Berbuat baik...


"Kalimah yang baik adalah sedekah; setiap langkah mengerjakan solat adalah sedekah; dan membuang benda yang tidak disukai di jalan adalah sedekah." (H.R. Bukhari dan Muslim)

#Bercakaplah #Menulislah yang baik-baik.
#Basahi bibir dengan #istighfar.
#Istiqamah dalam #kebaikan.
#Positif #Bersangka baik.

~ Andai tak mampu buat semua, usah ditinggal segalanya ~

Hidayah ALLAH (Muhammad Nur A'dlu)

Labels: 0 comments | | edit post

Usah mengungkit-ungkit


“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya, dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima); mereka memperoleh pahala di sisi RAB mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya, dan menyakiti (perasaan si penerima).” (al-Baqarah, 2:262-264)

#Bercakap yang elok, molek, baik... usah sampai menyakiti.
#Bersangka baik, positif dalam pemikiran.
#Renungi diri, muhasabah kembali...

~ Andai tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya ~

Dia Diktator Hatiku VS Manusia Bateri Jam

Di sebalik | 

Sekiranya drama Cinta Pandang Kedua yang ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 adalah INSPIRASI daripada novel Alaf21 tulisan Laila Kamilia, Dia Diktator Hatiku pula adalah INSPIRASI daripada cerpen berjudul Manusia Bateri Jam, karya Siti Muthiah yang pernah disiarkan di Mingguan Wanita.

Jom beli buku :)

Alhamdulillah...


Dapat memegang sendiri buku baharu Muthiah yang sudah pun berada di pasaran. Sahabat-sahabat hendak membuat pembelian terus dengan Muthiah pun... boleh. Usah segan silu e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com.


Dia Diktator Hatiku...

Siapa sangka, benci boleh bertukar menjadi cinta. Celupar dan mulut puaka bukan bererti tidak mengambil berat. Kalau sudah ditetapkan oleh-NYA, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga.

ZAHIN - "Bahan dah cukup? Editing dah siap? Awak pun tahu kita semua sedang mengejar deadline. Tak boleh sambil lewa. Tak boleh main-main. Tak boleh mengelamun teringatkan pakwe!

Sumayyah membenci Zahin sepenuh hati. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Dia ingat, dia seorang saja yang stres mengejar deadline? Semua editor dan pereka grafik pun tertekan jugak!

Dalam diam, hati Zahin sebenarnya menyimpan rasa. Gelodak cinta yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mampukah Sumayyah membalas perasaan itu sedangkan dia begitu benci dengan Zahin yang sentiasa serius setiap jam, minit, saat dan hidup matinya hanya memikirkan kerja? Memang dasar DIKTATOR! Hanya deadline, deadline, deadline!



Eh, buku lama pun ada. Yuk dapatkan di toko buku berhampiran atau beli terus dengan Muthiah. 

Terima kasih daun keladi...

Kisah aku (penulis)


Mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan seperjuangan. Dia meluahkan sesuatu yang terpendam. Tidak tahu apa yang boleh diperkata... aku pun masih baru di lapangan ini dan banyak yang perlu dipelajari. Berkongsi cerita yang mampu. Cuba memotivasi. Moga diambil dari sisi yang positif.

........

Kalau ditanya, apa #rasanya menjadi seorang penulis? 

Bersyukur. Gembira. Bahagia. Puas hati.

Ditanya lagi, #mudahkah menjadi seorang penulis?

'Mudah' sahaja.

Mencari Naurah - Seminggu selepas manuskrip dihantar, mendapat panggilan telefon daripada editor. Manuskrip diterima untuk diterbitkan namun perlu ada pembaikan. Alhamdulillah. Permulaan yang baik.

Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor! - Alhamdulillah. Tidak banyak perubahan yang perlu dibuat dan buku juga habis di gudang. Ayah, Amir nak jadi doktor! turut dibeli oleh PNM serta diulang cetak.

Air Mata Siti Hajar - Bermula dari cerpen Kembali Bercinta, dipanjangkan menjadi novel. Kali pertama dihantar kepada editor, disarankan mengubah penutup. Huh! Banyak juga. Apabila ubah penutup, awalnya terimpak sama. Huhu... Oleh sebab buku-buku terdahulu tidak banyak pembaikan, terjentiklah juga. Namun aku percaya. Apa yang dimahukan adalah yang terbaik sahaja. Hasilnya... memang terbaik dan diri sendiri puas hati. 

Antologi Cerpen. Saya hidup positif! Anda bila lagi? - Alhamdulillah, Mendapat hadiah sagu hati penulisan cerpen anjuran GBK dan PROSTAR.

