Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Jom amalkan pemakanan sihat untuk...

Assalammualaikum.

Lama tidak mengemaskini entri untuk kesihatan. Apa kata hari ini, Muthiah menulis tentang nya.

Jom amalkan pemakanan sihat.


Minum air kosong - sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Sawi - untuk merawat sembelit, buasir, masalah pencernaan, kegemukan dan tekanan darah tinggi. Ia juga dimakan untuk meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.

Kubis.

Lobak (Vitamin A).

Brokoli.


Kacang hijau.

Keledek merah.

Betik.


Jambu batu.

Buah naga.

Limau nipis.

Limau kasturi.  


Bayam. 


Daging merah.

Ayam (protein).

Telur (protein).

Tenusu (protein).

Banyak lagi senarai makanan sihat yang boleh kita amalkan. Senarai di atas, Muthiah petik dari blog Dr. Hamid Arshat. Ikut hati, Muthiah ingin senaraikan kelebihannya. Akan tetapi, sumber yang diperoleh kurang jelas. Maka, cari sendirilah ya. 

Apapun, sebarang makanan... ambillah secara sederhana. Itulah yang paling baik, insya-ALLAH. 

Panduan pemakanan pada bulan puasa

Assalammualaikum. Apa khabar? Sudah masak untuk berbuka? Ehe. Insya-ALLAH, jam 6.15 nanti Muthiah masuk dapur. Rancangnya, hendak berbuka dengan ayam masak kuzi. Ada jadi? Hahaha... oh, tidak. Pertama kali mencubanya. Doakan berjaya ya :)


Macam mana dengan tarbiah Ramadhan kita semua? Moga-moga...

  • ibadah akan bertambah baik dari sehari ke sehari.
  • akhlak akan semakin elok dari sehari ke sehari.
  • butir bicara kita... berhati-hatilah dalam menuturkan kata. Moga tidak sampai mengguris hati sesiapa (dengan niat). Percayalah... sekiranya kita tidak kisah untuk memikirkan hati dan perasaan orang lain, akan ada 1001 manusia lain yang tidak akan peka terhadap perasaan kita juga.
(Peringatan buat Muthiah khususnya yang selalu lupa)


Okey. Berbalik kepada perkongsian hari ini, Muthiah petik dari page Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga kan mendapat manfaat daripadanya, insya-ALLAH.
Panduan pemakanan semasa berbuka
  • Tidak gelojoh.
  • Berbuka mengikut sunnah.
  • Makan 3 biji kurma dengan 1 gelas air kosong.
  • Minum 1 gelas minuman manis sahaja. 
  • Bersederhana dalam pengambilan makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang memudaratkan; berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula. 
Panduan pemakanan semasa bersahur
  • Makan makanan mengenyangkan; nasi, roti atau oat.
  • Makan buah-buahan dan sayur.
  • Minum air secukupnya. 
  • Lewatkan waktu bersahur (perkara sunat dalam bersahur). 
Amalan pemakanan yang memudaratkan pada bulan puasa
  • Makan berlebihan sewaktu berbuka.
  • Makan makanan berat sewaktu moreh dan tidur sejurus makan.
  • Minum banyak air manis sewaktu berbuka dan bersahur.
  • Kurang mengambil buah-buahan dan sayur.
Panduan membeli atau menyediakan juadah berbuka
  • Mencatat senarai makanan yang perlu sahaja untuk dibeli.
  • Kurangkan santan dan minyak.
  • Kurangkan membeli kuih-muih manis. 
  • Elakkan membeli minuman yang dijual.
  • Masak sendiri di rumah (kawal penggunaan garam dan gula).
  • Membelilah di gerai/ kedai yang bersih dengan makanan tertutup.
Okey. Cukup untuk hari ini. Selamat berbuka puasa buat semua :)

Gastrik tidak halang puasa

Assalammualaikum. Moga hari kita dimulai dengan ...


ketenangan... ingat ALLAH, hati kan tenang, insya-ALLAH.
senyuman... senyum itu sedekah, bisa memberi kesenangan pada mata yang memandang.
lapang dada... serah segalanya pada penghitungan TUHAN yang Maha Teliti.


