Solat sunat Dhuha

Assalammualaikum. Apa khabar? Mulakan harimu dengan senyuman. Bagi adik-adik dan para guru yang sudah habis cuti, 'Selamat kembali ke sekolah'. Ceriakan diri dan hari anda ya.


Yuk, jom jawab soalan mudah:) 




Siapa sudah menunaikan solat sunat Dhuha hari ini? _______________ 
Tahniah, bagus, Alhamdulillah :)


Tahukah kita apa itu solat sunat Dhuha? ______________ 
Solat sunat Dhuha ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu dhuha iaitu waktu di antara ketika matahari naik sehingga ketika matahari mulai condong/ tergelincir.


Berapakah bilangan rakaat solat sunat Dhuha? ___________
2 sehingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam). Muthiah ada terbaca di blog, jumlah rakaat solat sunat Dhuha adalah tidak terbatas. Mohon bertanya kepada yang lebih arif.


Nota : Apa yang Muthiah tulis adalah asas sahaja. Untuk informasi lanjut, boleh tanya Pak Cik Google, ya. 


'Saya mahu menunaikan solat sunat Dhuha tetapi....'


Ayuh <- Ini merupakan pelawaan, bukan paksaan ^_^


Lakukanlah setiap hari...
Tidak sempat! Kerja saya banyak. Bos saya sangat cerewet. Pelanggan pun 2x5.
Jika begitu, lakukanlah selang sehari...
Pun tidak sempat! Hanya saya yang kenal bos saya. Nak bernafas pun payah.
Jika begitu, lakukan pada hujung minggu/ hari cuti...
Okey, pada waktu hujung minggu saya punya kelapangan masa. Saya akan buat! :)






Moga ALLAH merahmati segala usaha kita itu. Jika tidak mampu buat semua, lakukanlah sedayanya. Apa yang penting, kita sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik... kita mahu mengakrab hubungan dengan ALLAH... kita mahu semat dalam jiwa, hidup dan mati ini hanya pada DIA, bukan setakat pada kata-kata.  


Perlu diingat juga... 


Dalam pada kita bersungguh-sungguh melakukan amalan sunat, kita juga perlu berusaha keras untuk memelihara dan memperelok ibadah wajib. Bukan itu sahaja bahkan, kita sentiasa menjaga baik hubungan dengan ALLAH, sesama manusia dan alam juga. 




Paling tidak, kita mahu :) Moga ALLAH mempermudah urusan. Amin...


'Saya memang sibuk tetapi saya TETAP mahu menunaikan solat sunat Dhuha.'


Tahniah...
Maka, tekad! Jom, kita sentiasa semat dalam hati ~ Aku mahu! Dalam masa yang sama, berdoalah agar ALLAH melorong jalan.


Masa???


Persoalannya, MAHU! Maka, carilah masa...


Masuk kerja pukul 8.30 pagi... curi masa solat sunat Dhuha jam 8.00 pagi atau sebaik sahaja masuk waktu Dhuha. Dengan lain perkataan, kita tunaikan solat sunat Dhuha sebelum melakukan apa-apa kerja/ tugasan.  TETAPI, saya sampai ke pejabat pun pukul 8.25 pagi. Jika begitu, solat Dhuha sebelum ke tempat kerja. TETAPI, saya turun awal untuk kerja pengangkutan awam. 


Sesungguhnya, ALLAH sedia maklum segala sesuatu yang berada di dalam hati kita. Kita mahu tetapi kita tidak mampu. Maka, kita lakukanlah yang terbaik. Usah berputus asa dan kecewa. Yuk! Melaksana amanah kerja yang wajib itu satu ibadah. Justeru, usah bersedih hati ya.


Okey. Cukup sampai sini. Sekadar motivasi buat diri yang mahu tetapi tidak tahu.... mahu tetapi tidak mampu... mahu tetapi dan tetapi.


Moga ALLAH merahmati :)
Labels: | edit post
0 Responses