Showing posts with label Amir nak masuk U. Show all posts
Showing posts with label Amir nak masuk U. Show all posts

Jom beli buku :)

Alhamdulillah...


Dapat memegang sendiri buku baharu Muthiah yang sudah pun berada di pasaran. Sahabat-sahabat hendak membuat pembelian terus dengan Muthiah pun... boleh. Usah segan silu e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com.


Dia Diktator Hatiku...

Siapa sangka, benci boleh bertukar menjadi cinta. Celupar dan mulut puaka bukan bererti tidak mengambil berat. Kalau sudah ditetapkan oleh-NYA, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga.

ZAHIN - "Bahan dah cukup? Editing dah siap? Awak pun tahu kita semua sedang mengejar deadline. Tak boleh sambil lewa. Tak boleh main-main. Tak boleh mengelamun teringatkan pakwe!

Sumayyah membenci Zahin sepenuh hati. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Dia ingat, dia seorang saja yang stres mengejar deadline? Semua editor dan pereka grafik pun tertekan jugak!

Dalam diam, hati Zahin sebenarnya menyimpan rasa. Gelodak cinta yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mampukah Sumayyah membalas perasaan itu sedangkan dia begitu benci dengan Zahin yang sentiasa serius setiap jam, minit, saat dan hidup matinya hanya memikirkan kerja? Memang dasar DIKTATOR! Hanya deadline, deadline, deadline!



Eh, buku lama pun ada. Yuk dapatkan di toko buku berhampiran atau beli terus dengan Muthiah. 

Terima kasih daun keladi...

Ayah, Amir nak masuk U! (Berita Harian)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? 

Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang oleh ALLAH untuk menghirup udara segar-NYA... dapat melihat keindahan alam ciptaan-NYA... bisa mendengar bunyi-bunyian yang menarik. Oh, alangkah indah hidup ini. Bukan itu sahaja, kita semua dapat berkasih sayang kerana-NYA.

Alhamdulillah. Target yang Muthiah rancang telah terlaksana. Maka, dapatlah mengemas rumah (untuk perpindahan dengan senang hati). Ya! Seperti yang Muthiah katakan semalam.

ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU.

Boleh jadi sesuatu itu kita suka, tetapi tidak baik untuk diri kita. Boleh jadi sesuatu itu kita benci, tetapi paling baik untuk diri kita. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui. (2:216)

Muthiah tidak lama ni. Selepas ini, hendak packing... juga bersiap sedia menerima kehadiran tetamu yang istimewa di rumah. Suami pula, akan berjumpa dengan insan-insan  istimewa di Kuala Lumpur. Doakan perjalanan mereka, insan-insan yang Muthiah cintai ini ya.

Jeng jeng jeng...

Pagi tadi, mendapat e-mel yang menggembirakan lagi. Tidak lain dan tidak bukan, daripada sahabat Muthiah, Sdr. Helmi. Moga ALLAH merahmati beliau, juga memakbul segala doa beliau, insya-ALLAH, Amin.


Buku remaja Muthiah mendapat ulasan di Berita Harian. Untuk pengetahuan semua, buku ini diterbitkan pada penghujung tahun 2010. Sambungan buku ini berjudul Ayah, Amir nak jadi doktor! Bagi sesiapa yang ingin mendapatkannya, boleh hubungi Buku Prima (sebab Muthiah kira sudah tidak ada dijual di kedai-kedai buku tetapi cubalah tengok ya. Manalah tahu). Selain itu, boleh juga dapatkan dengan Muthiah - xpdcsolehah99@gmail.com. Ada sebuah sahaja lagi. 

Moga sahabat-sahabat semua sukses dalam apa jua perkara yang dilakukan. 
Moga ukhwah yang terjalin antara kita bersemi sampai syurga.

Okey. Masa untuk packing barang. Yosh!

Muthiah : Tidak mahu berputus asa, insya-ALLAH.

