Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Ayam masak kicap manis

Assalammualaikum. Bertemu kembali kita pada hujung minggu ini. Bagaimana kondisi diri? Solat? Yuk... kita biasakan diri untuk solat pada awal waktu. Susah? Katakan mudah walaupun secara realiti, kita payah untuk lakukannya secara istiqamah. Apabila kita 'tersedar' daripada lamunan, terus aja kita bangkit... menoleh sekejap ke belakang dan terus meluru ke hadapan ~ demi menggapai reda Ilahi.

Baik. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi resipi lagi. Resipi ini, Muthiah peroleh dari grup Resipi di Facebook. Hmm... suami suka tetapi kurang menepati citarasa Muthiah. Apapun, boleh cuba ya.

Ayam masak kicap manis.

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong kecil - perap dengan kunyit dan garam.
  • Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering - dikisar.
  • Bunga lawang (bubuh sikit sahaja - kalau tidak pahit).
  • Bunga cengkih.
  • Kayu manis.
  • Daun kari.
  • 1 batang serai - diketuk.
  • Daun pandan - untuk bagi bau kot.
  • Gula melaka.
  • Gula.
  • Sedikit garam.
  • Kicap.
  • Bawang besar.
  • 2-3 biji cili api.

Cara membuatnya

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, serai, gula melaka, dan gula.
  3. Kemudian, masukkan kicap.
  4. Setelah itu, masukkan ayam, bawang besar, daun pandan dan cili api.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan gaul sekejap - SIAP!

Selamat mencuba.
Labels: 1 comments | | edit post

Sup Sayur

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Saat ini, emosi berada dalam keadaan baik dan terkawal. Okey. Terus kepada catatan blog hari ini. Muthiah ingin berkongsi satu resipi sup sayur yang menjadi kegemaran Muthiah dan suami. Hari-hari wajib buat. Senang dan mudah! Jom cuba.

Sup Sayur


Bahan-bahan


  • 1/2 ulas bawang kuning - dihiris halus
  • 3-4 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • Fish ball, fish cake (asas) - kalau mahukan variasi, boleh bubuh ketam, udang, sotong (yakni makanan laut).
  • Brokoli
  • Tomato
  • Kubis
  • Lada benggala
  • Lobak merah 
  • Suun
  • Tauhu Jepun
  • Tauhu kering.
  • Lada merah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur


Cara membuatnya


  1. Tumis bawang dan halia sampai naik bau.
  2. Masukkan fish ball, fish cake dan makanan laut.
  3. Masukkan air.
  4. Apabila air menggelegak, masukkan sayur-sayuran bersama dengan suun, tauhu Jepun dan tauhu kering.
  5. Tidak lama selepas itu, masukkan bawang secukup rasa.
  6. Kemudian, pecahkan telur dan tutup api.


Tambahan



Kicap dicampur dengan cuka dan cili api.



Mudah, bukan? Selamat mencuba.
Labels: 1 comments | | edit post

Nasi kerabu (mudah)

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Bagaimana dengan malam-malam terakhir Ramadan? Kalau kita tidak mampu buat semua, usah ditinggal segalanya ya. 

Semalam, Muthiah berkira-kira untuk menulis tentang #TipBahagia (1) - Mendekatkan diri kepada ALLAH. Namun dengan tidak semena-mena, terasa ingin berkongsi pengalaman semalam pula. #SukaDukaAlamRumahTangga.

Jeng jeng jeng....

Hendak dijadikan cerita, apabila jarum pendek jam sudah mendekati angka 6.00 petang, suami lalu menghampiri. 

"Malam ni, Abe nak berbuka dengan nasi kerabu, boleh?" kata beliau.

Mata Muthiah membulat. Nasi kerabu? Bahan masakan tiada. Lauk basah di rumah tidak banyak, sahaja sementelah suami cakap hendak makan biasa-biasa sahaja untuk iftar dan memberi fokus kepada ibadah. Jadi, lauk asas sahaja yang boleh didapati di dalam peti sejuk dan rak makanan.

"Bo... boleh tapi kena cari ulam dan bahan-bahanlah," balas Muthiah dengan harapan suami bertukar fikiran. Iyalah. Hendak cari bahan-bahannya, kena ke Pekan Dengkil. Perjalanan sahaja sudah mengambil masa. Mesti kelam-kabut!

Suami tersenyum lantas bersuara, "Okey, jom!"

