Showing posts with label Air Mata Siti Hajar. Show all posts
Showing posts with label Air Mata Siti Hajar. Show all posts

Air Mata Siti Hajar (Bab 1)



MOD : Cinta dalam diam.

SIAPA kata gosip dan usikan kawan-kawan tidak bisa memberi kesan kepada seseorang, sila angkat kaki? Lebih-lebih lagi, bila mana yang diusik itu adalah seorang anak gadis yang masih muda, single and available. Sedikit sebanyak, tetap terasa getarnya. Tentu terasa debarnya. Dup dap dup dap… jantung berdegup kencang.

Kadang-kadang, si teman hanya mahu memeriahkan suasana. Iyalah. Serius memanjang boleh membikin jiwa yang sedang berserabut bertambah tertekan. Seorang manusia yang normal, pastinya mahukan sesuatu yang dapat menghiburkan hati walau sekejap cuma. Tambahan lagi, dirinya sentiasa dihambat oleh kerja yang tidak pernah surut.

Dan… inilah yang terjadi kepada si pemilik hati yang bernama Siti Hajar binti Sulaiman. Usikan yang sekadar suka-suka itu tanpa sedar telah menumbuhkan bibit-bibit cinta di dalam hatinya. Kepada siapa? Begini ceritanya…

‘Al-kisah… Al-kisah maka tersebutlah kisah… sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli yang Maha Mulia, Sultan Firaun…’ Mana Firaun pakai sultan. Bukan!!! Itu syair yang disampaikan Ajis dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Bukan itu ceritanya…

JAM telah menunjukkan pukul 10.30 pagi. ‘Lewat sih. Lambat 15 minit,’ bisik hati kecil Hajar. Dia cepat-cepat bergegas ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga, bangunan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Semakin lama, langkahnya semakin laju.

Pintu bilik tertutup rapat. Menandakan mesyuarat sudah pun bermula. Sampai sahaja di muka pintu, Hajar terdiam sekejap. Dia menadah tangan ke langit lalu berdoa. "Ya ALLAH. Aku tahu, aku sudah terlewat. Aku tahu, aku tidak menepati masa. Aku akui silap dan khilafku, ya ALLAH. Hijablah hati-hati mereka daripada menyedari kelewatanku ini…" kata-kata Hajar terhenti di situ.

"Biarlah ada insan lain yang datang lebih lambat daripadaku," tambahnya lagi. Pintu bilik mesyuarat dibuka perlahan. Nafas Hajar masih lagi turun naik. Dia berasa gusar sebenarnya. Minggu lepas pun dia terlewat juga. Akan tetapi, waktu itu… ada yang lebih lambat daripadanya. Adakah bisa dia bernasib baik seperti hari itu lagi?

Sebaik sahaja Hajar memasuki bilik tersebut, semua mata memandangnya tanpa berkelip. Dia terkesima. Dia cepat-cepat berjalan laju ke arah Aisyah yang tersenyum memerhatikannya.

“Lewat. Nasib baik Prof. Umar belum tiba. Kenapa ni? Fan sekat lagi?” soal Aisyah bertubi-tubi. Minggu lepas, rakan serumahnya ini terlewat dek melayan kerenah pelajar-pelajar yang banyak sungguh songehnya. Minggu ini, mungkinkah sejarah itu berulang?

Hajar mengangguk perlahan. Dia menarik nafas lega. Mujur mesyuarat masih belum bermula. Kalau tidak, pasti dia akan mendapat malu kerana dengan kesekian kalinya terlewat lagi.

Aisyah menggeleng-geleng seraya menambah. “Adik jangan risau. Ada yang lagi lewat daripada adik.” Dia memberitahu sungguh-sungguh.

Hajar yang sedang meneliti minit mesyuarat minggu lepas terpana seketika. Dia mendongak ke arah Aisyah yang tersenyum sumbing ke arahnya. “Siapa?” Gadis sunti ini bertanya pendek.

Aisyah berpaling ke arah pintu bilik mesyuarat lalu mengangkat jemarinya. Bermula dari ibu jari… jari telunjuk… jari hantu… jari manis dan jari kelingking. “Satu, dua, tiiii…” kata-katanya terhenti di situ.

