Mencari Naurah (Bab 40)
Sunday, June 03, 2012
Novel | Mencari Naurah
“MAMA tidak peduli. Asyraf mesti kahwin dengan Amalin,” desak Datin Khatty ketika mereka sekeluarga sedang
menonton TV.
|
“Tidak...”
balas Asyraf ringkas.
“Asyraf
kena kahwin juga. Mama sudah rancang dengan Datin Azira untuk buka salun
bersama. Kalau Asyraf buat hal, berkecailah,” luah Datin Khatty lagi.
“Kenapa
awak hendak paksa dia? Mungkin dia sudah ada pilihan sendiri.” Tiba-tiba, Dato’
Ghazali yang sedari tadi sedang asyik menonton televisyen menyampuk.
“Diamlah!
Bukan urusan awak.” Seperti biasa, isteri tua Dato’ Ghazali ini gemar benar
menjerit-jerit kepada suaminya. “Asyraf sudah ada pilihan?” Datin Khatty
menjeling anak terunanya sekilas.
“Mungkin,”
Asyraf berterus-terang. Dia bukannya budak kecil yang perlu takut untuk
menyatakan haknya. Hak dalam memilih calon isteri sendiri.
“Siapa?”
Mata Datin Khatty dibulatkan. “Anak dato’ mana?”
“Junior
Asyraf di kampus dahulu, Ma. Sekarang bekerja di firma audit. Bukan anak
siapa-siapa. Ayahnya sudah meninggal dunia. Ibunya bekerja kampung, orang
Kelantan,” jelas Asyraf panjang lebar walaupun info yang diketahui tentang
Natasha belum cukup lengkap. ‘Masakan sudah lengkap? Suai-kenal belum lagi...’
Asyraf tersenyum sendiri.
“Apa??
Anak yatim? Emaknya kerja kampung? Asyraf sudah gila? Hendak malukan Mama?”
muka Datin Khatty sudah berubah warna, merah mungkin.
“Hendak malu apanya, Datin Khatty, oi? Bukannya Asyraf
kena tangkap basah.” Sampuk Dato’ Ghazali. “Hmm... sudah berapa lama Asyraf
jalinkan hubungan dengan gadis itu? Siapa namanya?” Dia tersenyum gembira.
Tidak lama lagi, dia akan mendapat menantu. Kemudian, bakal bergelar datuk
pula.
“Mama...
mukanya menawan, sangat comel... sejuk mata memandang, keturunan yang
baik-baik. Hartanya tidak banyak tetapi dia tidak pernah meminta-minta. Yang
paling utama, pegangan agamanya baik,” ujar Asyraf sambil memandang tepat anak
mata mamanya. “Namanya Natasha binti Zulkarnain...” Dia diam sejenak.
“Sebenarnya, kami sendiri tidak tahu sejauh mana tahap
perhubungan kami. Asyraf dan dia hanya berhubung melalui e-mel. Itu pun sudah
terhenti lebih dua bulan,” tambah dia lagi.
“Entah-entah
sudah berpunya. Budak perempuan zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat.
Muka nampak baik tetapi hatinya kotor...” Datin Khatty mencebik.
“Jadi,
apa rancangan Asyraf?” tanya Dato’ Ghazali tanpa mengendahkan kata-kata
isterinya.
“Asyraf
hendak meminang terus. Kalau papa dan mama bersetuju, kita jumpa ibu Natasha
terus,” cadang Asyraf.
“Nampaknya,
anak Papa betul-betul tidak sabar untuk bergelar suami.” Dato’ Ghazali
mengerling ke arah isterinya yang masam mencuka. “Baguslah cari calon isteri
yang ada pegangan agama. Sekurang-kurangnya, dia tahu taat dan hormat pada
suami,” tekannya lagi.
“Awak
sindir saya, Dato’ Ghazali. Berani betul awak!” jerit Datin Khatty.
“Mama!!!”
kata Asyraf. Suaranya ditekan. Tidak sanggup melihat mamanya yang seakan-akan
lupa bahawasanya dia adalah seorang isteri.
“Ini
antara mama dan papa. Asyraf jangan masuk campur,” marah Datin Khatty.
Asyraf
hanya diam.
“Okey...
Bagi mama jumpa budak itu dahulu,” suara Datin Khatty kembali lembut.
“Alhamdulillah,”
Asyraf segera bersujud di tepi sofa. Syukur kerana ALLAH telah melembutkan hati
mamanya, mungkin.
“Mama
tidak cakap mama hendak masuk meminang. Mama mahu kenal dahulu. Bawa mama ke
pejabatnya tetapi esok mama sibuk. Setkan temu janji mama dengannya
minggu hadapan,” arah Datin Khatty lalu beredar dari ruang tamu.
‘Semacam
membuat temu janji dengan pelanggan pula,’ bisik hati kecil Asyraf.
“Alias,
hantarkan saya ke rumah Datin Azira,” jerit Datin Khatty kepada pemandu
peribadi suaminya.
“Tengok,
keluar rumah pun tidak minta izin suami. Macam mana suami tidak cari lain,”
kata Dato’ Ghazali perlahan.
“Apa,
papa?” tanya Asyraf.
“Tidak
ada apa-apa, macam mana Asyraf boleh berkenan dengan Natasha?” Dato’ Ghazali
cuba mengubah topik perbualan mereka. Dia tidak mahu berfikir tentang isterinya
yang layak dikatakan nusyuz itu.
“Asyraf
pun tidak pasti, pa. Namun, dia betul-betul istimewa,” jawab Asyraf sejujurnya.
Wajah Natasha tiba-tiba hadir dalam kotak pemikirannya.
“Boleh
perjelaskan?” tanya Dato’ Ghazali lagi. Berminat sungguh dia kali ini.
“Asyraf
betul-betul tidak pasti tetapi entahlah... hati selalu teringatkan dia,” kata Asyraf.
“Selamat
maju jaya, Asyraf...” Dato’ Ghazali memberi sokongan kepada anak tungggalnya
itu.
“Masa
mama hendak bertemu empat mata dengannya, Asyraf berhati-hatilah sedikit.
Asyraf pun kenal mama Asyraf, bukan?
Akalnya panjang cuma disalahgunakan sahaja,” pesan Dato’ Ghazali.
“Insya-ALLAH...dah
jumpa nanti, mama bersetujulah tu. Lagipun, sepanjang yang Asyraf tahu...
Natasha ini baik budaknya.” Asyraf berkata penuh yakin.
~bersambung~