buang masa sahaja entri ini)...

Apapun, cerita ini hanyalah secebis kisah suka/ lawak dalam alam rumah tangga. Namun, bolehlah difikirkan kembali oleh para isteri...

Begini....

Selain menjadi 'Pengurus Rumah', Muthiah juga berperanan membuang mesej (tidak penting) di telefon bimbit suami. Iyalah. Kadang-kadang, Inbox-nya melebihi seratus. Apabila kita hantar mesej, jadi pending. Hisy. Siapalah yang hantar banyak-banyak mesej ini???

Satu hari, Muthiah pun membuat operasi membuang mesej di telefon bimbit suami. Banyaknya!!! Lebih 150 mesej. Mula-mula, Muthiah semak satu persatu tetapi banyak sangat. Malas dibuatnya.

Oleh sebab Muthiah genius, Muthiah pun pergi ke kotak Conversation. Perkara pertama yang Muthiah buat ialah membuang mesej yang dikirimkan oleh Muthiah sendiri. Hasilnya. Cukup memberangsangkan.

WHAT!!!!!!

Daripada 150 mesej, berbaki bawah 20. Jadi, 130 tu... Muthiahkah yang hantar???? Adoi!!!

Moral daripada cerita di atas:

  • Sebelum kahwin, 50 mesej dikirim buat sang kekasih. Sudah kahwin, bagaimana?
  • Bersangka baiklah kepada suami/ isteri kita. Jika ada yang meragukan, dapatkan kepastian terus. Usah membuat persangkaan sendiri. Nanti, sama-sama yang sakit hati (")
  • Ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu. Cakap mudah. Hendak buat... ALLAH sahaja yang tahu. Jika tidak ikhlas... sematkan dalam hati - AKU IKHLAS -
  • Sentiasalah kita mewujudkan suasana gembira dalam rumah tangga. Duit itu penting bahkan tetapi bukanlah segalanya. (Peringatan buat Muthiah yang kadang-kadang, terfokus kerja sampai lupa pada tanggungjawab yang sebenar selaku seorang isteri).
Okeylah. Muthiah hendak sambung kerja dahulu. Doakan, projek ini siap sebelum waktunya.

Muthiah : Setiap perkataan akan dipertanggungjawab TUHAN. Ya, ALLAH. Ampuni silap dan salahku dalam mengungkap kata.

Sibuk!!!

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Kesihatan baik. Hati pun berasa senang sahaja T___T

Huh! Agak terlewat mengemaskini blog. Alasan yang diberi - S.I.B.U.K. Itulah...

Cakap pasal sibuk, banyak impak positif dan negatif kita dapat peroleh daripadanya. Boleh kita fikirkan bersama?

-SIBUK-


Positif...

  • Menghindari diri daripada melakukan perkara yang sia-sia. Bergosip contohnya.
  • Apabila sibuk, terasa cepat masa berlalu. Tengok-tengok... esok sudah hujung minggu. Hore (")
  • Hendak bercakap pun tidak sempat. Mengumpat dan mengata apatah lagi ^_^
  • Silap hari bulan... menyibukkan diri menyiapkan kerja... dapat kenaikan pangkat/ gaji pula. Rezeki... Bukankah ALLAH tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri berusaha mengubahnya?
  • Bagi penulis yang komited dengan penulisan, semakin sibuk berkarya... semakin itu poket masuk. Tidak banyak... adalah juga :>
  • Sibuk boleh menghilangkan rasa bosan dalam diri.
  • Menyibukkan diri melakukan sesuatu kerana ALLAH, ganjaran pahala disediakan buat diri kita. Bukankah melakukan sesuatu kerana ALLAH itu dikira sebagai satu ibadah?

Negatif...

