Showing posts with label Halaqah. Show all posts
Showing posts with label Halaqah. Show all posts

Cemburu

Assalammualaikum. Salam Nuzul Al-Quran (Fuh. Muthiah tulis catatan ini pada hari Nuzul Quran namun baru siap dan dikongsi hari ini. Huhu). Moga ALLAH merahmati kita semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Kondisi baik-baik sahaja. Cuma ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di minda. 

Beberapa hari tidak menulis di blog. Ehe. Muthiah balik berbuka puasa di kampung bersama ibu ayah. Alhamdulillah. Suka dan gembira apabila dapat bersama insan-insan yang pasti sayang dan hargai kita. Pasti? Insya-ALLAH. Kalau bukan keluarga dan adik-beradik yang sayang, hargai dan berbaik sangka pada kita, siapa lagi? Moga ALLAH memberi kesihatan yang baik serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat buat mereka serta semua yang Muthiah kasih, juga yang kasihkan Muthiah.

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berbicara tentang...

Cemburu



Pernah berasa cemburu?

  • Pernah.
  • Tidak pernah.
  • Kadang-kadang.
  • Acap kali.
  • Ikut keadaan, masa, tempat blablabla.
Jawapan saya : __________________.

Kenapa berasa cemburu?

  • Melihat orang lain lebih daripada kita (Lebih cantik, lebih pandai, lebih kaya, lebih mendapat perhatian, lebih serba-serbi dll).
  • Bagi yang sudah menikah, cemburu melihat kemesraan pasangan kita dengan orang lain dll. Alah, macam kes isteri/ suami cemburu tengok pasangan yang akrab dengan rakan sekerjalah ni. 
  • Saja-saja.
  • 'Sakit' di hati.
Jawapan saya : __________________.

Dulu murabbiah Muthiah pernah cakap, ada cemburu yang dibenarkan. Contoh. Kita cemburu tengok sahabat kita yang istiqamah membaca al-Quran satu juz sehari. Maka dek kerana rasa tersebut, kita pun berusaha keras untuk sama-sama memperbanyakkan bacaan al-Quran. Namun jangan dilupa. Dalam masa yang sama, perbaharui niat agar apa yang dilakukan itu adalah kerana ALLAH.

Walaupun demikian, ada juga cemburu yang tidak elok. Contohnya, kita mencemburui rakan kita yang disenangi oleh orang di sekelilingnya. Kawan-kawan suka akannya. Kawan-kawan gemar berbual dengannya. Akibat daripada rasa cemburu tersebut, maka kita pun membuat fitnah agar kawan kita dibenci oleh orang lain. Dengan kata lain, dek kerana rasa cemburu, kita cuba melakukan sesuatu yang bisa menjatuhkan seseorang. Hmm... dalam kes sebegini, apa kata kita melihat sisi positif yang menyebabkan kawan kita disenangi? Sikapnya? Cara dia berbicara? Yang baik, kita cuba amalkan. Dalam masa yang sama, niatkan dalam hati kita lakukannya kerana ALLAH. 

Okey. Cukup pasal cemburu yang OK dan tidak OK.

Muthiah dan cemburu.

Ya. Sebagai hamba ALLAH yang lemah, Muthiah pun punya rasa cemburu dalam diri.  Namun dalam banyak-banyak cemburu, ada beberapa hal yang ketara...

  • Cemburu melihat orang lain yang Muthiah akui baik akhlak dan tingkahlakunya. Dia tidak menyakitkan hati. Sudahlah cantik. Ada serba-serbi. Cakapnya elok. Sikapnya menyenangkan. Kita buat macam mana pun, dia tetap mengukir senyum manis. Sungguh. Bagi Muthiah, orang sebegini memang hebat.
  • Cemburu melihat orang kaya (atau biasa-biasa) yang suka menderma dan mengeluarkan segala apa yang dimiliki ke jalan ALLAH. Lagi cemburu kalau dengan kelebihan yang dia ada, dibantu ibu ayahnya tanpa mengungkit satu pun. Fuh. Sudahlah kaya, pemurah pula. Harta yang dimiliki dimanfaatkan ke jalan ALLAH pula. Berbakti pada ibu ayah pula.
  • Cemburu melihat orang yang pada kaca mata Muthiah sangat akrab dengan TUHAN-nya. Mereka tidak menyatakan apa yang mereka buat tetapi kita sendiri dapat melihat apa yang telah dilakukan mereka.
Cemburu yang negatif? Hmm... sesuatu yang perlu kita semua hindari. Khuatir mengundang murka ALLAH. Jom LARIK!!!

