Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Buka minda


Jom tengok! 
Labels: 0 comments | | edit post

Muthiah!!!

Assalammualaikum. Berkurun sudah (bohonglah) tidak duduk lama di blog sendiri. Agak sibuk mengejar deadline. Alhamdulillah. Beres sudah. Sebelum beralih ke projek ke seterusnya, bolehlah luangkan masa di sini sekejap. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu, insya-ALLAH. Amiin.

Yuk, Muthiah. Ingat ni...




  • Jauhi prasangka. Jangan sampai buruk sangka itu membawa kita ke lembah hina. Bagaimana? Dari prasangka, mulalah mengumpat dan mengata. Silap hari bulan, jadi fitnah pula. Paling teruk, mulut dan mata pena kita turut memainkan peranan. Menggores jasad bernyawa tanpa perasaan. Ingatlah insan yang kelak akan dimasukkan ke dalam liang lahat. Kesemuanya ALLAH benci. Bukan sahaja ALLAH, bahkan manusia pun tidak suka. Tanya pada diri, adakah kita terlingkung dalam golongan manusia yang suka mengumpat, mengata dan memfitnah? Jadi, untuk hindarinya... lebih baik BERDIAM sahaja. Tidak mampu? PERLU meluahkan juga? Merasakan diri BENAR sentiasa? Mengadulah pada ALLAH Yang Maha ESA, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghitung, Maha Adil lagi Maha Saksama. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
  • Hindari perkataan atau tulisan yang bisa menggores hati orang lain (Muthiah, mata pena anda di blog macam mana?). Salah dengan manusia, bisa bertaubat. Terlepas cakap dengan manusia? Pilih dua. Sama ada BERDIAM atau berbicara yang menyenangkan hati sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.
  • Positiflah. Jangan biarkan aura negatif melingkari diri. Bukan orang lain yang merugi, bahkan diri sendiri. Akibatnya, terhasilkan sikap dan akhlak yang tidak menyenangkan orang di sekeliling kita. Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berusaha mendekatkan diri kepada PENCIPTA. Hamba ALLAH yang akrab dengan DIA, insya-ALLAH akan berbuat perkara yang baik-baik sahaja. Muthiah... ingatlah, Muthiah.

Huh! Lama benar tidak mencoret di blog, terlebih panjang pula jadinya. Maaf. Agak laju gaya penulisannya. Mahu cepat mengejar masa. Bacalah tanpa rasa tetapi ambillah yang baik sahaja sebagai pedoman. Ambillah dari sisi yang positif. Bersihkan hati dan jiwa. Insya-ALLAH jasad dan hati akan bahagia.

Peringatan untuk diri Muthiah sebenarnya... 

Kadang-kadang... ops, terlepas kata. 
Eh, aku TER-mengumpat? 
TER-fitnah? 
TER-mengata? 
Cuba semak balik. Kalau ada... beristighfarlah. 

Sebagai manusia yang lemah, kita selalu sangat lupa. Suka benar mengulangi kesalahan yang sama. Acap kali tidak meletakkan ALLAH di hadapan apabila hendak berbuat apa-apa.   Maka, lahirlah satu sikap yang ALLAH tidak suka. Astaghfirullah. Moga Muthiah dan sahabat-sahabat yang Muthiah sayang  dapat mengislah diri menjadi lebih baik. Jom!

Tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya.

Okey. Full stop.

Hendak berkongsi hal lain, TER-tulis perkara lain pula. Masalah TER ini memang cukup sinonim dengan kita. Hindarlah. Jauhilah andai membawa kepada DOSA.

Muthiah : Ikhlaskan jiwa dan hati yuk! Payah tetapi berusahalah!
Labels: 0 comments | | edit post

Perhatikan...


Jom semak diri...

Sejauh mana kita berhati-hati dalam mengungkap bicara...

Perhatikan...

tutur katamu...
coretan mata penamu...

Di manakah diri kamu di sisi-NYA? ♥

#IngatMati
#PeliharaDiri
#PositifLapangDada
#HindariNegatifSakitiHatiSyakWasangka

Kalau tidak mampu buat semua, usah tinggal segalanya - Siti Muthiah.
Labels: 0 comments | | edit post

Si kecil yang kreatif


Stres? Jom senyum sorang-sorang. Kita tidak pernah sendiri kerana ALLAH dekat...

Labels: 0 comments | | edit post

Masjid VS Royal Court VS Cinema blablabla

Assalammualaikum...

Terjumpa gambar di atas di Facebook. Mungkin ada benarnya (bukan mungkin, memang benar pun). 