Pintu bilik mesyuarat terbuka luas. Sah! Tepat jangkaan Aisyah. Zulkarnain akhirnya muncul di hadapan mata. Seperti yang diduga, lelaki itu masih lagi memakai baju yang sama warna dengan Hajar, macam minggu lepas. Mereka sama-sama lewat dan sama-sama memakai baju yang serupa warnanya. Adakah terdapat makna tersirat di sebalik kebetulan itu?

“Along rasa, adik dengan Zulkarnain memang ada jodoh,” kata Aisyah separuh berbisik. Namun, bisikan yang sepatutnya hanya didengari mereka berdua turut mendapat perhatian Sumayyah, Asma’ dan Khaulah. Dengan lain perkataan, Aisyah tidak berbisik sebenarnya.

“Betul, betul, betul.” Sumayyah menyampuk. Macam Ipin dalam siri animasi Upin dan Ipin pula.
Asma’ yang sedari tadi menjadi pendengar dan pemerhati setia mengukir senyum lebar sampai ke telinga. “Minggu lepas pun sama-sama datang lewat. Sama-sama pakai baju yang serupa warnanya. Kebetulan yang sungguh menakjubkan. Mungkin ada sesuatu dan hanya hati yang berbicara. Sangat sesuai. Lagipun, En. Zul kita bukannya buruk sangat. Cuma kadang-kadang sahaja suka berlagak lebih,” sambungnya sedikit mengutuk.

Hajar mencebik. Bertubi-tubi dia diserang. Kurang ajinomoto punya teman. Kata, sudah cukup mengenali. Adakah ini yang dinamakan memahami?

Zulkarnain? Mungkin tidak. Lelaki itu selalu sahaja berlagak bagus walaupun pada hakikatnya dia memiliki ciri-ciri seorang teruna yang selayaknya dibuat laki. Dia tidak berminat. Sememangnya, semua ini adalah kebetulan. Tidak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati.

- bersambung...

Jom beli buku :)

Alhamdulillah...


Dapat memegang sendiri buku baharu Muthiah yang sudah pun berada di pasaran. Sahabat-sahabat hendak membuat pembelian terus dengan Muthiah pun... boleh. Usah segan silu e-mel Muthiah di xpdcsolehah99@gmail.com.


Dia Diktator Hatiku...

Siapa sangka, benci boleh bertukar menjadi cinta. Celupar dan mulut puaka bukan bererti tidak mengambil berat. Kalau sudah ditetapkan oleh-NYA, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga.

ZAHIN - "Bahan dah cukup? Editing dah siap? Awak pun tahu kita semua sedang mengejar deadline. Tak boleh sambil lewa. Tak boleh main-main. Tak boleh mengelamun teringatkan pakwe!

Sumayyah membenci Zahin sepenuh hati. Lelaki itu suka benar mencari salahnya. Dia ingat, dia seorang saja yang stres mengejar deadline? Semua editor dan pereka grafik pun tertekan jugak!

Dalam diam, hati Zahin sebenarnya menyimpan rasa. Gelodak cinta yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mampukah Sumayyah membalas perasaan itu sedangkan dia begitu benci dengan Zahin yang sentiasa serius setiap jam, minit, saat dan hidup matinya hanya memikirkan kerja? Memang dasar DIKTATOR! Hanya deadline, deadline, deadline!



Eh, buku lama pun ada. Yuk dapatkan di toko buku berhampiran atau beli terus dengan Muthiah. 

Terima kasih daun keladi...

Buat pak cik teksi...

Novel | Air Mata Siti Hajar (m/s 207)




Mata lelaki itu membulat. Dia menggeleng perlahan kemudian menekan minyak keretanya meninggalkan tempat itu. Dia merancang hendak menipu tetapi dia pula yang ditipu. Biasalah, lumrah kehidupan. Yang baik, dibalas baik. Yang jahat, dibalas jahat. Bukankah ALLAH itu Maha Teliti penghitungan-NYA? Nasib badan...

Hendak kahwin, mestilah grand...



