Umar Al-Khattab (i)


Assalammualaikum. Apa macam?

Hehe... esok, insya-Allah kita akan melangkah ke tahun 2010. Sudah bersediakah kita?

Apapun, di sini Muthiah ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada teman-teman yang pernah terguris hati dengan Muthiah (sepanjang tahun 2009 dan tahun-tahun sebelumnya). Iyalah...kadang-kadang, Muthiah tidak sedar dan boleh jadi juga Muthiah sedar tetapi berada di dalam kekhilafan waktu itu. Ampun salah silap. Halalkan segalanya. Kalau ada yang tidak kena, boleh YM atau emel. Huhuhu... (Sebenarnya..takut mati dalam keadaan tidak beres urusan sesama manusia).

Bagi yang sudah menyenaraikan 1001 azam dalam diari tahun barunya... jangan lupa untuk meletakkan keazaman untuk :

1- Mendekatkan diri dengan Allah.
2- Menghindari daripada melakukan kemaksiatan secara berterusan.
3- Berbuat baik kepada seluruh makhluk di sekeliling kita.


OK OK... Cukup sudah muqaddimah Muthiah. Hmm... pernahkah Muthiah berkongsi tentang sahabat-sahabat Nabi? Mungkin pernah tetapi sudah lama sih. Jadi, kali ini... Muthiah rasa mahu berkongsi informasi tentang sahabat Nabi yang begitu digeruni oleh lawannya.

U.M.A.R A.L K.H.A.T.T.A.B

Keluarga/ Paras rupa

1- Nama bapa : Khattab bin Nufail al-Makhzumi al-Quraisy
2- Nama ibu : Hantamah bt. Hasyim
3- Kacak rupanya, tegap tubuh badan, kulit putih kemerahan, berjalan laju, berbahu bidang lebar

Remaja/ Sebelum Islam

1- Mengembala unta serta kambing
2- Memenangi perlumbaan kuda
3- Ketua Pemuda Quraisy
4- Ahli Mesyuarat Darun Nadwah - Dewan Rakyat Permesyuaratan Negara
5- Menghina anak perempuan/ menanam hidup-hidup (Muthiah pernah terbaca bahawa timbul pertikaian dalam informasi ini. Katanya, tidak ada bukti menunjukkan Umar telah menanam hidup-hidup anak perempuannya. Jadi, harapnya dapat rujuk kepada yang lebih arif. Cuma dalam surah An-Nahl ayat 58 dan 59, ada menceritakan perihal anak perempuan yang tidak dinanti-nantikan kehadirannya serta ditanam hidup-hidup).
6- Menyeksa umat Islam - ditakuti.
7- Menyembah dan makan berhala.
8- Merancang untuk membunuh Rasulullah SAW.

Pengislaman Umar Al-Khattab

1- Mengenali Islam melalui adiknya, Fatimah serta Said bin Zaid (sewaktu mereka sedang membaca surah Thaaha).
2- Asalnya, Umar mahu membunuh Rasulullah namun setelah mengetahui pengislaman adiknya daripada Nu'aim bin Abdullah, ia segera ke rumah Fatimah.
3- Ia telah menampar Fatimah namun setelah membaca sendiri ayat suci Al-Quran, ia berasa terharu dengan makna dan bahasa Al-Quran.
4- Khabab al-'Arid yang bertanggungjawab mengajar Fatimah Al-Quran segera keluar dari tempat persembunyian dan mengajak Umar masuk Islam.

Bersambung...

Muthiah : Ada informasi tambahan? Dialu-alukan... ada silap? Harap dapat diperbetulkan... Jazakillah :)
Labels: 0 comments | | edit post

Tekanan darah tinggi

Assalammualaikum...

Hmmm... perkongsian ilmu kesihatan hari ini ialah tentang tekanan darah tinggi. Moga-moga, dengan informasi yang sedikit ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, insya-Allah.

Apa itu tekanan darah tinggi?

Jantung bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga adalah berbeza.

Faktor penyumbang kepada tekanan darah tinggi :

1- Cara hidup tidak aktif.
2- Umur melebihi 35 tahun.
3- Merokok.
4- Kegemukan.
5- Paras kolesterol tinggi.
6- Sejarah keluarga.
7- Pengambilan alkohol yang berlebihan.
8- Pengambilan garam yang tinggi.

Tanda dan Gejala

1- Kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala.
2- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.
3- Sakit kepala biasanya berlaku pada waktu pagi. Bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan)
4- Untuk memastikan atau mengesahkannya, periksalah tekanan darah di klinik berhampiran.

Kompilasi akibat tekanan darah tinggi

1- Otak :
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

2- Penyakit jantung :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy

3- Komplikasi pada mata :
o Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

4- Komplikasi pada buah pinggang :
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).

5- Peripheral vascular disease :
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Rawatan :

1- Perlu mengubah amalan cara hidup ~ Amalkan gaya hidup sihat.
2- Amalkan permakanan sihat.
3- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol.
4- Melakukan senaman berkala.
5- Kurangkan berat badan jika berlebihan.
6- Atasi tekanan secara berkesan.
7- Berhenti merokok.

Muthiah : Jom semak kesihatan ~ http://hra.moh.gov.my/?lang=BM&mod=

Kalau pening... ngak perlu baca!!! (ii)

Sambungan tentang sikap tanggungjawab dalam diri.

Assalammualaikum...

Tiba-tiba, Muthiah teringat peristiwa di rumah sewa sewaktu Muthiah bekerja di Kuala Lumpur satu ketika dahulu...

Al-kisah... seekor cicak telah masuk ke dalam jag air dan hal berkenaan diketahui oleh beberapa orang teman yang sedang menonton TV. Muthiah pula waktu itu berehat di dalam bilik. Cicak itu... dengan senang hatinya duduk di dalam jag berkenaan.

Tidak lama kemudian, Muthiah pun keluar dari bilik. Dahaga beb... Jadi, tanpa lengah... Muthiah pun menuang air dari jag tadi ke dalam gelas yang sudah tersedia serta ....

Huhuhu... Muthiah terus minum air tersebut. Siap minum, barulah seorang daripada teman Muthiah yang duduk menonton TV itu berkata, "Ada cicak dalam air tu..."

Hendak luah, 'selamat' sudah. Muthiah? Geram pun ada... Marah pun ada tetapi hendak buat macam mana? Geram dan marah dalam hati sahajalah...

Pengajaran yang boleh diambil :

1- Nampak remeh, bukan? Namun, tanpa kepekaan kita... orang lain yang akan mendapat susah.

2- Setiap daripada kita... dari sekarang perlu belajar untuk melatih diri menjadi seorang yang bertanggungjawab. Sebagai contoh : Kita sudah tahu tentang kewujudan cicak dalam jag tersebut. Jadi, atas dasar tanggungjawab dan tidak mahu orang lain terminum sesuatu yang tidak sepatutnya, kita perlu cepat bertindak. Bukan bertindak di dalam hati sahaja...

Fikir-fikirkan...

Muthiah : Belajar dan belajar...

Iman oh iman


Iman oh iman... Iman... boleh bertambah dan juga boleh berkurang.

Kenapa iman berkurang???

1- Hati kotor ~ disebabkan oleh maksiat dan dosa.

2- Godaan dan bisikan syaitan.

Penyelesaian???

1- Manfaatkan 'sentakan' iman.

2- Memperbanyak istighfar dan zikrullah.

3- Memperbanyak amal ibadah.

4- Doa agar sentiasa dipelihara iman.

Muthiah : Moga kan dipelihara nikmat Muthiah, yang tersayang serta keluarga... Juga, saudara seIslam.
Labels: 0 comments | | edit post

TAKUT!!!

Apakah yang anda takutkan????

Takut putus cinta??
Takut dan takut...

.....

Takutlah...

Takut mati sebelum bertaubat.

Takutkan istidraj.

Takutkan sakaraul maut & saat tercabutnya roh dari tubuh.

Takutkan pertanyaan dua malaikat & seksa kubur.

Takutkan hisab & ketika menyeberangi titian al-shirat.

Takutkan api neraka & seksaan di dalamnya.

Takut diharamkan syurga & pelbagai nikmat di dalamnya.

"Sesungguhnya, yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama," Al-Fathir ayat 28.

Muthiah : Takut tidak dipandang Allah atas dosa-dosa yang berterusan.
Labels: 0 comments | | edit post

Menangis kerana takutkan Allah...

Assalammualaikum... Hmmm...

Kenapa mata merah? Menangis...
Kenapa, ya? Sedih...
Sebab apa sedih?

... Kena marah... kena tipu... kena tinggal... dan seribu satu sebab yang boleh membuatkan air mata kita menangis... Yang pasti! Hati kita sememangnya sedih. Air mata tidak mahu berhenti mengalir. Semakin kita cuba untuk diam... semakin kuat kedengaran esakan tangisan kita. Kita kecewa....

Sabarlah...

Kita tidak sendiri kerana kita punya Allah yang sentiasa dekat ~ melihat dan mendengar rayuan serta rintihan hati kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Boleh jadi kita tidak memperolehi'nya' hari ini tetapi mungkin satu hari nanti. Apa yang penting, kita sentiasa bersangka baik kepada-Nya dan berharap agar selalu diberi kekuatan serta ketabahan hati oleh-Nya.

Pernah menangis kerana dosa-dosa yang kita lakukan???

Dosa maksiat yang berterusan...
Dosa kerana menyakiti hati insan lain...membiarkan diri terus dengan prasangka.
Dosa kerana tidak menunaikan amanah sebaiknya...
Dosa dan dosa...

Marilah kita belajar menangis kerana takutkan Allah... Keutamaannya :

1- Kan berada di bawah naungan Allah pada hari akhirat ~ Tujuh golongan yang dinaungi Allah... (antaranya) ; Seorang yang berzikir kepada Allah tatkala menyendiri serta menangis kerana-Nya (Sabda Nabi SAW).

2- Bebas daripada azab Allah ~ Mata yang tidak akan disentuh api neraka;Mata yang menangis kerana takutkan Allah (Sabda Nabi SAW).

3- Berada dalam limpah cinta kasih Ilahi ~ Tidak ada yang lebih dicintai Allah daripada dua titis dan dua bekas; Titis-titis air mata kerana takut kepada Allah (Sabda Nabi SAW).

4- Berada dalam ampunan dan maghfirah-Nya ~ Apabila seorang hamba menangis kerana takut kepada Allah. Maka, dosa-dosanya akan berguguran bagai gugurnya dedaun dari pohon yang kering.