Haha. Terkedu juga Muthiah dibuatnya. Kemudian, Muthiah dan suami bergegas ke Kedai Pak Aji, Dengkil. Nampak gaya, bahan yang dicari tiada. Kemudian, kami ke Kedai Acheh. Hmm... serainya kecut. Bunga kantan dan daum kesum tiada. Kata tauke kedai, bunga kantan mahal. RM3.50 sebatang untuk pekedai. Hendak jual berapa?

Suami berkata, "Kita buat nasi kerabu dengan apa yang ada sahajalah."

Muthiah mengangguk-angguk.

Sesampainya di rumah, jam sudah menghampiri pukul 7.00 petang. Apa lagi, bergegaslah masuk dapur... 

Jom buat nasi kerabu!

Nasi putih

2 pot beras
Air

Cara membuatnya

Masak nasi macam biasa.

Bagi Muthiah dan suami, 2 pot beras ni cukup untuk 3 kali makan, 2 orang.

Sambal

1 biji bawang besar (merah) - nak letak banyak lagi baik. Muthiah hendak cepat. Capai sahaja bawang yang sedia ada.
3 ulas bawang putih.
1@2 batang serai - diketuk.
5 helai cili kering - rendam dengan air panas.
1 inci halia - Muthiah tidak ukur berdasarkan inci pun.
1@2 keping asam gelugur @keping.
Garam.
Gula Melaka.
Budu.

Cara membuatnya


  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
  2. Tumis semua bahan dikisar dengan serai sampai naik bau. Letak air sedikit.
  3. Masukkan santan, asam keping, gula melaka, sedikit garam dan budu. Kalau sudah masin, tidak payah letak garam. Dan... siap!
Ulam-ulaman

  1. Timun batang.
  2. Kacang panjang.
  3. Taugeh.
  4. Bunga kantan - yang ni tak ada semalam.
  5. Daun kesum - yang ni pun tak ada.
  6. Serai - yang ni lupa semalam.
Ada juga yang jadikan kacang botol dan kubis sebagai ulam-ulaman.

Ulam-ulaman ni perlu dihiris nipis.

Kelapa parut

1 biji kelapa parut
1 biji bawang merah (tidak letak pun tidak apa rasanya).
1@2 ekor ikan kembung@selar.
1@2 batang serai.
Sedikit garam.

Cara membuatnya

  1. Goreng tanpa minyak kelapa parut di dalam kuali. Agak-agak sudah kuning, angkatlah - semalam hangit sedikit sebab Muthiah letak dalam kuali dan tinggalkan sahaja. Huhaha...
  2. Kemudian, tumbuk kelapa parut yang sudah siap digoreng dengan bawang merah, serai serta ikan  - semalam, Muthiah guna pengisar sekali harung.
  3. Masukkan garam dan gaul sampai rata. Okey, siap!
Lauk Pauk

  1. Ayam bakar.
  2. Daging bakar.
  3. Telur masin.
  4. Solok lada.
Semalam, Muthiah hanya buat ayam bakar sahaja.

Ayam Bakar

2 ketul ayam.
Kunyit.
Garam.

Cara membuatnya.

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
  2. Bakar di dalam oven atau pemanggang ajaib - Oleh sebab Muthiah tidak mahu 'jaga' ayam yang dibakar, Muthiah guna oven. Letak dalam 20 minit, kemudian balikkan ayam dan bakar lagi selama 20 minit.
Akhirnya, boleh dimakan. Ehe. Perkongsian apa ni, ya? Pasal kisah #SuamIsteri atau boleh jadi resipi mudah yang boleh dibuat di rumah. Selamat mencuba.

p/s : Gambar tiada.


Jus lobak susu

Assalammualaikum. Selamat malam, semua. GOMO KELATE GOMO. Haha... Padahal, Muthiah tidak minat bola sepak pun. Akan tetapi, berusaha meminatkan diri ke arah itu agar dapat SAMA dengan suami. Perlahan-perlahan deh.

Malam ini, Muthiah hendak bereskan satu urusan. Jadi, tidak dapat berceloteh panjang. Apa kata Muthiah berkongsi resipi jus lobak susu yang Muthiah buat tadi.

Jus lobak susu



Bahan-bahan

1 batang lobak merah (Muthiah ambil yang bersaiz kecil dan montok).
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 cawan air

Cara membuatnya

  1. Potong halus-halus lobak merah. 
  2. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam alat pengisar.
  3. Dan... kisarlah.
  4. Kalau rajin, tapislah ya.
  5. Kalau ada alat pengisar buah, lagi baik.