Baik. Hari ini Muthiah ingin berkongsi satu artikel yang Muthiah petik dari page Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, Muthiah sudah sumari agar mudah dibaca. Moga kan memberi manfaat buat semua, insya-ALLAH :)

Gastrik tidak halang puasa


Apa itu gastrik (gastritis)?

Sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.


Tanda-tanda gastrik :
  • Sakit perut pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, 
  • perut senak, 
  • berangin atau pedih, 
  • kembung, 
  • sendawa, 
  • loya, 
  • hilang selera makan,
  • turun berat badan.
Fakta sel perut :
  • Sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencerna makanan. 
  • Asid yang kuat boleh menghakis besi dan sel perut yang menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Fakta sakit perut :
  • Apabila lapar - menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
  • Selepas makan - menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
Fakta gastrik pada bulan Ramadhan :
  • Salah anggapan - gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat. 
  • Sebenarnya - semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Pakar Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari;
  • Sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
  • Semasa berbuka - mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat. (Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut)
  • Semasa bersahur - ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat. (Perut belum bersedia menerima makanan)
Kelebihan kurma dan makanan kering :
  • Dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan. 
  • Kurma kaya dengan garam galian seperti potasium, selain lambat membebaskan tenaga.
Tentang gastrik :
  • Sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria di dalam perut (Helicobacter pylori@H.pylori). Selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.
  • Gastrik bukan disebabkan oleh tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.
  • Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut. (Gastrik yang disebabkan oleh bakteria - diubati dengan mengambil ubat antibiotik) 
Tips puasa bagi penghidap gastrik :
  • Melambatkan bersahur, 
  • menyegerakan berbuka,
  • makan secara sederhana.
Nota : Untuk artikel penuh, sila rujuk web seperti dinyatakan di atas. 

Selamat berpuasa. Jom kejar redha ALLAH :)

Jom berbekam

Assalammualaikum. Apa khabar? Mengantuk sebab tengok bola malam tadi? Ehe. Muthiah sokong Itali tetapi Muthiah tidak berjaga malam pun. Bersorak dalam mimpi sahajalah. 
Sepanyol VS ITali (4-0)
Okey.


Hari ini, Muthiah ingin berkongsi tentang BEKAM. Aik... tetiba? 


Oh, sebenarnya tempoh hari, Muthiah menziarahi saudara di Kampung Melayu Subang. Beliau yang mencadangkan kaedah kesihatan alternatif ini; untuk penjagaan kesihatan. Kata beliau lagi, bekam ini sunnah Nabi. 


Maka pada 24 Jun lepas, Muthiah dan suami pun pergi ke Pusat Rawatan Alternatif yang terletak di Rapat Setia, Ipoh. Satu poin bersamaan RM5. Kami buat 10 poin setiap seorang. Siap berbekam, Muthiah ditanya oleh Dr. Nurlinah, "Bagaimana rasanya?" Jawab Muthiah, "Biasa-biasa saja." Hukhuk... Muthiah memang terlalu berterus-terang.


Pada 29 Jun, Muthiah ke Pusat Rawatan tersebut sekali lagi. Hukhuk... sebenarnya sepanjang minggu sebelumnya, Muthiah kurang bahkan TIDAK menjaga pemakanan. Ore Kelate ghoyak, 'Make kokse'. Puncanya ialah malas masak sementelah suami ada 5S dan bekerja di luar daerah. Akibatnya, kepala jadi pening. Maka, Muthiah pun berbekam buat kali kedua. Oh, kali ini hanya 6 poin di kepala. Alhamdulillah, rasa ringan dan lega berbanding sebelumnya. 


Malamnya, Muthiah mencari-cari info tentang bekam. Jom Muthiah kongsikan di sini.


Apa itu bekam?
Gambar diambil dari web HPA

Proses mengeluarkan darah toksik dari badan seseorang menggunakan jarum tajam/ pisau/ tanduk dll. 


Jenis bekam :

  • Bekam kering 

Hisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.

  • Bekam basah

Dilakukan dengan melukai permukaan kulit dengan jarum tajam. Darah toksik (disebut juga sebagai darah kotor) kemudiannya dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Prosesnya antara tiga hingga lima minit. 


Nota : Dinasihati agar tidak mandi selama 3 jam selepas berbekam. 


Dalil tentang bekam


'Kesembuhan itu ada pada 3 perkara iaitu; minum madu, sayatan pisau bekam, dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay.' Hadis Sahih al-Bukhari)


Waktu bekam 


Seeloknya dilakukan...

