Senyum


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... masih lagi berada dalam mode : Karnival Karangkraf tetapi hari ini... tidak bercadang pula untuk berbicara tentangnya. Hmmm... hendak tulis perihal apa, ya?

SENYUM...

  • Jom senyum...
  • Senyum itu sedekah....
  • Senyum bisa menceriakan hati mereka yang tersenyum...
  • Orang tengok pun senang hati tetapi AWAS!!! Usah tersalah senyum (pada yang tidak sepatutnya).
  • Senyum merupakan satu senaman mudah. Betul?
  • Senyum menjadikan wajah seseorang berseri-seri. Tidak percaya? Tengoklah raja sehari.
  • Dengan senyuman dapat merapatkan ukhwah.
  • Senyum ikhlas dapat menyembunyikan keresahan/ masalah dalam diri. Hmmmm....
Okey. Jadi... jom senyum ;)

Muthiah : Senyum dan senyum...

Labels: 0 comments | | edit post

KARNIVAL KARANGKRAF

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Selamat berhujung minggu. Hmmm... tidak sempat menulis. Muthiah sebenarnya baru kembali dari Karnival Karangkraf di Shah Alam. Hari ini... keletihan sih. Jom.... kongsi pengalaman di sana ;)


Dengan Dr. HM Tuah...
Dengan Ketua Editor Buku Prima, En. Mohd Ali...

Aisyah, rakan penulis dari Melaka ;)

Ehe... Abang RAM dengan peminatnya...

Alhamdulillah. Terima kasih, semua ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 2 - samb.)

~sambungan Bab 2~

Aku lihat Kak Rose begitu asyik melayan karenah adik-adik junior yang mengerumuninya. Aku pasti, mereka juga terkesan dengan kelembutan dan kecantikan milik Kak Rose. Sejuk mata yang memandang. Aku ingin mengaji sementara masuknya waktu isyak, namun kata-kata Kak Rose sebentar tadi menggamit perasaanku. Membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. Memang ada betulnya...

Benar! Mata-mata yang melihat pasti menyalahkanku kerana bercakap-cakap dengan Anuar tetapi mereka tidak pernah mahu ambil tahu. Apakah yang dibualkan? Siapakah yang memulakan? Sejauh mana aku berusaha untuk menghindari situasi petang tadi???

Argh... aku hanya pandai memberi alasan untuk melepaskan diri. Kalau bukan aku yang mendatangkan fitnah, sudah pasti tidak ada yang akan berbicara.

Allahu Akbar Allahu Akbar...

Kedengaran suara Asyraf melaungkan azan. Entah kenapa jantungku bergelora kencang tatkala mendengar suara itu. Setiap kali aku melihatnya, membuatkan mindaku tidak keruan. Pengarah program Minggu Tautan Kasih ini acap kali menjadikan tidurku tak lena dek memikirkannya sehingga terbawa-terbawa ke alam mimpi.

Allahu Akbar...

Astaghfirullah, jauhnya aku mengelamun. Sudah mula solat rupanya. Tidak sempat untuk menunaikan solat sunat rawatib. Argh!! Jiwa yang berkarat ini acap kali berasa sepi. Mengapa? Kerana hati di dalamnya punya ruang yang masih kosong dan perlu diisi. Dengan apa??? Alahai... masih sempat aku berfalsafah di dalam rumah ALLAH ini...

“Nanti kita jumpa di dewan makan. Akak nak balik bilik sekejap,” kata Kak Rose lalu berlari anak menuju ke biliknya.

Tidak sempat aku bertanya lanjut. ‘Baik,’ aku menjawab sendiri.

~bersambung~

Cemburu


Assalammualaikum. Apa khabar?

Hmmm... isu apa yang boleh Muthiah kongsikan...

CEMBURU

Menurut kamus Dewan, cemburu membawa maksud :

  • Iri hati.
  • Tidak senang melihat kelebihan orang lain.
  • Dengki.
Persoalan yang mungkin boleh dirungkai sendiri/ bersama :

  1. Kenapa kita berasa cemburu?
  2. Apakah faedah yang kita perolehi daripada perasaan cemburu itu?
  3. Bagaimana perasaan dan hati kita apabila berada dalam kondisi sedang cemburu?
  4. Agaknya... apakah impak rasa cemburu kita pada insan yang dicemburui?

Kesan perasaan cemburu tersebut?

  • Hati sakit.
  • Tidak tenang dan tenteram.
  • Hubungan menjadi renggang.
  • Bisa bertindak di luar kawalan.
  • Boleh jadi gila???

Jadi... hendak buat macam mana?

  1. Banyakkan beristighfar kepada ALLAH.
  2. Banyakkan berzikir, solat sunat... (bagi menyucikan hati-hati kita).
  3. Berlapang dada.
  4. Hmmm... percayalah. Setiap manusia ada sisi kelebihan dan kelemahan masing-masing.
  5. Fikirkan... kita tidak untung apa-apa jika mencemburui (yang memudaratkan) orang lain.
  6. Bersyukurlah dengan apa-apa yang dimiliki ;)

Panjang pula tetapi rasanya seperti banyak isi lagi. Tunggu (tetapi bila?)....

Ehe... tepuk dada, tanya iman.

Muthiah : Cemburu pada....