Jadi.... PILIHLAH untuk menangis kerana takut kepada Allah.

Muthiah : Menangis menangis juga tetapi....
Labels: 0 comments | | edit post

Jom puasa sunat :)

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Hati... ada baik? Apapun, kitalah yang memilih untuk menjadikan hati kita segar/ bercahaya mahupun berkarat. Tepuk dada, tanya iman. Banyakkan istighfar dan maafkan kesalahan orang lain. Kalau susah... Hmmmm...mintalah kekuatan daripada Allah. Tetap susah? Mintalah kepada-Nya jua agar diberi jalan dan petunjuk.

(Info ini Muthiah ambil daripada homework lama Muthiah sewaktu halaqah)

Puasa-puasa sunat :

1- Puasa 'Arafah
Nabi SAW bersabda, 'Aku memohon kepada Allah agar puasa hari Arafah menutupi kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.'

2- Puasa 'Asyuro dan Tasu'a : 9 & 10 Muharram
Nabi SAW bersabda, 'Berpuasalah kalian pada hari 'Asyuro, berbezalah dengan orang Yahudi, dan berpuasalah sehari sebelum 'Asyuro atau sesudahnya.

3- Puasa 6 hari pada bulan Syawal
Nabi SAW bersabda, 'Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian dilanjutkan 6 hari pada bulan Syawal. Maka, seolah-olah dia berpuasa setahun.'

4- Puasa 3 hari Bidh (putih)
Apabila kamu berpuasa 3 hari dalam sebulan, maka berpuasalah pada hari ke-13, 14 dan 15.

5- Puasa hari Isnin dan Khamis
Nabi SAW bersabda, 'Amal di'stor'kan pada hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, aku ingin ketika di'stor'kan amal-amalku, aku dalam keadaan berpuasa.'

6- Puasa sehari berbuka sehari
Nabi SAW bersabda, 'Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah puasa Daud AS dan merupakan puasa paling afdhal.

Muthiah : Kalau tidak mampu buat semua, buatlah setakat yang mampu :)
Labels: 0 comments | | edit post

Kita adalah hamba...

Assalammualaikum.

Hmmm... Sebenarnya, Muthiah tidak punya mood untuk menulis hari ini tetapi... kalau terus melayan kata hati, coretan untuk dimuatkan di dalam blog pasti tidak dapat disiapkan. Jadi, Muthiah gagahkan jari untuk menekan keyboard (aduh bahasa)....

Teringat pesan si dia, 'Kita ini hanya hamba Allah...'

Jadi, dalam apa jua keadaan... kita perlu sentiasa berserah dengan redha dengan segala ketentuannya. Usah sekali-kali berputus asa dengan apa-apa yang belum kita miliki tetapi pandanglah kepada apa yang telah diberikan Allah untuk kita.

Kita punya cukup sifat (selaku seorang manusia) ~ ada mata untuk melihat, ada hidung untuk menghidu, ada mulut untuk berbicara, ada telinga untuk mendengar...

Kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara-Nya... melihat pemandangan ciptaan Tuhan yang indah nan permai...

Kita hendak masuk universiti ~ Kita berjaya, Alhamdulillah.

Kita hendak bekerja ~ Kita berjaya (Hehe.. Pengurus Rumah kira bekerja juga. Dapat ganjaran pahala yang besar lagi).

Kita hendak berkahwin ~ Allah izinkan kita untuk melalui pengalaman selaku suami/ isteri.

Jadi, marilah kita koreksi bersama. Sejauh mana kita mensyukuri segala apa yang sudah kita punyai atau kita mahu menangisi segala apa yang belum menjadi milik kita. Percayalah... segala sesuatu itu adalah dengan izin Allah dan pertimbangannya daripada Allah. Dia Maha Tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita. Maka, bersangka baiklah kepada-Nya.

Muthiah : Memilih untuk sentiasa G.U.M.B.I.R.A ~ Terima kasih atas segalanya.

Hambatan...

Assalammualaikum… Apa khabar? Hmmm… ada lapan minit lagi sebelum jam 6.00 petang. Sebenarnya, Muthiah berpuasa hari ini. Oleh sebab Maghrib masuk jam 7.05 petang, ada baiknya jika Muthiah tidak masak terlalu awal. Baru panas :)

Pejam celik pejam celik… kita sudah menghampiri tahun baru… 2010….

Entah berapa banyak amal yang telah kita lakukan…
Entah berapa banyak kesalahan yang kita telah buat… dalam sedar mahupun tidak…


Sesudah menunaikan solat pagi tadi, Muthiah muhasabah sendiri….

Kalau ada perasaan marah/ kecewa/ benci/ kecil hati dalam diri… adakah Muthiah ingin membawa perasaan itu sampai ke alam barzakh?

Tanyakan pada diri… ada atau tidak perasaan tersebut (yang Muthiah coretkan di atas) dalam hati kita…

Marahkan seseorang yang tidak menjaga hak kita @ marahkan mereka yang mengambil sesuatu milik kita…

Kecewa kerana tidak mendapat apa yang diinginkan @ berasa kecewa kerana acap kali dipandang serong sedang kita tidak tahu apa-apa…

Kecil hati? Kadang-kadang merasakan diri begitu kecil dan kerdil. Diperlekeh dengan tindakan dan perbuatan… diperkata dengan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam hati kita…


Tiba-tiba….

Kita dipanggil kembali…


Jadi, apakah manfaatnya perasaan tersebut pada diri kita?

U.S.E.L.E.S.S ~ Rasa tidak tenang, adalah....

Hmmm… Boleh jadi perasaan ini bisa menjadikan rasa benci semakin membara ~ yang kelak mengakibatkan kerenggangan hubungan. Boleh jadi pecah-belah, huru-hara dan kacau-bilau.

Muthiah cuba merenung dan terus merenung. Ya! Bilamana kita berfikir tentang kematian yang boleh menjemput kita bila-bila masa sedikit sebanyak dapat melapangkan hati kita (daripada perasaan-perasaan yang tidak sepatutnya).

Jadi???

Muthiah : Seharusnya lebih berfikir untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

I dun like 'him'....

Huhu… Muthiah sedih bangat. Kemudian, Muthiah pun menghubungi suami, tetapi tidak berjawab. Kali kedua, pun tidak berjawab. Suami sibuk agaknya.

Huhu… Lulu sudah pergi meninggalkan Muthiah. Pagi tadi, Lulu tidak seaktif sebelumnya. Kalau tidak, awal pagi sudah mengiau di hadapan pintu rumah. Ia akan menyorok seketika apabila suami hendak memandikannya. Namun, lain pula hari ini. Lulu tetap diam di dalam kotak. Muthiah memanggil beberapa kali pun, tetap diam. Apabila Muthiah mengambil dan mengusap bulunya, baru ia mahu makan. Apabila Muthiah menjemur pakaian, ia duduk di tepi pintu rumah. Muthiah pun mengambilnya dan meletakkannya di dalam kotak. Setelah cerita animasi Detektif Conan berakhir pada jam 11.00 tengah hari, Muthiah pun bersedia untuk memberi Lulu makan tetapi… rupa-rupanya Lulu telah mati… Sedihnya…

Muthiah menghubungi suami tetapi tidak dapat. Kemudian, setelah siap menanam Lulu di tepi rumah, suami menghubungi Muthiah kembali. Menangislah juga (tidaklah sampai teresak-esak).

Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini ada seekor kucing jantan datang bertandang ke rumah (sepertimana yang pernah Muthiah ceritakan sebelum ini). Ciko suka bergaduh dengan Lulu dan menggunakan kelebihan badannya yang besar untuk menganiaya Lulu. Sejak akhir-akhir ini juga Lulu kelihatan takut-takut. Muthiah tidak suka pada Ciko…

…. Suami kata, sudah tidak boleh buat apa-apa. Jadi, perlu redha dengan apa yang telah berlaku. Benar! Perlu redha dan berlapang dada. Lagipun, Ciko bukannya punya perasaan. Hanya BINATANG!!! Bagaimana pula halnya dengan manusia yang kejam sepertimana Ciko? Menzalimi dan terus menganiaya golongan yang lemah… tentu lagi tidak patut! Bahkan lebih hina dan teruk daripada BINATANG! Kenapa? Bukankah manusia itu telah dikurniakan akal oleh Allah, tidak seperti haiwan yang terbatas dalam segenap jika hendak dibandingkan dengan manusia.

Muthiah : Lulu selalu teman Muthiah sementara menanti Uncle Ong datang ambil di rumah untuk belajar memandu…

Al-Insyirah (Tafsir Al-Quran)


Assalammualaikum... Pernah rasa stres? Tidak cukup kuat dan lemah bangat? Hmmm... cuba baca ayat ini berulang kali. Baca sampai boleh menghayati...


(1) Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

(2) dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

(3) yang memberatkan punggungmu.

(4) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,

(5) Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

(6) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

(7) Maka, apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain,

(8) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap...

(Surah yang menjadi penghibur Nabi SAW)...

Hmmmm... jadi, usahlah bersedih hati. Pilihlah untuk terus mengharapkan nusrah daripada Ilahi. Kita tidak sendiri dan telah ada perencanaan buat kita daripada-Nya. Hanya akal kita yang terbatas tidak dapat memikirkannya.

Muthiah : Setiap kesulitan, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya

Halaqah

Assalammualaikum :) Apa khabar, semua? Huhu... pagi tadi, Muthiah agak 'kelewatan'. Ingatkan, tidak sempat untuk menyediakan bekal buat suami namun Alhamdulillah, sempat. Jam 7.45, semuanya beres. Untuk breakfast, Muthiah goreng roti telur. Untuk lunch, Muthiah masak kacang bendi goreng serta ayam masak kicap. Huhu... express tahap cipan.

Hari ini, Muthiah ingin berkongsi sedikit tentang halaqah. Pernah dengar? Mungkin ya dan boleh jadi tidak. Dalam TV9 ada rancangan bertajuk Halaqah. Sewaktu belajar di KISAS pun, ada aktiviti yang dinamakan halaqah @ usrah. Begitu juga sewaktu di matriks, universiti dan sesudah bekerja.

Pengertian

1- Sarana utama tarbiyah.
2- Ahli ~ sebaiknya tidak melebihi 12 orang (lagi sedikit, lagi baik).

