Awasi barang peribadi anda
Wednesday, June 13, 2012
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... sesak nafas sedikit. Mungkin dek kerana tidur direct di bawah kipas siling, extra dengan kipas angin berkelajuan nombor tiga. Terbaik punya. Kemudian, sakit sendiri :)
Okey. Belajar!
....
Sebelum menunaikan solat Isyak di Masjid Hospital, Ipoh baru-baru ini, Muthiah bertanya kepada seorang mak cik yang meletakkan beg tangan (yang nampak besar) di hadapan kain sejadah. "Mak cik, banyak barang berharga tak di dalam beg tu?"
Mak cik tersebut pun menjawab, "Ada RM3 sahaja."
Muthiah pun mengangguk-angguk, kemudian menambah, "Semalam waktu solat Isyak, rasa macam ada orang lalu di hadapan. Siap solat, mak cik di sebelah pakat tanya, ada sesiapa hilang duit tak? Jadi, kalau ada barang berharga... kena simpan elok-eloklah. Sekarang ni, dalam masjid pun orang berani buat hal."
Selepas menekuni kata-kata Muthiah, mak cik tersebut memberitahu. "Waktu mak cik solat di sebuah masjid di Bidor pun sama. Sujud sekejap, ada beg yang hilang..." mak cik tersebut diam sekejap.
"Di RNR Bukit Merah pun ada kes. Ambil wuduk sebentar. Beg letak dekat belakang. Siap, beg pun lesap..." sambungnya lagi lebih beria-ia.
Hmm...
Muthiah simpati betul kepadasi pencuri. Dia bukan sahaja melakukan kesalahan mengambil hak orang lain tetapi membuat penganiayaan juga. Apabila melakukan kesalahan kepada ALLAH, insya-ALLAH kita boleh bertaubat dengan taubat nasuha <-Moga-moga sempat. Akan tetapi, bagaimana halnya sekiranya kita membuat salah atau menzalimi orang lain? Duit dalam beg RM400 adalah duit makan cukup-cukup untuk bulan ini. Tup-tup, dicuri sewaktu tengah solat di masjid. Moga ALLAH tabahkan hati.
Marah? ~ Mangsa berhak berasa marah.
Sedih? ~ Siapa yang tidak sedih. Enam bulan kumpul duit untuk beli BB. Tup-tup... hukhuk.
Sabar? ~ Hanya ini yang mampu Muthiah titipkan.
Bagi yang berkenaan...
Kembalilah... ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Jom kita memperingat diri :
Okey. Belajar!
....
Sebelum menunaikan solat Isyak di Masjid Hospital, Ipoh baru-baru ini, Muthiah bertanya kepada seorang mak cik yang meletakkan beg tangan (yang nampak besar) di hadapan kain sejadah. "Mak cik, banyak barang berharga tak di dalam beg tu?"
Mak cik tersebut pun menjawab, "Ada RM3 sahaja."
Muthiah pun mengangguk-angguk, kemudian menambah, "Semalam waktu solat Isyak, rasa macam ada orang lalu di hadapan. Siap solat, mak cik di sebelah pakat tanya, ada sesiapa hilang duit tak? Jadi, kalau ada barang berharga... kena simpan elok-eloklah. Sekarang ni, dalam masjid pun orang berani buat hal."
Selepas menekuni kata-kata Muthiah, mak cik tersebut memberitahu. "Waktu mak cik solat di sebuah masjid di Bidor pun sama. Sujud sekejap, ada beg yang hilang..." mak cik tersebut diam sekejap.
"Di RNR Bukit Merah pun ada kes. Ambil wuduk sebentar. Beg letak dekat belakang. Siap, beg pun lesap..." sambungnya lagi lebih beria-ia.
Hmm...
Muthiah simpati betul kepada
Marah? ~ Mangsa berhak berasa marah.
Sedih? ~ Siapa yang tidak sedih. Enam bulan kumpul duit untuk beli BB. Tup-tup... hukhuk.
Sabar? ~ Hanya ini yang mampu Muthiah titipkan.
- Moga ALLAH meningkatkan darjat di sisi-NYA atas kesabaran kita itu.
- Moga-moga segala apa yang berlaku itu menjadi penghapus dosa-dosa kita.
- Moga-moga dengan itu membuatkan kita lebih berwaspada dan beringat.
Bagi yang berkenaan...
- Moga ALLAH mengurniakan hidayah...
- Moga si pencuri kembali ke pangkal jalan...
- Moga dia menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya...
Kembalilah... ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Jom kita memperingat diri :
- Berawaslah sentiasa walau di mana kita berada. ALLAH ada. Namun dalam masa yang sama, kita kena berusaha. Jaga hak kita semampu boleh.
- Sekiranya kita bermusafir, banyak pula barang berharga... apa kata kita bergilir-gilir dengan pasangan kita untuk menjaga barang tersebut? Bagi yang selalu solat di masjid (dari rumah), mungkin boleh bawa barang-barang yang penting sahaja.
- Oh ya. Elakkan meninggalkan barang berharga di dalam kereta. Contohnya, di bawah kerusi kereta... bawah alas kaki kereta... dalam dashbox dll.
- Setelah berusaha, bertawakallah kepada ALLAH. Segala sesuatu itu pasti tidak akan berlaku tanpa izin-NYA.
Cukup coretan untuk hari ini. Wassalam.