Ibrahim tersenyum. Dia faham apa yang dimaksudkan emaknya. Maklumlah, mereka yang hadir dalam majlis perkahwinannya nanti bukan setakat ingin meraikan kedua-dua mempelai tetapi hendak melihat kemeriahan majlis tersebut. Yang dimaksudkan dengan meriah pun banyak. Sama ada, majlis tersebut meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak pernah putus atau… meriah dengan majlis yang gilang-gemilang. Dengan kata lain, buat besar-besaran. Sekembalinya dari majlis, diadakan pula mesyuarat tingkap. Macam Re dalam filem Do Re Mi… Menambah dosa yang sedia bertambun.

m/s : 198-199

Air mata Siti Khadijah...


“Ayah…” panggilnya perlahan, seolah-olah, lelaki itu sedang berdiri dekat dengannya. Memandang dia dengan penuh kesayuan. Air mata Khadijah tidak semena-mena mengalir semakin deras. Hatinya cukup sebak. Sudahlah dia telah kehilangan ayahnya sedari kecil dan kini seolah-olah peristiwa itu akan berulang lagi. Sejarah mungkin berulang dan kini, dia mungkin akan kehilangan abangnya pula. Kehilangan? Entahlah. Sungguh bijak syaitan laknatullah mencucuk-cucuk hati hamba TUHAN yang lemah ini. Dibiarkan diri sang manusia hidup dalam penuh persangkaan yang negatif.

m/s : 187

Khadijah... dan lagi... dan lagi. Khadijah tidak mahu!


Entahlah… Susah bagi Khadijah untuk meluahkan rasa hatinya kepada sesiapa. Sukar… payah... sulit. Orang tidak akan dapat memahami. Menyelami lagi-lagilah. Mereka mungkin akan menuduhnya mementingkan diri sendiri. Namun hakikatnya, hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dan tersurat.

Apa yang pasti, Khadijah sangat menyanyangi abangnya. Kalau ada sepuluh wanita yang menyayangi Ibrahim, dia pasti yang kedua. Pertama adalah emaknya sendiri. Khadijah tidak dapat melangkauinya meski dia sudah sedaya upaya berusaha memecahkan rekod itu. Mana ada kasih yang lebih tinggi daripada kasihnya seorang emak? Jadi, tidak ada bantahan dan kompromi sama sekali.

m/s : 181 - 182

Khadijah tetap tidak mahu!!!


Bagi Khadijah, hidupnya sudah lengkap apabila berpeluang bersama insan-insan yang disayanginya. Dan insan itu adalah ibu, abang dan dirinya sendiri. Hanya mereka bertiga. Tidak ada empat… lima apatah lagi. Khadijah sudah cukup bahagia kini tetapi kehadiran Hajar seolah-olah telah merenggut kebahagiaan itu. Tahniah buat sang gadis kerana berjaya membuatkan air matanya mengalir.

m/s : 181

Komentar AMSH

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Ehe ^_____^ Senyum penuh makna. Bercuti lama, bermakna ....

1) Lama juga tidak menjengah manuskrip. Bukan apa, sukar dapat fokus apabila banyak orang di sekeliling.

2) Perlu kembalikan mood menulis. Caiyok!

3) Agak-agak, berat badan bertambah tak? Peringatan buat diri... jaga diri hiasi peribadi <- Apa Muthiah merapu ni.

Okey. Hari ini, terasa bagai hendak berkongsi komen pembaca untuk Novel Air Mata Siti Hajar. Alhamdulillah. Apapun jua komentarnya, insya-ALLAH Muthiah akan terus berusaha. Muthiah percaya... berkat usaha, doa, redha suami... kejayaan pasti akan menjadi milik Muthiah. Cepat lambat sahaja. Gambatte!

1- CikPuan Rynie Yahya

Alhamdulillah. Actually, Kak Rynie dah lama habis baca AMSH tetapi belum sempat nak review pada Liza. Compare to Mencari Naurah, AMSH is much better. Suka dengan watak Siti Hajar yang lembut dan tidak sesekali membuka aib suami kepada orang lain. Watak Ibrahim yang tidak tetap pendirian dan terlalu membabi buta pertahankan adiknya membuatkan kita geram dan benci. Overall, a good novel. Bangga tengok AMSH ada di kedai-kedai buku. Keep it up. Good luck untuk novel seterusnya. Semoga Liza terus berjaya.

