Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Pengabaian terhadap Bahasa Melayu (3)

Kita mungkin bukan pakar bahasa tetapi kita cuba yang terbaik untuk memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Pengabaian terhadap Bahasa Melayu (2)


Kita mungkin bukan pakar bahasa tetapi kita cuba yang terbaik untuk memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Pengabaian terhadap Bahasa Melayu (1)


Kita mungkin bukan pakar bahasa tetapi kita cuba yang terbaik untuk memartabatkan bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.

Pagi @ tengah hari @ petang @ malam



Foto : Sekadar gambar hiasan.

Soalan: 


Salam.


Saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm? Sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang? Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih.


Jawapan: 


Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 


12.00-1.59 tengah hari;

2.00 - 6.59 petang; 
7.00- 11.59 malam; 
12.00- 12.59 tengah malam; 
1.00- 11.59 pagi.

Nota : Soal jawab ini Muthiah ambil dari Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka.

Guris vs gores


Ejaan yang betul bagi guris ialah gores.

Sumber : PRPM

Tanda soal (?)

Selepas tanda soal (?) hendaklah dimulakan dengan huruf besar pada permulaan ayat. 

Contohnya : "Kau pergi ke mana?" Tanya Abu.

Sumber : PRPM

Takrif (1)

Assalammualaikum. Insya-ALLAH, sekarang Muthiah tengah mengedit dan merombak manuskrip Muthiah dengan Alaf 21. 



  1. Reputasi - nama baik.
  2. Sementelah - lebih-lebih lagi; tambahan pula.
  3. Seraya - sedang melakukan sesuatu me­lakukan yang lain juga; sambil.
  4. Sekilas - (dalam) masa yang sangat singkat; seketika; sekejap.

Tanda seru (!)


Selepas tanda seru (!) hendaklah dimulakan dengan huruf besar pada permulaan ayat. 

Contoh : "Cis, berani kau mengejek dia!" Marah Ali.

Sumber : PRPM

Keliru | Deadline atau dateline

Assalammualaikum. Apa khabar? Selamat __________ (apa yang anda sedang lakukan?).

Okey. Muthiah singgah sekejap sahaja. Petang nanti, insya-ALLAH Muthiah kemaskini entri sebagaimana biasa. Hari ini tentang Air Mata Siti Hajar, bukan?

Bagi penulis/ bakal penulis. Jom kita bezakan dua perkataan ini.



DEADLINE ialah tarikh akhir sesuatu. Contoh: Deadline sesuatu projek.

DATELINE ialah tarikh yang biasanya kita tengok pada sudut atas akhbar harian/artikel. Ataupun ruang tarikh.

Perkongsian ini Muthiah dapat daripada Kak Ruzita Awaludin (dengan izin), Ketua Unit Buku Umum Alaf 21.

Selamat belajar dan memperbaik penggunaan bahasa.

Muthiah : Banyak yang perlu dipelajari...