Jabat tangan dengan ajnabi!!!???? (ii)


-sambungan semalam-


DALAM KERJAYA

Seperti disebut ringkas di atas, jika berjabat tangan ini berlaku dalam kehidupan kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang itu tidaklah tertakluk kepada hal tersebut secara asasnya tetapi gaji seorang pekerja tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kerjayanya dan cara pelaksanaan tugasan itu, iaitu sama ada terdapat unsur haram seperti:-

  • Menjual barangan haram sama ada kerana barangan curia tau jenis yang diharamkan zatnya seperti arak, dadah dan sebagainya.
  • Menjual dan menyediakan servis atau perkhidmatan haram atau membantu perara yang haram
  • Semasa menjalankan tugas, terdapat unsur rasuah, penipuan dari pelbagai aspek, ‘curi tulang'

Manakala unsur-unsur dosa tetapi tidak berkait secara langsung dengan kerjaya seperti :-

  • Membuka aurat
  • Tidak solat atau tidak puasa pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran.
  • Berjabat tangan lelaki wanita secara kerap dan syahwat

Semua dosa-dosa ini tidak menjadikan gaji tersebut haram, tetapi ia menjadikan pendapatan individu pekerja mulai hilang keberkatan. Menjauhkan individu terbabit dari Allah ta'ala dan seterusnya menjadi semakin lalai dan culas dalam kewajiban agamanya sehingga akhirnya boleh menjatuhnay ia dalam melakukan unsur haram jensi pertama di atas, tatakala itu kehalalan gajinya akan tergugat sedikit demi sedikit.

Berbalik kepada soalan, iaitu sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu, apa yang diperlukan adalah cuba mengawal kekerapan berjabat itu dari berlaku, cuba mengelakkannya dengan apa jua usaha. Perbanyakkan istighfar, amalan dan taubat secara berterusan. Namun jika, ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya yang lebih minima terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik untuk berhijrah.


Moga sahabat-sahabat kan mendapat manfaat daripadanya ;)


Muthiah : Berjabat tangan dengan...

Labels: 2 comments | | edit post

Jabat tangan dengan ajnabi!!!???? (i)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah namun... terasa diri banyak buat salah sejak akhir-akhir ini. Ada rasa cemburu... sakit hati... penting diri... Pada siapa? Astaghfirullah. Walaupun, rasa ini punya alasan yang tersendiri, alangkah baik jika hati kita bersih daripada sifat-sifat mazmumah ini. Doakan Muthiah ya...


Baiklah. Isu berjabat tangan yang begitu hangat diperkatakan. Hmmm... Muthiah bukanlah insan yang searifkan untuk mengupas isu ini. Namun, insya-ALLAH... Muthiah tetap mahu berkongsi ilmu yang Muthiah baca daripada blog Ustaz Zaharuddin.net.


SOALAN


Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.

Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah?

Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.

JAWAPAN


Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori ‘umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedah aurat, pandangan nafsu, sentuhan adalah antara faktor dosa berlaku di tempat kerja.


Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan ‘mencuri tulang' semasa melaksanakan tugasan utamanya.


Sebagai contoh, seorang yang bertuags selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentunya gajinya halal, malah jika sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul dengan syahwat dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal kerana maksiat itu bukanlah BIDANG TUGASNYA, cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namun jika, pensyarah ini ponteng dari tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.


Isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita telah lama diperdebatkan di kalangan ulama, keempat-empat mazhab, majority ulama silam dan kontemporari berpandangan ia aadalah haram kerana ia tergolong di dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. Allah telah secara jelas melarang kita jauh dari mendekati zina.


Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta di ketika berbai'ah, hadis yang menyatakan besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan sebegitu dan lain-lain. Walaupun kesahihan hadis-hadis yang dipegang masih diperdebat dan dibincang di kalangan ulama, saya tidak berhasrat memanjangkannya di sini.


Sebahagian kecil ulama pula, khususnya ulama kontemporari berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita boleh dibenarkan jika :-


  • dilakukan tanpa syahwat,
  • tidak mendatangkan fitnah kepada dirinya dan orang yang berjabat tangan dengannya,
  • tidak membawa mudarat kepada reputasi agama yang dipegangnya di mata khalayak khususnya pengikut dan muridnya,
  • dimulakan oleh orang lain (contohnya wanita bukan Islam menghulurkan tangan di tempat awam yang jika tidak disambut boleh mengaibkannya)
  • dilakukan oleh individu berumur dan tidak mudah menaikan syahwat, secara normalnya seperti inidividu berusia 70 tahun ke atas dan beberapa syarat lagi.
  • Tangan dihulur oleh kaum kerabat atau keluarga yang belum cukup faham berkenaan hukum.

Kesimpulannya, mereka yang membolehkan TELAH MELETAKKAN SYARAT-SYARAT dan bukannya diharuskan secara umum.


Apapun hujjah kedua-dua pihak (saya tidak menyertakan hujah dan perbincangan kedua-duanya bagi mengelakan ulasan terlalu panjang dan tersasar dari menjawab soalan), berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah dan para sahabat serta para solihin di kalangan tabi'en. Isteri nabi Aisyah berkata:-

ما مست يد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يد امرأة قط

Ertinya : Tiadalah tangan Rasulullah menyentuh tangan mana-mana wanita dan baginda bersabda : " Aku tidak berjabat tangan dengan wanita" ( Riwayat Muslim)


Rasulullah juga bersabda :

إني لا أصافح النساء

Ertinya : Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita ( Riwayat An-Nasaie ; Albani : Sohih)


-bersambung-


Muthiah : Riakkah aku kerana menulis blog???? Hmmm...

Labels: 4 comments | | edit post