Monday, August 19, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Santai tengah hari...
Renung dan fikir...
Thursday, August 01, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Baca...
Tuntu ilmu...
Fahami...
Hayati...
Amalkan...
Kalau tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya. Moga kita tergolong dalam lingkungan hamba ALLAH yang tidak putus asa mengislah diri sendiri.
Ehe... Kongsi video menarik lagi. Moga mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH.
Thursday, August 01, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Salam Ramadan al-Mubarak...
Jom kita sama-sama manfaatkan ruang masa yang ada ini untuk mendekatkan diri kepada PENCIPTA.
Pesan buat diri yang selalu alpa lagi lupa...
- Maafkanlah.
- Berlapang dadalah.
- Ucapkanlah perkataan yang baik-baik.
- Berfikir perkara yang molek. Hindari syak-wasangka.
- Jauhi yang haram.
- Lakukan perkara yang dicintai ALLAH.
- Pelihara aurat.
- Jaga solat.
- Sedar kedudukanmu di sisi sang suami/ ibu ayah dll.
Moga kita terlingkung dalam golongan manusia yang bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Wednesday, January 30, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum.
Jom. Walaupun sudah lama, Muthiah hendak kongsi juga. Video yang bisa membuatkan kita berfikir, merenung dan mungkin geleng kepala.
Okey. Muthiah hendak setelkan beberapa urusan. Moga segalanya dipermudahkan. Selamat maju jaya buat semua :)
Tuesday, January 15, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Jom tengok :)
Yuk...
Perkara baik, kita sama-sama amalkan.
Perkara tidak elok, kita berusaha untuk hindari.
Salam muhasabah buat diri dan semua.
Thursday, January 10, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Hari ini Muthiah ketandusan idea untuk berkongsi cerita dan rasa. Apa kata kita layan video (youtube) ini dahulu.
Walaupun kita bukanlah yang terbaik, tanamkanlah tekad yang kuat dalam diri untuk ...
- Jadi hamba ALLAH yang paling baik di sisi-NYA.
- Berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang taat.
- Hindari dosa.
- Lekas-lekas bertaubat apabila berbuat salah.
Ayuh, diri!
Thursday, January 03, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Lama tidak berkongsi lagu kegemaran Muthiah. Jom kita sama-sama dengar dan menghayatinya.
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta-Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
Ehe. Teringat pula kenangan sewaktu belajar di Pusat Matrikulasi Kolej Negeri lebih sepuluh tahun sudah. Ketika itu, kumpulan In-Team tengah naik. Lagu Nur Kasih pula menjadi pilihan anak-anak muda (Muthiah terkecuali ya).
Buat teman-teman seperjuangan (PMKN 2000)...
- Moga hidup kalian dirahmati ALLAH selalu.
- Moga ukhwah yang bersemi berpanjangan sampai syurga.
- Jaga diri hiasi peribadi.
Okey. Beransur dahulu. Moga ALLAH redha.
Monday, November 26, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Take five sekejap.
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Muthiah : Renung dan fikir...
Wednesday, November 14, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum, semua. Moga dirahmati ALLAH selalu. Apa khabar? Ada yang bercuti? Muthiah... insya-ALLAH, sekarang bekerja keras untuk mengejar deadline sendiri. Setelah bercuti (lagi) beberapa hari, hari ini kembali. Target untuk menyiapkan kerja pengeditan sebanyak 48 bab sehingga hujung bulan ini. Doakan ya. Insya-ALLAH, Muthiah akan berusaha keras!
Okey. Masa untuk masuk pejabat namun sebelum itu, jom kita sama-sama menghayati lagu ini.
................................ MULA ....................................
Insya-ALLAH, boleh!
Thursday, November 08, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Moga kita semua bersemangat semuanya. Apa khabar? Muthiah... apabila on off menulis, idea ada tetapi tidak lancar. Agak tersekat-sekat. Namun! Bukan alasan untuk tidak menyiapkan amanah (pada diri sendiri) manuskrip tersebut. Doakan dipermudahkan ALLAH ya.