Antologi Orang Berdosa - Alhamdulillah. Karya diterima terbit dan tiada rombakan perlu dibuat.

Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama - Alhamdulillah. Buku kanak-kanak pertama bersama 4 rakan penulis. Powerpuff Girls Mama juga turut diulang cetak.

Dia Diktator Hatiku - Dipanjangkan dari cerpen Manusia Jam Bateri. Boleh juga dipanggil sebagai novel air mata. Tepu. Stres. Semua ada. Mula-mula, manuskrip dikembalikan editor. Banyak rombakan yang perlu dibuat. Tidak apa. Dari sini aku akan belajar. Kali kedua... rombakan lagi. Writer's block. Hampir putus asa. Manuskrip paling lama di tangan. Tidak apa. Usaha tangga kejayaan. Percaya. Penerbit dan editor hanya mahu yang terbaik buat penulis. Kali yang ketiga... ada perubahan kecil lagi. Tidak menoleh ke belakang. Hasilnya... tertanya-tanya. Ilmu apa yang editor pakai ni? Apa yang diminta memang memperbaik karya ini! Subhanallah. Amat berpuas hati. Rombakan yang dibuat bukan saja-saja atau untuk menjatuhkan diri. Ungkapan terima kasih yang tidak terucap di bibir. 

Karya pernah kena #reject?

Hmm... ada satu. Untuk novel remaja tetapi positiflah. Kalau frust, jangan lama-lama sangat. Pandang ke hadapan, terus melangkah mengejar cita-cita. Apa yang penulis nampak tidak sama dengan apa yang editor dan penerbit nampak. Sentiasa optimis. Pasti ada hikmahnya. 

Karya #pending?

Ada dua. Sambungan Ayah, Amir dan buku kanak-kanak. Buku kanak-kanak perlu diubah semula. Insya-ALLAH akan buat nanti. Ayah, Amir... menanti dengan sabar. Ada rezeki, masanya akan tiba jua.

#Cita-cita lain yang belum tercapai?

Mahu menghasilkan karya sastera tinggi. Mampukah aku? Insya-ALLAH, boleh. Nantikan. Jeng jeng jeng. 

Juga... mahu mengadaptasi karya sendiri. Biar lambat asal berkualiti. Belajar dahulu. Insya-ALLAH, masanya akan tiba andai dipanjangkan umur.

Kesimpulannya...

Frust. Writer's block. Sedih. Blablabla itu normal. Usah biarkan perkara negatif itu menguasai diri. Bersangka baik dengan orang lain. Pandang sesuatu secara optimis. Pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Buka minda


Jom tengok! 
Labels: 0 comments | | edit post

Dia Diktator Hatiku...


:) 

Menanti Januari dengan penuh sabar dan suka hati.

Operasi bulan madu - Aini Marisha.
Mas Kahwinku 22.50 - Zan Zarida Mohd Nasir
Dia Diktator Hatiku - Nazihatul Hanan/ Nurliza Mohd Nasir.
Cinta Kuasa Tinggi - SayleMoon HazelLin AzleyaShadzalin.

Yuk, dapatkan di pasaran nanti.

Nota : Boleh PM untuk tempahan awal (Dia Diktator Hatiku) ♥

Bekal buat suami


Bertanya isteri kepada suaminya, " Abang makan apa tengah hari tadi?"

Suami menghembus nafas perlahan, lalu menjawab, "Tak sempat nak pergi kafe. Jadi, tak makan..." suami terdiam sekejap.

"Tapi, paginya dah makan banyak."

Isteri hanya mengangguk....

Tidak lama kemudian, isteri bersuara lagi, "Esok Khamis nak puasa sunat tak?"

Agak lama suami mendiamkan diri.

"Tak kot..."

"Kalau macam tu, saya pun tak nak puasalah," beritahu isteri sungguh-sungguh.

Suami segera berpaling ke arah isterinya.

"Kenapa?" Dia menyoal pendek.

Isteri mengeluh kecil.

"Takut tak buat bekal, tak makan pula abang tengah hari nanti."

Suami tersenyum kecil.

"Betul. Lima tahun kahwin ni, abang tak pernah makan tengah hari kalau isteri tak sediakan bekal. Tengok. Kurus melidi dah abang ni."

Suami dan isteri pun sama-sama tertawa.

Salman Al-Farisi R.A.


"Oleh sebab itu, ingatlah kamu kepada-KU; nescaya AKU ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-KU; dan janganlah kamu mengengkari (nikmat)-KU." (al-Baqarah, 2:152)

#Tazkirah ~ Salman Al-Farisi R.A. (Pahlawan Parsi)

^ Perang Khandaq.

