Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Aku dan hati

Assalammualaikum. Apa khabar? Dua hari ini, Muthiah tidak masuk 'pejabat'. Ambil part time jadi runner. Petang nanti, hendak ke Melaka. Moga ALLAH permudah segala urusan, insya-ALLAH. Amiin...

Aku dan hati

Hati : Sedihnya.
Aku : Kenapa?
Hati : Berjauhan dengan dia.

Aku keliru. Persoalannya, kenapa?

Hati : Tidak sanggup berjauhan.

Aku sudah mengerti sebabnya.

Aku : Jadi, bagaimana?
Hati : Terpaksa.
Aku : Terpaksa? Bukankah demi mengejar impian dan cita-cita?

Hati hanya membisu.

Hmm...

Kitalah yang membuat pilihan. Setelah itu, harungi jalan yang dipilih dengan cekal hati dan tabah. Meluah rasa tidak salah namun biarlah berpada-pada (Adoi! Terkena batang hidung sendiri). Menangis tidak apa tetapi jangan sampai memakan diri sendiri.

Macam hati... ia memilih untuk mengejar cita-cita. Maka, ia perlu kental. Tidak boleh terlalu melayan perasaan. Nanti jasad sendiri yang merana. 

Sahabat-sahabat ada melaluinya?

Daripada wanita berkerjaya, mengambil keputusan berhenti kerja untuk duduk dekat dengan suami. Memilih untuk dekat... maka, bersedia!

Suami isteri sama-sama bekerja. Atau ada yang memilih untuk sambung belajar. Dek kerana amanah tugas, masing-masing terpaksa berjauhan. Memilih untuk jauh... maka, bersedia!

Banyak lagi contoh sebenarnya. Apapun, pilihan adalah di tangan kita. 

Kita memilih untuk gembira dengan keputusan yang dibuat atau...
kita memilih untuk bersedih hati dek kekurangan yang ada.

Percayalah. Kita tidak sendiri. Kita punya ALLAH yang Maha Kuasa... yang Maha Teliti Penghitungan-NYA.

Muthiah : Entri untuk diri sendiri KHUSUSNYA.
Labels: 0 comments | | edit post

Dia mungkin...

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah... baik-baik sahaja cuma....

SENYUM ^____________^

Tidak perlu cakap apa-apa :)

SENYUM lagi ^__________^

Hari ini, saya berasa sedih. Kenapa? Kucing saya sakit. Jadi, saya tidak punya mood untuk makan... tidak punya mood untuk bercakap dengan sesiapa. Hatta dengan suami pun, saya tidak mampu berbicara. Mujur suami saya sangat-sangat memahami. Saya hanya bersedia untuk bermukabuku kerana... saya dan mukabuku, seoah-olah telah menjadi kembar yang tidak mampu untuk dipisahkan. Oh, ya. Saya perlu ke rumah Polan binti Polan ni. Ada hal T____T

Di rumah Polan binti Polan...

Kesuraman pada wajah saya masih jelas kelihatan. Masing-masing merenung saya dengan 1001 pandangan. Ada yang tersenyum... ada juga yang biasa-biasa sahaja. Maaf. Saya masih bersedih hati. Saya mahu tetapi... mulut saya tetap terasa berat dan sukar untuk mengukir senyum buat semua. Salahkan mulut saya, jangan sekali-kali memandang serong terhadap saya. Hati saya tiada di sini... ia sedang bersama dengan kucing saya yang sakit itu.

....

Kata A : Dia mungkin baru bergaduh dengan suami. Itulah. Suka sangat makan ABC. Bla bla bla...

B pula menambah : Eh, tidaklah. Dia mungkin baru disenarai hitam oleh pihak bank. Itulah. Suka sangat berhutang. Payah pula hendak bayar. Bla bla bla...

C menggeleng : Apalah, kamu berdua ni. Muka stres tu tidak lain dan tidak bukan. Dia mungkin tengah runsing sebab duit tidak ada. Iyalah. Baru pertengahan bulan, dapat tas duit hanya ada RM10. Mana suami tidak marah. Bla bla bla...

D mencebik : Salah. Salah. Dia mungkin seorang wanita yang ego... sombong... perasan bagus. Bla bla bla...

Bla bla bla di sini bermakna sambungan daripada 'perbincangan' antara A, B, C dan D.