Sahabat-sahabat, bagaimana? Apa yang menyebabkan kalian berasa cemburu?

____________________________
____________________________



Hmm...

Cemburu tanpa berbuat apa-apa, tidak ke mana kan? Jadi, macam mana? Ayuh berusaha jadi baik di sisi ALLAH. Insya-ALLAH akan baik juga pada kaca mata manusia. Asal mana kita sudah berusaha, serah segalanya pada penghitungan ALLAH yang Maha Teliti.

Yuk kita...

  • Berusaha mendekatkan diri dengan ALLAH melalui :

  1. Banyakkan berzikir. 
  2. Banyakkan membaca al-Quran.
  3. Banyakkan berdoa.
  4. Pelihara aurat.
  5. Jaga makan/ minum/ pakai. Biarlah yang halal.
  6. Membaca terjemahan al-Quran.

  • Berinfaklah semampu mungkin. 
  • Perbaiki akhlak kita. 

  1. Bercakap yang baik-baik. Kalau tidak mampu, mungkin diam itu lebih baik.
  2. Senyum (Huhu. Suami cakap, kalau Muthiah dalam keadaan biasa, nampak masam cetung (kata orang Ganu). Sudah berlatih senyum namun belum capai target).

  • Setiasa bermuhasabah. 
  • Bersangka baik. 
  • Bersyukur dengan apa yang ada.
Nota : Kalau diperhatikan, nota di atas merupakan sisi positif yang membawa ke arah kebaikan. 

Hehe... Banyak reminder untuk diri ni. Kalau tidak mampu buat semua, jangan ditinggal segalanya. Moga ALLAH pilih kita semua menjadi hamba-NYA yang soleh/ solehah.

Selamat memanfaatkan Ramadan yang berbaki.

Muthiah :Senang diungkap, sukar diaplikasi.

Akan datang ~ #TipBahagia (1) | Dekatkan diri dengan ALLAH.

Labels: 0 comments | | edit post

Berlaku jujurlah...

Assalammualaikum. Lama sungguh tidak menjengah di sini. Afwan. Tidak berkesempatan. Insya-ALLAH akan kembali menghiasi teratak ini dari semasa ke semasa nanti.

Baik. Perkongsian buat hari ini... Jom kita renung-renungkan...


Kesimpulan

  1. Berlaku jujurlah, walau di mana kita berada.
  2. Yakin! ALLAH ada melihat segala perbuatan kita.
  3. Amal dan perbuatan yang baik, insya-ALLAH terdampar ganjaran buat diri kita. Tidak beroleh di dunia, di akhirat menanti jua.
  4. Sesungguhnya, rezeki itu datang daripada ALLAH. Carilah yang halal. Insya-ALLAH hidup di dunia kan beroleh berkat. Kelak kan bahagia di dunia dan akhirat.


Labels: 3 comments | | edit post

Hidayah ALLAH (Muhammad Nur A'dlu)

Labels: 0 comments | | edit post

Sifat mahmudah (Menurut Imam al-Ghazali)


Taubat

"Sesungguhnya,  ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat; dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (al-Baqarah, 2:222) 

Takut kepada ALLAH

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa kepada-NYA..." (ali-Imran, 3:102)

Kasih kepada ALLAH

"...dan orang-orang yang beriman itu sangat mencintai Allah...” (al-Baqarah,2:165)

Zuhud

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi TUHAN-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (al-Kahfi, 18:46)

Sabar

"Hai, orang-orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu), dan bertakwalah kepada ALLAH; supaya kamu beruntung." (ali-Imran, 3:200)

Syukur

"Oleh sebab itu, ingatlah kamu kepada-KU nescaya AKU ingat (pula) kepadamu; dan bersyukurlah kepada-KU; dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-KU." (al-Baqarah, 2:152)

Ikhlas dan benar

"Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan pembaikan; dan berpegang teguh pada (agama) ALLAH; dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana ALLAH..." (an-Nisa', 4:146)

Tawakal

"Dan bertawakallah kepada (ALLAH) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." (as-Syu'ara, 26:217)

Reda dengan qadak ALLAH

"Sekiranya mereka sungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan ALLAH dan Rasul-NYA kepada mereka, lalu berkata, 'Cukuplah ALLAH bagi kami,' ALLAH akan memberikan sebahagian daripada kurnia-NYA dan demikian (pula) Rasul-NYA; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada ALLAH, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (at-Taubah, 9:59)

Ingat mati

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." (ali-Imran, 3:185)


Labels: 0 comments | | edit post

Rukun Usrah


Ukhwah.

"Orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap ALLAH; supaya kamu mendapat rahmat." (al-Hujuraat, 49:10)

Rukun usrah :

#Taaruf - saling kenal kerana ALLAH.
#Tafahhum - saling memahamkan.
#Takaful - saling menanggung beban.
Labels: 0 comments | | edit post

Nabi dan Rasul



Nabi 
  • Seorang lelaki yang merdeka; menerima wahyu daripada ALLAH; tidak ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.
  • Jumlah : 124,000 orang.
Rasul
  • Seorang lelaki yang merdeka; mendapat wahyu daripada ALLAH; ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.
  • Jumlah : 313 orang.
  • Rasul yang wajib diketahui : 25 orang.
  1. Adam A.S.
  2. Idris A.S.
  3. Nuh A.S.
  4. Hud A.S.
  5. Saleh A.S.
  6. Ibrahim A.S
  7. Lut A.S.
  8. Ismail A.S.
  9. Ishak A.S.
  10. Yaakub A.S.
  11. Yusof A.S.
  12. Ayub A.S.
  13. Syuib A.S.
  14. Musa A.S.
  15. Harun A.S.
  16. Zulkifli A.S.
  17. Daud A.S.
  18. Sulaiman A.S.
  19. Ilyas A.S.
  20. Ilyasa' A.S.
  21. Yunus A.S.
  22. Zakaria A.S.
  23. Yahya A.S.
  24. Isa A.S.
  25. Muhammad SAW
  • Ulul 'Azmi : 5 orang (NIMIM)
  1. Nuh A.S.
  2. Ibrahim A.S.
  3. Musa A.S.
  4. Isa A.S.
  5. Muhammad SAW
Labels: 0 comments | | edit post

Malaikat

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Masih 'off' menulis. Insya-ALLAH, jadual kerja bermula pada minggu hadapan. Apa pasal lama sangat bercuti? Oh, bukan saja-saja. Ada urusan lain yang perlu diberesi terlebih dahulu. Doakan Muthiah ya.





Hmm... sambil duduk santai, Muthiah sebut sendirian nama-nama malaikat. Daripada pembacaan Muthiah, malaikat ada banyak tetapi 10 yang wajib kita ketahui. Ingat tak nama-nama malaikat ni? Jom kita semak balik...


  1. Jibril A.S. - menyampaikan wahyu.
  2. Izrail A.S. - mencabut nyawa.
  3. Mikail A.S. - mengagihkan rezeki.
  4. Israfil A.S. - meniup sangkakala.
  5. Munkar A.S. - menyoal di dalam kubur.
  6. Nakir A.S. - menyoal di dalam kubur.
  7. Raqib A.S. - menulis perkara baik.
  8. 'Atid A.S. - menulis perkara jahat.
  9. Malik A.S. - menjaga neraka.
  10. Ridhwan A.S. - menjaga syurga.


Setelah mengetahui adanya malaikat ini, apakah yang perlu kita lakukan?

_______
_______
_______

Renung dan fikir...

Labels: 0 comments | | edit post

Kemanisan iman


Menggamit kenangan...

"Tidak ada yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan tatkala berjaya mencapai kemanisan iman dan mengecap cinta Ilahi," Siti Muthiah.

Daripada Anas R.A., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Terdapat tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, akan merasai manisnya iman: Apabila dia mencintai ALLAH dan Rasul melebihi sesuatu yang lain; dia mencintai seseorang hanya kerana ALLAH; dan dia membenci kekufuran sebagaimana kebenciannya dicampakkan ke dalam api neraka." (H.R. Bukhari)

#Saat Mu'min Merasakan Kelezatan Iman, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Labels: 0 comments | | edit post

Tawakal



... berserah sepenuhnya kepada ALLAH, disertai dengan usaha.

... percaya kepada ALLAH; beriman kepada kemampuan, kekuatan dan ilmu-NYA.

#Taujih Ruhiyah, Abdul Hamid al-Bilali.
#PRPM.
Labels: 0 comments | | edit post

Jalan mencapai takwa ...



Muroqobah ~ merasa keagungan ALLAH pada setiap saat dan ketika, di samping merasa ALLAH sentiasa bersama pada waktu sepi dan ketika orang banyak.

...meyakini bahawa... 

ALLAH sentiasa dekat (bersama) dengannya.
ALLAH melihat dan mendengar setiap apa yang diperbuat dan diperkata.
ALLAH mengetahui sesuatu yang terlihat dan tersembunyi.