Persoalan yang bermain di minda...

Adakah aku berdiri bersama orang sedikit yang menuju ke masjid itu?


Fikir dan... bertindak!
Labels: 0 comments | | edit post

Budaya | Pemandu di Jepun

Assalammualaikum. Blog bersawang lagi. Ehe. Sebenarnya, dari Sabtu lepas sampai semalam, rumah Muthiah dikunjungi tetamu. Maka, bercuti menulis manuskrip... bercuti juga mengemaskini blog. Moga ALLAH bersihkan hati, juga mengampunkan segala dosa.

Okey. Santai petang ini...



Moga kita semua berjaya dalam segala lapangan kerja yang kita lakukan, insya-ALLAH, Amiin.
Labels: 0 comments | | edit post

Sahabat

Assalammualaikum. Huh! Terkejut sendiri tengok blog yang bersawang. Banyak sebenarnya yang hendak dikongsikan tetapi masa sangat mencemburui. 




Sahabat yang baik...
  • sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat sahabatnya.
  • bersangka baik terhadap sahabatnya.
  • apabila sampai berita negatif tentang sang sahabat, dia berusaha menyelidiki kebenarannya.
  • dia ada ketika sang sahabat sedang tertawa mahupun menangis resah.
  • menyayangi sahabatnya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.
  • menegur kesalahan sahabatnya (dengan hikmah), bukan membiarkan dia dalam dosa dan noda.
  • tidak betah membiarkan sang sahabat berada dalam kesusahan, sedang dia sendiri tidaklah sesenang mana.
  • mengajak sang sahabat mendekat dan terus menghampirkan diri kepada TUHAN-nya.
  • tidak akan mengguris hati sahabatnya dengan sengaja.
Okey. Cukup setakat ini.

Salam sayang buat semua sahabat :)
Labels: 0 comments | | edit post

Erti bahagia..

Assalammualaikum, semua. Moga kita semua dirahmati ALLAH selalu. Apa macam? 

Kita merancang. Kita berusaha keras. ALLAH sebaik-baik Penentu dalam kehidupan.

Usaha + Doa + Tawakal = KEJAYAAN. 

Berjaya ini banyak macam...

  • berjaya mencapai matlamat/ impian/ cita-cita.
  • berjaya dalam tawakal. Dengan kata lain, kita menerima ketentuan ALLAH dengan redha kerana sesungguhnya DIA lebih tahu apa-apa yang terbaik untuk diri kita.
-----

Dalam hidup ini, apakah yang bisa membuatkan kita berasa bahagia.
  • Duit yang banyak? Macam mana pula halnya jika dalam masa yang sama kita tidak punya teman yang setia? Tubuh badan yang tidak sihat?
  • Rumah besar... kereta besar... bini cantik... anak-anak ramai? Macam mana pula halnya jika rumah itu tidak diimarahkan dengan ketaatan kepada TUHAN yang mengurnia rezeki? Kereta pula tidak digunakan ke jalan yang diredhai ALLAH? Isteri cantik tetapi menyediakan saham dosa buat diri kita (sebab tidak tutup aurat contohnya)?
  • Jawatan yang besar... gaji yang tinggi... disanjung dan dipuja? 
Jom kita fikir sama-sama... apakah erti bahagia yang sebenar?

Foto : Sekadar gambar hiasan.
  • Apabila diri dekat dengan ALLAH. Jasad takut untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan-NYA. Apabila berbuat salah, segera memohon taubat kepada DIA. Kita tidak mahu bintik hitam itu merajai jiwa. Khuatir apabila ia memenuhi segenap ruang, payah cahaya untuk masuk ke dalamnya.
  • Apabila bahagia dengan keluarga tercinta. Susah senang dihadapi bersama... saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Apabila berhadapan dengan masalah, kita kembali kepada ALLAH.
  • Apabila dikurniai ALLAH sahabat ketawa dan menangis bersama. Susah, bukan? 
  • Apabila tiada hutang sekeliling pinggan. Orang berhutang ada dua. 
  1. Dia berhutang dan dia tidak punya niat untuk melangsaikan hutangnya. 
  2. Dua, dia berhutang dan dia berusaha keras untuk membayar hutang yang dibuat. 
Ingatlah (bagi yang pertama)... sejauh mana pun kita lari, kita tetap tidak dapat mengelakkan diri daripada penghitungan-NYA.