  • Terlalu sibuk... kadang-kadang boleh mengabaikan kesihatan diri.
  • Silap ari bulan, rumah tangga terabai dan tidak terjaga.
  • Huh! Sibuk sampai tidak dapat bersilaturrahim. Nauzubillah.
  • Jika leka, boleh menjauhkan diri daripada ALLAH. Semuanya dilakukan seadanya. Bukan kerana diri sebagai hamba. Solat... kerana perlu solat. Itu pun solat guna kuasa turbo.
  • Sibuk sih. Tidak sempat mengambil tahu pasal orang sekeliling. Anak jiran didera pun kita tidak perasan.
  • Kerja... kerja... kerja... Lupa sudah segala benda lainnya.

Jadi...

Pesanan buat diri sendiri.

Buat kerja, perlulah bersungguh-sungguh dan berusahalah untuk melakukan yang terbaik. Namun, dalam masa yang sama... usah sampai impak negatif daripada kesibukan itu meresapi diri kita T__T

Muthiah : Moga tidak terlalai kepada-NYA.

Labels: 0 comments | | edit post

Jom hindar...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah, Alhamdulillah. Cuma hati berasa tidak cukup sihat. Moga-moga bukan disebabkan oleh kejauhan dengan TUHAN.

Tidak!!! Muthiah tahu Muthiah bukanlah siapa-siapa tanpa DIA yang maha segalanya.

Hmm... Hari ini, ingin berbicara tentang apa? Maaf... Muthiah masih tidak punya kesempatan untuk menulis panjang. Doakan. Sebenarnya, Muthiah sedang mengejar deadline untuk satu projek. Sekali pandang, macam mustahil dan payah tetapi Muthiah tidak mahu mengalah sebelum benar-benar berusaha T____T


Jom kita hindari...

  • Sesuatu yang menyakiti hati manusia lainnya.
  • Perkara yang dimurkai TUHAN.
  • Benda yang sia-sia. Orang suka tetapi bala terpikul di pundak kita.
  • Mengumpat... memfitnah... bersangka-sangka...
  • All out untuk mencari kelemahan dan kelompangan orang lain.
  • Mengaibkan manusia lain meski dalam nada gurauan. Hendak tahu aib atau tidak. Ajukan perkataan yang sama kepada diri kita sendiri.
  • Sokong parti politik yang tidak berperikemanusiaan. Rasuah... pembunuh... penipu.. pengugut..
  • Menipu dan berdusta. Bohong sunat untuk kebaikan, bagaimana pula?
  • Derhaka pada ibu bapa.
  • Bagi isteri... derhaka pada suami.
  • Perasaan hasad yang menyebabkan hati berkarat dan terus berkarat.
  • Solat di akhir waktu.

Ada tambahan? Muthiah sambung kerja dahulu, ya T___T

Muthiah : Senyum ^__^
Labels: 0 comments | | edit post

Apa khabar...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat tetapi sibuk. Benarlah kata-kata...

Manfaatkan waktu lapang sebelum sampai masa sibuk T______T


Apa macam? Ada baik, semuanya? Apa yang baiknya???

  • Hati?
  • Kesihatan?
  • Perhubungan sesama ahli keluarga?
  • Ukhwah dengan rakan-rakan?
  • Amanah yang diberikan?
Moga-moga, baik-baik sahaja hendaknya. Apa yang penting... kita tidak sekali-kali mengabaikan...

  • Hati?
  • Kesihatan?
  • Perhubungan sesama ahli keluarga?
  • Ukhwah dengan rakan-rakan?
  • Amanah yang diberikan?
Kerana...

Sememangnya PASTI! Setiap kita akan dipertanggungjawabkan atas segala sesuatu yang kita lakukan.

Tepuk dada, tanya iman. Moga kan dapat memikirkannya (")

Okey... Muthiah sambung kerja balik ya.

Muthiah : Ya ALLAH. Permudahkanlah urusan ini :)
Labels: 0 comments | | edit post

Bercakaplah...


Assalammualaikum. Huhu... Masih tidak sempat untuk mengemaskini blog. Akan sibuk...

Hmmm...

Perkongsian ringkas untuk hari ini T_____T


Bercakaplah...