Kepentingan halaqah

1- Pembinaan dasar aqidah, akhlak, ibadah dan tsaqafah.
2- Pembinaan ukhwah di kalangan ahli dalam halaqah ~ adik-beradik lain ibu dan lain bapa tetapi satu murabbi (Boleh rujuk pos yang bertajuk : Murabbi (i); Murabbi (ii))

Adab halaqah

1- Serius dan tidak main-main ~ betulkan/ perbaharui niat kita setiap kali menghadiri halaqah.
2- Menjaga hubungan di kalangan ahli : peka, prihatin, ambil berat... taaruf, tafahhum, takaful.
3- Mempersiapkan diri; baik dari aspek ruhi, fikri dan jasadi.
4- Meletakkan prioriti pada pertemuan halaqah.
5- Fokus dan beri tumpuan sewaktu halaqah.
6- Berdisiplin ~ datang halaqah pada masanya, jangan lupa bawa buku catatan/ bahan-bahan yang diperlukan... bagi yang telah diamanahkan dengan tugasan, bersedialah...
7- Jauhi ~ ghibah dan namimah.
8- Koreksi diri di antara murabbi dan mutarabbi dengan bijaksana.
9- Manfaatkan waktu sebaiknya.
10- Bersikap dengan adab mulia.

Tentatif halaqah

1- Pembukaan majlis oleh ahli yang telah diamanahkan untuk menjadi MC. Jadi, MC perlulah bersedia untuk handle halaqah.
2- Tilawah Al-Quran (bagi setiap peserta). Kalau ada yang salah baca, tegurlah dengan baik.
3- Kemudian, baca terjemahan.
4- Akhbar alam Islami - mengupas isu semasa.
5- Tazkirah oleh mutarabbi ~ Bersiap sedialah dengan tugasan yang telah diberikan. Kalau ada hand out lagi baik.
6- Kajian manhaj oleh murabbi.
7- Perkongsian musykilah - mutarabbi mengutarakan masalah kepada murabbi. Kalau rasa tidak selesa untuk berkongsi dengan ahli halaqah yang lain, bertemulah empat mata dengan murabbi pada hari yang telah dipersetujui. Perlu diingat... peliaharalah apa-apa yang telah kita ketahui. Selain itu, bersangka baiklah dengan ahli halaqah yang sedang menghadapi masalah itu.
8- Check list - mutabaah ibadah.
9- Pengumumam bagi sebarang aktiviti.

Setelah majlis berakhir, pastikan diri sudah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dalam halaqah...juga maafkan mereka yang telah mengguris hati kita. Manalah tahu. Sewaktu sedang berbincang, terdapat perbezaan pendapat. Lagipun, khuatir kan tersilap kata atau langkah dalam bertindak.

Huhu... Lapar daaaaa.... Yang baik, jadikan pedoman... Muthiah beransur dahulu...

Apakah ciri-ciri halaqah/ usrah? Jom semak ringkasannya ;)

Muthiah : Mengejar cinta yang hakiki...
Labels: 0 comments | | edit post

Hadis Arba'in (i)


Daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab R.A., dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang telah ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka (diterima) hijrahnya itu kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerena wanita yang ingin dinikahinya, maka (diterima) hijrahnya (sebagaimana) yang ia niatkan.

(Imam Bukhari dan Muslim)

....

1- Syarat permulaan bagi setiap amal ialah melalui niat. Sesungguhnya, amal-amal tersebut tidak akan mendatangkan pahala melainkan sekiranya dilakukan semata-mata kerana Allah.

2- Setiap amal hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah.

3- Yang membezakan antara ibadah dan adat ialah niat.

4- Sekiranya sesuatu perbuatan dilakukan kerana Allah, mendatangkan manfaat serta mengikut syariat yang telah ditetapkan, amal tersebut akan dinilai sebagai ibadah. Dan bagi setiap ibadah, ganjaran pahala sentiasa menanti mereka yang melaksanakannya.

Kalau pening... ngak perlu baca!!!

Assalammualaikum...

Tanyakan pada diri...

'Adakah kita seorang yang bertanggungjawab?'
'Adakah kita berfikir tentang orang lain?'

Tanggungjawab yang macam mana? Hmmm... bertanggungjawab terhadap :

1- Diri sendiri dengan menunaikan hak Allah serta mereka yang berada di sekeliling kita.

Cuba koreksi kembali... Apakah hak Allah? Apakah pula hak orang lain??

2- Orang lain ~ keluarga, sahabat, rakan sekerja, rakan sebilik, rakan sekuliah...

Sejauh mana kita berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu @ kita bertindak tanpa berfikir tentang mereka yang berada dekat dengan kita?

....

Waktu Muthiah berada di sekolah rendah...

Muthiah terlanggar kayu lalu terjatuh.Apabila bangkit, Muthiah terus berjalan dan membiarkan kayu tersebut terus berada di situ. Kemudian, papa Muthiah berpesan agar Muthiah mengambil kayu berkenaan dan letakkannya di tempat lain. Agar orang lain tidak terlanggar/ terpijak kayu tadi yang akibatnya nanti... orang lain boleh jadi akan turut terjatuh seperti Muthiah.

Nilai-nilai moral :

1- Apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang memudaratkan, sejauh mana kita berusaha keras agar hal tersebut tidak turut sama memudaratkan orang lain? Sejauh mana kita berfikir tentang orang lain atau hanya ambil peduli tentang diri kita sendiri?

2- Kadang-kadang, kita merasakan 'sesuatu' itu kecil namun tanpa sedar... sikap kita yang menganggap 'perkara' tersebut kecil sebenarnya menjadikan diri kita seorang yang mementingkan diri sendiri. Benarkah perkara itu cukup remeh untuk diambil perhatian? Macam mana kalau kayu tadi ada paku berkarat? Apakah akibatnya kalau ada yang terpijak paku tersebut???

....
....

Satu ketika dahulu (zaman muda-muda dahulu), sewaktu Muthiah sedang duduk-duduk di dapur. Datang si anak gadis ~ mahu jerang air. Mungkin disebabkan air yang diletakkan di dalam kendi tersebut penuh, menyebabkan penutupnya jatuh ke bawah kabinet dapur. Muthiah hanya melihat ~ si anak gadis tersebut membiarkan tudung itu tanpa membuat apa-apa. Tidak lama selepas itu, si ibu datang dan mencari-cari tudung kendi berkenaan. Si anak gadis, hanya diam seribu bahasa. Awalnya, Muthiah ingin melihat apa yang akan dilakukan si anak gadis tetapi ia tetap buat derk. Kemudian, ia hanya berlalu pergi seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jadi, Muthiah pun memaklumkan kepada si ibu...

Nilai-nilai moral :

1- Kalau mampu menegur, tegurlah. Kalau tidak mampu.... entahlah.

....
....

1- Keluarga kita bukan orang senang tetapi... kita hendak memiliki barangan yang berjenama, makan makanan yang mahal-mahal...

2- Kita belum/ tidak bekerja.... kita tetap mahu orang yang menanggung kita membelikan itu dan ini buat kita sedang dari satu aspek, barangan tersebut bukanlah satu keperluan buat diri kita. Contohnya, gaji suami RM10,000 tetapi kita hendak beli emas yang harganya RM20,000. Boleh jadi hanya kehendak untuk memuaskan hati kita. Orang lain ada... kita pun hendak juga. (Lain pula halnya sekiranya kita menerima reward atas penat-lelah kita).

....

Berbalik kepada isu pokok...

Sejauh mana kita berfikir tentang orang lain???

Khuatir, andai kita tidak mendidik diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab (dari sekarang)... kelak memberi impak negatif kepada diri kita. Bagaimana?

....
....

Apabila kita hendakkan sesuatu, kita pasti mahu mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Umpama anak kecil yang mahu dibelikan mainan. Kalau ayah ibu tidak menuruti kehendaknya, ia akan menghentak kaki/ merajuk/ mengamuk... tidak mahu menjamah makanan. Akhirnya, si ibu pun membeli mainan tersebut. Tidak tergamak melihat si jantung hati bersedih-sedihan begitu.

Macam mana pula sekiranya kita sudah berumahtangga? Mahukah kita bertindak sedemikian sepertimana yang telah kita lakukan satu ketika dahulu dan kita pula sememangnya sudah terbiasa dengan fiil yang sebegitu. Jadi.... fikir-fikirkan...

....
....

Huhu...bercampur-aduk... Apapun, renung-renungkan.

Muthiah : Apa punya lalut daaaa...

Tidak rugi pun....

Assalammualaikum.

Jam baru menunjukkan pukul 9.38 malam. Hendak tidur, ngak mengantuk lagi. Jadi, baik Muthiah menulis @ merapu dalam blog dahulu. Ingin berkongsi sesuatu ... agar boleh dijadikan iktibar.

Hmmm...

Sekembalinya dari kampung (waktu raya haji baru-baru ini)....

Ada 'sesuatu' yang perlu Muthiah bereskan. Kelam kabut juga sebab Muthiah tidak berapa jelas dengan informasi yang diberikan. Jadi, Muthiah pun menghubungi seorang teman yang telah memberikan 'maklumat' tersebut kepada Muthiah. Dengan harapan, agar apa yang hendak Muthiah lakukan menjadi lebih mudah serta berjalan dengan lancar.

Namun....

Jawapan yang diberikan tidaklah begitu baik. Dengan kata lain... jawabnya hendak tidak hendak. Tidak faham dan tidak jelas....Mula-mula, sememangnya berkecil hati. Bukan itu sahaja, terkejut pun ada kerana empunya diri nampaknya.... Akan tetapi, setelah dikoreksi kembali....mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang telah direncanakan.

Muthiah pun ke Ipoh. Rush juga... Maklumlah, tidak tahu hujung pangkal cerita. Setelah keliling satu Ipoh, akhirnya Muthiah tiba ke tempat yang hendak dituju namun sayang... tidaklah seperti yang diharapkan...

Ngak faham??? Tidak apa... Cuma ambillah sedikit pengajaran.

Dari sisi orang yang minta tolong...

1- Apapun keadaan, mind setting kena 'bersangka baik'. Mungkin dia sedang berhadapan dengan satu kemelut besar menyebabkan ia tidak punya 'hati' untuk membantu orang yang memerlukan.

2- Usaha tangga kejayaan :) Bergantung haraplah hanya pada Allah. Bilamana kita sudah berusaha sedaya mungkin, serahkan segalanya kepada Allah yang lebih tahu mana-mana yang terbaik buat diri kita.

3- Sabar... Separuh daripada iman.

4- Segala apa yang berlaku, tentu ada asbabnya. Boleh jadi juga kita pernah bersikap sedemikian? Jadi, sebagai kafarah dosa bagi diri kita. Kan baik begitu? Daripada kita membawa segunung dosa/ salah di hadapan Allah kelak. Kalau tidak pernah begitu, boleh jadi Allah ingin meninggikan darjat kita di sisinya...