Seteguh Impianku

Assalammualaikum. Dedikasi buat pembaca novel Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!


~~~ Apabila Amir berbicara ~~~


Air mata dukaku semalam

Masih belum berhenti mengalir

Kerna mata-matamu yang memandang buta

Memandang dengan kedayusan cita-cita

Memandang dengan kehinaan si miskin

Memandang dengan kesuraman motivasi

Memandang dengan hipokrit materialistik harta benda

Memandang dengan kepalsuan kasih sayang

Mendera jiwa si anak kecil....

Mataku melihat ada bayangan

Bayang di dalam cermin nan kecil

Bertemankan lilin di kesuraman malam

Kuperhati, kutenung, kuteliti jutaan kali

Bayangnya tetap ada tanpa berganjak

Teguh di dalam bayangan ada sebuah impian

Impian yang perlu didaki,

Impian yang perlu dijunjung,

Impian yang perlu dipilih,

Rupanya bayang itu adalah aku....

Mendaki, menjunjung dan memilih....

Siapa yang patut mulakannya....

Bayangkah atau aku?

Aku kekal aku

Kemuliaan ibu bapaku bukanlah aku

Bahkan akulah yang memuliakan mereka

Kehormatan adik-beradikku bukanlah aku

Bahkan akulah yang menghormatkan mereka

Keikhlasan kawan-kawan bukanlah aku

Bahkan akulah yang mengikhlaskan mereka

Walaupun wujudku di pulau kegagalan, pilihanku hanyalah berjaya,

Berjaya untuk mendaki, menjunjung dan memilih impian...

Setinggi mana gunung, aku memilih untuk mendaki

Seberat mana beban, aku memilih untuk menjunjungnya

Sejuta jenis pilihan, aku memilih impianku

Kerna impianku adalah aku

Aku yang memilih...

Datanglah segenap pelusuk halangan dan dugaan,

Adakah aku kisah?

Akan kutukar air mata duka menjadi bara semangatku

Sekali gagal berkali-kali kan kuusaha

Setiap langkahku adalah matlamatku

Tidak boleh bertatih, akan ku berlari

Tidak boleh berlari, akan ku terbang

Terima kasih ALLAH, punca segalanya

Terima kasih Muhammad, Penghulu kebaikan

Terima kasih orang kesayangan kerana menyayangiku,

Menjadikan aku seteguh impian

Merealisasikan aku seorang Impian.


Oleh : A’amir Asyraf bin Abdullah

Fakulti Perubatan Universiti Malaya


Muthiah : Kredit buat penulis asal puisi, Azim Prozi.

Review buku (ii)

:) sambungan ulasan buku Ayah, Amir nak masuk U!

3- Nur Alia Harun.

Novel ini amat bagus pada saya.Antara pengajaran yang dapat kita hayati dalam novel ini ialah orang miskin bukanlah dilahirkan tidak pandai.Selagi mana kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti beroleh kejayaan.Pedulikan kata-kata negatif yang bisa melemahkan semangat diri.Ibu bapa perlulah memberi dorongan kepada anak mereka,agar mereka bersemangat untuk belajar.Kata-kata pemangkin,sedikit sebanyak membantu emosi dan tindak anak-anak untuk berjaya kelak.Setiap kata-kata orang di sekeliling,tidak seharusnya kita percaya sepenuhnya.Selidiklah dahulu,sebelum bertindak atau menilai perkara buruk itu.Sikap tuduh-menuduh dan suka bergaduh tidak membawa nilai yang positif dalam kehidupan.Malah merugikan diri sendiri. Budaya bantu-membantu antara golongan kaya kepada yang miskin,adalah sikap yang sangat mulia tanpa mengenal agama dan kaum.

4- Atikah Ikah

(Maaf lambat buat review kerana sibuk dengan hal sekolah dan internet tak boleh buka ).

Sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat, yang mengisahkan kehidupan Amir yang ingin berjaya dalam hidup tetapi terpaksa menghadapi banyak rintangan dan dugaan daripada keluarga dan masyarakat sekeliling tetapi dalam masa yang sama terdapat insan-insan yang berhati mulia yang sudi membantunya. Buku ini banyak memberi pengajaran kepada saya untuk berlajar bersungguh-sungguh, tanpa usaha seseorang itu tidak mungkin akan berjaya dan juga tanpa sokongan seseorang itu akan berputus asa. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya memberi dorongan kepada saya, tidak seperti keluarga Amir. Oleh itu saya banyak mendapat pengajaran daripada cerita kisah Amir ini. Saya juga dapat merasakan betapa sukarnya bagi Amir menjalani kehidupan yang serba kekurangan. Penulis telah berjaya membuatkan hati saya tersentuh dan saya dapat merasakan seolah-olah saya berada di tempat Amir. Sebagai seorang remaja saya kagum dengan Amir yang tidak pedulikan apa yang orang lain katakan kepada beliau, malah dengan kata-kata orang lain membuatkan beliau bertambah keinginan untuk berjaya di dalam hidup.

** Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Umi saya kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada saya dan terima kasih juga kepada penulis kerana sudi mencoretkan kata-kata semangat kepada saya...**

Muthiah : Tahniah kepada pemenang ;) Moga Atikah akan berjaya masuk U macam Amir juga ...

Review buku (i)


Assalammualaikum. Apa khabar? Bagaimana dengan hujung minggu sahaba-sahabat? Muthiah... 'Ala kullihal Alhamdulillah. Semuanya berlangsung baik ;)

Alhamdulillah. Peraduan REVIEW buku, BUKU PRIMA sudah pun berakhir. Pemenangnya? Muthiah pun tidak pasti tetapi di sini, Muthiah ingin berkongsi ulasan yang telah dibuat mengenai Ayah, Amir nak masuk U! Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya. Insya-ALLAH. Untuk masa akan datang, Muthiah akan cuba memperbaik mana-mana yang kurang. Apapun, moga kan mendapat manfaat daripadanya.

Ulasan

1- Juraini Kamaruddin.


Novel yang menarik untuk dibaca bagi semua kategori usia dan bangsa. Sebuah cerita yang begitu menyentuh perasaan sehingga menitis air mata saya. Zaman kanak-kanak yang menyedihkan yang mana Amir terpaksa hadapi. Tetapi, masih ada insan yang berhati mulia yang berada di sekelilinginya seperti keluarga Dr. Nizul. Walaupun hidup dengan penuh kesenangan tetapi sudi membantu meringankan beban Amir dan tidak memandang hina pada orang yang susah. Penulis berjaya membawa saya menghayati watak sehinggakan saya dapat merasakan seolah-olah saya berada ditempat Amir. Kisah ini dapat memberi pengajaran pada yang membacanya terutama pada anak-anak saya. Walaupun Amir mempunyai keluarga yang susah tapi dia mampu beroleh kejayaan di dalam peperiksaan UPSR dengan berusaha bersungguh-sungguh dengan azamnya yang tinggi serta sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya dan juga dengan sokongan yang diterima oleh orang yang berhati mulia seperti Dr. Amar sekeluarga. Seorang anak yang tidak mementingkan diri sendiri patut dicontohi oleh semua kanak-kanak zama sekarang. Tahniah kepada penulis sekali lagi. ~

2- Azim Prozi.

Isk, sempat lagi komen ni...

Saya nak komenlah.

Buku ini komen saya secara peribadinya menanam satu paradigma dunia remaja atau kanak-kanak untuk menjentik hati atau berfikir seketika untuk masuk U. Kanak-kanak yang gemar mengikut apa di depan mata pasti akan terikut sedikit sebanyak dengan ajak dan tekad Amir nak masuk U. Saya suka bab kesungguhan amir yang bangkit mengatasi segala kelemahan diri dan rajin. Dia menggunakan segala peluang yang ada. Termasuk peluang masa yang dia ada. Saya juga suka dengan sikap familinya yang tak mampu tapi mencuba juga support sedikit sebanyak. Mungkin nampak sedikit, tapi dari sudut orang susah mungkin sudah besar pengorbanannya. Selain itu, novel ini juga mengajar dan mendidik tentang amalan kaum ibu masa kini yang suka mengumpat. Di mana, boleh memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga orang lain. Moga-moga banyak lagi buku seumpama ini. ~

Terima kasih pada yang membaca dan memasuki peraduan ini. Sedikit sebanyak, menyuntik semangat Muthiah untuk terus berusaha. Insya-ALLAH, dari semasa ke semasa Muthiah akan cuba melakukan yang lagi baik (cuba mengurangkan kelompangan yang ada).

Muthiah : Jom... dapatkan Ayah, Amir nak masuk U! di pasaran ;)

