Sunday, February 24, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Buat apa hari ini? Muthiah... tidak ke mana-mana. Hanya menanti kedatangan adik ipar yang hendak datang berziarah. Petang nanti, hendak cari barang dapur dan mop. Oh... mop adalah salah satu 'kawan baik' yang tidak mampu dipisahkan dengan Muthiah. Sayang kamu, En. Mop!
Okey. Hari ini Muthiah ingin berkongsi satu catatan peristiwa.
Peristiwa : Sharing session - Tips pitching yang berkesan
Tempat : Kompleks Kejiranan Putrajaya, Precint 9
Tarikh : 23 Februari 2013
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Pengisian oleh : En. Zabidi Mohamed
En. Zabidi tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan tips pitching.
Dengan rakan penulis, Novelis Meen Zulaikha.
Gambar kenangan Muthiah dengan rakan-rakan penulis Grup Buku Karangkraf.
Begitu khusyuk Novelis Norzailina Nordin mendengar perkongsian daripada En. Zabidi Mohamed.
Seorang peserta mengemukakan soalan kepada En. Zabidi.
Salah seorang novelis yang Muthiah kagumi, Eka Fahara. Tidak sombong dan sangat mesra alam.
En. Zaini Kosnin yang selalu tidak kedekut ilmu berkongsi ilmu. Moga ALLAH merahmati beliau dan keluarga.
Semua senyum suka mendengar cerita En. Zabidi Mohamed.
Kiri, Mimi Haris juga adalah sahabat baharu Muthiah. Salam kenal, Mimi yang comel.
Cukup perkongsian untuk hari ini. Moga kami semua dan sahabat-sahabat berjaya dalam segala lapangan yang diceburi. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Bukan mudah hendak berjaya tetapi yakinlah, ALLAH dekat dengan hamba-hamba-NYA yang tidak putus asa berusaha.
Muthiah : Memetik kata-kata Robert Kiyosaki, ' Investing is like driving a car. If you have no drivers education or driving experience, driving a car is a very, very risky. Get educated.' Yes! Now, I'm investing for knowledge.
Tuesday, January 29, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Mulakan hari kita dengan beristighfar
kepada ALLAH. Apa khabar? Pernah terasa jauh daripada-NYA? Maka, selidik baik. Di manakah silapnya?
- Bagaimana dengan solatmu?
- Bagaimana dengan auratmu?
- Bagaimana dengan tanggungjawabmu selaku seorang isteri?
- Sejauh mana engkau menuruti perintah dan berusaha keras
menjauhi larangan?
Andai tersungkur, moga kita tidak terjatuh lama sangat. Takut kaki jadi flat, akhirnya tidak mampu berdiri lagi.
Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi detik-detik manis
Muthiah mengikuti Bengkel Skrip Drama Bersiri di Bangi. Pertama kali turut
serta, banyak yang Muthiah tidak tahu tetapi insya-ALLAH akan terus berusaha
ambil tahu. Seronok sebab penyampaiannya santai tetapi padat dengan ilmu. Kagum
dengan mereka yang sungguh-sungguh mencurahkan ilmu. Semoga ALLAH merahmati dan
memurahkan rezeki semua, insya-ALLAH.
Sumber foto : Skrip Malaysia (group)
Peristiwa
: Bengkel Skrip Drama Bersiri
Lokasi
: Kompleks Pendidikan Islam, Bangi
Masa
: 9.00 pagi – 5.00 petang
Perkongsian
pengalaman oleh :
Biar gambar yang berbicara...
Bengkel dimulai dengan sesi taaruf sesama peserta. Dalam
gambar merupakan penulis Grup Buku Karangkraf, Puan Ramlah Rashid.
Puan Maizura berkongsi pengalaman sebagai penulis skrip.
Perkara baharu yang Muthiah belajar di sini ialah berkaitan Act 1, Act 2 dan Act 3.
Sdr. Zaharuddin Md Desa yang Muthiah kagumi. Moga beliau
terus sukses dalam lapangan ini, insya-ALLAH.
Lupa nama tetapi beliau tidak lokek berkongsi pengalaman
yang ada.
En. Zaini Kosnin tengah berkongsi pengalaman selaku penerbit
drama.
Begitu khusyuk En. Ahmad bin Sa’abun mendengar Mami
menceritakan pengalamannya menulis skrip.
En. Ahmad bin Sa’abun bercakap tentang menulis skrip di RTM
(apa yang dikehendaki dll).
Okey. Muthiah beransur dahulu. Doaka Muthiah ya.
Thursday, November 15, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Salam Maal Hijrah dan selamat bercuti buat semua. Buat apa hari ini? Muthiah... tidak bercuti kerana mahu menyiapkan kerja @ deadline, insya-ALLAH. Doakan Muthiah ya.
Pada 11 November baru-baru ini, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PENA kali ke-49. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Muthiah sampai dalam jam 9.30 pagi. Itu pun tersesat. Walaupun sudah beberapa kali turun DBP, tetap lupa lokasinya.
Inilah manusia. Kita acap kali alpa dan terlupa. Perlu diingatkan sentiasa. Mesti mencari petunjuk. Untuk sampai ke destinasi, tidak boleh berputus asa.