  • Pada perkara yang memanfaatkan.
  • Sesuatu yang tidak menyakitkan hati orang lain.
  • Hal yang boleh memberi saham (yang baik) kepada kita.
  • Jika perlu (^_____^).
  • Dalam menegakkan kebenaran... juga mempertahankan maruah diri.
  • Bukan perkara yang sia-sia.
  • Dalam menyampaikan ilmu.

Insya-ALLAH... hidup ini akan berlangsung aman dan bahagia.

Muthiah : Okey... Nanti sambung lagi ya (")
Labels: 2 comments | | edit post

Menantu Hantu


T___T Alhamdulillah. Ayuh, dapatkan majalah Mingguan Wanita Bil : 1438 (10 Jun - 16 Jun 2011). Jangan lupa untuk baca cerpen Muthiah di sini juga. Terima kasih, Mingguan Wanita dan Karangkraf. Tidak lupa juga kepada En. Suami ♥

Karipap atau burger?

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Afwan. Agak terlewat mengemaskini blog hari ini. Pagi tadi. Buat operasi menjahit mana-mana pakaian yang koyak T___T

Ehe. Sabtu bermakna hari untuk membuat PROMOSI. Buku pilihan minggu ini ialah tulisan Puan Shopie Othman yang berjudul Karipap atau Burger. Insya-ALLAH, buku ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. (Menurut web BP, bakal terbit pada 22 Jun 2011).


Muka hadapan yang cantik dan menarik, bukan? Muthiah pun senyum seorang diri melihatnya.

Jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran nanti T____T

Tahniah kepada Kak Piah atas kelahiran buku ini (") Tidak lupa juga kepada seluruh warga kerja Buku Prima atas usaha keras kalian menghasilkan buku yang berkualiti tinggi.

Muthiah : Tumpang gembira. Hore....

Apabila datang orang fasik (al-Hujurat, 49:6)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Sebenarnya, selama empat hari ini, Muthiah tidak berapa sihat. Batuk... Musim agaknya. Ditambah dengan cuaca yang tidak menentu. Alhamdulillah. Hari ini sudah bertambah baik.

Ehe. Idea menulis blog tidak datang lagi T_____T


Hmmm... Jom... kita muhasabah bersama (")

Firman Allah bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Jadi, bagaimana? Moga-moga, kita tergolong dalam golongan yang sentiasa memelihara :

  • Telinga kita...
  • Mata kita...
  • Mulut kita...
  • Tangan dan kaki kita...
  • Hati kita...

Daripada terjerumus ke dalam lembah yang hakikatnya merugikan diri kita sendiri ^___^

Muthiah : Percaya kepada KETELITIAN ALLAH =)

Alhamdulillah (")

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah (^____^)


Alhamdulillah. Setelah bertungkus-lumus menyudahkan satu kerja (dalam 4 hari ini), urusan itu akhirnya berjaya disudahkan. Hiiii.... Boleh kembali mengemaskini blog seperti biasa. Insya-ALLAH, esok ya (") Doakan agar segalanya dipermudah ALLAH.

Mode : HAPPY T________________T
Labels: 0 comments | | edit post

Jom dapatkan novel remaja T___T

Assalammualaikum. Apa khabar? Ehe. Semalam tidak sempat mengemaskini blog. Hari ini pun sama. Muthiah agak sibuk sebenarnya. Hendak menyiapkan sesuatu. Maklumlah, bercuti lama dan banyak kerja menanti. Ewah-ewah. Macam kerja bank pula T____T

Jom... dapatkan novel remaja ini di pasaran. Tahniah, Buku Prima (")


Ehe. Sudah baca Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!? Moga kan mendapat manfaat daripadanya ^_^
Labels: 0 comments | | edit post

Usah bersangka-sangka, wahai diri...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sihat walafiat bersama suami dan insan-insan tercinta. Bagaimana dengan hujung minggu sahabat-sahabat? Harapan Muthiah agar semuanya baik-baik belaka.

T_______T

Peringatan buat diri... juga buat mereka yang mahu memikirkannya ...


Usah kita gemar bersangka-sangka kerana...

