Ayam masak kicap manis

Assalammualaikum. Bertemu kembali kita pada hujung minggu ini. Bagaimana kondisi diri? Solat? Yuk... kita biasakan diri untuk solat pada awal waktu. Susah? Katakan mudah walaupun secara realiti, kita payah untuk lakukannya secara istiqamah. Apabila kita 'tersedar' daripada lamunan, terus aja kita bangkit... menoleh sekejap ke belakang dan terus meluru ke hadapan ~ demi menggapai reda Ilahi.

Baik. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi resipi lagi. Resipi ini, Muthiah peroleh dari grup Resipi di Facebook. Hmm... suami suka tetapi kurang menepati citarasa Muthiah. Apapun, boleh cuba ya.

Ayam masak kicap manis.

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong kecil - perap dengan kunyit dan garam.
  • Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering - dikisar.
  • Bunga lawang (bubuh sikit sahaja - kalau tidak pahit).
  • Bunga cengkih.
  • Kayu manis.
  • Daun kari.
  • 1 batang serai - diketuk.
  • Daun pandan - untuk bagi bau kot.
  • Gula melaka.
  • Gula.
  • Sedikit garam.
  • Kicap.
  • Bawang besar.
  • 2-3 biji cili api.

Cara membuatnya

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, serai, gula melaka, dan gula.
  3. Kemudian, masukkan kicap.
  4. Setelah itu, masukkan ayam, bawang besar, daun pandan dan cili api.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan gaul sekejap - SIAP!

Selamat mencuba.
Labels: 1 comments | | edit post