Muthiah ~ Alhamdulillah. Terima kasih, Kak Rynie. Insya-ALLAH Liza akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi karya yang dihasilkan <3

2- Puan Zaidatun Haneem

Salam. Pst... Thanks, ya. Saya dah baca novel AIR MATA SITI HAJAR. Memang menarik dan saya suka jalan cerita yang indah.

Muthiah ~ Terima kasih, Puan atas komentar positif ini.

3- Puan Rusni Abdullah

Assalamualaikum. Bagus cerita Air Mata Siti Hajar. Dah baca tetapi sedih dengan kualiti buku. Helaian mudah tercabut. Mula-mula, ingatkan anak koyak. Rupanya terlepas dari benang bindingnya tetapi tak apalah. Apapun, semoga banyak keluarkan novel Islamik. Sekarang ni, orang suka genre kahwin paksa rela.

Antara AMSH dengan Mencari Naurah...

Saya suka AMSH. Masing-masing ada kelebihan cuma kadang-kadang, rasa agak kaku sikit. Mungkin formal sikit. Mungkin terikat dengan DBP kot bahasanya. Kalau kaki novel punya gaya bahasa, agak santai kot. Hehehe..

Muthiah ~ Terima kasih, Rusni atas komentarnya. Ya. Muthiah memang menggunakan BMT dalam setiap karya Muthiah. Kalau boleh, Muthiah cuba guna perkataan penuh. Insya-ALLAH, untuk masa akan datang... Muthiah akan jadikan lebih santai tanpa mengenepikan BMT. ^_____^

Okey. Muthiah beransur dahulu. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong Muthiah dalam dunia penulisan ini. Insya-ALLAH. Moga-moga, kita semua terus melangkah ke hadapan (maju/ sukses) dalam apa jua yang kita rencanakan.

Bila luka menyuburi hati...


... Begitu juga dengan Khadijah. Dia segera berlari masuk ke dalam bilik bujangnya. Dia menangis teresak-esak. Dia terasa seolah-olah bakal kehilangan abangnya. Dia tidak bersedia. Dia tidak sanggup. Khadijah tidak bersedia menerima kehadiran orang lain di sisi Ibrahim. Biarlah dia seorang. Biarlah hanya dia yang berada di dalam hati abangnya. Semakin lama, esakan Khadijah semakin kuat kedengaran. Entah bila mahu berhenti, tidak ada siapa yang mengetahuinya.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang ^^
m/s : 180

Khadijah tidak suka...


Hakikatnya, Khadijah tidak mahu berkongsi kasih abangnya dengan orang lain. Dahulu, kini dan selamanya. Dia tidak bersedia dan sama sekali tidak akan mempersiapkan diri untuk menerima kehadiran orang baru. Itu pasti! Ini tekad Khadijah sejak dari dahulu lagi. Tidak!!! Kenapalah abangnya tidak mahu mengerti perasaannya? Khadijah mungkin terlupa. Dia juga sebenarnya perlu menyelami hati abang sulungnya.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran ^^
m/s : 179

Ibrahim mahu bernikah dengan orang jauh??


“Mak tak setuju!” ~ Zaleha.

“Dijah pun tak setuju!" ~ Khadijah.

Kenapa? Kenapa? Nantikan alasannya... minggu hadapan, insya-ALLAH. ~ Nazihatul Hanan ^^

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang ^^
Bab 27 m/s : 176 - 184

Setelah memilih untuk bercinta...


“Betul. Banyakkan berdoa kepada ALLAH. Doa dan terus berdoa selagi nyawa dikandung badan. Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita sebenarnya. Apa yang penting, kebergantungan kita pada yang ESA tidak pernah putus.

Bukan itu sahaja, dik. ALLAH juga yang memegang hati-hati manusia. Pasti! Dia boleh menyuburkan rasa cinta dalam hati mereka yang ikhlas mengharapkan redha-NYA.” ~ Aisyah.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 169

Akhirnya, Ibrahim mampu tersenyum gembira ...


