Antologi cerpen; Saya hidup positif, Anda bila lagi?


Alhamdulillah ^___^

Setelah sekian lama...

Mencari-cari di kedai buku Popular. Katanya, buku ini belum sampai ke Ipoh. Sedikit kecewa tetapi tidak berputus asa, Muthiah ke MPH pula. Senyum terukir lebar. Akhirnya...




Awalnya, Muthiah menyertai pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran PROSTAR MALAYSIA dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf ini adalah sebagai tanda sokongan kepada GBK. Apabila Puan Sri Diah Shaharuddin memberi galakan kepada para penulis untuk menyertainya, Muthiah semakin bersemangat. Menang kalah nombor dua. Yang penting, kita mencuba.

Alhamdulillah, Muthiah terpilih. Terima kasih semua atas sokongan dan doa <3

Antologi cerpen ini memaparkan sebanyak 25 buah cerpen terbaik yang dipilih panel juri daripada hampir seribu penyertaan. Tema yang diketengahkan meliputi pelbagai masalah sosial masyarakat setempat ~ pergolakan jiwa manusia berhadapan dengan tekanan hidup, kemiskinan, kekurangan kasih sayang dan sebagainya.

Tahniah kepada PROSTAR MALAYSIA, GBK dan para pemenang.

1. Hutang RM247.25 - Puteri Intan Zureina
2. Sisa-sisa Kenangan - Ridhwan Zainuddin
3. Gagak oh, Gagak - Puteri Andalas Novelis
4. Adam dan Hawa - Ajmah Edah Ajan
5. Ombak Besar - Norzainey Addie
6. Doktor vs Bomoh - Haryati Abu Nasir
7. Doa dan Harapan - Raja Salawati Raja Husin
8. Cinta Sepotong Kek - Siti Rozilah Jantan
9. Akhirnya Sempurna - Nur Izzati Sulaiman
10. Syahadat Cinta - Nabila Mohd Nordin
11. Kerana Tangan Ini - Nur Syairah Akmal Halim
12. Angan Ahmad Ghani - Nurliza Mohd Nasir
13. Hijaunya Hati - Siti Zubaidah Mohamad Nor
14. Surat Khabar Lama - Rosnani Hasan
15. Semalam - Ismazian Mohd Patani
16. Selagi Masih Ada - Nurul Azah Osman
17. Bola-bola Cinta - Nurul Hayana Azizan
18. Sepotong Kek, Sebuah Novel - Azmi Mat Seman
19. Muzikal si Sirus - Raden Mohammad Azwan Naharudin
20. Maria, Sahabat Terindah - Norazliana Sakiman
21. Aku adalah Insan - Siti Nurul Izzatul Mohd Nawi
22. Menanti Sinar - Mohd Hafiz Mohd
23. Anugerah - Nur Farhana Mohamad Mokhtar
24.Tulus Kasihnya Padamu - Mohd Afiq Amani
25. Berlalunya Gerhana - Suhana Ismail Sani

Yuk, dapatkan di pasaran ^_^
2 Responses
  1. Tahniah kak, saya ada juga menyertainya tetapi mungkin bukan rezeki saya.

    Semalam saya baru saja membeli ANTOLOGI ORANG BERDOSA.


  2. Terima kasih, Helmi. Insya-ALLAH, ALLAH izin, ada rezeki, satu hari nanti pasti beroleh kejayaan. Syaratnya; teguh berusaha, dekat dengan-NYA dan tidak sekali-kali berputus asa.

    Terima kasih juga atas Antologi Orang Berdosa. Akak sendiri belum perolehinya. Selamat membaca. Nanti, bolehlah cuba hantar ke GBK pula.

    Selamat maju jaya!