Banyak lagi sebenarnya tetapi cukuplah untuk hari ini. Moga kita sentiasa berwaspada dengan ujian DUNIA kerana sesungguhnya... hidup ini tidak lama.
Labels: 0 comments | | edit post

Minyak, oh minyak

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga dirahmati ALLAH selalu. Muthiah... Alhamdulillah, sihat tetapi ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran. Moga ALLAH permudah jalan, insya-ALLAH. Amiin.

Jom 

  • santai...
  • fikir...
  • renung...
  • muhasabah...
  • perbaik untuk kesejahteraan diri...
Di bawah, Muthiah sertakan 3 gambar minyak masak. Persoalan yang perlu dijawab serta difikir, direnung, dimuhasabah dan diperbaik...
  • Mana satu pilihan anda setiap bulan? A atau B atau C?
  • Atau... anda beli minggu per minggu?
(A)


(B)


(C)



Ada satu lagi saiz (paling kecil Muthiah kira). Harganya dalam RM1.80. Muhasabah...

Banyak mana agaknya minyak masuk ke dalam tubuh kita sehari-hari? Tidak masuk gula, garam, MSG lagi. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

Okey. Selamat berfikir...
Labels: 0 comments | | edit post

Adoi... badan berbaulah!

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Bersemangat untuk memulakan kerja? Muthiah... Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu berada di kampung, terasa fresh. Seronok berjumpa dengan ibu ayah serta adik-beradik. Moga ALLAH mempermudah perjalanan dan perancangan Muthiah hari ini. Dalam masa yang sama, tanamkan dalam hati...

Kita merancang. ALLAH merancang dan DIA-lah sebaik-baik PERENCANA.

Okey...

Pagi tadi, sambil Muthiah menyediakan sarapan pagi buat suami, Muthiah turut mendengar tazkirah Tanyalah Ustaz di TV9. Ustaz tersebut bercakap tentang kebersihan. 


Foto : Sekadar gambar hiasan.

Ya. Pernah terdengar ungkapan ~ Kebersihan sebahagian daripada iman?

Justeru, hendak tidak hendak... mahu tidak mahu, kita hendaklah menitik beratkan kebersihan dalam diri dan hidup kita. Lagipun, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sewajarnya kita mencontohi segala sesuatu yang ditunjuki baginda. Nabi ALLAH Muhammad merupakan seorang pembersih. Menurut cerita Ustaz (dalam rancangan tersebut), sewaktu Nabi SAW wafat, Sayidina Ali R.A. hanya menemui 10 helai uban di kepala dan 7 helai uban pada janggut baginda. Hal ini menunjukkan Nabi SAW amat mengutamakan kebersihan. 

#Untuk kupasan lanjut, sila rujuk siaran ulangan (atau ada di Youtube?) Rancangan Tanyalah Ustaz TV9; 25 Februari 2013.

Bagaimana pula dengan diri kita?

Hari ini, Muthiah tidak mahu menyentuh terus tentang kebersihan. Namun, Muthiah ingin berbicara mengenai bau badan. Haaaa... boleh juga dikaitkan dengan kebersihan, bukan?




Pernah duduk di sebelah seseorang, dan hidung kita terasa 'sakit' dek kerana bau hapak yang disebarkannya? 

  • Situasi - sewaktu sedang makan. Akibat - hilang selera makan/ hendak muntah dll.
  • Situasi - sewaktu sedang solat berjemaah. Akibat - solat tidak/ kurang khusyuk dll.
  • Situasi - sewaktu sedang mendengar ceramah/ kuliah. Akibat - rasa tidak selesa dll. 
  • Situasi - sewaktu tengah belajar. Akibat - hilang fokus!
  • Situasi - sewaktu bersesak-sesak di dalam bas. Akibat - Have no choice. ______.

Macam mana pula jika kita yang berada di tempat orang yang berbau hapak itu? Dengan lain perkataan, kitalah yang menyebarkan bau tersebut.

  • Sedarkah kita? 
  • Apakah reaksi orang di sekeliling kita?
  • Pernah kena tegur? Jika pernah, apa pula tindakan kita? Buat 'dek' sahaja? Atau, fikirkan sesuatu untuk mengurangkan bau badan kita? 

Hmm.. 

Tidak boleh salahkan juga. Bau ini 'semulajadi'. Betul? Kita sendiri pun, acap kali/  mengalaminya. Betul? Lebih-lebih lagi, bila...

Badan berpeluh. Bilakah badan seseorang berpeluh? 

  • Duduk tengah panas.
  • Buat macam-macam kerja. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini. 
  • __________________

Betul atau tidak...

