Nama glamor?

Assalammualaikum. Apa khabar hari ini? Muthiah... not feeling good. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran. Akibatnya, menjerit dalam hati. Kuang kuang kuang <- Oh, ini hanya untuk cover line. 


Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati akan tenteram. Jiwa yang tidak tenang itu boleh jadi disebabkan oleh karat di dalam diri. Bintik-bintik hitam yang semakin melingkari, mungkin. Mohon dijauhi... hati yang 'sakit' tidak akan aman, beb!


Justeru, bermuhasabahlah. Banyak beristighfar kepada ALLAH. Syukur kerana ALLAH menjentik hati, kita pula mahu berfikir tentangnya. Kemudian, kita mengambil langkah bijak kembali mengharapkan keampunan yang ESA :)


Okay. Hari ini, hendak mencoret tentang apa ya?






Teringat satu luahan seorang teman akrab waktu budak-budak...


"Za, mung kaborlah ke set-set ni, jangan panggil nama aku dengan panggilan tu. Aku tak boh ingat dah pasal cerita dulu-dulu."  


Dengan izin...


Teman Muthiah ini bernama Hayati. Sewaktu zaman persekolahan, kami memanggilnya dengan nama Mek Joh. Ada juga yang menggelarnya Mek Joh Pendek (padahal comel). Ketika itu, teman Muthiah tidaklah ambil peduli dengan panggilan dan gelaran yang diberikan kepadanya. Namun setelah dewasa... sudah bekerja dan berumah tangga, beliau tidak selesa dengan panggilan sebegitu. Oleh sebab kawan-kawan kami masih memanggilnya dengan nama Mek Joh (di Facebook khususnya), teman Muthiah pula tidak tahu hendak menegur macam mana... maka diluahkan kepada Muthiah untuk disampaikan kepada teman-teman yang lain.


Dari sisi kita...


Hormatilah apa yang diinginkan oleh Tuan Punya badan itu. Tidak salah sebenarnya melakukan sesuatu yang bisa menyenangkan hati orang lain. Kita juga tidak tahu apa yang tersirat di dalam sanubarinya. Elakkan persangkaan buruk tentang seseorang. Paling utama, hindari umpat mengumpat, kata mengata, sindir menyindir dengan permintaan individu yang sebegitu. Agak-agaklah... apabila kita membuat perkara di atas (sangka buruk, umpat mengumpat dll), apa yang kita dapat? Dosa @ pahala? @ duduk tengah-tengah, tidak dapat apa-apa?


Sekiranya ... kita merasakan ada unsur ingin menunjuk/ riak dll pada teman kita itu.... hmm... siapa kita hendak menilai dan menghukum? ALLAH Melihat, Mendengar dan Meneliti. Serah sahaja pada DIA. 


Sekiranya ... benar sangkaan kita itu, biar sahaja ALLAH menghitungnya. 


Jika dan jika... sekiranya itu sendiri sebenarnya adalah satu anggapan. 


Okey. Yang baik, jadikan pedoman. Yang tidak menepati kehendak dan citarasa diri, Muthiah sekadar mahu menyampaikan. Moga ALLAH merahmati kita semua. Moga kita tergolong dalam lingkungan manusia yang...


jika tidak mampu menggembirakan orang lain... jadilah insan yang tidak menyakiti dengan tutur kata kita... bicara pena kita... renungan mata kita... 


:)
Labels: | edit post
0 Responses