Selamat mencuba.

Muthiah : Suami cakap, okey. Sedap! Muthiah cakap... huhu... tak manis pun. Mungkin lagi sedap kalau guna susu pekat manis.
Labels: 0 comments | | edit post

Ayam Masak Kuzi

Assalammualaikum. Selamat tengah hari.  Moga kita semua berada di bawah rahmat ALLAH senantiasa. 

Apa macam...

  • tugasan di tempat kerja?
  • keadaan di rumah?
  • hubungan dengan orang di sekeliling; suami/isteri, anak-anak, ibu ayah, adik beradik dll?

Moga baik-baik hendaknya. Kitalah yang membuat pilihan. 

  • Sama ada mahu positif atau sebaliknya. 
  • Sama ada mahu berterusan berduka atau bergembira.
  • Sama ada mahu berkawan atau bermusuhan.

Okey. Tidak mahu merapu panjang. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi resipi Ayam Masak Kuzi yang Muthiah buat pagi tadi. Jom...



Oh, ini bukan ayam masak kuzi. Ini bekal untuk berpiknik di pejabat suami sementelah beliau perlu bekerja lebih masa pada Isnin lepas. Masak siap-siap, hantar dan makan  di pejabat. Pernah cuba buat? Ayuh, kita berkelah di pejabat suami! Huhu...


Ayam Masak Kuzi



Bahan-bahan

(1)

4 ketul ayam - digoreng dengan bawang putih dan garam (Muthiah kisar bawang putih)
2 sudu minyak sapi
1/2 tin susu cair
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kismis
10 biji buah badam - direbus, kemudian buang kulit
2 sudu cili kering (sudah dikisar)
2 biji bawang merah - jadikan bawang goreng
2 sudu tomato puri
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
Gula dan garam secukup rasa

(2)

Bahan ditumbuk sekaligus

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit halia
Sedikit lengkuas

Cara membuatnya

  1. Tumis bawang putih dengan minyak sapi. Setelah naik bau, masukkan semua bahan (1) dan (2) dalam periuk. 
  2. Masak dengan api kecil. Apabila menggelegak sedikit, masukkan garam serta gula. Kalau rasa pekat sangat, boleh masukkan air sedikit.
  3. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah, bukan? Untuk pengetahuan, ini bukan resipi turun temurun famili. Di Pasir Mas, ibu mertua Muthiah masak menggunakan rempah yang dijual di pasar. Di Sungai Tong pula, mak tidak pernah buat masak kuzi. Maka, Muthiah pun carilah... google dan buku kan ada? Oleh sebab info tidak lengkap, Muthiah pun masak mengikut cara Muthiah sendiri. Ambil bahan-bahan sahaja. Huhu...

Alhamdulillah, menjadi. Maka, usah ragu-ragu untuk mencuba. 

Akan tetapi! Muthiah tidak bertanggungjawab atas kemudaratan yang berlaku. Hahaha...

Selamat mencuba. 
Labels: 0 comments | | edit post

Puding telur

Assalammualaikum. Mulakan hari kita dengan mengingati ALLAH. Sudah menunaikan solat sunat Dhuha? 

Yuk... ambil sedikit masa dan jom kita menghadap TUHAN yang Maha ESA. Bagi yang tidak mampu (ekoran kerja dan urusan yang tidak mengizinkan), insya-ALLAH. Tanamkan tekad dalam hati. ALLAH pasti beri ruang dan jalan. 

Okey. Hari ini hendak berkongsi resipi.

Puding telur (caramel)


Bahan-bahan

(i) Puding telur

5 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 sudu isen vanila
Sedikit garam

(ii) Sos caramel

1 cawan gula
1 cawan air

Cara membuatnya

(i) Puding telur

  1. Pukul telur sampai kembang.
  2. Masukkan susu cair, gula, isen vanila dan garam. Kemudian, pukul lagi sampai sebati. (ada juga yang masukkan sedikit mentega).

(ii) Sos caramel

  1. Panaskan kuali dan masukkan gula sampai gula hancur (atau tidak berketul).
  2. Kemudian, masukkan air pula. 
  3. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Campur dengan puding telur di atas.
  4. Akhir sekali, kukus selama 30 minit.

Siap ^_^

Sumber : Menu adalah daripada mama di kampung.
Labels: 0 comments | | edit post

Puding jagung

Assalammualaikum. Apa khabar? Moga kita semua ceria-ceria hendaknya.