Pengajaran

1- Berwaspadalah... 'DIA MUNGKIN' yang diungkapkan itu bisa sahaja menjadi satu fitnah. Fitnah itu satu dosa... lebih bahaya daripada membunuh.

2- Jika tidak tahu apa-apa...

a) Selidiklah dahulu.
b) Bertanyalah kepada yang tahu.
c) Diam sahaja.

3- Sedih?

a) ALLAH ada.
b) Beristighfarlah kepada-NYA. Insya-ALLAH, dengan istighfar itu bisa menenangkan hati yang sedang walang.

4) Dia yang menjerumus diri kepada fitnah. Senyumlah. Bukan susah pun! Salah sendiri, beb.

Setiap manusia punya sisi kelemahan dan keburukan masing-masing.

Hal dia... Apabila keadaan sudah senang, sang suami boleh menegur, "Ayang, tidak elok mencuka begitu. Orang yang memandang boleh mengata."

Hal kita yang melihat... Usahlah bersangka-sangka dan membuka cerita yang kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya. Jika tidak tahu apa-apa, lebih baik diam sahaja ^____^

Nota : Entri untuk memberi ruang kepada akal untuk berfikir dan merenung.

Muthiah : ^____________^
Labels: 0 comments | | edit post

Aku malu...


Assalammualaikum.

^_________________________^


Pada satu hari, selipar Jepun pemberian suami saya telah dicuri orang. Meskipun hanya selipar Jepun, saya sangat sedih. Remuk hati saya bagai disiat-siat. Saya terus mencari-cari selipar Jepun tersebut. Sedang asyik saya mengintai-ngintai... saya ternampak seorang gadis muda, cantik memakai selipar Jepun saya. Saya cukup pasti yang selipar Jepun itu adalah milik saya kerana warnanya sama... jenamanya pun sama... saiz pun sama. Apa lagi, dalam keadaan emosi yang membuak-buak, saya terus menghampirinya. Namun sayang, gadis cantik itu tidak mahu memulangkan semula selipar Jepun milik saya. Katanya, buah hatinya yang beri. Apa lagi, semakin berapi-apilah saya. Suami saya main kayu tiga??? Tanpa berfikir panjang, saya terus menyerang dan memarahi gadis cantik itu. Kehadiran orang ramai yang memerhati, langsung tidak saya pedulikan.Kami seolah-olah berada di medan tinju pula.

T.A.M.A.T.

Seminggu berlalu. Saya insaf dengan apa yang saya telah lakukan. Saya malu pada diri saya sendiri. Malu pada ALLAH, lagi-lagilah. Meskipun mungkin kami sama-sama bersalah... sama-sama tidak mahu mengalah... saya tetap menyalahkan diri saya sendiri kerana membiarkan emosi menguasai diri. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Saya berharap agar gadis cantik itu tidak mendendami saya lagi. Saya mendoakan dia aman dan bahagia sentiasa.

Namun tanpa disangka-sangka...

Ada hamba ALLAH telah merakam pergaduhan saya dengan gadis cantik itu. Kemudian, disebarkan di Youtube, e-mel dan Facebook. Perasaan saya. Malu sungguh. Saya yang sedia malu bertambah malu. Banyak orang mengomen negatif tentang saya dan gadis cantik itu. Saya sedih. Saya bertambah kecewa. Saya akui kesalahan saya tetapi... tidak akan disebabkan kelemahan saya ini, aib saya disebarkan semata-mata?

Pengajaran

Cerita di atas, bukanlah kisah Muthiah, gadis cantik dan suami tetapi hanyalah rekaan semata-mata. Moga daripada kisah ini, dapatlah kita renung-renungkan bersama.

Tidak ada manusia yang sempurna. Kita sendiri, apabila iman jauh dari dada... acap kali terlepas pandang...terlepas cakap... terlepas macam-macam (namun, jangan pula jadikannya sebagai satu alasan untuk berterusan berbuat dosa).

Ayuh... kita sama-sama memperbaiki diri, menjadi lebih baik daripada semalam. Apabila melihat sesuatu yang tidak menenangkan hati, berbicaralah dengan hikmah (dari dalam hati) kerana yang datang dari dalam itu insya-ALLAH bisa diterima oleh mereka yang ditegur. Sama-samalah kita saling mengasihi dan menyayangi kerana ALLAH.

Muthiah : Koreksi -> Apabila kemungkaran bermaharajalela... apakah sumbangan kita pada agama?
Labels: 0 comments | | edit post