Ihsan ~ "Hendaklah kamu beribadah seolah-olah kamu melihat ALLAH; dan sekiranya kamu tidak boleh melihat ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH melihat kamu." (H.R. Muslim)

# Tarbiah Ruhiyah, Dr. Abdullah Nashih Ulwan.
Labels: 0 comments | | edit post

Kebaikan VS Kebatilan


Kebaikan yang berpencar-pencar tidak akan dapat menghalang kebatilan yang tersusun rapi - Kata-kata hikmat.

Renung... 
Fikir...

#Kepentingan Tarbiah kepada akhuwat.
Labels: 0 comments | | edit post

Jom hidupkan sunnah

Assalammualaikum. Mulakan hari kalian dengan...

  • mengingati ALLAH.
  • senyum ikhlas.
  • memaafkan orang yang mengguris (serah segalanya pada penghitungan ALLAH).
  • tanamkan tekad dalam hati, ' Segala apa yang kulakukan adalah kerana ALLAH.'
  • berazam untuk menjadi hamba ALLAH yang terbaik.
  • hindari mengumpat, memfitnah, menyakitkan hati orang lain.
  • berhati-hati dengan sumber rezeki. Pastikan HALAL!

Okey. Lagi empat minit sebelum kembali menulis...

Jom... jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal segalanya..


Sudah menunaikan Solat Dhuha?
Labels: 0 comments | | edit post

Ustaz Azhar Idrus di Sambutang Ambang '13

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Bagaimana dengan kerja harian? Azam baharu... ada? (Padahal sudah dekat dua minggu selepas tahun baharu). Muthiah... tidak ada azam bersempena tahun baharu Masihi. Insya-ALLAH, setiap hari Muthiah menanam tekad dan keazaman dalam diri...

  • Hari ini, aku mesti lebih baik daripada semalam.
  • Hari ini, aku hendak memaafkan semua orang yang berbuat salah.
  • Hari ini, aku mahu melahirkan karya yang paling baik.
Azam dan tekad sahabat sehari-hari? Jom kita senaraikan dan berusaha untuk merealisasikannya. Caiyok!
  • _________________________________
  • _________________________________
  • _________________________________
Apapun, moga segala apa yang kita lakukan diberkati ALLAH, insya-ALLAH. 


Video (youtube) Sambutan Ambang '13, Jom Santai Bersama GeMS anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Dataran Shah Alam.

Okey. Pendek sahaja. Gelombang kedua (selesama dan batuk) datang kembali. Moga menjadi penghapus dosa, insya-ALLAH. 
Labels: 0 comments | | edit post

Semak diri (Debu-debu dosa)

Assalammualaikum. Moga kita semua bersemangat semuanya. Apa khabar? Muthiah... apabila on off  menulis, idea ada tetapi tidak lancar. Agak tersekat-sekat. Namun! Bukan alasan untuk tidak menyiapkan amanah (pada diri sendiri) manuskrip tersebut. Doakan dipermudahkan ALLAH ya.



Hmm...

Dalam doa kita sehari-hari, antara perkara yang sering kita ucap di hadapan ALLAH ialah...

"Hindari aku daripada sifat mazmumah."

Mengikut Kamus Dewan, mazmumah membawa maksud tercela, terkeji dan terhina.

Persoalan; sejauh mana kita mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tercela, dengan kata lain, perkara yang tidak disukai/ dibenci ALLAH, sekaligus mendatangkan dosa.

Jom kita semak diri dan sama-sama berusaha untuk menghindari sesuatu yang tidak elok. 
  1. Hasad dengki (   )
  2. Pendendam (   )
  3. Tidak sabar (   )
  4. Membenci (   )
  5. Memutuskan silaturahmi (   )
  6. Bersangka-sangka/ buruk sangka (   )
  7. Riyak/ takabur/ ujub (   )
  8. Membazir/ boros (   )
  9. Ego (   )
  10. Tamak (   )
  11. Pemarah (   )
  12. Bermulut jahat (   )
  13. Tidak menunaikan suruhan-NYA - solat, puasa, memelihara aurat dll (   )
  14. Tidak amanah/ khianat (   )
  15. Mengumpat/ mengata/ memfitnah (   )
  16. ______________ (banyak lagi)
Tidak ada manusia yang sempurna tetapi jom. Kita sama-sama berusaha untuk melakukan sesuatu yang ALLAH suka, menghindar perkara yang ALLAH dan manusia lainnya benci. 

Susah!