Hari Isnin... bersamaan hari berkongsi resipi mudah. 

Puding jagung


Bahan-bahan

1 tin jagung manis
1 tin susu cair
3/4 cawan gula
1 cawan tepung kastard
1 sudu isen vanila
1 sudu majerin
3 cawan air

Cara membuatnya

1. Campur semua bahan dan kacau sampai sebati di atas dapur dengan api sederhana.

2. Apabila sudah pekat, masukkan ke dalam loyang dan tunggu sejuk.

3. Kemudian, boleh masukkan ke dalam peti. Citarasa Muthiah, sedap dimakan ketika sejuk.

Selamat mencuba.
Labels: 0 comments | | edit post

Sambal ikan bilis masak tempoyak

Assalammualaikum. Mulakan hari kita dengan senyuman...

Balik raya tempoh hari, emak mertua bagi tempoyak dalam satu bekas. Suka suka suka. 

Satu - boleh makan dengan budu.
Satu -  lagi boleh buat sambal ikan bilis masak tempoyak. 

Both are my favourite!

Okey, jom kongsi resipi :)
Sambal ikan bilis masak tempoyak


Bahan-bahan

Ikan bilis
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
8 biji cili api (nak pedas, banyakkan lagi) - ditumbuk
Tempoyak

Cara membuatnya

1. Goreng ikan bilis. Kemudian, letak di tepi.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang siap ditumbuk sampai naik bau.

3. Masukkan tempoyak. Kalau mahu manis, letakkan gula sedikit.

4. Masukkan ikan bilis yang sudah siap digoreng tadi. Gaul.

Hmm... sedap. Makin pedas, makin sedap. Ikut citarasa masing-masing :)
Labels: 2 comments | | edit post

Kulat sisir goreng

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah, baik-baik sahaja. Agak sibuk menyusun jadual kerja (berapa kali mahu susun jadual daaa). Ehe. Bukan apa... sepanjang minggu sejak dari Hari Raya Aidilfitri lalu, Muthiah dan suami banyak travel (berperjalanan). Sekejap ke Bidor... kemudian ke Lumut. Acap kali juga turun KL. Doakan segalanya dipermudahkan ALLAH ya. 

Lama tidak berkongsi resipi. 

Jom... macam biasa. Resipi yang Muthiah kongsikan mudah-mudah sahaja. Maklumlah. Hendak sediakan bekal suami ke tempat kerja. Masak yang leceh-leceh, ambil masa pula. Biasanya, Muthiah ambil masa 30 minit untuk sediakan makanan buat suami. Jadi bagi para isteri di luar sana, apa kata kita sama-sama masak dan sediakan bekal buat suami ke tempat kerja. Kelebihannya..

1- Jimat kos.
2- Insya-ALLAH, kebersihan terjaga.
3- Kita boleh memilih untuk tidak menggunakan serbuk perasa.

Panjang pula bebelannya.


Bahan-bahan

1 tin kulat sisir
1 ulas bawang kuning - dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
1 biji cili merah/ hijau - dihiris menyerong
1 biji telur (bagi yang mahu letak telur)
Kunyit debu
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1. Basuh kulat sisir dan letak ke tepi (untuk bagi turun air).

2. Gaul kulat sisir dengan kunyit debu.

3. Tumis bawang kuning, bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.

4. Masukkan kulat sisir tadi, bersama dengan cili merah/ hijau.

5. Letakkan garam secukup rasa.

.... Siap!

6. Atau boleh tambah telur - pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali dan gaul.

Pilihan... di tangan sendiri. Selamat mencuba. Bagi Muthiah pula -> I LIKE IT.
Labels: 0 comments | | edit post

Kek coklat kukus

Assalammualaikum. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua. Moga kita sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH. Yuk... kita bukan setakat hendak merdeka daripada penjajahan negara tetapi kita mahu merdeka daripada...

  • berterusan melakukan dosa dan maksiat.
  • sikap buruk, keji lagi hina.
  • _______ (apa-apalah yang mendatangkan dosa, perpecahan)


Okey. Bersempena dengan hari kemerdekaan ini, Muthiah ingin berkongsi resipi kek (hahaha... ada ke patut!). Resipi ini Muthiah dapat daripada nenek saudara Muthiah yang tinggal di Dungun dan kek yang dibuat beliau agak laris di pasaran (macam jual tudung pula) Jom cuba :)

Bahan-bahan

(A)

1 1/2 cawan serbuk koko 
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 cawan minyak jagung
Sedikit isen vanila

  1. Campur semua bahan (A) dan masak di atas dapur (buka api sederhana). 
  2. Masak sampai gula hancur.

Peringatan : Tidak payah tunggu sampai menggelegak.