Dari sisi orang yang diminta pertolongan

Hmmmm... satu sahaja...tidak salah dan tidak rugi pun meringankan / memudahkan urusan orang lain.

Muthiah : Apabila fikir tentang mati, akan jadi lebih mudah untuk berlapang dada.

I'm back

Assalammualaikum...

Setelah hampir seminggu beristirehat, Muthiah akhirnya kembali menatap blog. Risau juga sebab bahan yang diperlukan untuk mengemaskini blog sudah kehabisan. Alhamdulillah, hari ini diberi kekuatan oleh Allah untuk bercoret di sini... tetapi...

Hmmm.... minda masih lagi tumpul. Hendak tulis apa ya?

Hmmm....

Hmmm.... Sambungan 'Seorang Muslim itu ~ http://siti-muthiah.blogspot.com/2009/07/seorang-muslim-itu.html'

Shahihul ibadah

1- Ihsan dalam taharah.

2- Bersemangat untuk solat berjemaah.

Ada ruang, solatlah berjemaah bersama suami/ rakan serumah... insya-Allah, kan terasa kemanisannya.

3- Bersemangat untuk solat berjemaah di masjid.

4- Ihsan dalam solat.

Ihsan ~ Beribadah seolah-olah kamu dapat melihat Tuhanmu. Seandainya kamu tidak dapat melihat-Nya, YAKINLAH bahawa ia sentiasa memerhatikanmu.

5- Qiammullai.

Kalau boleh... setiap hari... Kalau tidak boleh... seminggu sekali @ sebulan sekali @ dua bulan sekali @ dan @.

6- Membayar zakat.

7- Berpuasa fardhu.

8- Berpuasa sunat.

Paling kurang, cubalah sekali sebulan. Kalau kita tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya.

9- Niat menunaikan haji.

10- Komited dengan adab tilawah.

11- Khusyuk dalam membaca Al-Quran.

12- Hafal Al-Quran.

13- Komited dengan wirid tilawah harian.

14- Berdoa pada waktu-waktu utama.

Hmmm...berdoalah setiap saat dan ketika..

15- Menutup harimu dengan taubat dan istighfar.

16- Berniat dalam melakukan setiap perbuatan ~ lakukan kerana Allah.

17- Menjauhi dosa besar.

18- Merutinkan membaca zikir pada waktu pagi dan petang (contohnya : membaca Al-Mathurat).

19- Berzikir/ ingat kepada Allah dalam setiap keadaan.

20- Memenuhi nazar.

21- Menyebarluas salam.

22- Menahan diri daripada melakukan sesuatu yang haram/ dimurkai Allah.

23- Beriktikaf pada bulan Ramadhan (ikut kemampuan).

24- Menggunakan siwak.

25- Sentiasa menjaga kondisi taharah.

Baiklah, selamat membaca dan bermuhasabah...

Muthiah : Bangkit dan terus bangkit...
Labels: 0 comments | | edit post

Cantik sungguh perencanaan Allah


Assalammualaikum. Apa khabar? Hmmm... Muthiah hendak guna printer sebenarnya tetapi... huhu... ngak berjaya. Nampaknya, kena tunggu 'pakar' untuk menyelesaikan permasalahan 'besar' yang Muthiah hadapi ini.

Sekembalinya dari hari raya aidiladha, Muthiah benar-benar sibuk. Hmmm... hendak menyiapkan sesuatu. Alhamdulillah, hari ini... beres semuanya...

Cantik sungguh perencanaan Allah...

Dia memberi ruang kepada Muthiah untuk melakukan sesuatu. Seperti yang telah Muthiah katakan... sekembalinya dari kampung, sibuk bangat..

Allah memudahkan dengan..

1- Hampir setiap hari suami ada mesyuarat di Ipoh. Jadi, masa yang Muthiah sepatutnya guna untuk menyediakan makan tengah hari buat suami, Muthiah manfaatkan sebaiknya untuk menyudahkan kerja Muthiah. Makan pagi? Hmmm... Breakfast tidaklah sekomplikated lunch, bukan?

2- Muthiah mencari-cari printer baru. Tup tup... ada kedai komputer baru dibuka di Taiping Sentral. Ala-ala Lowyat. Jadi, dapatlah printer baik dengan harga yang berpatutan... Maklumlah, sedang mempromosi kedai.

3- Suami outstation... Alhamdulillah, Allah memberi ruang kepada Muthiah untuk menyiapkan kerja di tempat yang cukup selesa. Sudahlah makan pagi disediakan... Tidak perlu berfikir tentang baju yang belum dibasuh... lantai yang belum disapu/ mop... Jadi, Muthiah dapat fokus dengan kerja Muthiah.

Alhamdulillah...

Pernahkah kita melalui saat-saat begini? Hmmm... tanpa sedar, Allah mempermudah urusan kita tanpa kita sedari. Awalnya, Muthiah berasa agak runsing kerana masanya agak terhad dan Muthiah perlu all out. Mampukah aku? Alhamdulillah... suami banyak menyokong dan pasti!!! Allah menunjukkan jalan.

Justeru, bilamana kita rasa buntu... kembalilah kepada Allah.

Muthiah : Masih belum berjaya menggunakan printer baru. Kuang kuang kuang...