  • Ada yang berpeluh tanpa bau.
  • Ada yang berpeluh dengan 1001 bau.
Apa lagi punca badan berbau?
  • ______________________
  • ______________________
  • ______________________
Jadi, hendak buat macam mana?

Kita mungkin tidak dapat mengelakkannya tetapi kita boleh berusaha mengurangkannya.

Mandi.

  • Mulakan hari/ aktiviti kita dengan mandi pada awal pagi. Ustaz dalam TV9 cakap, kalau ada asma, sebaiknya mandi dengan air sejuk. Bermula dari kaki dan ke atas. Sental badan dengan sabun. Jangan lupa gosok gigi. Jadikan amalan harian kita.
  • Kalau boleh, paling tidak... mandilah dua kali sehari. Sebelah pagi sebelum ke tempat kerja dan sebelah petang/ malam, sesudah balik daripada kerja. Iyalah. Seharian kita beraktiviti. 
Gosok gigi/ bersugi.

  • Muthiah pernah terbaca, bersugi adalah sunnah Nabi (boleh cari sendiri ya).
  • Selain itu, Muthiah juga pernah terlihat di dalam akhbar, 'Salah satu faktor mulut berbau busuk adalah kerana seseorang itu tidak menjaga kebersihan mulutnya.' Salah satu cara untuk menjaga kebersihan mulut ialah dengan gosok gigi/ bersugi. Kalau hendak tambah dengan berkumur lagi baik. Ada masa dan ruang, boleh buat pemeriksaan gigi dan mulut.
Jaga pemakanan. Betul tak?
  • Muthiah pun tidak pasti. Nanti, cubalah rujuk dalam mana-mana artikel tetapi bagi Muthiah... dalam bab pemakanan ini... makanlah makanan yang HALAL. Bukan setakat menghindari arak atau babi tetapi tanya balik pada diri, 'Dari mana datangnya sumber rezeki kita?' - Daripada ALLAH, pasti! Persoalan kedua, sumbernya halal atau sebaliknya?
Okey. Terlewat sudah masuk pejabat. Yang baik, jadikan panduan. Yang tidak baik, abaikan. Yang tidak mengikut citarasa... fikir-fikirkan. Salam ukhwah penuh kasih sayang.

Labels: 0 comments | | edit post

Baca dan dengarlah...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua. Sihat? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja cuma sejak akhir-akhir ini, hati sedikit 'tersiat' membaca status dan komen-komen di Facebook dan youtube. Ikut hati, hendak turut serta memberi pandangan sendiri tetapi biarlah. Dikhuatiri lupa diri. Hahaha...

Jadi?


Foto : Sekadar gambar hiasan.
Baca... baca... baca sahajalah.

Tidak pun...


Foto : Sekadar gambar hiasan.

Dengar... dengar... dengar sahaja. Diam! Dengar apa yang diperkata. Kunci mulut rapat-rapat!

Bacalah...

  • al-Quran.
  • buku pelajaran.
  • buku ilmiah.
  • al-mathurat.
  • akhbar.
  • papan tanda.
  • manual.
  • kata-kata yang baik (di blog, facebook dll).
  • segala sesuatu yang memberi manfaat.

Dengarlah...

  • al-Quran.
  • kuliah/ ceramah agama.
  • sesuatu yang mengingatkan kita kepada TUHAN (zikir, lagu ketuhanan).
  • perkara yang tidak mendatangkan dosa (hindari mengumpat dan mengata).
ALLAH kurniakan kita akal untuk menilai. Namun perlu diingat, akal sahaja tidak cukup tanpa iman di dalam dada. Untuk jadi hamba ALLAH beriman, perlu taat pada perintah-NYA serta menjauhi larangan-NYA. Ber-amal-lah dengan seikhlas hati kerana-NYA. Yuk kita sama-sama mendekatlah diri pada ALLAH agar hidup tidak tersasar dari jalan-NYA.

Selamat bermuhasabah.

Nota : Hobi baharu ~ Like status orang di FB.
Labels: 0 comments | | edit post

Keperluan apabila berperjalanan

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan mengingati ALLAH. Apa khabar? Moga baik-baik hendaknya.
  • Baik jiwa.
  • Baik jasad.
  • Baik minda.
  • Baik tingkahlaku.
Jika merasakan diri punya kelompangan yang ketara, yuk kita sama-sama memperbaikinya.

Okey. Topik hari ini ialah tentang berperjalanan. Hahaha... mentang-mentanglah Muthiah ni kuat juga berjalan. 