(B)

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder

  1. Ayak semua bahan (B) sekaligus.

(C)

6 biji telur

  1. Pukul telur dengan garfu.

(D)

1 bar coklat
100 cc whipping cream  (carilah yang non-dairy)
1 sudu mentega

  1. Panaskan air di dalam periuk. 
  2. Letakkan periuk (lebih kecil) atau loyang di atas air yang sedang dipanaskan.
  3. Masukkan coklat dan whipping cream sampai hancur.
  4. Setelah angkat, letakkan 1 sudu mentega.

Peringatan : Kurangnya whipping cream akan menyebabkan topping kek menjadi keras.

Cara membuatnya

Nota : Untuk bahan-bahan di atas, kita boleh buat 5 bekas kek. Kek dalam gambar adalah bahan yang terakhir. Maka, tidak cukup penuh.

  1. Campurkan bahan (A) dan (B). Kacau sampai sebati.
  2. Campur bahan (C) pula dan kacau lagi sampai sebati.
  3. Biarkan selama 5 minit.
  4. Panaskan air di atas dapur siap-siap. 
  5. Setelah air menggelegak (untuk kukusan), letakkan kek yang sudah dibubuh di dalam bekas. Pada muka penutup periuk stim, boleh letak kain atau plastik bagi menghindari air jatuh ke dalam kek.
  6. Masak selama 30 minit.
  7. Siap kek, bubuh bahan (D) untuk topping.
Peringatan : Meletakkan kek di atas dapur sebelum air menggelegak menyebabkan... alamak, Muthiah lupalah tetapi adalah :(


Selamat mencuba. Kalau tidak menjadi, usaha lagi :)
Labels: 0 comments | | edit post

Sup udang

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Moga hati dan jasad kita baik-baik hendaknya. Katakan TIDAK pada marah yang keterlaluan ^____^

Aik... tetiba perihal marah dicoret di sini? Haha... pagi tadi, terasa ingin marah apabila mendapat mesej di WhatsApp daripada seseorang yang tidak dikenali.  Muthiah pula tidak senang dengan mesej tersebut (padahal, bukan mesej teruk pun). Tepuk dada, tanya hati ya, Muthiah.

Kitalah yang membuat pilihan.
  • Mahu berfikir tentang perkara yang tidak disukai itu?
  • Buat tidak tahu sahaja.
  • Cari pasal dengan orang tersebut.
  • Cari pasal dengan orang di sekeliling kita (untuk melempias rasa marah).
Ketahuilah... apapun pilihan kita, kita jugalah yang akan mendapat impaknya. Orang lain... sekiranya negatif, mungkin terkena tempiasnya sama. Maka, jom ingat ALLAH :)

Lantas, Muthiah pasang al-Quran Explorer. Muthiah memilih untuk tidak mahu melayan rasa itu (Moga sahabat-sahabat Muthiah di sini juga membuat pilihan yang sama dengan Muthiah). Alhamdulillah. Baik sudah. Mula bekerja dengan senang hati. Siap satu bab draf novelet. Muthiah target, hendak siapkan draf sebelum raya. Doakan ya :)

Okey. Hari ini Muthiah mahu berkongsi resipi...


Sup udang


Bahan-bahan
  • 10 ekor udang - dibuang kulit
  • 2 ekor sotong - dibelah dan ditoreh
  • Fishball (dibelah dua) / fishcake (dipotong jangan halus sangat)
  • Putik jagung - dihiris menyerong
  • Lobak merah - dihiris
  • Kubis bunga
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 5 biji cendawan butang
  • Suun
  • 8 ekor ikan bilis - ditumbuk lumat
  • Daun bawang - dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar
  • 3 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • Sedikit halia
  • 1 batang serai
Cara membuatnya
  1. Tumis bahan dikisar sampai naik bau.
  2. Masukkan air, udang, sotong, fishball, fishcake.
  3. Apabila air mendidih, masukkan lobak merah, putik jagung, kubis bunga, cendawan butang, cili merah, ikan bilis yang ditumbuk serta suun. 
  4. Kemudian, masukkan garam dan gula (tidak letak gula pun tidak apa. Muthiah sudah terbiasa. Itu pun Muthiah letak sedikit sangat) secukup rasa.
  5. Agak-agak sudah masak (mendidih), boleh hidangkan. Jangan lupa tabur daun bawang ya :)
Selamat mencuba.