Menantu Mak Bedah


Sudah seminggu Mak Bedah tak lalu makan. Sehari-hari, ia hanya rajin membelek mukanya yang sudah berkedut dengan uban berjuta di kepala pada cermin yang diletakkan di tepi tilam empuknya. Sekejap-sekejap wanita tua itu tersenyum sendiri sehingga menampakkan gigi palsunya yang semakin kekuningan.
Pak Leman pula sudah buntu untuk membawa Mak Bedah kembali ke alam nyata. Angau Mak Bedah, mengalahkan angau Bakar dan Daud yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan tiga bulan sudah. Sekarang, Mak Bedah tidak sabar-sabar nak sambut menantu. Biarpun lewat majlisnya, Mak Bedah tetap suka hati.
“Sudah sudahlah Bedah oi. Tak mudanya awak duk membelek muka kat cermin tu,” tegur Pak Leman suatu hari. Mak Bedah yang sedari tadi begitu asyik menyisir rambutnya yang semakin berkurangan berhenti membelai ‘mahkota’nya seketika. Ia memandang Pak Leman yang bulat matanya semacam hendak menelan Mak Bedah yang badannya lebih besar daripada tong drum.
“Bukan muda Bang Leman eh, tak sabar rasanya nak sambut si Khatty tu. Mesti terbeliak mata orang kampung ni tengok menantu kita… model terkenal tu,” Mak Bedah berterus-terang.
“Bukan sahaja Mak Esah, Mak Sah, Mak Enon… tetapi anak, laki dan menantu mereka pun pasti terbeliak biji mata. Maklumlah, menantu mereka bukan macam menantu Mak Bedah. Cantik… model terkenal pula tu,” tambah Mak Bedah. Gembira benar nampaknya orang tua ni. Rasa diri begitu glamour mengalahkan Nabil, raja lawak yang baru sahaja menggondol anugerah bintang paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini. Tapi, Mak Bedah tak naklah peluk Pak Leman depan orang. Buang tebiat namanya tu.
“Bedah Bedah. Menantu kita bukan si Khatty seorang. Selamah bini si Daud tu awak nak campak kat mana? Laut China Selatan? Sungai Kinabatangan?” Pak Leman berkata sinis kepada isterinya yang masih setia mengukir senyuman, habis nampak giginya yang rongak. Entahlah, bagi Pak Leman Mak Bedah memang banyak berubah. Sejak ia mendapat menantu orang popular, Mak Bedah terasa diri juga berada di awang-awangan, menempah ke’glamour’an yang tidak pernah diimpi-impikan selama ini.
“Kenapalah budak Daud tu pilih anak Pak Mail yang hitam legam? Dia tu putih melepak, handsome daripada abangnya Bakar. Belajar pun tinggi, kerja pun molek tapi …” Mak Bedah berkata perlahan. Sesal juga kerana tidak membantah keputusan Daud yang mahu beristerikan anak dara Mak Piah, jirannya selang tiga rumah dari awal. Tidak boleh Mak Bedah bayangkan rupa cucunya kelak. Kalau ikut muka Daud, sukalah Mak Bedah. Ye la, Daud ni boleh tahan rupanya. Kalau ikut muka Selamah? Mengucap panjang Mak Bedah dibuatnya.
“Dah dah! Awak jangan nak salahkan takdir. Kalau awak tak redha, maknanya awak tak redha dengan ketetapan Tuhan. Berdosa Bedah oi,” kali ini, Pak Leman bersuara tegas. Kadang-kadang, geram Pak Leman dibuatnya.
Diagung-agung sangat menantunya yang dikatakan mahsyur tu. Popular sangat ke Khatty sampai Mak Bedah berubah begitu sekali? Nak kata pernah dapat anugerah, tak pernah. Nak kata selalu muncul di kaca televisyen, pun tidak. Bukan macam Fasha Sandha. Tengok filem, drama… semua ada muka dia.
Seandainya ditanya, siapakah menantu pilihan… Pak Leman pasti memilih Selamah walaupun ia tidak punya rupa yang menawan lagi jelita. Tutur katanya lembut, hasil kerjanya memuaskan hati semua orang dan yang paling utama, doktor muda ini tahu menghormati mereka yang lebih tua daripadanya. Hmmm…
Khatty pula… Pak Leman tak tahu nak cakap apa. Lagipun, belum sampai setahun model ‘terkenal’ ini menjadi menantunya. Cuma, Pak Leman kurang berkenan dengan cara model berusia 26 tahun ini berpakaian. Pak Leman tahu, Khatty Asmira atau nama sebenarnya Tijah binti Selamat ini seorang model yang punya peranan untuk menjaga nama baik agensi yang disertainya, tapi….
Khatty harus bijak mengikut suasana dan tempat. Bak kata pepatah, ‘Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau…’ larilah cepat-cepat. Persoalannya, kena pandai dan bijak. Cantik sahaja tidak cukup. Tengok finalis Dewi Remaja, bukan sahaja cantik dan mempunyai bentuk badan yang mengiurkan bahkan punya akal fikiran yang mantap.
Berbalik kepada menantu Pak Leman yang bernama Khatty tadi, yang membuatkan Pak Leman malu sendiri… kegemarannya memakai pakaian yang singkat-singkat dan jarang. Ini bukannya bandar metropolitan Kuala Lumpur tetapi Kuala Lampor! Memanglah ‘KL’ juga tetapi tetap tidak serupa. Tanpa sedar, Pak Leman memuncungkan bibirnya yang kebiruan. Mungkin dek rokok Gudang Garam hitam yang selalu dihisapnya. Habis giginya yang sedia kuning itu menjadi semakin kuning dan kotor.
“Bang Leman!” Tersentak Pak Leman daripada lamunan tatkala dijeritkan namanya begitu.
“Ya Bedah. Janganlah sampai menjerit. Saya ni bukannya pekak. Kurang pendengaran sedikit sahaja,” Pak Leman berseloroh.
“Inilah orang lelaki. Bila perempuan duk memikir tentang masa depan, dia cakap perempuan ni suka buang masa dan berkhayal. Yang dia duk buang masa kat kedai kopi Pak Abu dan termenung seorang diri tu tak apa?” Mak Bedah diam sejenak.
“Awak mana faham? Yang awak tahu, bilang berapa ekor lembu yang beranak,” sambungnya lagi. Pak Leman hanya diam sambil memandang isterinya yang semakin berseri wajahnya. Mak Bedah kemudiannya segera berjalan ke arah peti televisyen yang terletak di sudut kanan rumah lantas mengambil gambar kahwin kedua-dua anak lelakinya.
“Cantik sungguh bini si Bakar ni. Untung dia dapat bini comel, sedap mata memandang,” Mak Bedah berkata-kata sendiri.
“Dah la kalau awak sangat ‘sibuk’ dengan menantu baru sampai lupa nak masak untuk saya. Saya pergi kedai Pak Abu kejap, pekena kopi,” tanpa menantikan jawapan Mak Bedah, Pak Leman segera berlalu menuruni tangga rumah menuju bangsal kereta. Pak Leman bukannya mahu memandu kereta Nissan second hand yang dibelinya tahun lepas tetapi ia lebih selesa menunggang motor kapcai yang seperti besi buruk yang entah laku entahkan tidak untuk dijual.
Sekali… tidak hidup.
Dua kali… tidak hidup.
Nampaknya, terpaksalah Pak Leman menolak motor buruknya dan apabila dirasakan sudah ada potensi untuk hidup, segera Pak Leman menekan gear dua. Prang prang prang… bergema bunyi motor Pak Leman. Mengalahkan bunyi motor Cagan, Ropi dan Jemi yang terkenal dengan aktiviti rempit mereka. Cuma Pak Leman sudah terlalu tua untuk merempit di jalanan. Silap hari bulan, dapat tittle ‘Mat Rempit’ mengalahkan rempit-rempit yang sedia ada. ‘Suka hati awaklah Bang Leman oi,’ Mak Bedah berkata sendiri.
Mak Bedah tersenyum lagi. Terkenang menantunya yang bernama Khatty itu. Minggu sudah, Mak Timah datang ke rumahnya. Mak Timah datang bukan dengan tangan kosong tetapi dibawa bersama majalah hiburan milik anak gadisnya, Aminah.
“Bedah, ooo Bedah,” panggil Mak Timah dari kejauhan. Badannya yang sedia gempal itu kelihatan bak belon panas yang sedang terapung-apung di udara.
“Tengok Bedah, gambar anak kamu masuk dalam majalah ni,” cepat-cepat Mak Timah menunjukkan gambar perkahwinan anak Mak Bedah, Bakar yang berlangsung di Dewan Serbaguna Abdullah Hukum baru-baru ini.
“Cantik sungguh menantu kamu Bedah. Bertuah benar si Bakar tu dapat bini begitu. Nampaknya, balik awal memanjanglah dari kerja. Nak jumpa bini lawa,” tambah Mak Timah lagi sambil ketawa tanpa bunyi. Giginya yang lebih putih berbanding gigi Mak Bedah mengeluarkan aroma budu yang begitu menyelerakan.
“Itulah… tengok, tak macam si Daud yang pilih bini hitam legam,” Mak Bedah tiba-tiba bersuara.
“Dahlah hitam, tak cantik pula tu. Nasib baik tak buat majlis besar-besar. Buat malu aku saja. Nanti, orang kata menantu Mak Bedah hitam legam bak kuali di dapur,” sambungnya lagi. Entah Mak Bedah sekadar bergurau atau bersungguh-sungguh dalam ungkapan katanya. Terbeliak biji mata Mak Timah tatkala Mak Bedah berkata begitu. Almaklumlah, yang dihina dan dikutuknya itu bukan orang lain, menantunya juga.
“Ehem ehem…” tiba-tiba, kedengaran satu suara berdehem dari dalam rumah. Alamak! Mak Bedah terlupa. Rupa-rupanya, anak dan menantunya itu ada di rumah. Mahu membantu serba-sedikit persiapan majlis menyambut menantu kelak. Boleh tahan besar juga majlisnya nanti. Ye la, Pak Leman beria-ia mahu mengadakan majlis menyambut isteri Bakar dan Daud serentak. Katanya, boleh mengurangkan kos tetapi Mak Bedah kurang bersetuju.
Hari tersebut, pasti banyak reporter yang datang. Bukan sahaja dari majalah hiburan bahkan boleh jadi dari syarikat akhbar tempatan. Silap hari bulan, TV3 dan Astro pun datang sama. Buat liputan macam majlis Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Kan naya kalau wajah Selamah turut sama dirakam pihak media. Nanti, mereka akan tahu bahawa Mak Bedah dapat menantu hitam legam dan tidak cantik. Tidak! Tidak!!!
“Bilal bin Rabah pun hitam legam mak tapi sepatunya sudah kedengaran di syurga,” kata Daud perlahan. Ia sakit hati sebenarnya. Manakan tidak, ibu sendiri mengeji kekurangan milik isterinya. Selamah bukan orang lain, menantu Mak Bedah juga tetapi Mak Bedah menganggap Selamah macam orang luar.
“Itulah Daud… mak dah cakap, nak kahwin pilihlah bini yang sedap mata memandang. Yang kau pilih burung gagak tu kenapa?” Mak Bedah masih belum mahu mengalah. Ia tidak salah. Selamah, menantunya itu memang mempunyai kulit yang hitam dan selayaknya ia dikatakan hitam. Kalau hitam tetapi dipanggil putih… kan sindiran namanya tu?
“Dah sedap mata saya memandang mak. Sejuk hati saya tengok bini yang baik dan rajin macam Selamah ni. Senang hati mak…” tanpa menyudahkan bait bicaranya, Daud masuk ke dalam rumah. Khuatir dikatakan anak derhaka. Bukan Daud tidak tahu hukum-hakam. Dalam surah Al-Isra’ ayat 23 sendiri ada menyebut, ‘Jangan kamu katakan hatta perkataan ‘ah’ kepada ibumu…’
“Bedah eh, aku balik dululah. Nanti Daud dengan bini dia balik, aku datang lagi…” kata Mak Timah separuh berbisik.
“Nah! Ambil majalah ni. Kau simpan, anak aku dah habis baca pun… agaknya,” sambungnya lagi lalu meninggalkan Mak Bedah terkebil-kebil sendiri. Hmmm… Mak Bedah berdengus perlahan.
Tak berkelip mata Mak Bedah memandang foto perkahwinan Bakar dan Khatty. ‘Macam pinang dibelah dua,’ bisik Mak Bedah sendiri. Beruntung sungguh rasa diri. Walaupun tidak pula ada gambar Mak Bedah dan Pak Leman dalam majalah tersebut, ia tetap berpuas hati. Asal gambar Bakar sudah terpapar, ia cukup berbangga. Bukan mudah untuk masuk majalah. Masuk paper apatah lagi. Mak Bedah tersenyum simpul.
*****
Lagi seminggu majlis sambut menantu bakal berlangsung. Nampaknya, Mak Bedah tekad untuk mengadakan majlis besar-besaran. Mak Bedah mahu jemput seluruh penduduk kampung Kuala Lampor memeriahkan lagi majlis sambut menantu yang bakal dilangsungkan. Biar mereka tak berkelip mata tengok menantu Mak Bedah yang lawa lagi glamour tu. Lagipun, penduduk kampung Mak Bedah belum pernah masuk tv. Jadi, secara tidak langsung majlis berkenaan boleh meng’glamour’kan anak jati Kuala Lampor ni.
Kring kring… telefon rumah Mak Bedah berdering. ‘Siapalah yang telefon malam-malam buta ni,’ getus hati Mak Bedah. Malas rasanya untuk berjalan ke ruang tamu. Itulah Pak Leman… Mak Bedah dah pesan, pasang telefon cordless tapi Pak Leman degil. Terpaksalah Mak Bedah berjalan perlahan-lahan menuju ke arah telefon yang berwarna hijau.
“Assalammualaikum,” salam diberi.
“Ha Daud. Apa pasal telefon mak malam-malam ni. Ayahnya tak ada. Biasalah, ke surau… lepas tu, terus ke kedai kopi Pak Abu. Jam 12.00 nanti, dia mengantuk dia baliklah,” terang Mak Bedah panjang lebar.
“Hmmm…” kedengaran Daud mengeluh perlahan.
“Kau ni apasal Daud? Gaduh dengan Selamah ka?” Tanya Mak Bedah.
“Itulah mak dah pesan. Nak pilih bini, pilih yang sedap mata memandang. Macam abang Bakar kau tu. Ni, pilih bini …” sambung Mak Bedah tanpa memberi peluang Daud bersuara.
“Mak…” perlahan Daud memanggil ibunya.
“Abang Bakar ada telefon mak?” Tanya Daud serius.
“Tak adalah pulak. Kenapanya Daud?” Mak Bedah turut sama serius.
“Tak ada apa-apalah mak…” Daud seakan-akan cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Mak Bedah.
“Oh ya mak, Selamah dah pregnant tiga minggu,” suara Daud yang tadinya kedengaran begitu serius bertukar ceria.
“Apa kejadahnya pregnant tu?” Mak Bedah pula sepertinya orang yang sedang blur, tidak tahu apa yang disampaikan oleh Daud.
“Silap silap. Menantu mak dah mengandung tiga minggu mak, Alhamdulillah,” perlahan-lahan Daud menyampaikan berita tersebut kepada ibunya.
“Apa???” Mak Bedah kelihatan terkejut… kaget seketika. ‘Nampaknya, Daud telah mengatasi abangnya,’ ia mengerutkan dahinya yang sedia berkerut.
“Oooo, ini ke yang kau nak beritahu mak malam-malam buta ni?” Mak Bedah diam seketika.
“Mak nak solat Isya’ ni. Jangan lupa balik awal sikit untuk majlis sambut menantu nanti. Tolong mak apa yang patut. Abang Bakar kau tu, mungkin tak dapat balik awal. Ya la, kan si Khatty tu sibuk… model terkenallah katakan,” Mak Bedah segera meletakkan gagang telefon. Entah mengapa hatinya tidak berbunga mendapat khabar gembira itu.
*****
Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Sejak malam tadi, Mak Bedah tidak dapat duduk diam. Ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Maklumlah, ada majlis besar di rumahnya. Pak Leman pula, sedari minggu lepas termenung-menung di beranda rumah. Itu pun kalau Pak Leman ada di rumah. Kalau tidak, di kedai kopi Pak Abulah gamaknya.
Kenapa Pak Leman semacam tidak ceria menyambut menantu baru? Memanglah majlis akad nikah sudah beberapa bulan berlalu tetapi inilah kali pertama majlis sambut menantu dibuat di teratak buruknya. Oooo, rupanya lembu dan kerbau kesayangan Pak Leman sudah ‘selamat’ dikerjakan Mak Bedah. Alasan Mak Bedah kukuh. Mahu sambut menantu popular, kena buat majlis besar-besaran. Pabila Pak Leman tak setuju, mulalah Mak Bedah memuncungkan bibirnya yang kering itu. Jadi, lembu dan kerbau yang sepatutnya hendak dijual kepada Orang Kaya Mohsin… faham-faham sahajalah. Berkecai impian Pak Leman untuk memegang duit beribu-ribu.
‘Manalah si Bakar dan bininya?’ Mak Bedah mula risau. Ada beberapa orang reporter hadir untuk membuat liputan tetapi kedua-dua laki bini itu masih tidak nampak batang hidung mereka. Mujur juga Selamah dan Daud sudah ada. Tidak macam Khatty, Selamah yang sepatutnya turut sama diraikan menjadi umpama tuan rumah yang menyediakan santapan dan meraikan tetamu.
“Ada Bakar telefon kau Daud?” Mak Bedah bertanya perlahan.
“Tengok! Orang dah ramai. Mak jemput satu kampung datang majlis kita. Reporter pun mak suruh anak Mak Timah jemput tapi pengantinnya belum juga muncul,” kedengaran nada kecewa pada suaranya.
Wajah Daud berubah. Ia memandang Selamah yang tidak berkelip memandang Mak Bedah yang berpakaian mengalahkan mak datin…
“Sibuklah tu mak,” Daud memberi alasan. Tiba-tiba…
“Mak Bedah, tu kereta Bakar dah sampai,” jerit Mak Esah dari halaman rumah. Wajah Mak Bedah yang tadinya serba tak kena kembali ceria. Cepat-cepat ia berjalan menuju ke luar rumah. Mak Bedah tengok reporter pun turut sama bergegas mendapatkan Bakar yang masih diam di dalam keretanya. ‘Mana Khatty?’ Mak Bedah bertanya sendiri.
“Bini kamu mananya Bakar?” Mak Bedah memandang jalan utama.
“Keluarga bini kamu mana?” Ia mendongak-dongakkan kepalanya yang sedikit bujur. Tidak nampak bayang siapa-siapa pun…
“Maafkan Bakar mak,” Tanpa menjawab pertanyaan Mak Bedah, Bakar segera mencium tangan ibunya lantas memohon ampun kepadanya. Bakar tahu, ia telah memalukan ibunya dan pasti Mak Bedah tidak akan keluar rumah selepas daripada peristiwa ini.
“Saya…” Bakar terdiam.
“Saya…” Bakar tidak dapat meneruskan kata-katanya. Mak Bedah melopong. Reporter yang hadir juga melopong. Orang kampung pun ternganga mulut mereka. Eh, bukan mereka sahaja! Beruk Mat Yeh milik Pak Leman juga terbuka luas. Kepalanya yang dipenuhi bulu digaru laju.
“Saya dah bercerai dengan Khatty mak…” Bakar diam lagi.
“Saya ceraikan dia dengan talak tiga,” Bakar segera menundukkan wajahnya yang sudah kebasahan dek air mata yang mengalir.
Mak Bedah terkedu. Cerai! Untuk apa mereka bercerai? Kalaupun hendak bercerai, tunggulah selepas majlis ini. Tidak! Tidak sama sekali. Tak semena-mena, Mak Bedah pun jatuh pengsan. Reporter yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Mak Bedah yang sudah berubah rupa. Setelah sedar daripada pengsan, Mak Bedah menangis teresak-esak bak kanak-kanak kecil yang tidak mendapat mainan yang diinginkannya.
Bagaimana dengan Pak Leman? Pak Leman pun mengalirkan air mata. Bukan kerana perceraian Bakar dengan model terkenal itu tetapi dek duitnya yang telah hangus. Menantu yang dicanang-canang tidak ada, duit pula melesap.
Keesokannya…
Majlis sambut menantu bertukar tragis
Model diceraikan talak tiga!!!