Muthiah pun. Setiap kali selepas solat, akan senaraikan perkara yang dibenci ALLAH... menanam tekad dalam diri agar tidak melakukannya. Namun tup-tup, TERBUAT juga. Jadi,  kita ingatkan sentiasa diri kita yang acap kali lupa dan alpa. Hidup ini tidak lama. Mahukah kita kembali kepada-NYA dengan dosa menggunung?

Ayat Ruqyah

Assalammualaikum. Pejam celik, pejam celik... sudah bulan Oktober. Alhamdulillah. Masih diberi ruang oleh ALLAH untuk menghirup udara segar milik-NYA... masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk berasa bahagia bersama insan-insan yang tersayang... masih dan masih. Moga pengakhiran hidup ini biarlah dengan pengakhiran yang baik, insya-ALLAH. Amin.

Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi ayat-ayat Ruqyah penawar sihir dan gangguan jin. 


Ehe. Tidak sempat mencoret panjang. Ada urusan yang perlu diselesaikan hari ini. Doakan segalanya dipermudahkan ALLAH ya. Bagi sahabat-sahabat yang mengalami gangguan sihir/ santau/ saka serta yang seangkatan dengannya, ingatlah... yakinlah bahawasanya tidak ada apa yang dapat memudaratkan diri kita melainkan dengan izin ALLAH.

Maka...
  • Yuk kita dekatkan diri dengan-NYA.
  • Taat pada segala perintah-NYA.
  • Meninggalkan larangan ALLAH.
  • Perbanyak melakukan kebaikan.
  • Hindari dosa.

Moga ALLAH redha :)
Labels: 0 comments | | edit post

Kesilapan kerap Muslim pada bulan Ramadhan

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... 


Alhamdulillah. Sihat.. Ada sahur pagi tadi? Muthiah... julung kalinya bersahur tanpa nasi. Lain rasanya sebab selera Muthiah adalah pada nasi. Hahaha... Semalam, 'ter' makan pada tengah malam (dalam jam 1.30 pagi). Jadi pagi ini, bersahur dengan minum air suam serta madu. Apapun, Alhamdulillah.


Agak lewat mengemaskini blog. Pagi tadi, Muthiah membereskan urusan pembayaran bil dan beberapa hal lain. Alhamdulillah, setel sebahagian. Sahabat-sahabat, bagaimana? Moga kita semua tidak memandang enteng pada hutang, ya :)


Okey. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi sesuatu yang Muthiah petik dari Facebook. Moga kita semua kan sama-sama mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH. 


Mungkin...

dalam anjuran kebaikan itu,
tidak semua yang dapat kita lakukan.

Namun yuk...

kita tidak meninggalkan semuanya :)


  1. Makan dan minum sewenangnya setelah batal puasa (dengan sengaja).
  2. Bersahur pada tengah malam... bangkitlah pada akhir malam untuk bersahur walau hanya dengan sebiji kurma dan segelas air. Letak siap-siap tepi katil Kunci alarm pada sound yang maksimum. 
  3. Bersahur dengan makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah lain... yuk, bangun awal sedikit untuk kita sama-sama mengerjakan solat sunat tahajud 2 rakaat!
  4. Tidak menunaikan solat... juga suruhan ALLAH yang lain. Tidak menutup aurat, mengumpat contohnya.
  5. Tidak mengutamakan solat Subuh secara berjemaah... kelebihan solat secara berjemaah itu sendiri adalah 27 kali ganda berbanding solat secara bersendirian.
  6. Bertarawih di masjid bukan kerana ALLAH... wahai hati, sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Yosh! Kita sentiasa memperbaharui niat kita ^_^
  7. Bermalasan dalam bekerja... walhal kerja sendiri itu adalah satu amanah buat kita. Amanah pula wajib ditunaikan sebaiknya. Dikhuatiri bisa menjerumus kita dalam lingkungan orang munafik, nauzubillah. Ya, ALLAH. Peliharalah aku, suamiku, sahabat-sahabat yang aku sayang juga yang menyayangiku. 
  8. Memperbanyak tidur sepanjang hari... tidak salah untuk tidur tetapi berpada-padalah. Luangkan masa yang ada untuk bertadarus, berzikir dll. Go, jasad go! Go, jiwa go!
  9. Menganggap imsak sebagai 'lampu merah' untuk bersahur.
  10. Wanita bertarawih di masjid tanpa memelihara aurat... jom check list pakaian yang kita miliki? Ada longgar? Jarang tak? Tudung pula, adakah melepasi paras dada? Para suami, sila tengok pakaian isteri masing-masing. Ayuh saling menyayangi dengan menasihati sesama sendiri :)
  11. Memasuki Ramadhan dengan memiliki harta yang haram... nanti, jadi darah daging, nauzubillah.
  12. Tidak memperbanyakkan berdoa tatkala berpuasa dan berbuka... dan sesungguhnya, doa adalah senjata orang Mukmin.
Baiklah. Cukup setakat ini. Masa untuk Muthiah masuk 'pejabat'. Agak lambat hari ini sebab menyelesaikan beberapa perkara. Jom kita saling mendoakan sesama kita <3
Labels: 0 comments | | edit post