Yuk, kita kejar 10 malam terakhir Ramadhan... Moga-moga ALLAH pilih.
Labels: 0 comments | | edit post

Ikan bawal masak merah

Assalammualaikum... 
  • Apa macam hari ini? ~ Mengantuk.
  • Semalam bangun sahur ~ Alhamdulillah... teruskan.
  • Hati ada okey? ~ 50-50. Hmm...
  • Why? ~ Ada perkara yang belum boleh dilapangkan. Mintalah pada ALLAH.
Ehe... ALLAH ada. Serah segalanya pada penghitungan ALLAH :)

Hari ini Muthiah ingin berkongsi resipi. Ikan bawal masak merah. Sebenarnya, ikan bawal masak merah ini ada makanan kegemaran Muthiah sejak dari kecil. Arwah mama sangat pandai masak ikan bawal ini. Jadi, sampai ke dewasa, Muthiah sukakannya. Namun, tidak pula Muthiah mampu masak sebagaimana arwah mama buat. Ingat ke? Okey, jom baca, masak petang nanti. Hiiii...
Ikan bawal masak merah
Nota : Abaikan kucai yang Muthiah tabur. Lagi sedap tanpanya :)
Bahan-bahan


Bahan goreng

  • 1 ekor ikan bawal, digaul dengan serbuk kunyit serta garam.

Bahan tumis

  • 3 ulas bawang merah2 ulas bawang putih3 biji cili api dan sedikit belacan ditumbuk bersama
  • 1/2 ulas bawang kuning (dihiris/ dipotong)
  • 3 sudu cili kering yang sudah dikisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam

Cara membuatnya

  1. Goreng ikan dengan minyak banyak, kemudian letakkan ke tepi (Muthiah suka stim  ikan yang sudah digoreng ini untuk turunkan minyak).
  2. Tumis bahan ditumbuk sampai naik bau/ kekuningan.
  3. Masukkan bawang kuning.
  4. Masukkan cili kering, sos cili dan sos tomato sekaligus (Kalau tidak gunakan sos cili dan sos tomato, masukkan garam, gula dan asam keping secukup rasa. Kalau guna, tidak payah masukkan).
  5. Setelah naik minyak, angkatlah.

Okey, selamat mencuba dan selamat berbuka berpuasa :)
Labels: 2 comments | | edit post

Gulai kuning ikan tongkol

Assalammualaikum. Bagaimana dengan ibadah puasa, ada baik?


Puasa -> Menahan diri daripada...
  • lapar dan dahaga,
  • berkata yang sia-sia.
  • berfikir yang merosakkan minda.
  • keluh-kesah tanpa henti.
Apapun, moga kita semua dirahmati ALLAH selalu.


Ehe. Lama tidak berkongsi resipi. Jom... resipi berbuka puasa Muthiah pada Ahad (22 Julai 2012) lepas.


Ikan tongkol gulai kuning



Bahan-bahan


2 ekor ikan tongkol
1 kotak santan
3 biji cili api - diketuk
1 atau 2 keping asam gelugur.
Timun (batang) tua
Garam dan gula secukup rasa.


Bahan dikisar


3 ulas bawang merah (besar)
sedikit lengkuas
sedikit kunyit
1 sudu cili kering yang sudah siap dikisar


Cara membuatnya


1. Tumis bahan dikisar sampai naik bau.


2. Masukkan ikan tongkol yang sudah dipotong. Bubuh sedikit air juga.

3- Masukkan santan, asam gelugur, cili api yang diketuk serta garam dan gula secukup rasa.


4. Masukkan timun (batang) tua dan siap.


Boleh dihidangkan ketika berbuka puasa. Suami cakap, lepas ini, buat lagi. Ehe.


Nota : Ada juga orang letak ikan setelah santan menggelegek. Muthiah ikut cara mama masak. 


Okey. Selamat berpuasa buat semua :)
Labels: 0 comments | | edit post

Nasi goreng ikan bilis

Assalammualaikum. Hari Jumaat kunjung tiba, penghulu sekalian hari. Ada yang suka, ada yang dukacita. Hati riang sebab esok cuti. Jiwa lara sebab sang kekasih hati (suami) tidak dapat pulang ke sisi (PJJ).