  • Boleh jadi apa yang kita sangkakan itu meleset sama sekali. Tanyakan sendiri, "Apa khabar hati dan jiwa?" Percayalah. Orang yang bersih dan tulus hatinya tidak akan mudah meletakkan persangkaan yang bukan-bukan pada orang lain. Mereka tidak akan cepat melatah dan gemar mencari kelemahan orang lain. Khuatir... kita gusar hati yang sepatutnya sentiasa mengingati ALLAH itu penuh dengan bintik-bintik hitam... hina dan lagi keji dek perasaan yang tidak menguntungkan siapa-siapa.

  • Jika persangkaan itu dikongsi dengan orang lain... AWAS! Bisa menjadi fitnah yang akan membinasakan dirimu sendiri [ayat ancaman]. Iyalah. Sekiranya betul apa yang disangka, disebarluaskan pula... akan jadi mengumpat. Mengumpat itu sendiri dikeji ALLAH dan Rasul. Fitnah pula? Lebih teruk dari berzina. Demi ALLAH, jika diri tidak dimaafi pula oleh yang kena fitnah, tunggulah penghitungan daripada-NYA (~_~). ***Hii... Muthiah sengaja membuat mode 'keras'. Terkesan? Hmm... tidak memberi impak langsung! Tidak apa... hidayah itu hanyalah daripada-NYA. ***

  • Sakit sendiri jadinya. Kenapa? Berbalik kepada hati. Iyalah. Hati yang sakit tidak akan berasa nyaman dan tenteram. Agak-agaknyalah... hobi mencari kelompangan orang lain itu menyesakkan otak sendiri, atau tidak? Agak-agaknyalah... kegemaran suka bercerita keburukan orang lain itu secara batinnya dapat menggembirakan hati, atau tidak? Tepuk dada, tanya iman. Beringat-ingatlah sentiasa, wahai diri yang selalu alpa dan lupa.

  • Tandanya... kita jauh daripada TUHAN. Ish. Suka-suka hati sahaja. Hmm... boleh jadi ya, dan boleh jadi tidak. Semua keberangkalian tetap ada. Orang yang hampir dan dekat dengan TUHAN tidak akan punya masa untuk bersangka-sangka sebenarnya. Hidupnya... matinya hanyalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH. Bukan itu sahaja, benaknya hanya memikirkan tentang ISLAM dan perjuangan. Persoalannya, bagaimana pula dengan seseorang yang melorongkan dirinya untuk disangka-sangka?

  • Tanpa sedar, kita sedang membazirkan diri sendiri. Sepatutnya, kita mengemaskini blog tetapi masa yang ada... kita berfikir dan terus berfikir tentang kelemahan orang lain. Tidak nampak? Kita cari dan terus mencari. Bayangkan... 30 minit digunakan untuk mencari kelompangan. 30 minit pula diperuntukkan untuk menyebarluas kecacatan. Huhu... Kalau tidur pun sedap (^____^).

Ehe. Mode merapu yang entah apa-apa. Moga dapat direnungkan bersama. Usah fikir tentang orang yang bersangka-sangka dengan kita. ALLAH ada. Keadilan dan kesaksamaan-NYA tidak dapat dipertikaikan lagi. Serah sahaja 150% pada DIA yang Maha Segalanya. Namun, fikirkan...

Usah kelompokan diri kita menjadi salah seorang yang bersangka-sangka itu kerana kita sendiri sudah tahu... ALLAH MAHA TELITI PENGHITUNGAN-NYA (")

Muthiah : Senyum pada si pengembara pada waktu malam T________T

Siri teladan bestari

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah, doakan baik-baik sahaja T__T

Ehe. Muthiah masih lagi di kampung. Tidak sempat berceloteh panjang. Jom kita tengok promosi buku untuk minggu ini (") Sokonglah produk keluaran Malaysia!

Jeng jeng jeng...

Saksikan ~ Siri Teladan Bestari


Penulis pilihan minggu ini ialah Nabil Aiman. Ayuh, dapatkan buku tulisan beliau di pasaran.


