Jom doa...

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat. Sekarang sedang fokus menulis, insya-ALLAH. Dalam masa yang sama, tengah berusaha membuat jualan buku secara talian. Alhamdulillah. Sambutan awal yang menggalakkan walaupun buku yang dijual masih belum banyak (buat masa ini, Muthiah jual buku karya Muthiah dahulu). Terima kasih kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan. Sungguh. Tidak terungkap dengan kata-kata. Muthiah sangat hargainya.



Dedikasi buat En. Suami, En. Papa, Salmi PMKN, Adik Hajar, Jue Geng SEMESTI (dan isteri), Kak Syida cantik, Kak Nora anggun serta semua teman yang sudi mendapatkan karya Muthiah sejak dari yang pertama sampai yang keenam. Sayang kamu ketat-ketat.

Okey. Terus kepada celoteh Muthiah hari ini.

Apa yang kita faham tentang doa? 

Menurut Kamus Dewan, doa membawa makna 'permintaan atau permohonan kepada Tuhan'.

Persoalan; Bilakah kita melafazkan doa?

  1. Sebaik sahaja bangkit daripada tidur.
  2. Sewaktu dan sesudah ambil wuduk.
  3. Sesudah solat.
  4. Sebelum menaiki kenderaan.
  5. Apabila ada sesuatu hajat di hati.
  6. Sebelum belajar.
  7. Sebelum/ sesudah makan.
  8. Selepas diijab kabul.
  9. ....
  10. ....


Santai hari ini...


Baiklah. Daripada persoalan dan kisah/ pengalaman di atas...
  • Sebagai hamba, sentiasalah berdoa (yang baik-baik) kepada ALLAH. Tidak kira untuk diri kita sendiri atau orang lain. Jangan lupa mendoakan ibu bapa kita :)
  • Carilah ALLAH ketika senang / mendapat nikmat dan susah/ menerima musibah. Khuatir... kita tergolong dalam lingkungan manusia yang hanya ingat ALLAH waktu susah... apabila senang, lupa terus kepada-NYA.
  • Tanpa sedar, doa itu merapatkan/ mengakrabkan hubungan kita dengan ALLAH.
  • Apabila tidak diperkenan doa, usah sekali-kali berputus asa. Bersangka baiklah pada ALLAH. Jika itu yang terbaik buat diri kita, pasti DIA akan bagi. Cuma kita tidak tahu bilakah masanya. Maka, bersabarlah <-Peringatan khusus buat diri sendiri. 
  • Jadikan komunikasi dengan ALLAH sebagai rutin kita. Hendak lakukan sesuatu... tanya pada diri, "ALLAH suka tak?" Jika apa yang hendak kita buat itu kelak mendatangkan murka-NYA, hindarilah. Siapa kita hendak ingkar perintah-NYA?
Yuk... ayuh kita menjadi hamba yang sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan dekat dengan-NYA.
Labels: | edit post
0 Responses