Rias diri

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan rasa syukur dan sabar! <- Wah, ada tanda seru. Ini adalah untuk menyeru diri sendiri juga. Kuang kuang kuang. 

Wanita dan alatan solek memang tidak boleh dipisahkan. Betul atau tidak? <- Hmm... ada saja yang langsung tidak punya alat solek. Steady saja. Cukuplah wuduk mencantikkan wajah. 

Naam. Sayang seribu kali sayang sekiranya alatan solek kita sampai berbeg-beg tetapi...


  • Solat kita pada akhir waktu.
  • Akhlak kita tidak secantik wajah kita.
  • Kata-kata kita... hukhuk. 'Nak pitam mak mendengarnya.'
  • Kerja kita sambalewa. 
  • Aurat kita tidak terpelihara. 
  • Blablabla...

  • .....
  • .....


Jom tengok alat solek Muthiah. Huahuahua...

1. Pencuci muka 

Fungsi pencuci muka adalah untuk membersihkan muka <- Agak-agak penerangan ini, boleh dapat berapa markah? Dengan kata lain, kita memakai pencuci muka untuk menanggalkan kotoran pada wajah. Tidak mahu nampak berminyak. Tidak mahu _______ (sila tambah kerana Muthiah tidak arif). Pakailah dua kali sehari yakni pada waktu pagi dan malam. 

2. Skrub wajah 

Setahu Muthiah, bagi menanggalkan sel-sel mati pada wajah. Hmm... Muthiah pakai seminggu sekali. Itu pun tidak konsisten. Boleh jadi tiga bulan sekali. 

3. Penyegar / toner 

Untuk menanggalkan sisa kotoran. Untuk menyegarkan wajah juga, mungkin. Sungguh. Apabila menggunakan penyegar pada kapas, akan kelihatan kapas berwarna hitam/ kelabu. Maknanya?

4. Serum 

Fungsinya adalah untuk mengembalikan keanjalan kulit. Namun Muthiah beli setelah dipromosi secara pakej. Kekal sampai ke hari ini walaupun tidak berapa jelas kegunaannya. Untuk makluman : Berbanding penyegar dan pencuci muka, harga serum mahal sedikit. 

5. Krim kecantikan

Hmm... Muthiah jarang pakai melainkan apabila hendak keluar rumah untuk berpanas-panasan. Kononnya, untuk mengelakkan cahaya matahari.

6. Bedak debu

Oh... Muthiah kurang pakai tetapi ada. Hukhuk...

7. Hibka/ deodoran

Penting juga ni! Kadang-kadang, kita tidak sedar yang badan kita berbau. Cuba tanya pada suami atau teman-teman di sekeliling kita. Jika dimaklumkan bau kita kurang enak... Maka, hendak tidak hendak... cubalah cari satu. Paling tidak pun, kita tidak mahu bau badan kita mengganggu ketenteraman orang lain. Oh ya. Cakap pasal deodaran, ada yang kata tidak elok pakai deodoran yang anti-perspirant. Fakta sebenar, Muthiah tidak tahu. Boleh kaji ya. Kalau Hibka, RM2.50 satu. Anti-Hib pula RM1.20 satu. 

8. Minyak rambut Zam-zam

Bagi yang berambut tidak terurus/ kering, Muthiah sarankan kita pakai minyak rambut. Kalau minyak rambut Zam-zam, beli di Mydin RM4.50. Kalau minyak zaiton, dalam 4.90. Tujuannya... kalau kita hendak nampak cantik bertudung ketika berada di luar rumah, adalah lebih afdal jika kita berusaha untuk kelihatan cantik juga di rumah. Bukankah suami ada? Sebab... ada juga yang rambutnya mengerbang... kering yang tersangat kering.  Tidak salah jika suami suka. Namun, jika dirasa kurang cantik dipandang, jom kita lakukan sesuatu. Apapun, cuba tengok cermin dahulu. Comel tak? Comel dah. Okey, SELESAI :)

9. Lip balm

Oh, Muthiah ada satu... adik ipar bagi. Sekejap pakai, selalu lupa. Tujuannya, untuk mengelakkan bibir menjadi kering.

10. Wangi-wangian

Namun, AWAS! Bagi wanita, pakailah di rumah sahaja. Ada dalil tentangnya. Khuatir menimbulkan fitnah. Apa kata kita tukar... bau bawang kepada bau minyak wangi :)

11. Celak

Oh, Muthiah baru mengamalkan pemakaian celak ni. Itu pun sebab terbaca bahawa ia adalah sunnah (tidak pasti sama ada bagi lelaki sahaja atau perempuan juga). Akan tetapi, Muthiah calitlah sedikit. 

Okey. Setel perkongsian untuk hari ini. Motif?

Mohon ALLAH ampun sekiranya perkongsiaan ini lebih mengajak manusia kepada keburukan. Sungguh. Niatnya, mahu (para isteri khususnya) menjaga penampilan diri di rumah. Kita berjangok bukan untuk orang lain. Untuk suami dan kepuasan diri sendiri juga <- Untuk peringatkan diri sendiri juga. Namun awas! Jangan sampai niat awal yang baik menjadi fitnah pula. 

Kita tidak mahu badan kita berbau hapak ~ Jadi, pakailah Hibka.
Kita tidak mahu tubuh kita berbau bawang ~ Jadi, pakailah wangi-wangian di rumah.
Jika tidak mahu bibir kita nampak pucat ~ Jadi, pakailah lip balm.
....
....

Jika tidak merasakan perkongsian ini perlu bagi kita, abaikanlah. Jika kita rasa perlu, bolehlah dipilih mana-mana item yang dikehendaki <-Huahuahua. Macam pakar kecantikan pula. 

Sekian, terima kasih. 
Labels: | edit post
0 Responses