Peristiwa tragis ini menjadi tajuk utama akhbar tempatan. Bukan itu sahaja, gambar Mak Bedah yang sedang terjelopok di atas tanah juga dijadikan cover majalah hiburan. Mak Bedah insaf… Mak Bedah insaf dan tidak mahu lagi bermenantukan orang glamour. Biarlah ia kekal menjadi ‘Mak Bedah tukang urut,’ yang popular……
Labels: 0 comments | | edit post

Fitnah ~ Siti Aisyah (iii)

Assalammualaikum. Ingat tazkirah 'Fitnah' yang pernah Muthiah coretkan sebelum ini (22 dan 23 November 2009)? Hmmm... Hari ini, Muthiah ingin menulis tentang FITNAH lagi.

*****

Kisah Siti Aisyah yang difitnah oleh Abdullah bin Ubay... Isteri kesayangan Rasulullah itu telah difitnah bersama salah seorang sahabat yang bernama Sofwan Ibnu al-Mu'atal.

"Adakah isteri sahabat kamu itu bersama Sofwan? Demi Allah, mereka tidak akan selamat di antara keduanya," kata ketua Munafik ini apabila Sofwan dan Aisyah melintasi Abdullah bin Ubay serta pengikut-pengikutnya di luar pintu Madinah.

Walaupun kata-katanya tidak menyebut dengan jelas berhubung dengan zina, namun apabila sampai kepada pengetahuan banyak orang, mereka yang lemah iman menambah menjadi tuduhan zina buat isteri Nabi SAW.

*****

Kesannya...

Dari sisi Aisyah...

Berkata Aisyah, "Sesungguhnya aku tidak menyedari sebarang perubahan yang berlaku melainkan kepada peribadi Muhammad. Lazimnya, Muhammad akan menghiburkanku terutama ketika sakit tetapi tidak kali ini..."

(Sakit sih apabila orang yang kita kasihi berubah sikap tanpa kita tahu apa salah kita. Sakit yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Hanya Allah yang mengetahuinya)

Dari sisi Muhammad SAW...

Bagi Muhammad, baginda mengenali isterinya tetapi fitnah yang tersebar ke atas puteri Abu Bakar itu sanggat mengganggu dirinya.

Lantas Muhammad mengumpulkan para sahabat dan berbincang tentangnya. Pada pertemuan pertama itu, berlaku pergeseran pendapat antara ketua Aus dengan Khazraj. Ini kerana, Abdullah bin Ubay adalah daripada keturunan Khazraj. Maka, baginda pun menghentikan majlis tersebut (bagi mengelakkan pergeseran itu menjadi semakin panjang).

Kemudian, Nabi SAW meminta pandangan mereka yang dekat dengannya. Antaranya ialah Usamah bin Zaid serta Ali bin Abi Talib. Ali telah mencadangkan agar Muhammad bertanya kepada orang gaji yang berkhidmat dengan Aisyah yang bernama Barirah.

Barirah berkata, "Demi Allah, aku tidak melihat sesuatu yang buruk mengenai Aisyah melainkan kebaikan."

(Apabila mendengar khabar buruk tentang insan yang dikasihi, tidak mustahil jiwa akan menjadi runsing dan tidak tenang. Akibatnya, memberi kesan kepada kedua-dua mangsa ~ insan yang difitnah serta orang yang dekat dengannya )

*****

Setelah beberapa ketika, akhirnya Aisyah mengetahui tentang fitnah yang menimpa dirinya...

Setelah sakit Aisyah beransur pulih, ia pun keluar ke bandar Madinah dengan Ummu Mustah. Tiba-tiba, Ummu Mustah telah terjatuh lalu ia pun memperkatakan sesuatu yang tidak baik tentang anaknya.

Berkata Aisyah, "Jangan berkata sebegitu wahai Ummu Mustah! Bagaimana kamu boleh mencerca seorang sahabat Muhamamd daripada kalangan ahli Badar?"

Pelik kerana Aisyah masih mempertahankan orang yang memperkatakan tentang zina itu lantas Ummu Mustah pun menceritakan apa yang sedang berlaku di Madinah.

Siti Aisyah pun berkata," Aku tidak tahu langsung perihal itu. Namun, apabila aku mendengar hal ini... aku terus pulang dan menangis. Hatiku bagai dipotong-potong..."

(Boleh bayangkan perasaan itu? Atau pernah melaluinya???)

*****

Akhir sekali, Allah pun menurunkan wahyu mencantas segala fitnah yang menimpa Aisyah.

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang daripada mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar," An-Nur ayat 11.

*****

Abu Bakar yang selama ini menanggung nafkah beberapa keluarga sahabat tidak mahu lagi menanggung Mustah (akibat fitnah tersebut). Kemudian, turun wahyu kepada Abu Bakar yang menegur tindakannya.

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." An-Nur ayat 22.

*****

Jadi, fikir-fikirkan wahai teman. Apakah yang boleh diambil (pengajaran daripada kisah ini)???

Ya!

Fitnah itu bisa merosakkan hubungan...
Fitnah itu menyakitkan...
Fitnah itu tidak menguntungkan...
Fitnah itu satu perbuatan keji...

Pemfitnah akan menerima balasan daripada Allah...
Pemfitnah itu tidak akan selamat ~ hidup di dunia dan akhirat...

Kalau sudah tersasar... KEMBALILAH...
Sesungguhnya, pengampunan Allah Maha Luas buat hamba-hamba-Nya.

USAH BIAR TERSASAR LAGI..