Apa macam? Bangun qiam semalam? Tidak? Hukhuk... hendak buat macam mana. Kita tidak dapat mengembalikan hari semalam. Buat jahat... buat baik... semua sudah berlaku. Maka, jika kebatilan yang menguasai diri, bertaubatlah dengan taubat nasuha. Namun sekiranya keelokan pekerti yang ditunjuki, moga istiqomah. Yuk, Dhuha :)


Okey. Lama tak berkongsi resipi. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi satu menu yang dahulunya... HARI-HARI Muthiah buat. Iyalah. Keadaan kewangan (selepas studi, sebelum mendapat pekerjaan yang stabil) tidaklah berapa memberangsangkan. Duduk di KL, taraf hidupnya... mak ai. Duit sewa rumah... duit pengangkutan awam... duit untuk emak di kampung dan banyak lagi. 


Jadi, macam mana?


Ehe... Muthiah selalu masak untuk sarapan pagi. Selalu juga bawa bekal ke pejabat. Jarang membeli makanan di luar. Maka, duit pun cukup. Tidaklah mengalami kekempisan perut. Kekempisan perut? Hahaha...


Jom masak






Bahan-bahan


Nasi putih malam tadi
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Ikan bilis
Cili kisar (atau orang panggil cili boh) ~ Muthiah suka yang buat sendiri.
Sayur - kangkung @ kubis @ sawi
Kicap Kipas Udang
Sos cili 
Sos tiram


Cara membuatnya


1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api sekali.


2. Goreng ikan bilis dan letakkan di tepi.


3. Tumis bahan ditumbuk sampai naik bau.


4. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap (sos cili dan sos tiram tak perlu banyak). Kicap pula ikut citarasa sendiri.


5. Masukkan sayur.


6. Masukkan ikan bilis dan siap.


Jika hendak tambah dengan telur mata kerbau, lagi sedap :)


Nota : Kuantiti tidak ditulis sebab bergantung kepada nasi putih yang digunakan.


Selamat mencuba.
Labels: 0 comments | | edit post

Popia nestum

Assalammualaikum. Moga hidup kita dirahmati ALLAH selalu. 

Yeah!!!

Moga hati kita menjauh daripada bintik-bintik hitam...
Terhindar daripada iri hati yang memudaratkan...
Katakan TIDAK pada syak dan buruk sangka...

Ya, ALLAH. Sucikanlah hatiku... hati suamiku, ahli keluargaku serta mereka yang aku sayang. Amin...

Oleh sebab mood bercuti belum habis, Muthiah berkongsi resipi mudah lagilah :P Kuih popia nestum yang Muthiah buat sewaktu bercuti hari itu.

Jom...

Popia nestum

Gambar Muthiah ambil di internet ya. Kurang rajin untuk upload.

Bahan-bahan

1 paket popia 
2 cawan nestum (atau tengok sebanyak mana popia yang telah goreng)
Sedikit gula
Sedikit tepung gandum dan air (untuk dijadikan pelekat)

Cara membuatnya

1.
  • Gulung popia dan lekat dengan gandum (ala-ala gam UHU-lah ni). 
  • Nestum dan gula dicampur sekali lalu dikisar dengan alatan pengisar.

2.   Siap menggulung popia, potong secara menyerong dengan gunting.

3.   Kemudian, goreng dengan minyak panas.

4.  Selesai menggoreng, gaul dengan nestum yang sudah dikisar -> SIAP :)

Selamat mencuba ^___^
Labels: 0 comments | | edit post

Kuih siput

Assalammualaikum. Apa khabar? Setelah seminggu bercuti, Muthiah akhirnya kembali ke 'rumahku syurgaku'. Dua hari di Kuala Lumpur, kemudian balik Sungai Tong, lalalala. Atas sebab-sebab tertentu, Muthiah tidak dapat ikut suami yang menghantar adik ipar ke Asasi Sains, UiTM Puncak Alam sambil 'berpoya-poyo'. Emosi awal = jelouse. Setelah rasional = ada hikmahnya. Dapat berlama-lamaan dengan adik-beradik dan keluarga (^__^).

Ehe. Sepanjang berada di kampung, Muthiah berjaya buat dua jenis kuih mudah. Jom kongsi.

Kuih siput

Lupa snap gambar kuih siput yang Muthiah buat. Muthiah ambil gambar dari internet.