Popular Taiping


Ayah, Amir nak masuk U di Popular, Taiping. Ayuh, dapatkannya ;)

Review - Ayah, Amir nak masuk U


Assalammualaikum. Sudah baca Ayah, Amir nak masuk U? Jom review ;)

Pesanan kedua


Alhamdulillah. Pesanan buku Ayah, Amir nak masuk U yang kedua sudah pun berada di tangan Muthiah. Siapa-siapa yang ingin mendapatkannya secara terus dengan Muthiah, bolehlah emel ke xpdcsolehah99@gmail.com.

Buat mereka yang telah mendapatkannya, terima kasih Muthiah ucapkan ;)

PESTA BUKU KANAK-KANAK, PWTC

Gambar : Pesanan buku (1) diterima pada 21/12/2010 sebanyak 30 buah.

Insya-ALLAH, bermula dari 22/12 sehingga 26/12/2010, berlangsung PESTA BUKU KANAK-KANAK, PWTC dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.Jangan lupa dapatkan Ayah, Amir nak masuk U di Gerai Grup Buku Karangkraf (A48 & A73).

Ehe. Insya-ALLAH, Muthiah juga akan berada di sana pada hari Sabtu, 25/12 dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang. Ada jodoh, tiada aral... moga ketemu nanti ;)

PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR


JANGAN LUPA BERMULA HARI INI...

Kunjungi Gerai Grup Buku Karangkraf (A48 & A73) sempena PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR di Dewan Tun Abdul Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 - 26 Disember 2010, pada jam 10 pagi - 9.00 malam.

Dan...

JANGAN LUPA DAPATKAN AYAH, AMIR NAK MASUK U! Ehe...

Ayuh...dapatkan...

Assalammualaikum. Ehe. Bagu laluan untuk iklan sekejap. Ayuh. Dapatkan Ayah, Amir nak masuk U dan novel-novel terbitan Alaf 21 dan Buku Prima di pasaran ;)


Muthiah : Masih menanti :)

Ayah! Amir nak masuk U



Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga-moga, sihat dan ceria hendaknya. Apa? Tidak sihat? Jangan lupa makan ubat, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya (jasad dan minda) dan... ingatlah ALLAH dengan zikrullah.

Hehe... Alhamdulillah. Dengan izin-NYA novel remaja pertama Muthiah sudah pun berada di pasaran. Hanya lafaz syukur yang mampu Muthiah ungkapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga Muthiah ucapkan kepada suami, keluarga, sanak-saudara, geng, adik-adik serta teman-teman yang banyak menyokong dan mendoakan Muthiah. Ya. Muthiah percaya kepada kekuatan doa. Muthiah yakin dengan kesabaran hati yang bisa membawa kita kepada satu kejayaan. Insya-ALLAH, apabila kita berusaha... tidak mengenal erti putus asa... tidak mengabaikan hak ALLAH dan suami (kerana Muthiah adalah seorang isteri), ALLAH pasti akan menunjukkan jalan-NYA.

Novel remaja? Ya. Novel ini sangat sesuai dibaca oleh para remaja. Tidak terkecuali juga orang dewasa. Iyalah. Kadang-kadang bahkan acap kali jiwa kita memerlukan motivasi untuk menggapai jaya. Antara kaedah yang ada ialah melalui membaca. Dengan kata lain, membaca buku yang bisa memotivasi. Insya-ALLAH... Kisah Amir sendiri dapat memberi semangat dan dorongan.



Mengisahkan seorang budak yang tidak pandai, miskin pula... berusaha keras untuk berjaya. Banyak halangan yang perlu ditempuhinya namun... dia sekali-kali tidak berputus asa. Halangan? Ya. Ayah dan abang-abangnya tidak menyokong. Kata Pak Lah, "Keturunan kita bodoh-bodoh belaka." Tidak!!! Amir mampu mengubah nasib keluarga. Amir hendak jadi doktor, macam Abang Amar dan Dr. Nizul.

Hehe... selanjutnya? Bolehlah dapatkan novel ini di pasaran. Moga-moga, sedikit sebanyak akan mendapat manfaat daripadanya.

Selamat membaca ;)

Kata hati : Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini ditujukan buat Ida, Aisyah dan Buku Prima kerana telah memberi peluang kepada Muthiah sehingga terhasilnya novel Ayah! Amir nak masuk U.

** Bagi yang meminati novel ISLAMIK, boleh belek-belek juga Mencari Naurah di pasaran ;) **

Muthiah : Abe... Muthiah nak masuk U ;)