Muthiah : SAY NO TO FITNAH!!! Tidak mahu memfitnah atau dengar fitnah. Serah 150% kepada Allah..
Labels: 0 comments | | edit post

Sebatang Pensel Tekan

“Mama!!!” Jerit Qistina lantas berlari pantas menuju ke arah ibunya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
“Mama!!! Tadi ada budak jahat ambil pensel tekan adik,” kali ini, Qistina menghentak-hentakkan kakinya ke lantai. Salsabila hanya tersenyum. Baru sebentar tadi ia merungut-rungut di dalam kereta dengan kerja yang berlambak di pejabat tetapi kini, ditambah dengan permasalahan ‘besar’ yang dihadapi puteri tunggalnya.
“Kenapa sayang, siapa yang ambil tu?” Rambut Qistina diusap perlahan. Handbag berjenama Polo yang dihadiahi suaminya diletakkan di tepi sofa.
“Azirah, budak miskin dalam kelas Qis…” diam sejenak.
“Qis tahu dia yang ambil sebab dia tak ada pensel tekan,” sambungnya lagi.
“Macam mana Qis tahu dia tak ada pensel tekan?” Salsabila bertanya lembut meskipun agak terkejut dengan kata-kata Qistina.
“Alaaa… Qis tahu sebab dia orang miskin. Kasut dia koyak, tak pernah pun makan kat kantin. Qis tengok, hari-hari makan nasi dengan telur. Qis tahu dia jealous sebab Qis selalu makan burger dan hotdog. Masa Qis makan, dia tengok je…” diam lagi.
“Ma, Qis tak suka kawan dengan dia. Dia busuk, baju dia pun kotor. Sampai sekolah, habis basah baju sekolah dia,” tambah Qistina.
“Qis duduk dulu. Mama nak solat Asar kejap ya,” kata Salsabila perlahan. Sebenarnya, hatinya sebak mendengar kata-kata Qistina. Bukan kerana puteri kesayangannya itu kehilangan pensel tekan tetapi ia pilu mengenangkan seorang kanak-kanak yang koyak kasutnya, lusuh bajunya. Kenangan lama tiba-tiba menjelma…

*****

“Cikgu, Salsabila ambil pensel tekan saya,” kata Amirah satu hari.
“Mana ada cikgu. Saya tak ambil pun pensel tekan dia,” Salsabila cuba mempertahankan diri.
“Bohong! Tu pensel tekan siapa?” Amirah nampaknya masih belum berpuas hati.
“Saya punya sendiri cikgu. Ada orang bagi hadiah,” kali ini, air mata Salsabila mula menitis satu persatu.
“Tipu! Bohong! Dia orang miskin cikgu. Mana ada orang nak kawan dengan dia. Dah tu, mana ada orang nak bagi hadiah kat dia. Mak dia jual nasi lemak kat tepi jalan sana. Tu pun tak laku. Ayah dia dah mati, ” Amirah segera merampas pensel tekan yang dipegang Cikgu Noraini.
“Ini saya punya dan saya tak suka budak miskin pegang pensel tekan saya. Nanti, saya pun jadi miskin,” dengan angkuh ia berkata.
“Amirah… serahkan balik pensel tekan tu pada cikgu,” Cikgu Noraini berkata lembut tetapi tegas.
“Tak mahu! Nanti cikgu bagi budak miskin ni,” Amirah segera menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.
“Amirah!!!” Kali ini, suara Cikgu Noraini ditinggikan. Budak-budak zaman sekarang, perlu diajar agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau asyik dibelai dan dimanja, dikhuatiri menjadi insan yang lupa diri, lupa daratan dan lupa bahawa hidup ini bukan sendiri.
Terkejut dengan kata-kata Cikgu Noraini, Amirah segera mencampakkan pensel tekan itu ke muka Salsabila yang masih tidak henti-henti menangis. Meskipun tangisannya tidak berbunyi, tudungnya sudah kebasahan dengan air mata yang bercucuran. Amirah berjalan laju menuju ke luar bilik guru.
019-344 xxxx. Kring kring…
“Hello, mummy…” diam seketika.
“Cikgu Noraini marah Mira. Dia sokong budak miskin yang curi pensel tekan Mira,” Amirah mengadu kepada ibunya.
“Hmmm…” Datin Syarifah mengeluh perlahan.
“Mummy pergi sekolah sekarang,” kata Datin Syarifah pendek.
Tanpa lengah, Datin Syarifah segera menuju ke sekolah puteri bongsunya yang terletak tidak jauh dari kediaman mewahnya. Berani sungguh cikgu itu memarahi anaknya sedang ia sendiri tidak pernah meninggikan suara terhadap Amirah.
Cikgu ini harus diberi pengajaran. Sekiranya pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa, ia tekad memperbesarkannya ke pihak kementerian dan dada akhbar. Tekadnya hanya satu, cikgu ini harus ditukar ke mana-mana asal tidak lagi mengganggu ketenteraman puteri kesayangannya.
“Saya Datin Syarifah binti Tan Sri Hussin. Saya mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal. Dia guru besar sekolah ni kan?” Kata Datin Syarifah kasar kepada kerani di pejabat sekolah.
“Betul, puan. Puan tunggu sebentar ya,” kata kerani yang memakai baju kurung berwarna hijau sambil tersenyum, Najwa namanya.
“Datin!” Datin Syarifah mengingatkan.
“Baik… datin tunggu sebentar ya,” kali ini, tergagap-gagap Najwa bersuara.
“Mummy…” tiba-tiba Amirah datang meluru ke arah ibunya yang seperti singa kelaparan.
“Ya sayang. Cikgu mana yang marah Mira. Dia ada pukul Mira?” Cepat-cepat Datin Syarifah memeriksa tubuh puterinya.
“Cikgu Noraini. Ya mummy, cikgu pukul dan cubit Mira,” bohong Amirah.
“Ini tak boleh jadi. Saya akan saman sekolah ni,” kata Datin Syarifah dengan lantang.
Kemudian, seorang lelaki hampir setengah abad dengan songkok hitam di kepala masuk ke dalam bilik yang tertera di muka pintunya, ‘Guru Besar’.
“Datin boleh masuk sekarang,” Najwa berkata dengan lembut.
“Apa nak jadi dengan sekolah ni? Anak saya telah didera oleh cikgu di sini. Siapa namanya Mira?” Tanpa sebarang mukadimah, Datin Syarifah terus menerjah Cikgu Zainal yang tidak pernah lekang dengan senyuman.
“Sabar datin. Datin duduk dulu. Cerita satu-satu. Saya akan siasat perkara ini. Datin jangan risau,” kata Cikgu Zainal dengan lembut.
Tok tok tok…
“Masuk,” Cikgu Zainal bersuara. Najwa kemudiannya masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawa tiga gelas air.
“Cikgu mana yang pukul Mira tadi?” Cikgu Zainal memandang tepat wajah Amirah.
“Cikgu Noraini dan yang curi pensel tekan Mira Salsabila, darjah 6 Kekwa,” takut-takut Amirah menjawab.
“Najwa, tolong panggil Cikgu Noraini dan Salsabila, darjah 6 Kekwa ke sini sekarang juga,” arah Cikgu Zainal tegas.
“Baik cikgu,” balas Najwa lalu keluar dari situ. ‘Macam dalam dewan peperiksaan…menakutkan,’ ia berbisik sendiri.
“Baik, ceritakan kepada saya,” Cikgu Zainal berkata lembut, lebih lembut daripada tadi.
“Tadi, anak saya menghubungi saya dan memberitahu bahawa dia telah didera oleh cikgu sekolah ini. Yang membuatkan saya tidak berpuas hati, tergamak cikgu tersebut memukul anak saya sedangkan saya sendiri tidak pernah menjentiknya,” terang Datin Syarifah panjang lebar meskipun ia sendiri tidak tahu hujung pangkal cerita.
“Baik Mira, apa yang berlaku sebenarnya,” kali ini, Cikgu Zainal memandang anak mata Amirah yang semakin kemerahan.
“Salsabila curi pensel tekan saya. Dia orang miskin. Mustahil ada pensel tekan tu…” diam sejenak.
“Dah la curi pensel saya, dia mengadu pula pada Cikgu Noraini saya ambil penselnya padahal itu bukan pensel tekan dia. Itu saya punya. Mummy yang beli dekat Vitacare,” cerita Amirah sambil memandang ke lantai.
“Pensel tekan Mira ada berapa?” Tanya Cikgu Zainal lagi.
“Lima,” jawab Datin Syarifah dan Amirah serentak.
Tok tok tok… tiba-tiba, pintu bilik diketuk lagi.
“Masuk,” Cikgu Zainal bersuara dari dalam.
“Assalammualaikum cikgu, datin,” kata Cikgu Noraini sambil bersalam dengan Datin Syarifah. Di sampingnya, ada dua orang murid-murid lelaki dari darjah 6 Kekwa bersama dengan Salsabila.
“Buat apa budak lelaki ni ikut sama? Yang mendera anak saya ialah Cikgu Noraini dan yang mencuri pensel tekan anak saya ialah budak miskin ni,” dengan angkuh Datin Syarifah bersuara.
“Ini pensel tekan siapa?” Tanya Cikgu Noraini sambil menunjukkan pensel tekan yang disimpannya.
“Saya,” kata Salsabila dan Amirah serentak.
“Tengok! Dasar tak malu. Depan saya pun budak miskin ini berani menipu,” sergah Datin Syarifah.
“Mak dengan ayah tak ajar ke?” Tengkingnya lagi.
“Macam mana Salsabila dapat pensel tekan ni?” Tanya Cikgu Noraini kepada Salsabila.
“Saya tolong Makcik Munah jaga baby masa hujung minggu lepas. Kemudian, Makcik Munah hadiahkan saya pensel tekan tu,” kata Salsabila penuh yakin.
“Ada saksi?” Datin Syarifah menyampuk.
“Amirul,” kata Salsabila sambil menghala jari telunjuknya ke arah Amirul.
“Kau siapa budak?” Datin Syarifah tidak berpuas hati.
“Amirul adalah cucu Makcik Munah yang sama-sama dihadiahkan pensel tekan ini,” terang Cikgu Noraini.
“Ah, boleh jadi mereka berpakat,” sanggah Datin Syarifah. Cikgu Zainal hanya diam tanpa suara.
“Amirah, ini pensel tekan awak ke?” Tiba-tiba, Sofwan berjalan ke arah Amirah dan memberikan lima batang pensel tekan yang berwarna-warni kepadanya. Amirah kaget tetapi ia tetap menanggukkan kepalanya.
“Saya jumpa atas meja awak,” kata Sofwan lagi.
“Pensel tekan Amirah ada berapa?” Tanya Cikgu Noraini lembut.
“Lima… eh enam,” takut-takut Amirah menjawab.
“Lima atau enam?” Kali ini, Cikgu Zainal bersuara agak keras.
“Eh lima,” jawabnya.
“Jadi, ini pensel tekan siapa?” Cikgu Noraini pula bersuara. Diam… tidak ada satu suara pun yang kedengaran, baik Amirah mahupun Datin Syarifah.
“Saya punya,” sambil tersenyum, Salsabila mencapai pensel tekan tersebut. Nah, kebenaran sudah terserlah. Datin Syarifah akhirnya malu sendiri. Tanpa ungkapan maaf, ia segera meninggalkan sekolah dengan tergesa-gesa. Pada keesokan harinya, Amirah tidak lagi datang ke sekolah tersebut. Khabarnya sudah bertukar ke tempat baru.