Hmm...
Dalam doa kita sehari-hari, antara perkara yang sering kita ucap di hadapan ALLAH ialah...
"Hindari aku daripada sifat mazmumah."
Mengikut Kamus Dewan, mazmumah membawa maksud tercela, terkeji dan terhina.
Persoalan; sejauh mana kita mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tercela, dengan kata lain, perkara yang tidak disukai/ dibenci ALLAH, sekaligus mendatangkan dosa.
Jom kita semak diri dan sama-sama berusaha untuk menghindari sesuatu yang tidak elok.
- Hasad dengki ( )
- Pendendam ( )
- Tidak sabar ( )
- Membenci ( )
- Memutuskan silaturahmi ( )
- Bersangka-sangka/ buruk sangka ( )
- Riyak/ takabur/ ujub ( )
- Membazir/ boros ( )
- Ego ( )
- Tamak ( )
- Pemarah ( )
- Bermulut jahat ( )
- Tidak menunaikan suruhan-NYA - solat, puasa, memelihara aurat dll ( )
- Tidak amanah/ khianat ( )
- Mengumpat/ mengata/ memfitnah ( )
- ______________ (banyak lagi)
Tidak ada manusia yang sempurna tetapi jom. Kita sama-sama berusaha untuk melakukan sesuatu yang ALLAH suka, menghindar perkara yang ALLAH dan manusia lainnya benci.
Susah!
Muthiah pun. Setiap kali selepas solat, akan senaraikan perkara yang dibenci ALLAH... menanam tekad dalam diri agar tidak melakukannya. Namun tup-tup, TERBUAT juga. Jadi, kita ingatkan sentiasa diri kita yang acap kali lupa dan alpa. Hidup ini tidak lama. Mahukah kita kembali kepada-NYA dengan dosa menggunung?
Wednesday, August 01, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Lagi satu minit, akan masuk waktu Maghrib bagi Ipoh dan kawasan yang sewaktu dengannya. Maka...
Selamat berbuka puasa buat sahabat-sahabat semua. Moga hidup, percakapan, penulisan dan akhlak kita bertambah baik dari semasa ke semasa. Sekiranya tidak mampu buat semua, yuk jangan kita tinggal segalanya.
Buat renungan hari ini...
Ya ALLAH...
Ampunilah dosaku
dosa suamiku
ibu ayahku
adik-adik yang aku kasihi
teman-teman yang aku cintai
sesiapa sahaja yang aku sayangi
juga mereka yang menyayangi aku
hindarkan kami daripada melakukan sesuatu yang bisa membawa kami ke neraka-MU
peringatkan kami andai kami terlupa lagi alpa terhadap perintah-MU
moga kami menjadi hamba-MU yang soleh-solehah
sentiasa berusaha untuk mendekat kepada-MU... lagi dan lagi
matikanlah kami dengan kematian yang baik
Moga ALLAH redha dan rahmati hidup kita semua :)
Monday, June 25, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Bersemangat untuk bekerja? Muthiah... Alhamdulillah, bersemangat cuma sebentar lagi, ada urusan lain yang perlu dibereskan. Jadi, tangguh sekejap menulis.
Ehe... Bagi penjawat awam, gaji masuk hari ini. Alhamdulillah. Sudah buat bajet bulanan? Jangan lupa untuk infak atau bersedekah ke jalan ALLAH ya.
Okey. Masa mencemburui Muthiah. Mohon beransur dahulu namun sebelum itu, jom hayati lagu ini. Muthiah tujukan buat teman-teman yang Muthiah kasihi.
Bersabarlah
kerana di situ ada kekuatan
Bersabarlah
kerana di situ ada keakraban
Bersabarlah
kerana di situ ada keutuhan
Bersabarlah
kerana di situ ada ketabahan
Bersabarlah...