Foto : Sekadar gambar hiasan.

Di sini, Muthiah bukanlah mahu berkongsi pasal belanjawan sebelum berperjalanan... bukan juga mahu berbicara tentang tempat yang menarik untuk dikunjungi tetapi berkenaan...


Barang yang perlu dibawa ketika hendak berperjalanan

1. Pakaian yang mencukupi - Dalam hal ini, jumlah pakaian yang hendak dibawa bergantung kepada individu. Lain orang, lain jumlah pakaian yang diperlukan. Ada orang, boleh pakai sehelai baju selama seminggu. Ada juga yang tidak boleh. Sehelai baju untuk satu sesi (Ehem, ehem). Tepuk dada, tanya selera. Selain itu, sahabat-sahabat bolehlah mengenalpasti...


Foto : Sekadar gambar hiasan.
  • Berapa hari dan berapa malam hendak berperjalanan? 
  • Majlis apa yang hendak dihadiri? - Kalau hendak berpiknik, bawalah baju lengan panjang (bagi wanita) dan seluar trek. Kalau menghadiri majlis perkahwinan, bawalah baju kurung atau pakaian yang sesuai.
2- Beg yang sesuai - Hmm... ikut orang juga. Ada orang, suka bawa beg sandang (sesuai untuk mereka yang bawa pakaian yang sedikit). Mudah hendak disandang ke mana-mana. Ada orang suka bawa beg besar gedabak. Boleh muat banyak pakaian. Bak kata suami Muthiah setiap kali balik ke kampung, "Nak balik kampung ke, nak pergi BUAT haji?" Apapun, tengoklah keselesaan diri masing-masing.

3- Peralatan mandi/ rias (bagi wanita) - Biasanya, orang bawa berus gigi, pencuci muka, pisau cukur, gunting. Hendak bawa pengetip kuku pun bagus. Bagi wanita yang boleh agak bilakah waktunya dia mamnu', boleh bawa pad siap-siap.  Lain-lain barang macam syampu, sabun, ubat gigi... biasanya sudah tersedia. Tidak kiralah sama ada kita duduk di hotel ataupun menumpang di rumah orang... kebiasaannya ada. Cuma mengikut pengalaman Muthiah, tidak semua hotel menyediakan ubat gigi. Jadi, baik bawa ubat gigi bersaiz kecil siap-siap. Untuk rias wajah pula, basic; bedak muka, ubat ketiak, pelembap wajah, pelembab bibir. Lain-lain mahu tambah, terpulang kepada diri sendiri.


Foto : Sekadar gambar hiasan.

4- Tuala mandi - Sekiranya kita bermalam di hotel, insya-ALLAH tidak ada masalah. Namun jika kita bermalam di rumah orang (tidak kira sahabat, saudara-mara dll), ada tuan rumah yang sudah sediakan tuala siap-siap untuk kita. Ada juga yang kita kena minta. Bagi diri Muthiah... perkara asas yang Muthiah sediakan untuk tetamu yang bertandang ialah tuala mandi, kain sarung untuk solat (bagi lelaki) serta sejadah. Lain-lain keperluan, Muthiah akan beri apabila diminta. 

Persoalan; kenapa Muthiah sarankan bawa kain tuala sendiri? 

Okey. Sebab utama ialah untuk tidak menyusahkan tuan rumah (tetapi percayalah, kebanyakan tuan rumah tidak rasa terbeban dengan perkara ini). Cuma itulah... sekadar budi bicara kita selaku tetamu untuk meringankan kerja tuan rumah. Tidak perlulalah mereka membasuh tuala yang kita gunakan hanya sekali itu. 

Muthiah pun... kadang-kadang, terlupa bawa tuala sendiri. Iyalah. Hari pertama dan kedua duduk di hotel. Hari ketiga, bermalam di rumah saudara. Jadi, terpaksalah. Namun secara peribadi, Muthiah cuba untuk tidak membebankan. Biasanya, Muthiah tengok juga. Tuan rumah guna mesin basuh apa. Kalau mesin basuh automatik, insya-ALLAH kuranglah rasa bersalah. Kalau mesin basuh manual... setidak-tidaknya, ada juga mesin basuh. Bagi yang tidak memiliki mesin basuh? Jadi, baik kita basuhkan sebelum melangkah pergi.