Aku mahu tenang dan bahagia

Assalammualaikum. Ehe. Awal Muthiah mencoret pagi ini. Yeah! Sekejap lagi, Muthiah hendak memulakan kerja mengedit manuskrip. Harapan Muthiah agar semangat yang berkobar-kobar ini akan kekal sampai bila-bila, insya-ALLAH... amin. Sekiranya jatuh pun, moga bisa bangkit kembali. Chaiyok! <- Jom sama-sama bersemangat. 

Ya ALLAH, tunjuki aku jalan yang ENGKAU redhai...

Memetik kata-kata Tuan Dr. Haji Tengku Asmadi T.M. di facebook beliau, ada 5 perkara yang pasti memberi ketenangan jiwa dan kebahagiaan hati.
  1. Bersangka baik pada semua orang.
  2. Mencari hikmah dan kebaikan di sebalik perkara dan peristiwa.
  3. Bersyukur dan tidak membanding dan membeza-bezakan.
  4. Redha atas apa jua yang berlaku.
  5. Penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.
Persoalan;

Bersangka baik... mencari hikmah... bersyukur... redha dan penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.

Sejauh mana kita meletakkan persangkaan baik terhadap orang di sekeliling kita? Susah, bukan? Tidak payah tengok orang lain, pandang sahaja diri sendiri <- Akulah ni. Akulah ni. Akulah ni yang bernama Muthiah. Lebih-lebih lagi apabila iman tengah jatuh, berada nun di bawah sana. Jasad dan jiwa pula jauh daripada TUHAN. Keegoan diri berada di tempat tertinggi. Hanya aura negatif berada di sekeliling kita. Nasihat orang, kita nampak yang buruk sahaja. Bukan setakat itu, kita menyakiti pula mereka yang peka dan prihatin pada diri kita. Blablabla <- membebel. 

Sejauh mana kita mencari hikmah di sebalik peristiwa? Kita hendak A, ALLAH beri B. Kita kecewa. Kita marahkan TUHAN. Kita salahkan orang di sekeliling kita. Paling parah, kita terus berputus asa. Kita takut untuk berhadapan dengan kegagalan yang belum pun terjadi. Ya. Tidak ada siapa yang mahu berhadapan dengan kegagalan. Jadi, bagaimana? BERMUHASABAHLAH...  'Boleh jadi kamu sukakan sesuatu tetapi ia tidak baik bagimu. Boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang ia baik bagimu.' (al-Baqarah, 2:216)

Bersyukurlah... mudah menyatakan tetapi sukar untuk mengaplikasikannya. Kita sering melihat dan memperbesar sesuatu yang tidak kita perolehi. Itu lumrah... berlaku apabila kita terlupa dan alpa. Kita hendak menikah, belum diijab kabul lagi. Kita mahukan cahaya mata, pun ALLAH belum bagi. Kita ingin duit yang banyak... hmm, setakat kais pagi dan makan pagi. Kita dan kita. Ah! Kita sedih dan kecewa. Kita mungkin terlupa... daripada 10 keinginan kita yang tidak tercapai, ada 1001 nikmat yang telah ALLAH kurniakan buat diri kita. Tepuk dada, tanya iman. Berapa banyak kurniaan ALLAH yang telah kita perolehi? 'Jika kamu bersyukur, ALLAH akan menambah nikmat kepada-MU...' (Ibrahim, 14:7)

Redha... Bak kata Mila dalam Ombak Rindu, "Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah!" Hmm... sebenarnya secara peribadi, kadang-kadang bahkan acap kali diri ini terasa sukar untuk redha. Bibir mengatakan 'aku redha' tetapi tindakan pula adalah sebaliknya. Maka, bagaimana? Mohonlah kekuatan daripada ALLAH agar kita menjadi hamba-NYA yang sentiasa redha dan terus sabar dengan ujian-NYA. Alhamdulillah dari sisi Muthiah... suami sentiasa mengingatkan perkara ini kerana sungguh! Sering Muthiah 'terlupa' tentangnya.

Penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH. Benar! Segala-galanya adalah kepada ALLAH. Selaku manusia, kita hanya mampu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Seterusnya berdoa kepada Yang Maha Kuasa. Hasilnya... ketetapan itu adalah daripada DIA yang lebih tahu. Sungguh... Muthiah sendiri selalu alpa terhadap apa yang dikatakan penyerahan ini. Muthiah bersungguh-sungguh... kemudian, Muthiah kira sudah berdoa dengan sepenuh hati namun tatkala tidak mencapai apa yang diingini, Muthiah kecewa. Alhamdulillah... setakat ini Muthiah cepat bangkit dan sedar kembali. Syukur... ALLAH hadirkan mereka yang sentiasa mengingatkan tatkala Muthiah terlupa.

Wah! Panjang banget! Moga yang baik, dapatlah dijadikan panduan. Yang merapu itu, maaf ya. Bak ungkapan Muthiah sebelum ini, 'Carilah yang positif...' negatif yang ditemui itu adalah kelemahan Muthiah selaku insan biasa tetapi masih mahu berkongsi cerita.

Okey. Selamat bekerja. Yuk....
Labels: 0 comments | | edit post

Golongan yang mendapat naungan ALLAH

Assalammualaikum. Apa khabar? Bangun solat malam pagi tadi? Moga-moga diri kita sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan pengawasan ALLAH, insya-ALLAH.


Gambar diambil dari Facebook.

Muthiah suka baca dan tengok gambar ini. Jom... 


Kita sama-sama baca...
Kita sama-sama renung...
Kita sama-sama bermuhasabah...
Kita sama-sama amalkan...


7 golongan yang mendapat naungan ALLAH.


1. Pemimpin yang adil.


2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH.


3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.


4. Dua orang yang cinta mencintai kerana ALLAH


5. Lelaki yang diajak wanita rupawan untuk berzina tetapi dia lebih takutkan ALLAH.


6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi


7. Orang yang mengingati ALLAH pada saat sunyi


Sumber asal, Muthiah tidak tahu tetapi sedikit sebanyak sekiranya diambil secara positif, dapat memotivasi diri untuk mendekatkan diri kepada-NYA.


Jom jadi lebih baik! 
Labels: 0 comments | | edit post

Puasa sunat

Assalammualaikum :) 


Pejam celik, pejam celik... kita sudah menghampiri bulan Ramadhan.






Bersediakah kita untuk mendepaninya?

Atau!

Kita sudah bersedia sakan dengan persiapan hari raya?

Moga-moga, kita terpilih untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa memanfaat peluang dan ruang yang diberikan-NYA. Mana tahu... puasa kali ini merupakan puasa Ramadhan terakhir kita?


Hari ini, Muthiah bukanlah hendak berbicara pasal puasa pada bulan Ramadhan. Jom kita baca tentang puasa-puasa sunat. Jika ada tambahan, yuk sama-sama :)


1. Puasa Nabi Daud (Puasa sehari, berbuka sehari)


Daripada Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya, puasa yang paling disukai ALLAH ialah puasa Nabi Daud A.S.; dan solat yang lebih dikasihi ALLAH ialah solat Nabi Daud A.S.. Dia tidur setengah malam, solat sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Dia berpuasa sehari dan berbuka sehari." (H.R. Muslim)


2. Puasa Isnin Khamis


Daripada  Abu Hurairah R.A., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Diangkat amalan seseorang pada hari  Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.”  (H.R. Tirmidzi)


3. Puasa 6 hari pada bulan Syawal (Dikenal juga sebagai Puasa Enam)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (H.R. Muslim)

4. Puasa Muharam (Pada hari 'Asyura yakni 10 Muharam)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan ALLAH yang diharamkan (Muharam), dan solat yang paling utama sesudah solat fardu ialah solat malam."(H.R. Muslim)

5. Puasa hari-hari putih (13, 14, 15 pada bulan-bulan Islam)

Qatadah bin Mihan R.A. menceritakan, "Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 di mana Nabi SAW bersabda,'Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa,'." (H.R. Abu Daud)

6. Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Puasa Hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan ALLAH menghapuskan dosa setahun selepasnya dan tahun yang sebelumnya." (H.R. Tirmidzi)

7. Puasa awal Zulhijjah (Dari hari pertama sampai hari ke sembilan)

Hafsah R.A. menceritakan, “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah SAW yakni; puasa 'Asyura, puasa al-‘Asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh.” (H.R. Abu Daud dan an-Nasai)

Okey. Sedikit perkongsian daripada Muthiah. Untuk hadis, mohon rujuk kepada yang lebih pakar. Apa yang penting... lakukanlah kerana ALLAH SWT.