“ALLAH menggerakkan hati untuk menerima, insya-ALLAH. Adik serahkan segalanya pada ALLAH. Adik ingin bercinta sesudah bernikah dan adik tidak mahu melayan perasaan sendiri. Khuatir membinasakan diri tanpa adik sedari. Apapun, biarlah halal dahulu. Kemudian, baru berbicara soal hati dan perasaan. Lagipun, adik kagum melihat Kak Maria. Dia memilih untuk bahagia bersama insan-insan yang disayanginya,” ~ Hajar.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran segera^^

Rukun-rukun persahabatan...


Cop… Bukan buli tetapi berukhwah. Dengan kata lain, Aisyah ingin menjalin hubungan yang akrab dengan Hajar. Iyalah. Bermanja-manjaan dengan rakan sebilik kesayangan. Bukankah dalam rukun persahabatan, dinyatakan beberapa perkara yang boleh dititik-beratkan oleh sang sahabat?

Ayuh, dapatkan Air Mata Siti Hajar segera di pasaran ^^
m/s : 167

Rukun-rukun persahabatan :

Pertama; kenal. Hajar sudah kenal dengan Aisyah. Bukan sahaja kenal nama tetapi turut sama mengenali kelebihan dan kelemahannya. Sebagai contoh, Aisyah bermulut celupar tetapi hatinya baik. Justeru, lihatlah diri sang teman dari sisi positifnya.

Kedua; faham. Hajar sudah sedia maklum tentang sikap dan fiil sahabatnya yang seorang ini. Jadi, banyakkan bersabar dalam menghadapi kerenah sang teman yang entah apa-apa entah. Kadang-kadang, membikin jiwa sakit.

Ketiga; tolong-menolong. Rentetan daripada dua perkara di atas, Hajar mengambil peluang yang ada untuk meringankan beban sahabatnya itu. Dan, inilah yang dikatakan sebagai ukhwah kerana ALLAH. Insya-ALLAH, pasti akan ada ganjaran di sisi-NYA. Bukankah pandangan ILAH itu yang paling utama?

Surat lagi!!!


Assalammualaikum. Saya doakan agar Hajar akan sentiasa berada di bawah lembayung Yang ESA.

Ikhlas 100%,
Ibrahim.

Perempuan… secara fitrah, dia sememangnya lemah. Jasadnya akan bertambah lesu jika dia semakin menjauh daripada TUHAN-nya. Hajar merasakan dia telah dekat, namun mungkin tidak cukup hampir sebenarnya. Dia bermunajat tetapi mungkin belum cukup ikhlas hakikatnya. Moga-moga, kelalaian ini tidak berpanjangan. Hajar mungkin tidak sedar…

Ayuh, dapatkan Air Mata Siti Hajar segera di pasaran ^^
m/s : 160 & 161

Komen - AMSH (1)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Masih lagi berperjalanan. Jadi, tidak banyak masa yang Muthiah ada untuk diluangkan di sini. Itulah... pernah dengar kata-kata???

.....

Ingat waktu sihat sebelum sakit...
Ingat waktu lapang sebelum sibuk...
Ingat waktu hidup sebelum mati...

Memang niat di hati, mahu mencoret dan membebel sentiasa di sini namun kali ini... masa dan keadaan tidak cukup mengizinkan. <- Iyalah. Jika bukan di teratak sendiri kita hendak merapu, di mana lagi? Menulis entah apa-apa di tempat orang? Mungkin tidak..

Baik. Apa kata hari ini Muthiah berkongsi satu komen pembaca tentang Air Mata Siti Hajar???


Asma Ismail :

Salam, Hanan.

Alhamdulillah, sudah selesai baca novel Air Mata Siti Hajar. Cerita yang baik dan banyak pengajaran. Mesti Hanan minat tengok cerita kartun, banyak elemen itu.

Ehehehe. Cuma dalam novel ada digunakan perkara ILAHI, Alhamdulillah... unsur-unsur Islamik tetapi banyak error dalam ILAHI ditulis ILAH.

Good job, Hanan...

Daripada Muthiah :

Terima kasih atas respons, Asma. Tentang ILAH -> Penerangan ^^

^_____^

Terima kasih daun keladi juga buat sahabat-sahabat yang menyokong Muthiah dalam bidang penulisan ini. Sayang kamu, insya-ALLAH <3

Muthiah : Mengantuk...

Warkah buat Hajar...


Assalammualaikum.