*****

Air mata Salsabila mengalir perlahan ke pipi. Satu ketika dahulu, dia juga dicerca dan dihina dek kesempitan hidup. Bukan itu sahaja, ia dituduh sebagai pencuri.
Hari ini, puteri kesayangannya pula telah menjadi ‘Amirah’ nombor dua yang menuduh orang lain mencuri barang kepunyaannya. Dia sama sekali tidak mahu anaknya mengikut jejak langkah Amirah waktu lampaunya. Kasihan Azirah…
“Qis, ambilkan beg sekolah. Mama nak tengok,” kata Salsabila kepada Qistina sesudah ia menunaikan solat.
“Baik ma,” kata Qistina ringkas. Kemudian, tanpa lengah Salsabila memeriksa beg sekolah Qistina. Dibeleknya poket beg tersebut… tidak ada. Selepas itu, ia mengeluarkan semua buku yang terdapat di dalam ruang utama beg.
Tiba-tiba…
Seperti yang diduga, sebatang pensel tekan berwarna pink jatuh ke lantai. Salsabila mengambilnya perlahan.
“Yang ni ke pensel tekan Qis yang hilang?” Tanya Salsabila lembut.
“Ya, yang ni la…” cepat-cepat Qistina mengambil pensel tekan tersebut dari pegangan ibunya.
“Biar mama pegang dulu. Qis kena minta maaf dengan Azirah dan lepas ni, jangan hina dia lagi. Petang esok, mama bagi balik pensel tekan Qis ni,” Salsabila mengusap-usap rambut puterinya.
Qistina hanya diam…
Labels: 0 comments | | edit post

Kerja banyak tetapi....

Assalammualaikum.... malam tadi, Muthiah tidur lewat. Pagi ini, Muthiah bangun awal. Mungkin sebab itulah minda Muthiah tidak dapat berfikir dengan cemerlang, gemilang dan terbilang (bolehkah begini???). Dari tadi, duduk di hadapan laptop tetapi tidak tahu apa yang boleh dicoretkan. Sekejap-sekejap tengok blog... sekejap-sekejap tengok facebook... YM? Muthiah menunggu seorang teman ~ untuk berbicara dengannya tetapi mungkin dia ada kelas. Al-maklumlah, kerjanya pensyarah ;)

Projek?

Alhamdulillah. Ada projek Muthiah yang sudah dibereskan. Antaranya :

1- E-SAKM
2- E-SMRDPU

Ada juga yang sudah dibereskan tetapi dalam proses pembaikan :

1- N-FC - (Kena tambah dalam 20 muka surat lagi)

Yang dalam proses :

1- N-NKMN (Dalam 5 bab lagi dan tarikh tutupnya 15 Disember 2009. Doakan Muthiah dapat siapakan sebelum masanya,ya).

Perancangan akan datang :

1- J-K
2- SR

Lama betul Muthiah tidak menulis cerpen. Agak-agak, sudah lebih 6 bulan sejak suami pergi berkursus di AKMAL. Perancangan awal, ingin kembali menulis setelah kembali ke Taiping tetapi ada projek lain pula.

Hmmm... kadang-kadang, rasa down juga. Terfikir... 'Mampukah aku berjaya?' Kadang-kadang rasa rendah diri tetapi mujur suami bagi memberi dorongan dan motivasi, membuatkan Muthiah lebih yakin pada diri diri sendiri. Apa yang penting, kita berusaha dan terus berusaha. Insya-Allah, bilamana baik buat kita, Allah pasti akan tunjukkan jalan pada diri kita.

Moral :

1- Usaha tangga kejayaan.

2- Usah sekali-kali berputus asa andai belum lagi mengecapi sesuatu yang diingini.

3- Buatlah sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

4- Salinglah memberi dorongan dan motivasi terutama kepada mereka yang disayangi.

5- Persetankan pandangan/ kata-kata orang terhadap diri kita (Hmmm... ada kaitan ka?).

Muthiah : Kadang-kadang tetap terkenangkan...
Labels: 0 comments | | edit post

Si Cantik vs Si Pemalas


Assalammualaikum… tanyakan pada diri, agak-agak… kita masuk kategori mana? Tandakan (√) :

Si Cantik tetapi PEMALAS ( )
Si Cantik dan TIDAK MALAS… rajin daaaa ( )
Si …. (namun, sedap mata memandang) tetapi RAJIN. Sejuk perut ibu mengandung ( )
Atau….. sudahlah tidak comel, PEMALAS pula ;) Huhu… moga dijauhkan ( )


Jom semak …

Kita bangun pukul berapa???

Bangun awal/ lewat, kemudian tunaikan solat Subuh. Selepas itu, hehe… tidur balik. Semalam stay back, tengok cerita Korea (baru beli VCD). Agak-agak emak sudah siapkan sarapan, bangunlah… kan anak mak???

Tidak salah bangun lewat sekali-sekala…kita, bukannya robot. Kita hanya manusia biasa yang punya banyak kelemahan. Namun, bagaimana halnya kalau tabiat tersebut berlaku setiap hari??? ‘Buruk bebenor,’ bak kata orang Nogori. Hmmm… Usah jadikan amalan, oh diri sendiri...

Baju / seluar…

Dibasuh seminggu sekali. Baju… dua tiga kali pakai. One drop perfume (sebenarnya, tahu jenama ini sahaja)kan ada?

Hehe… sendiri punya baju… sendiri mahu ingat! Baju mak/ ayah… mak dan ayah kena basuh sendiri. Kita bereskan kita punya sahaja. Al-maklumlah, sibuk bah… sibuk bangat. Kerja banyak di pejabat tadi (eksekutif sih)… stres… tension… kena buat balik kerja pula ke rumah (tidak ada life). Bagi yang masih belajar… assignment berlambak. Balik cuti, kena bereskan tugasan yang diberikan pensyarah, tidak punya ruang/ masa untuk basuhkan baju mak/ ayah (walau hanya sepasang dua). Huhu… sadis betul…

Emak ayah bekerja… hendak gosok baju mereka hari-hari, parahlah. Baju kita lagi… tudung lagi… kain lagi… Sudahlah kita sudah keletihan di tempat kerja. Bagaimana pula dengan seminggu sekali? Hmmmm… pun tidak boleh. Hujung minggulah masa hendak beristirehat. Lagipun… mak ayah tidak pernah merungut apa-apa… (Hehe… di hadapan kita, tidak pernah… di dalam hati??? Di belakang kita??? ‘Oh, anak gadisku…’).

Dalam seminggu, berapa kali kita menjemur/ mengangkat pakaian di ampaian? Bahagi 50-50 dengan emak, baru adil… Atau… emak angkat 3 kali, kita angkat 4 kali…
Atau… emak angkat 5 kali, kita angkat 2 kali… parah parah…
Kita sibuk bangat… tidak sempat.

Hmmm… angkat baju sendiri-sendiri (bagi yang tinggal di rumah sewa)… nanti, bilamana kita rajin angkatkan orang lain punya, orang lain akan jadi pemalas (terlupa dengan ganjaran pahala yang Allah sediakan). Betulkah? Kau kau… aku aku…

(Muthiah pernah ada pengalaman, angkatkan baju teman sebilik (bukan akhuwat) di ampaian yang berminggu tidak berangkat. Huhu… kena marah beb! Satu hari, hujan lebat… Muthiah tidak berani mengangkat pakaiannya. Lagipun, pengalaman mengajar untuk… Akibatnya, habis basah… selepas itu… baru cakap baik-baik. “Kalau hujan, tolong angkatkan baju…”) ~ Inilah kehidupan.

Masak…

Huhu… kita masak tidak sedap, baik mak yang buat. Lagipun, emak tahu citarasa ayah ;)

Hmmmm… tidak sempat, baik beli di kedai. Lagipun, lebih menjimatkan. Rugilah masak untuk seorang makan… Gaji bersih RM2,500.00 sebulan. Setakat beli makanan RM10 sehari, apalah sangat.

Aiyooo… duduk asramalah… mana boleh masak ;) Dush dush..

Alaaa…. Nanti sudah kahwin, kita masaklah…. Bila hendak kahwin tu??? ;)Apapun...jodoh pertemuan di tangan Tuhan....

Menyapu dan mengemop rumah

Hmmm… adakah sepanjang hidup kita (dalam setahun), kita tidak pernah pegang penyapu atau mop atau pencuci tandas. Itu… kerja emak/ orang lain (kawan yang rajin). Leceh…. Rumah hari-hari berhabuk. Rambut pun hari-hari gugur…Menyesakkan… tidak berdaya hendak menguruskan. Lagipun, kita sudah memberi emak duit dapur… kita telah membayar bil api… elektrik… kira OK-lah, bukan? Atau… kita eksekutif. Kawan serumah, kerani am. Kerjanya di pejabat kurang stres berbanding diri kita. Jadi….

Hmmm… kita menolong emak mengemas rumah… bilamana disuruh (ala-ala pahat dan tukul)…Kalau tidak… ‘Lu pikirlah sendiri,’ seperti kata Nabil (Raja Lawak).

Apapun keadaannya… walau di mana kita berada (tinggal bersama keluarga atau di rumah sewa) renungkan kembali…

Memang… kita bukan robot tetapi kita boleh melakukan sesuatu (mengikut kemampuan kita). Kalau hari-hari bangun lewat… tidak pernah ada niat untuk membantu di dapur…setahun tidak pernah pegang penyapu… kena check balik diri.

Renung-renungkan… fikir-fikirkan…

Mahu bernikah?? Jom persiapkanlah diri ke arah itu… Bagaimana? Tanyalah mereka yang lebih tahu, huhuhuhu...

Muthiah : Adakala rajin… adakala… MALAS BANGAT :)