Nota :

a) Sekali lagi Muthiah ingatkan, rata-rata tuan rumah tidaklah berkira dengan tetamu yang menggunakan barang di rumahnya. Pinjam itu dan ini tidaklah sampai membebankan bahkan memberi peluang kepada tuan rumah untuk mendapat pahala daripada ALLAH.

b) Huhu... jangan pula kita intai jenis mesin basuh yang digunakan di rumah orang yang kita tumpang. Tidak elok bermata liar di rumah orang. Dalam kes Muthiah... Muthiah tengok rumah orang yang sangat dekat dengan Muthiah. Rumahnya pun sudah menjadi bagai rumah kedua Muthiah.

5- Kain telekung solat - Elakkan daripada menanam niat untuk meminjam kain telekung daripada orang lain tanpa mahu membawanya bersama setiap kali hendak ke mana-mana. Bukan tidak boleh. Tidak salah pun. Tidak berdosa juga tetapi Muthiah kira... baik bawa sendiri punya. Paling selamat... pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Jadi, boleh solat di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

Jom renung...

Kalaulah kita tertinggal telefon bimbit... diri terus jadi tak keruan; takut orang telefon... takut ada kecemasan. Kenapa tidak ketika tertinggal kain telekung solat? Boleh pinjam daripada siapa-siapa? Iyalah. Di surau pun ada. Akan tetapi perlu diingat, tidak semua surau ada menyediakan kain telekung solat. Kalau ada sekalipun, tidak terjamin kebersihannya (kalau yakin, pakai sahaja).  Saiznya pula, belum tentu padan dengan kita. Silap-silap, waktu solat boleh nampak kaki. Kalau di pusat membeli-belah, terpaksa berebut kain telekung dengan orang lain. Hendak solat pun tidak khusyuk sebab ramai sudah menunggu di belakang.

Hmm... apa lagi ya?
  • Al-Quran.
  • Al-Mathurat.
  • _________________.
Sekadar perkongsian daripada pengalaman Muthiah. 

Setuju? Bolehlah digunapakai. 
Tidak bersetuju? Ikutlah kebiasaan kita. 

Untuk diri Muthiah sendiri, sepanjang berperjalanan... ada benda yang Muthiah terlepas pandang dan Muthiah kira, ia sangat diperlukan. Apabila tidak ada (perkara di atas), mulalah kelam-kabut. Cari kedai hendak beli yang baharu. Kos perjalanan jadi meningkat. Masa dan tenaga pun terbazir sama. 

Moga kehidupan dan diri kita hari ini menjadi lebih baik daripada semalam, insya-ALLAH.
Labels: 0 comments | | edit post

Bicara Selebriti

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? BERSEMANGAT? Jom kita tengok...


Okey. Muthiah sambung kerja dahulu. Doakan dapat setel hari ini juga ya. Terima kasih kerana sudi berkunjung di sini.
Labels: 0 comments | | edit post

Kek coklat kukus (Gambar)

Rehat sekejap :)

Ada yang mahu melihat kek kukus Muthiah buat Sabtu lepas. Jeng jeng jeng... Setelah dikeluarkan dari bekasnya, jadilah begini.


Mahu cuba membuatnya? Bolehlah jengah ke sini -> Kek coklat kukus.

Selamat mencuba, semua.
Labels: 0 comments | | edit post

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Moga perjalanan hidup kita bertambah baik... akhlak kita semakin elok dan percakapan kita tidak mendatang murka.




Peringatan buat diri sendiri :

1- Solat pada awal waktu.
2- Banyakkan membaca al-Quran.
3- Hindari mengumpat, mengata, mengeji.
4- Jauhi sinis dan sesuatu yang menyakitkan hati.
5- Berlapang dada dan tidak mudah bersangka-sangka.
6- Jadi isteri yang taat pada perintah ALLAH dan suami.
7- Berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan karier.
8- Memaafkan dan mudah minta maaf jika berbuat salah.
9- Hindari maksiat.
10- Istiqamah solat tahajud, solat dhuha dan solat-solat sunat.
11- Puasa Isnin Khamis atau pada hari-hari yang disunatkan berpuasa.
12- Jadilah insan yang peka terhadap perasaan orang lain.

Moga ALLAH memilih kita semua. Salam sayang buat sahabat-sahabat yang mengasihi Muthiah.
Labels: 0 comments | | edit post

Buat salah vs tak buat apa-apa!

Assalammualaikum. Pejam celik, pejam celik. Sudah hari Jumaat. Moga perjalanan hidup kita lebih baik, tersusun dan barakah daripada hari sebelumnya.