Senyum (^____________________^)

Mencari Naurah (Bab 10)

TELEFON bimbitku berbunyi. Aku segera mengangkatnya. “Assalammualaikum...”

“Waalaikumussalam. Kak Sha, Ifti ni. Waa... Ifti dah buat ulang kaji tetapi tetap tak dapat fokus dan memberi sepenuh tumpuan. Exam start jam 8.00 pagi esok, namun Ifti rasa macam tak buat apa-apa persediaan. Rasa kosong!” jerit Ifti dari corong telefon. Suaranya terketar-ketar.

“Ifti kat mana sekarang?”

“Ifti dalam bilik. Ifti stres, Kak Sha. Ifti takut gagal kertas ini. Ifti dah cuba tetapi sia-sia. Tidak tahu apa yang dibaca...”

“Tak apa. Ifti tenang, ya...”

“Akak... Ifti stres sangat! Stres sangat-sangat...”

“Tenang, sayang. Ifti pergi ambil wuduk dulu...”

“Dah ambil tadi tetapi tetap tak dapat fokus dalam pelajaran,” Ifti mencelah.

“Ifti...” aku menyebut namanya lembut.

“Mula-mula, Ifti kena betul-betul tenang...” suaraku perlahan membujuknya.

“Tenang, sayang. Maafkan semua orang di sekeliling Ifti. Dah hubungi mak ke?” aku bertanya ingin tahu.

“Belum,” jawab Ifti ringkas.

“Kalau begitu, Ifti hubungi mak dahulu. Ifti minta maaf kalau ada buat salah dan silap. Kalau Ifti rasa tidak berbuat apa-apa kesalahan, rendahkan diri dan minta maaf juga. Manalah tahu kalau-kalau ada ungkapan atau tingkah laku Ifti yang telah mengguris hati mak tanpa sedar. Kemudian, beritahu mak yang Ifti akan menduduki exam esok. Minta mak doakan. Akak yakin, mak sudah mendoakan Ifti, namun tidak salah bukan untuk memohon restu dan doa mak?” Aku diam seketika. “Ifti?”

“Ya, kak. Ifti dengar,” balas Ifti.

“Selepas Ifti hubungi mak, Ifti mengaji dahulu. Ifti tadarus sampai Ifti rasa lapang. Dalam masa yang sama, Ifti minta dengan ALLAH agar dipermudahkan segala urusan,” aku menambah.

“Ya, kak.”

“Ifti pernah ulang kaji kertas esok sebelum ini?” soalku.

“Sudah. Hari ini untuk persediaan akhir,” Ifti menjelaskan. Suaranya kembali kendur dan tidak beremosi seperti sebelumnya.

“Kalau Ifti rasa Ifti tetap tidak dapat belajar malam ini, Ifti mengaji sahaja sepanjang malam tetapi jangan lupa tidur awal. Ifti mengaji, solat dan banyakkan berdoa. Ifti dah berusaha, bukan?” aku bertanya lagi.

“Insya-ALLAH,” suara Ifti kedengaran ceria.

“Ifti yakin bahawa ALLAH itu dekat. Lebih dekat daripada urat merih kita. Setiap sesuatu yang telah direncanakan ALLAH, tentu ada hikmahnya. Boleh jadi sekiranya Ifti belajar dan dapat jawab soalan peperiksaan esok, timbul rasa riyak dalam diri. Ikutkan kemampuan, hendak angkat jari kelingking kita sendiri pun kita tidak mampu. Semua daripada ALLAH. Jadi, segala apa yang berlaku adalah dengan izin-NYA. Jika Ifti dah berusaha, bertawakallah kepada ALLAH. Ingat, sayang. Tidak ada yang mustahil bagi ALLAH untuk beri Ifti lulus atau gagal. Banyakkan istighfar, zikir... Kalau ada tafsir al-Quran, bacalah terjemahan ayat-ayat ALLAH,” aku memotivasinya panjang lebar.

“Insya-ALLAH, kak,” Ifti membalas.