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
2 cawan majerin
2 biji telur
1 sudu kecil isen vanila
1 sudu kecil garam
1 cawan gula
Daun kari 


Cara membuatnya

 Alatan membuat kuih siput. Gambar ini pun Muthiah ambil dari internet.
  1. Campur tepung gandum dengan majerin. Ramas sampai rata. Jika majerin berlebihan, akan berbuih sewaktu menggorengnya.
  2. Siap meramas tepung gandum dengan majerin sampai sebati, letakkan isen vanila, pecahkan telur, masukkan garam dan gula. Uli sampai rata <-Huhu. Enggak tahu istilah apa yang lebih sesuai digunakan.
  3. Selesai menguli, gunakan alatan khas membuat kuih siput. Kemudian, bentuklah sampai selesai.
  4. Akhir sekali, goreng dengan api sederhana. Api jangan terlalu perlahan, takut dimasuki minyak. 
Labels: 0 comments | | edit post

Buah-buahan campuran

Assalammualaikum. Apa khabar?

Muthiah... Alhamdulillah. Bab 30 yang Muthiah rancang untuk buat hari ini berjaya disiapkan. Selepas kemaskini blog, hendak buat kerja mengedit pula, insya-ALLAH. Pukul 6.30 nanti, hendak memasak. Doakan segalanya dipermudah ALLAH, ya ^____^

Apakah yang mahu dikongsikan hari ini? Mengikut perancangan Muthiah, sudah lama Muthiah berasa ingin menulis tentang kisah Nabi SAW... juga membuat entri tentang Freemason yang Muthiah baca tetapi itulah. Idea ada, hendak mencoret, tidak dapat meluahkannya pula. Jadi, bagaimana?

Jomlah...

Resipi mudah yang teramat mudah! Insya-ALLAH... ini adalah resipi mampu buat oleh semua. Yuk^^


Bahan-bahan

1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 sudu gula (tidak letak pun tidak apa)

Cara membuatnya

Campurkan semua dan... siap. Kemudian, letaklah dalam peti sejuk. Bertambah enak jadinya.

Muthiah : ^___^
Labels: 0 comments | | edit post

Nasi ayam (mudah)

Assalammualaikum. Apa khabar? Insya-ALLAH, hari ini Muthiah ingin berkongsi resepi yang sudah lebih 1 tahun agaknya Muthiah tidak buat. Sewaktu tinggal di Taiping dahulu, masak sokmo. Muthiah selalu masak ____ apabila mood rajin berkurangan, manakala mood malas menguasai diri. Aiyaa...

Jeng jeng jeng...

Oleh sebab lama tidak buat, Muthiah lupa tetapi kurang rajin membelek blog resipi. Jadi, hentam sajalah!


Bahan-bahan dan cara membuatnya

Nasi

Beras 1 pot (untuk 2 orang makan).
Air rebusan ayam (yang hendak dibuat sup) <- Ini cara mama Muthiah buat. Ada orang, guna kiub ayam, mudah.
Tumis bawang putih dan halia dengan planta.

Siap menumis, masukkan dalam beras yang sudah dibersihkan, sekali dengan air rebusan ayam. Tunggu sejuk sebelum masak atas rice cooker. Jika guna dapur, boleh masak terus.

Sup

Ayam yang siap dipotong.
Bawang putih.
Halia.
Sup bunjut.
Ubi kentang -> Potong 2 atau 4.
Garam secukup rasa.
Bawang merah - digoreng <- untuk jadikan bawang goreng. Kemudian, tabur atas sup.
Limau nipis <- untuk perah atas sup yang siap dimasak.
Boleh juga letak daun sup dan daun bawang <- Muthiah jarang letak sebab... hmm... Muthiah suka rasa kosong.

Rebus ayam sekali dengan halia dan bawang putih. Jangan lupa letak sup bunjut. Apabila mendidih, sebahagian air rebusan digunakan untuk masak nasi. Sebahagian lagi untuk dijadikan sup. Siap!

Ayam

Ayam yang direbus ditoskan.
Letak sos tiram dan kicap manis Kipas Udang.
Letak sedikit madu.

Kemudian, goreng sahaja. SEDAP ^_^

Sambal

Huhu... Muthiah terlupa resipinya. Dalam ingat-ingat Muthiah...

Kisar cili merah, sekali dengan tomato, gula dan sedikit cuka. Dahulu seingat Muthiah, mama letak bawang putih dan halia sedikit tetapi Muthiah tidak letak.

Lain-lain

Salad, timun, tomato <- Untuk hiasan dan dimakan.

Selamat mencuba ^_____^
Labels: 0 comments | | edit post