Sesungguhnya ALLAH dekat dengan orang yang bersabar :)
Okey. Selamat bekerja dengan penuh dedikasi. Tanamkan dalam hati... Kulakukan segalanya kerana ALLAH. Moga kita menjadi hamba-NYA yang soleh/ solehah.
Tuesday, April 17, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Ya, ALLAH.
Moga aku tergolong dalam lingkungan hamba-MU yang sentiasa berusaha untuk mendekat dengan-MU. Hanya ENGKAU, segalanya ENGKAU.
Ya, ALLAH.
Moga aku tergolong dalam lingkungan hamba-MU yang mentaati segala perintah-MU dan menjauh larangan-MU. Sesungguhnya hidup dan mati ini hanya untuk-MU.
Ya, ALLAH.
Peliharalah daku... lindungi daku...
Moga aku tergolong dalam lingkungan hamba-MU yang meletakkan ENGKAU di tempat yang teratas, menyintai-MU seluruh jiwa ragaku.
'Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila dapat memperoleh kemanisan iman dan mengecap cinta ILAHI.' MH
Thursday, February 16, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... not feeling good. Kenapa? Ketepuan, mungkin? Ehe...
Pernah atau tidak?
Kita terkenangkan seseorang yang tidak kita kenal secara rapat (kawan di alam maya contohnya)... tidak pernah bertemu empat mata... tidak pernah tidak namun dia menjadi manusia yang membuatkan hati kita berasa rawan.
Sedih?
Nangislah puas-puas. Bak kata suami Muthiah sewaktu Muthiah berhati walang, "Abe kan ada."
^_____^
Senyumlah. Boleh meraikan rasa sedih itu (Wah! Sedih pun diraikan?) tetapi usah keterlaluan dalam melayan perasaan. Takut jadi sia-sia. Boleh menangis tetapi usah melampau-lampau. Sakitnya kita juga. Kalau penulis macam Muthiah, alahai terbengkalai manuskrip jadinya. Suami pula akan kebankrupan kerana menghabiskan duit membujuk tetapi tidak okey-okey juga.
^_______^
Senyum semakin lebar. Okeylah. Muthiah hendak sambung kerja tetapi sebelum itu... Muthiah ingin berkongsi sedutan cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Mood hari ini ialah tengok sedutan-sedutan cerita P. Ramlee. Semua best tetapi ada sesuatu yang boleh dijadikan renungan buat kita semua, khususnya Muthiah yang sudah bersuami ini. Peringatan buat diri yang selalu lupa dan alpa.
Semoga terhibur <3
Muthiah : Masih 29 ;)
Wednesday, December 21, 2011
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah, baik... insya-ALLAH.
Bagaimana dengan kondisi hati hari ini? _______
Apa? Something wrong somewher? _______
Kenapa? _________
Cuba semak :
1- Bagaimana hubungan dengan ALLAH?
2- Bagaimana hubungan dengan suami?
3- Bagaimana hubungan dengan ibu (bagi si anak lelaki)?
4- Bagaimana hubungan dengan ibu ayah?
5- Bagaimana hubungan dengan rakan-rakan/ jiran tetangga, dll?
Jika ada yang belum setel, yuk kita beresi dahulu ;)
Okey. Jom tonton video mantap yang insya-ALLAH, kan peroleh manfaatnya. Tidak perlu adegan pelik-pelik. Filem pendek ini mampu memberi pengajaran bagi yang mahu memikirkannya.
This time...
Okey. Muthiah hendak sambung kerja dahulu. Sebenarnya, kerja lama Muthiah tangguhkan sekejap untuk memberi laluan kepada satu kerja baru. Akan ada satu rombakan untuk karya yang telah Muthiah hasilkan. Doakan Muthiah, ya ^^
Thursday, December 15, 2011
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Ehe... Jom lari (kejar masa). Bajet sibuk macam isteri Perdana Menteri Thailand. Huh ^________________^
ISLAM itu indah.