“Esok peperiksaan tetapi akak tetap nak beri ‘kerja rumah’ buat Ifti petang ini.” Aku ketawa kecil. Mahu menghiburkan hatinya yang sedang gundah. “Nanti, ambil tafsir dan semak surah al-Baqarah ayat 45, ayat 186 dan ayat 286. Boleh?” sambungku.

“Insya-ALLAH. Terima kasih banyak-banyak, Kak Sha,” ucap Ifti lembut.

Aku hanya tersenyum dari corong telefon.

“LAMA bergayut? Junior telefon ke?” Kak Rose memandangku dari muka pintu.

“Ya, kak. Dia stres... maklumlah, minggu peperiksaan. Seribu satu gangguan datang,” jawabku sambil tersenyum.

“Dah selesai semuanya?” Kak Rose bertanya lagi.

“Alhamdulillah...” aku membalas pendek. Nampaknya, Kak Rose sedang mencari sesuatu. Setelah ‘menyepahkan’ buku-buku yang tersusun elok di atas meja, dia mengambil sekeping kertas putih yang terselit di antara buk-buku tersebut.

“Biasalah, Sha.” Kak Rose diam sejenak. “Akak nak ke surau. Nak saing ke?” ajaknya.

“Tak apalah, kak. Asha puasa hari ini. Insya-ALLAH...selepas berbuka, Asha turun. Asha dah janji dengan junior nak berbuka puasa bersama,” aku menolak dengan lembut.

“Akak berbuka dengan kurma dahulu. Selepas solat maghrib baru akak makan. Asha makanlah dengan adik-adik. Boleh rapatkan ukhwah serta mengikat hati,” tambahnya lagi lalu berjalan ke arah pintu bilik yang terbuka luas. “Assalammualaikum...” Dia memberi salam.

“Waalaikumussalam...” Jawabku sambil tersenyum.

~bersambung~

Al-Quran | Surah Yasin (Yasin, 36:1-83)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah, insya-ALLAH. Baik-baik sahaja. Doakan yang terbaik untuk semua, ya T_______T

Hmm... Muthiah cuba buka Al-Quran Explore tetapi tidak boleh dengar. Jadi, Muthiah pun ke Youtube. Jom. Apa kata kita 'bagi makan' hati kita yang mungkin pada saat ini sedang berkembang bintik-bintik hitam di dalamnya (")

Surah Yasin (Bahagian I)


Surah Yasin (Bahagian II)


Moga hati-hati yang sedang kontang itu mendapat sinarnya (^_^)

Salam sayang ~ Muthiah.

Muthiah : Mengantuk...


Bekerjalah kerana ALLAH ~ Ummu Wafa

Assaalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah sekarang berada di kampung halaman, Pasir Mas, Kelantan. Insya-ALLAH, adik ipar Muthiah akan mendirikan rumah tangga Jumaat ini bersamaan 3 Jun 2011. Moga semuanya dipermudahkan TUHAN. Buat bakal-bakal pengantin ~ Moga kan menjadi isteri solehah yang sentiasa mendambakan syurga ALLAH. Tidak mudah tetapi insya-ALLAH, kita semua (para wanita) mampu lakukannya (~____^)

Ehe. Jeng jeng jeng… Penulis pilihan bulan ini ialah … Namun sebelum itu, Muthiah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis-penulis yang memberi kerjasama kepada Muthiah demi…

  • Mempromosi diri dan buku yang dihasilkan oleh rakan-rakan penulis.
  • Memenuhi impian Muthiah (sebenarnya minat) menjadi wartawan SS alias Syok Sendiri. Hahaha. Just kidding (^_^).


Penulis bulan ini | Ummu Wafa (UW)

Muthiah : Boleh UW ceritakan serba sedikit tentang diri UW?

UW : Nama sebenar UW ialah Faizah binti Yahya. UW berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ipoh kerana berkahwin dengan orang Perak. UW memiliki 5 orang anak. Kini, UW bekerja sebagai seorang guru. Hehe. Kiranya… ustazah-lah ni. UW telah mendapat pendidikan awal di Kelantan dalam bidang agama.