Hajar, maaf kerana mengganggu. Maaf juga kerana saya tidak pandai bermadah, menulis kata-kata puitis. Saya tahu, saya bukanlah lelaki yang terbaik untuk Hajar. Saya juga tahu, saya tidak hebat macam orang lain. Tetapi pasti! Saya benar-benar ikhlas mahu memperisterikan Hajar. Insya-ALLAH, saya berjanji yang saya akan membahagiakan Hajar selamanya.

Ikhlas 100%,
Ibrahim.

Dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang ^^
m/s :155

Yang terpendam di hati...


Zulkarnain terdiam. Tidak ada kata yang mampu diluahkan. Namun, jauh di sudut hati, dia turut merasai kesuraman dalam perhubungan itu. Namun, apakan daya. Dia sendiri tidak tahu apa yang boleh dilakukannya lagi. Hatinya berperang seorang diri. Antara persahabatan dan cinta yang terpendam, dia tekad memilih ikatan persahabatan. Hajar??? Bunga bukan sekuntum dan dia yakin… satu ketika, dia akan mampu melupakan gadis itu. Mungkin… satu hari nanti. Pasti! Bukan pada waktu ini.

Dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang ^^
m/s :149

Retak-retak perhubungan...


“Sejak Pak Yim melamar Hajar, dia pun berubah. Malu-malu kucing pula. Sudah tidak bermurah hati hendak belanja aku minum pagi. Makan apatah lagi. Kau pun sama. Tidak kepoh macam dahulu. Tidak ada lagi cerita tentang penyiasatan Sherlock Holmes. Nama Sir Arthur Conan Doyle pun tidak lagi kedengaran. Kadang-kadang, aku berasa sangat merindui saat-saat itu. Saat aku gaduh dengan kau. Ketika kau dan Pak Yim mengusik Hajar sampai merah pipinya. Kau tidak rasa apa-apakah, Zul?” ~ Aisyah.

Ayuh dapatkan Air Mata Siti Hajar di pasaran sekarang ^^
m/s : 147

Munajat sang teruna dara


2.03 PAGI...

“Ampunilah dosaku… ampuni dosa ibu ayahku… ampuni dosa ahli keluargaku… ampuni dosa mereka yang aku kasihi… ampuni dosa mereka yang menyayangi diriku… ampuni dosa pejuang-pejuang agama-MU, ya ALLAH.

Sesungguhnya aku acap kali terlupa dan teralpa daripada peringatan-MU. Sesungguhnya aku acap kali melalaikan perintah-MU. Aku meletakkan ENGKAU bukan pada tempatnya sedang aku tahu, tanpa ENGKAU, ya ALLAH… aku bukanlah siapa-siapa di atas muka bumi ini.

Ya ALLAH, tunjuki aku jalan yang benar. Tunjuki aku lorong yang bisa mendekatkan diriku kepada-MU. Tunjuki aku laluan yang membawa cinta-MU kepadaku. Kepada ENGKAU aku berharap dan kepada ENGKAU aku memohon pertolongan.

Ya ALLAH, andai Ibrahim bin Yusof itu telah engkau tetapkan buatku… andai dia yang kelak dapat membawaku kepada kasih-MU… andai dia yang kau pilih sebagai wasilah-MU untuk melorong jalan kepadaku sampai ke syurga-MU… permudahkanlah urusan aku, ya ALLAH. Bukakanlah pintu hatiku kepada dia kerana sesungguhnya aku tidak tahu apa yang paling baik buat hati dan diriku,” ~ Hajar.

2.33 PAGI...

“Seandainya… Seandainya Siti Hajar binti Sulaiman telah ENGKAU tentukan jodohnya buatku, perdekatkanlah hati-hati kami. Eratkan jiwa-jiwa kami. Izinkan kami untuk menjadi halal di sisi-MU, ya ALLAH.

Hindarikanlah jiwa dan jasad kami daripada kemurkaan dan kemaksiatan yang tidak kami sedari. Jauhkanlah diri kami daripada azab api neraka-MU, ya ALLAH. Kerana sesungguhnya, aku dan dia adalah hamba-MU yang selalu sahaja lalai lagi lupa,” ~ Ibrahim.

Ayuh dapat Air Mata Siti Hajar di pasaran segera ^^
m/s : 136