Jom...
Taraaaa... kami bersiap sedia untuk ke DBP. Bersemangat kental.
Bersama Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf, Puan Sri Diah Shaharudin.
Ucapan alu-aluan oleh Presiden PENA, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad.
Muthiah sempat makan pagi dengan Tok Hassim, bekas wartawan (Muthiah kira).
Forum Bahasa dan Sastera.
Panel : Dato' Mohd Noor Azam (Mantan Ketua I PENA)
Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PENA ke-49 oleh Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jawatankuasa PENA sesi lepas.
Pak Ladin Nuawi.
Sebelum pulang, bergambar dengan Mas Adeki yang mahir bergurindam, Pak Ladin, Kak Long Haniza dari Perlis dan Kak Oni dari Sabah.
Mesyuarat Agung ini berakhir sekitar jam 2.00 petang. Tahniah Muthiah ucapkan kepada jawatankuasa baharu PENA. Moga teguh dan kental melaksanakan taklifan yang diamanahkan.
Berikut Muthiah kongsi jawatankuasa baharu PENA.
Okey. Mahu sambung baca balik manuskrip. Sekali lagi, Muthiah ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua.
Tuesday, November 13, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar? Seronok bercuti? Muthiah... Alhamdulillah. Baru sampai dari Kuala Lumpur, menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PENA kali ke-49 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun sebelum itu, Muthiah dan suami ke Kolej Universiti Islam Melaka untuk menghadiri Konvensyen Memartabatkan Kesusasteraan Melayu Dalam Peradaban Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Melaka pada 9 dan 10 November 2012. Eh! Muthiah hanya sempat menghadiri seminar pada hari yang kedua. Kami sampai di Asrama Tun Fatimah KUIM pada jam 3.30 pagi, 10 November. Bersemangat kental bukan?
Muthiah kongsi gambar sahajalah ya.
Mereka bukan sahaja kaya pengalaman bahkan tidak lokek ilmu. Tabik spring!
Eh, mana boleh tak ambil gambar sekali. Jom! (Muthiah ~ terkedu).
Sesi IV : Kumpulan Gagasan Bitara Memartabatkan Kesusasteraan Melayu UPSI
"Pemerkasaan Kesusasteraan Melayu dalam Pembinaan Peradaban Malaysia".
Prof. Dr. Mohd Bukhari Lubis, UPSI
Prof. Madya Dr. Siti Khariah Mohd Zubir, UPSI
Tuan Jamaludin D. sedang mendeklamasi puisi.
Sesi V : Perbahasan Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu di Sekolah.
Prof. Dr. Mohd Mokhtar Abu Hassan, UM
Sesi V : Perbahasan Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu di Sekolah.
Haji Borhan Md. Zain, GAPENA
Sesi V : Perbahasan Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu di Sekolah.
Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sesi VI : Perbahasan Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu di Sekolah.
Pn. Raja Rajeswari Seetha Raman, IPG Lembah Pantai, KL
Sesi V : Perbahasan Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu di Sekolah.
Hajah Mahaya Mohd Yassin.
Sesi V : Perbahasan Pembelajaran dan Pengajaran Kesusasteraan Melayu di Sekolah.
Puan Zainab Yahya, SMK Sri Pantai, KL.
Pembentangan Resolusi oleh Ketua Satu GAPENA, Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.
Okey. Masa sangat mencemburui Muthiah. Pukul 8.00 malam nanti, ada Majlis Kesyukuran Ulang tahun Kedai Kamera E-Poh di Meru. Doakan semuanya berjalan lancar ya.
Friday, November 09, 2012
Nurliza Mohd Nasir
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Tidak sabar untuk bercuti esok dan lusa? Muthiah... pagi ini, insya-ALLAH hendak edit manuskrip. Selepas solat Zohor, hendak beristirahat. Petang ini sampai Ahad ada urusan penting yang perlu dipenuhi, insya-ALLAH. Doakan segalanya dipermudahkan ALLAH ya.
Okey. Mahu tulis apa ya? Enggak ada idea. Hmm...
Oh ya. Teringat permintaan CikPuan Hazlina baru-baru ini. Apa kata Muthiah lanjutkan perkongsian pengalaman sewaktu Temasya Pantun Melayu Serumpun yang berlangsung di Melaka pada 16 hingga 19 Oktober 2012.
16 Oktober 2012
Muthiah dan suami selamat sampai ke Perkampungan Seni Muara, Sungai Duyong, Melaka pada jam 10.00 malam (atau lebih). Pada waktu ini, berlangsung satu majlis tetapi Muthiah dan suami tidak sempat untuk turut serta.
Kami sampai, kami terus menjamu selera. Semeja dengan Ketua Satu GAPENA lagi (hahaha), Prof. Dato' Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar.
Akhirnya, kami tiba ke tempat penginapan di Kak Long Chalet Resort. Kena tidur awal sebab esoknya seminar berlangsung awal dan sangat padat.
Okey. Sudah kelewatan masuk pejabat. Lain waktu Muthiah kongsi lagi, insya-ALLAH.