Katakan tidak pada :

  • Mengumpat
  • Mengata
  • Melabel
  • Bersangka-sangka
  • Mulut laser
  • Bicara sinis
  • Tidak amanah
  • Curi tulang
  • Lawan cakap suami
  • ______
  • ______

Asalnya, Muthiah hendak menulis puisi tetapi tidak berjaya (untuk ketika ini). Maka, Muthiah memetik kata-kata yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang berbunyi...


A life spent making mistakes is not only more honorable but more useful than a life spent in doing nothing ~ George Bernard Shaw.

Jom kita sama-sama fikirkan mengikut kondisi kita. Bagi Muthiah... sisi seorang yang mahu maju dalam lapangan penulisan, insya-ALLAH. Amiin.
Labels: 0 comments | | edit post

Cerita : Salah siapa!

Assalammualaikum. Apa khabar, wahai hati-hati sekalian? 

Ada baik? atau...
Keresahan? kenapa?

Jom kita muhasabah bersama-sama. Ada amanah yang belum diberesi? Ada hati yang telah kita guris? Melalui kata-kata... bicara pena... sms, mungkin. Awas! Gerak langkahmu, ooo...

Dari sisi Muthiah... maaf ya jika ada yang terjeruk rasa.


Salah siapa!




"Mak! Kakak kena serang?" Kamelia memberitahu emaknya.

Mata Mak Limah membulat. "Siapa yang serang?" Risau benar nampaknya Mak Limah. 

Kamelia menunduk ke lantai rumah. "Kelmarin, tunangnya si Amran serang. Dia cakap, kakak menggatal dengan tunangnya. Semalam, bini si Rashid pula serang. Dia pun marah kakak sebab berbaik dengan suaminya. Hari ni, kawan perempuan Ali serang kakak..."

"Kenapa pula mereka nak serang kamu?" Mak Limah menyampuk.

Kamelia menjungkit bahu. "Entah. Cemburu buta, mak," ujar Kamelia tergagap-gagap.

"Kamu kuat melayan ni. Ada kamu rapat dengan lelaki-lelaki tu?" Mak Limah menyoal macam Inspektor Polis pula.

Kamelia mendengkus kuat. "Alah, mak. Dalam FB. Bukannya apa-apa pun. Nama lagi laman sosial. Setakat kawanlah, mak. Dia orang tanya, kakak jawab. Dia orang bergurau, kakak balas. Dia orang nak berkongsi cerita, kakak dengar. Salah ke, mak?" Kamelia seolah-olah tidak berpuas hati. Dia tidak bersalah!

Mak Limah menggeleng laju. Tidak tahu apa yang boleh diperkatakan kepada anak daranya itu...

....

Ehe. Jalan cerita dan nama watak di atas hanyalah rekaan semata-mata. Namun sebenarnya, tetap berlaku di alam maya. Pernah baca luahan sebegini? Muthiah pernah. Hmm... salah siapa ya?

  • Kamelia? 
  • Tunangnya si Amran... isterinya si Rashid... temannya si Ali? 
  • Amran... Rashid... Ali? 
  • Atau... Mak Limah?

Entahlah. Macam Mak Limah, Muthiah pun tidak ada jawapan untuk persoalan yang diajukan. Diri sendiri yang melalui lebih tahu apa yang dilakukan. Baik Kamelia... tunangnya si Amran... isterinya si Rashid... teman wanita Ali... Amran... Rashid atau Ali sendiri.

Renung dan fikir...

Moga ALLAH pelihara kita semua. 

Muthiah : Mahal...
Labels: 0 comments | | edit post

Hidayah ALLAH

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Macam biasa. Sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti diri yang merangkumi hal kerjaya, rumah tangga serta perhubungan sesama manusia. Jom kita sama-sama. Kita mungkin bukanlah sahabat/ adik/ kakak/ jiran yang terbaik namun tidak salah untuk berusaha menjadi yang paling baik. Penilaiannya... serah sahaja pada ALLAH.

Semalam, Muthiah tertengok video ini. Apa kata anda? 



Sumari :

Sentiasalah melakukan kebaikan. Sikap dan perilaku yang baik itu juga sebenarnya satu dakwah. Kita mungkin tidak boleh/ mampu berbicara di pentas dakwah. Namun, kita boleh tunjukkan akhlak yang baik agar mereka yang masih belum mengenali Islam tertarik dan jatuh cinta padanya.

Hidayah itu datang daripada ALLAH kepada hamba-hamba pilihan-NYA. Siapa kita hendak mencerca manusia lainnya. Bencilah kepada kejahatan itu. Dalam masa yang sama, doakanlah dia dan kita agar tidak terjerumus ke dalam kejelikan itu. 