ISLAM itu cantik.
ISLAM itu molek.
Lagi indah, cantik dan molek apabila diamalkan.
Siapa yang mengamalkannya?
Mahu menuding ke hadapan? ~ Tidak.
Mahu berpusing mencari-cari, dan cari? ~ Pun tidak.
Kitalah yang mempraktikkannya.
Jom tonton filem pendek tetapi besar pengajarannya <3
(Kupasan ringkas tentang hudud)
Semoga mendapat manfaat daripadanya ^^
Thursday, December 08, 2011
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar? Ehe. Lambat lagi mengemaskini blog. Aduh, aduh, aduh.
Wahai diri, BERDISIPLIN-lah.
Siapa ada
mengumpat hari ini, angkat tangan? ~ Jika ada, beristighfarlah.
Siapa ada mengata hari ini, angkat kaki kiri? ~ Jika ada, beristighfarlah.
Siapa ada memfitnah hari ini, angkat kaki kanan? ~ Jika ada, beristighfarlah.
Namun, jangan lupa dapatkan kemaafan daripada orang yang diumpat/ dikata/ difitnah.
-SELAMAT BERAMAL-
Baik. Jom tengok filem pendek ini. TERBAIK! Moga kan mendapat manfaat daripadanya. Tahniah kepada pelakon-pelakon serta krew yang terlibat. Apa yang kalian lakukan ini... mungkin tidak dapat untung berjuta-juta di dunia, namun insya-ALLAH. Jika dilakukan kerana ALLAH. Ganjaran di akhirat menanti kelak ;)
Okey. Muthiah sambung kerja dahulu. Moga kita semua diampuni ALLAH.
Muthiah : Caiyok!
Tuesday, July 12, 2011
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Kondisinya baik-baik sahaja cuma gatal tekak dan hidung. Iyalah. Alergik dengan habuk.. Doakan baik-baik belaka, ya.
^_____^
Bulan ini, mungkin Muthiah 'bercuti' seketika menulis manuskrip (kerja utama). Terasa lama tetapi hendak buat macam mana? Agak sibuk dengan persiapan hendak berpindah. Ditambah dengan mengikut suami yang berkursus di Melaka selama seminggu. Moga-moga, selepas ini... Muthiah dapat menulis seperti biasa. Doakan segalanya berjalan lancar, ya.
OK. Hari ini, jom kita layan lagu Terima kasih, Tuhan nyanyian kumpulan Mawaddah. Serius. Lagu-lagu kumpulan ini memang menyentuh perasaan. Bagi yang tersentuh... ayuh kita sama-sama bermuhasabah =)
Muthiah : Terima kasih, TUHAN atas segala kurniaan-MU.
Sunday, May 29, 2011
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah.
Ehe. Mungkin sekarang Muthiah berada dalam mode menulis kisah remaja dan kanak-kanak. Apa kata pada hari yang sangat ceria ini kita perdengarkan lagu ini...
Okey. Muthiah out dulu, ya. Selamat berGUMBIRA T______T
Sunday, May 22, 2011
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Makan apa pagi ini? Sudah bersenam? Ehe.
Hmm...
- Pernah kecundang dalam cinta?
- Apakah rasanya? [Hisy, Muthiah. Soalan yang paling tidak wajar. Betul?] Cuba renung 'rasa' anda saat ini.
- Apapun, bersabarlah. ALLAH dekat. ALLAH mendengar setiap kata hati kita. Hanya kita yang selalu melupakan DIA.
Jom... mari kita hayati lagu ini ;)
Teman...
Usahlah bersedih kerana kita tidak sendiri.
ALLAH mahu beri yang terbaik kepada diri kita.
Bersangka baiklah pada DIA yang Maha Tahu atas segalanya.
Muthiah : Dugaan, oh dugaan.