Jom kita perbaik diri dengan perelok amalan! Yeah :)
Labels: 0 comments | | edit post

Waktu mustajab doa

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan mengingati ALLAH... berzikir... beristighfar. Moga ALLAH merahmati. 


Siapa kita tanpa DIA?
Jadi, hendak tidak hendak kita perlu pergi kepada-NYA.
Kepada ALLAH kita mengabdikan diri, dan kepada DIA jua kita membutuh pertolongan.
Moga kita menjadi hamba yang tidak berputus asa dalam mengharapkan-NYA.
ALLAH dekat... lebih hampir dari urat merih kita sendiri.
Yuk, hati yang selalu berputus asa.
Usahlah dikau ragu-ragu kepada-NYA.




1. Waktu sepertiga malam
'ALLAH akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman, “Sesiapa yang berdoa kepada-KU, maka AKU akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-KU, maka AKU akan mengampuninya,”.'


2. Waktu hujan turun
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.' (H.R. Abu Daud)


3. Sewaktu berbuka puasa
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Tiga bentuk doa yang dimakbulkan ALLAH; doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.' (H.R. Baihaqi)


4. Pada malam lailatulqadar
Bertanya Aisyah R.A. kepada Nabi SAW, 'Sekiranya saya bertemu dengan lailatulqadar, apakah yang perlu saya baca?' Rasulullah SAW menjawab, 'Sebutlah olehmu "Ya ALLAH", sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Mulia. ENGKAU sukakan kemaafan, justeru maafkan aku.' (H.R. at-Tirmidzi, Ibn Majah & an-Nasaie)


5. Waktu antara azan dan iqamat
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, 'Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamat.' (H.R. at-Tirmidzi)

6. Selepas solat fardhu
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.' (H.R. at-Tirmidzi)


7. Waktu-waktu terakhir hari Jumaat
Mafhum hadis Nabi SAW yang bermaksud, 'Pada hari Jumaat, ada padanya satu masa yang tiada bersamaannya seseorang hamba, dia sedang solat kemudian dia memohon sesuatu kepada ALLAH melainkan diberi kepadanya sambil mengisyarat dengan tangan baginda.' (Muttafaqun Ilaih)


Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Carilah ia pada masa terakhir selepas Asar.' (H.R. Abu Daud)


8. Dalam sujud
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dimakbulkan.' (H.R. Muslim)


9. Pada hari Arafah
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.' (H.R. at-Tirmidzi)


10. Waktu antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Nabi SAWbersabda yang bermaksud, 'Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah sehingga selesai solat Jumaat.' (H.R.Muslim & Abu Daud)


11. Selepas mengucapkan 'Amin', setelah membaca al-Fatihah
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Apabila imam mengatakan "Amin", maka ucapkanlah "Amin'. Sesiapa yang mengucapkan "Amin" bersama dengan para malaikat, diampunkan dosanya yang telah lalu.' (H.R. Bukhari & Muslim)

12. Ketika ayam berkokok
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-NYA, kerana ayam itu melihat malaikat.' (H.R. Bukhari)  

13. Sewaktu menerima ujian
'Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-NYA, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu), mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang TUHAN yang lain bersama-sama ALLAH? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat ALLAH itu).(an-Naml, 27:62)

14. Ketika khatam 30 juzuk al-Quran
'Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab ALLAH dan tetap mendirikan solat serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya ALLAH menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-NYA. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-NYA).' (al-Fatir, 35:29-30)

15. Sewaktu menunaikan haji dan umrah
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Orang yang berjihad pada jalan ALLAH dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu ALLAH; DIA menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya), mereka berdoa kepada ALLAH lalu ALLAH terimanya.' (H.R. Ibn Majah)

16. Ketika menziarahi jenazah
Berkata Ummu Salamah R.A. bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, 'Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.' (H.R. Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)

Hmm.. Muthiah kira, ada banyak lagi perkongsian tetapi masa agak mencemburui <- Macam sewaktu masuk syarahan masa sekolah rendah pula ayat ni. Apapun, moga kita sentiasa berusaha untuk mendekat pada-NYA.

Nota : Muthiah tidaklah arif tentang hal ini. Jika ada pertanyaan lanjut (tentang hadis contohnya), bolehlah bertanya kepada yang lebih pakar. Sekiranya terdapat kesalahan, mohon tegur dengan hikmah. 
Labels: 0 comments | | edit post