Thursday, June 27, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Motivasi buat diri yang selalu lupa lagi alpa...
"Jika ENGKAU menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-MU; dan jika ENGKAU mengampuni mereka, maka sesungguhnya ENGKAU-lah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." (al-Maidah, 5:118)
"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah @ #MH.
Wednesday, June 26, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Tanamkan di dalam hati, ukhwah ini kerana ALLAH, insya-ALLAH
"Sesungguhnya, orang-orang Mukmin adalah bersaudara..." (al-Hujurat, 49:10)
Tuesday, June 25, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Menggamit kenangan..."Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah.Daripada Anas R.A., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Terdapat tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, akan merasai manisnya iman: Apabila dia mencintai ALLAH dan Rasul melebihi sesuatu yang lain; dia mencintai seseorang hanya kerana ALLAH; dan dia membenci kekufuran sebagaimana kebenciannya dicampakkan ke dalam api neraka." (H.R. Bukhari)#Saat Mu'min Merasakan Kelezatan Iman, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Monday, June 24, 2013
Nurliza Mohd Nasir
... berserah sepenuhnya kepada ALLAH, disertai dengan usaha.... percaya kepada ALLAH; beriman kepada kemampuan, kekuatan dan ilmu-NYA.#Taujih Ruhiyah, Abdul Hamid al-Bilali.#PRPM.
Sunday, June 23, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Muroqobah ~ merasa keagungan ALLAH pada setiap saat dan ketika, di samping merasa ALLAH sentiasa bersama pada waktu sepi dan ketika orang banyak....meyakini bahawa... ALLAH sentiasa dekat (bersama) dengannya.ALLAH melihat dan mendengar setiap apa yang diperbuat dan diperkata.ALLAH mengetahui sesuatu yang terlihat dan tersembunyi.Ihsan ~ "Hendaklah kamu beribadah seolah-olah kamu melihat ALLAH; dan sekiranya kamu tidak boleh melihat ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH melihat kamu." (H.R. Muslim)
# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Saturday, June 22, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Kebaikan yang berpencar-pencar tidak akan dapat menghalang kebatilan yang tersusun rapi - Kata-kata hikmat.Renung... Fikir...#Kepentingan Tarbiah kepada akhuwat.
Friday, June 21, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Motivasi pagi buat diri yang selalu lupa...Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH berfirman, 'Tidaklah seorang hamba-KU mendekat kepada-KU dengan sesuatu yang lebih AKU sukai selain daripada amalan-amalan wajib; dan seorang hamba-KU sentiasa mendekat kepada-KU dengan melakukan amalan-amalan sunnah sehingga AKU mencintainya. Apabila AKU telah mencintainya, maka AKU-lah yang menjadi pendengarannya; dan sebagai tangan yang digunakan untuk memegang; dan kaki yang dipakai untuk berjalan; dan apabila dia memohon kepada-KU, pasti AKU kabulkan; dan jika berlindung kepada-KU, pasti AKU lindungi,'." (H.R. Imam Bukhari).
# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Thursday, June 20, 2013
Nurliza Mohd Nasir
... kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut yang berterusan, selalu berwaspada (hati-hati) jangan sampai terkena duri di jalanan...
(Sayyid Qutbh, Fi Zhilalil Quran)
"Hai, orang-orang yang beriman. Bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa kepada-NYA; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (ali-Imran, 3:102)
Wednesday, June 19, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Telah bertanya Sayidina Umar al-Khattab R.A. kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa.
Jawab Ubai, "Bukankah kamu pernah melalui jalan yang penuh duri?"
"Ya," Umar mengeyakan.
Ubai bertanya lagi, "Apakah yang kamu lakukan saat itu?"
Umar menjawab, "Aku bersiap sedia dan berjalan dengan penuh waspada (hati-hati)."
"Itulah takwa," Ubai membalas.
# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Tuesday, June 18, 2013
Nurliza Mohd Nasir
Istiqamah dalam kebaikan ~ bersedekah."Setiap ruas tulang manusia harus disedekahi setiap hari selagi matahari masih terbit. Mendamaikan dua orang (yang berselisih) adalah sedekah; dan menolong orang sehingga dia dapat menaiki kenderaan atau mengangkat barang-barang ke atas kenderaannya adalah sedekah; dan kata-kata yang baik adalah sedekah; dan setiap langkah kaki menuju ke tempat solat adalah sedekah; dan menjauhkan bahaya dari jalan juga merupakan sedekah." (H.R. Bukhari dan Muslim) - Hadis Arbain.Jika tidak mampu buat semua, usah ditinggal segalanya.