Okey. Mahu sambung kerja. Malam ini ada majlis hari raya. Moga dipermudahkan segalanya.
Labels: 0 comments | | edit post

Salam Syawal

Assalammualaikum. AKHIRNYA...

  • blog dijengah, tengok sekali lalu dahulu. Mood menulis belum hadir.
  • blogspot.com digodek, jemari belum kepingin memulakan tarinya. Jadi bagaimana? 

Sesudah menunaikan solat Asar, kuatkan hati dan semangat. Mesti menulis di sini. Apa-apalah. Janji tulis... tidak mahu teratak ini terus bersawang dan lagi... dan lagi. Lama kelamaan, datang labah-labah menjadikan teratak ini habitat rasmi. 


Di kesempatan ini, sekali lagi Muthiah ingin mengucapkan Salam Syawal (versi selepas Raya Pertama) buat sahabat-sahabat maya yang sudi datang menjengah ke teratak Muthiah. Terima kasih daun keladi. Moga ukhwah ini akan lestari selamanya.

Hmm... mahu mencoret apa? Peringatan buat diri sendiri yang acap kali terlupa.

Moga kesan daripada tarbiah Ramadhan ini, menjadikan kita...

  • hamba ALLAH yang lebih baik daripada sebelumnya. Paling tidak, kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi ALLAH... insya-ALLAH.
  • hamba ALLAH yang taat pada segala perintah-NYA. Yuk kita berusaha keras lakukan segala sesuatu yang diperintahkan TUHAN, tinggalkan larangan-NYA.
  • isteri solehah yang sentiasa mendamba redha ALLAH... 
  • anak solehah yang paling tidak, sentiasa mendoakan kedua ibu ayah... 
  • ibu solehah yang berusaha membentuk anak-anak soleh/ solehah... 
  • anggota masyarakat yang tidak putus asa untuk amar makruf dan nahi mungkar. Sampaikan walau seayat. 
  • ________________________
  • ________________________

Amin... amin... amin...

Moga-moga, kita semua terhindar daripada kemurkaan ALLAH yang bisa melorong kaki kita ke neraka jahanam, nauzubillah.

Okey. Sudah menghampiri jam 6.30 petang. Masa untuk menyediakan makan malam. Panjang umur kita ketemu lagi.

Muthiah : Moga coretan yang sedikit ini ada juga manfaatnya :)
Labels: 0 comments | | edit post

Singgah sekejap

Assalammualaikum. Apa khabar? Agak lama Muthiah tidak menjengah ke sini. Sedikit sibuk dengan urusan di luar. Pada hari Sabtu lepas, Muthiah telah menghadiri satu majlis perjumpaan dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka di Pulau Pinang. Ahadnya pula, Muthiah ke KL mengikut suami. Pagi Selasa, pergi cari tudung raya (hahaha). Pagi Rabu pula mengemas rumah dan membuat apa-apa yang patut (untuk balik kampung, yahu). Petang dan malam, Muthiah tidak available berblog. Intai-intai sahajalah ^_^ A



Hendak tulis apa ya? 

  • bila balik raya? 
  • bagi yang sudah menikah, raya pertama di kampung siapa? Ahaks :)
  • sekarang berada dalam mood akhir Ramadhan, atau beraya sudah?

Apapun kondisi kita, moga kita semua sentiasa berada dalam redha ALLAH.

Masa agak mencemburui Muthiah. Di kesempatan ini, Muthiah ingin mengucapkan ...

  • Selamat hari raya Aidilfitri. Moga tarbiah Ramadhan tahun ini menjadikan kita insan yang istiqomah dalam kebaikan. Jom usaha!
  • Maaf andai ada tersalah tulis, tersilap bicara, terlanjur dengar/ lihat (sesuatu yang tidak elok) dan yang seangkatan dengannya.
  • Berhati-hati di jalan raya. Banyakkan zikir dan istighfar kepada ALLAH. Ayuh, basahi bibir kita dengan sesuatu yang mendatangkan pahala.

Okey. Beransur dahulu. Muthiah mungkin offline sampai 26 Ogos ini namun jika berkesempatan dan ada ruang dan peluang, insya-ALLAH Muthiah berceloteh lagi. Terima kasih sahabat-sahabat (yang Muthiah kasihi) kerana sudi menjengah teratak Muthiah ini.

Sokongan dan doa kalian, amatlah Muthiah hargai. Moga ALLAH merahmati.
Labels: 0 comments | | edit post