Muthiah : Boleh UW berkongsi pengalaman UW sepanjang menjadi guru/ pendidik? [Kisah seorang guru…]

UW : Kisah seorang guru. Hmm… Kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Bagi UW, kerja yang paling mulia ialah kerjaya seorang guru dan doktor. Hal ini kerana… gurulah yang mengajar kita dari alam kejahilan sehingga bertemu cahaya… dari tidak mengenal huruf sehingga dapat membaca. Besar tidak pahala tu? Namun ada syaratnya. Bekerjalah kerana ALLAH.

Hanan (Nama pena Muthiah untuk novel NUR) tahu??? Seorang anak murid yang kita ajari Al-Quran sehingga pandai… kemudiannya sesudah dewasa diajarkan pula mereka (anak murid tersebut) kepada orang lain, maka pahala yang kita perolehi tidak akan terhenti. Itu baru seorang. Bagaimana halnya jika 700 orang anak murid? Satu prinsip yang UW pegang… 700 orang anak murid itu adalah anak UW kesemuanya. Justeru, UW akan mendidik mereka sebaik mungkin.

Muthiah : Apa yang UW faham tentang tarbiah?

UW : Tarbiah. Tarbiah merupakan sesuatu yang cukup penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Tanpa tarbiah, kita adalah umpama anak-anak kecil yang diabaikan ibu bapa. Tarbiah itu sendiri membawa maksud mendidik, mengajar, mengasuh seseorang untuk berbuat kebaikan dan mengajak manusia meninggalkan kemungkaran. Dengan tarbiah kita mampu melihat kekurangan dan kesalahan-kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Tarbiah boleh diikuti melalui USRAH yang digerakkan oleh sesuatu pertubuhan.

Muthiah : Boleh UW ceritakan tentang novel yang telah UW hasilkan?

UW : UW telah melahirkan sebuah novel Islamik (NUR) yang bertajuk Lembayung kasih-MU terbitan Alaf 21.

Novel ini melakarkan keindahan takdir dan cinta. Cinta itu pula adalah seindah mimpi pada malam hari. Maira hanyalah orang gaji tetapi jatuh hati dalam diam terhadap anak majikannya yang sungguh tampan. Sebenarnya, anak majikannya yang bernama Fansuri itu juga telah lama jatuh hati kepadanya. Namun… dek kerana ego seorang lelaki, dia merasakan Maira (yang hanya orang gaji) tidak layak untuk berada di sampingnya. Akhirnya, Maira ke London untuk melanjutkan pelajaran dan Fansuri pula menyesal kerana telah melepaskan peluang tersebut. Hendak tahu kisah seterusnya? Ehe… Kenalah beli (‘’)

Muthiah : Mesej UW kepada para penggemar novel tanah air?

UW : Sedikit titipan… novel bukanlah hiburan semata-mata. Di dalamnya terdapat mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca. Ada suara yang ingin didengari. Ada rasa yang ingin dikongsi dan ada ilmu diajarkan. Semoga kita sama-sama dapat membaiki segala kekurangan, menambah ilmu dan pengalaman. Berseronoklah tatkala membaca novel pilihan anda kerana kami sebagai penulis sentiasa berusaha untuk memuaskan hati anda dan kami menulis dengan hati dan perasaan. Salam sayang untuk peminat daripada Ummu Wafa.

Fuh… Bukan mudah menjadi editor. Walaupun tidak cukup memahami dan menyelami, Muthiah tahu… kerja editor memang mencabar. Tahniah kepada editor-editor kesayangan Muthiah (Lis dan Ida ... juga yang bekerja secara tidak langsung dengan Muthiah)T_________T

Ayuh. Dapatkan segera novel Lembayung Kasih-MU serta jadikan novel-novel NUR, Alaf21 sebagai koleksi peribadi anda (Promote… promote)…

**| Insya-ALLAH. Dari semasa ke semasa Muthiah akan memperbaiki sesi 'temuramah' ini.

Soalan ka... Layout ka... semua-semualah. | **

Muthiah : Jangan lupa pada Mencari Naurah juga …. Huhu…