Puasa sunat

Assalammualaikum :) 


Pejam celik, pejam celik... kita sudah menghampiri bulan Ramadhan.






Bersediakah kita untuk mendepaninya?

Atau!

Kita sudah bersedia sakan dengan persiapan hari raya?

Moga-moga, kita terpilih untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa memanfaat peluang dan ruang yang diberikan-NYA. Mana tahu... puasa kali ini merupakan puasa Ramadhan terakhir kita?


Hari ini, Muthiah bukanlah hendak berbicara pasal puasa pada bulan Ramadhan. Jom kita baca tentang puasa-puasa sunat. Jika ada tambahan, yuk sama-sama :)


1. Puasa Nabi Daud (Puasa sehari, berbuka sehari)


Daripada Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya, puasa yang paling disukai ALLAH ialah puasa Nabi Daud A.S.; dan solat yang lebih dikasihi ALLAH ialah solat Nabi Daud A.S.. Dia tidur setengah malam, solat sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Dia berpuasa sehari dan berbuka sehari." (H.R. Muslim)


2. Puasa Isnin Khamis


Daripada  Abu Hurairah R.A., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Diangkat amalan seseorang pada hari  Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.”  (H.R. Tirmidzi)


3. Puasa 6 hari pada bulan Syawal (Dikenal juga sebagai Puasa Enam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (H.R. Muslim)

4. Puasa Muharam (Pada hari 'Asyura yakni 10 Muharam)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan ALLAH yang diharamkan (Muharam), dan solat yang paling utama sesudah solat fardu ialah solat malam."(H.R. Muslim)

5. Puasa hari-hari putih (13, 14, 15 pada bulan-bulan Islam)

Qatadah bin Mihan R.A. menceritakan, "Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 di mana Nabi SAW bersabda,'Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa,'." (H.R. Abu Daud)

6. Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Puasa Hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan ALLAH menghapuskan dosa setahun selepasnya dan tahun yang sebelumnya." (H.R. Tirmidzi)

7. Puasa awal Zulhijjah (Dari hari pertama sampai hari ke sembilan)

Hafsah R.A. menceritakan, “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah SAW yakni; puasa 'Asyura, puasa al-‘Asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh.” (H.R. Abu Daud dan an-Nasai)

Okey. Sedikit perkongsian daripada Muthiah. Untuk hadis, mohon rujuk kepada yang lebih pakar. Apa yang penting... lakukanlah kerana ALLAH SWT.

Jom kita perbaik diri dengan perelok amalan! Yeah :)
Labels: | edit post
0 Responses