"(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu; dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu); dan hatimu resah gelisah (kerana cemas dan takut); dan kamu menyangka terhadap ALLAH dengan bermacam-macam persangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman; dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dasyat." (al-Ahzab, 33:10-11)

@Orang yang mengemukakan cadangan untuk menggali parit sewaktu perang Khandaq.
@Orang yang menemui batu yang memancarkan rahsia (berita kemenangan Islam kelak).
@Dipanggil juga sebagai Luqman al-Hakim oleh Ali bin Abi Talib R.A.

^ Kisah Salman Al-Farisi R.A. dengan seorang lelaki dari Syiria.

Seorang lelaki dari Syiria menyuruh Salman (yang dia kira adalah orang biasa dari golongan kurang mampu) membawa bekalan yang dibawanya ke satu tempat. Maka, Salman pun memikul barang-barang lelaki itu.

Namun apabila sampai di pertengahan jalan, mereka bertembung dengan satu rombongan. Salman memberi salam kepada mereka, lalu dibalas, "Juga kepada Amir, kami mengucapkan salam."

Lelaki Syiria itu tertanya-tanya siapakah Amir yang dimaksudkan. Apabila sebahagian daripada ahli rombongan itu berjalan ke arah Salman untuk membawakan bekalan yang dibawa lantas berkata, "Berikan kepada kami, wahai Amir," tahulah lelaki Syiria itu bahawa kulinya ini adalah Salman Al-Farisi, Amir dari Bandar Badain.

#Buku Biografi Muhammad bin Abdullah.
#Buku Sejarah 133 Wira Terbilang Di Zaman Rasulullah SAW.

 Sampaikan walau satu ayat 
Labels: 0 comments | | edit post

Ibrahim dan Kaabah


"Kebenaran itu adalah daripada TUHAN-mu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang yang ragu-ragu." (al-Baqarah, 2:147)

#Tazkirah ~ Kisah Nabi Ibrahim dan Kaabah 

#Buku : Biografi Muhammad Bin Abdullah.

Setelah membina semula Kaabah yang telah runtuh dan terkambus, ALLAH memerintahkan Ibrahim untuk membuat seruan kepada manusia.

Lalu bertanyalah Ibrahim, 'bagaimana seruan itu boleh sampai kepada pendengaran semua manusia'?

ALLAH menegaskan bahawa Ibrahim hanya membuat seruan, manakala ALLAH-lah yang menyampaikan...

~Fikir dan renung...
Labels: 0 comments | | edit post

Pejam celik, pejam celik

Karya Siti Muthiah...


Alhamdulillah.


Boleh dapatkan di pasaran. Boleh juga dapatkan dengan Muthiah. Berminat? Boleh e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com @ WhatsApp Muthiah. Terima kasih.

Nota : Buku yang ada dalam stok Muthiah - Mencari Naurah; Ayah, Amir nak jadi doktor!, Air Mata Siti Hajar dan Powerpuff Girls Mama. Buku lain... bagi yang berminat, perlu pre-order dahulu ya. Terima kasih atas sokongan, kasih sayang dan doa yang baik-baik :)
Labels: 0 comments | | edit post

Blurb - Dia Diktator Hatiku



Siapa sangka, benci boleh bertukar menjadi cinta. Celupar dan mulut puaka bukan bererti tidak mengambil berat. Kalau sudah ditetapkan oleh-NYA, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga.

ZAHIN - "Bahan dah cukup? Editing dah siap? Awak pun tahu kita semua sedang mengejar deadline. Tak boleh sambil lewa. Tak boleh main-main. Tak boleh mengelamun teringatkan pakwe!

Sumayyah membenci Zahin sepenuh hati. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Dia ingat, dia seorang saja yang stres mengejar deadline? Semua editor dan pereka grafik pun tertekan jugak!

Dalam diam, hati Zahin sebenarnya menyimpan rasa. Gelodak cinta yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mampukah Sumayyah membalas perasaan itu sedangkan dia begitu benci dengan Zahin yang sentiasa serius setiap jam, minit, saat dan hidup matinya hanya memikirkan kerja? Memang dasar DIKTATOR! Hanya deadline, deadline, deadline!

Alhamdulillah. Akhirnya...

Terima kasih kepada En. Suami, keluarga, sanak-saudara, keluarga mertua, sahabat handai serta semua yang banyak menyokong, mengasihi serta mendoakan yang baik-baik buat Muthiah.

Moga ALLAH merahmati kita semua, insya-ALLAH.

Nota : Bagi yang berminat untuk dapatkan novel ini, jangan segan silu mesej/ WhatsAppMuthiah ya 

Ujian-NYA...


"Sesiapa yang ALLAH kehendakinya kebaikan, nescaya ALLAH akan mengujinya." (H.R. Bukhari)