  • Sewaktu musim/ cuaca panas.
  • Pada pertengahan bulan Hijrah (17, 19 dan 21) - Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (tahun hijrah), maka dia akan sembuh dari segala macam penyakit.' (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani).
  • Pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.
  • Pada waktu tengah hari (cuaca panas)
Nota : Dinasihati tidak makan (makanan berat) 2 hingga 3 jam sebelum berbekam.

Siapa dilarang berbekam?

  • Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah.
  • Pesakit kudis.
  • Wanita mengandung.
  • Ketika mengalami haid.
  • Mempunyai masalah kulit yang serius.
  • Dalam keadaan yang sangat letih, lapar dan kenyang.
Nota : Bahagian tubuh yang dilarang untuk berbekam; mata, telinga, hidung, alat kelamin dan dubur.

Kelebihan berbekam
  • Menghilangkan pening dan migrain.
  • Membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Meringankan tubuh. 
  • Menajamkan penglihatan. 
  • Dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Sumber utama : pmr.penerangan.gov.my

Cukup setakat ini perkongsian Muthiah tentang bekam. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, Muthiah sarankan agar teman-teman dapat bertanya kepada mereka yang lebih arif. Info ini Muthiah cari di beberapa laman web ~ untuk pengetahuan diri sendiri asalnya. Moga mendapat manfaat daripadanya. 

Tanya Muthiah... insya-ALLAH, ada rezeki Muthiah ingin mengamalkan sunnah ini.

Isu?!

Muthiah bertanya dengan Dr. Nurlinah berkenaan penggunaan jarum sewaktu bekam. Iyalah. Khuatir bisa mendatangkan mudarat apabila dikongsi dengan ramai pesakit. Jawab beliau, "Satu jarum, seorang pesakit." Okey, lega. Moga ALLAH memelihara diri dari sebarang kemudaratan. 

Jom ^____^

Jom makan buah naga!

Assalammualaikum. 


Yuk...


Senyumlah ~ agar senang hati mata-mata yang memandang namun ingat! Berpada-pada juga agar senyum itu tidak mengundang fitnah.


Doa ~ kita bukanlah sesiapa sebenarnya. Tiada daya bagi kita melakukan sesuatu melainkan dengan izin-NYA. Ayuh, akrabkan diri dengan zikrullah... solat... doa dll.


Maaf dan memaafkan, berlapang dada ~ serah segala sesuatu pada PENGHITUNGAN ALLAH. Yakin! Percaya! Sesungguhnya DIA Maha Teliti... tiada keraguan lagi. Namun andai dizalimi, pertahankan hak sendiri sedaya mungkin. 


Bersangka baik ~ khuatir andai sangka buruk itu lahir dari hati yang kotor dan berkarat, kita bukan setakat menjauh daripada manusia tetapi ALLAH juga. Kita sangka kita bahagia dengan persangkaan buruk itu tetapi hakikatnya, hati kita tidak tenteram. ALLAH ada menghisab dan meneliti.


Bermulut elok ~hindari mengata, mengumpat, menyakiti hati... Tidakkah kita mahu menjadi hamba yang paling baik/ taat di sisinya? Kita berusaha. Hasilnya, biar ALLAH yang menentukan. Moga ILAH memelihara diri ini.


Okey. Cukup pemanasan blog untuk pagi ini. Jom, kita terus ke entri yang sebenarnya. Keh keh keh.
...
Baru-baru ini, suami telah membeli buah naga (dragon fruit)  yang sangat banyak. Gulp. Pertama kali Muthiah memakannya. POSITIF! Maka, Muthiah pun mencari-cari di internet apakah khasiat buah tersebut. Wah! Bagus untuk badan... Jom kita ketahui lanjut tentang buah-buahan ini ^_^
  1. Tergolong dalam spesis kaktus.
  2. Kaya dengan potasium, ferum, protein (mengurangkan metabolisme badan dan menjaga kesihatan jantung), serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), sodium dan kalsium (menguatkan tulang).
  3. Mengandungi zat besi (menambah darah), vitamin B1 (mengawal kepanasan badan), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit), fosferus (pertumbuhan tisu badan), vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
  4. Membantu meningkatkan daya tahan.
  5. Mengurangkan kadar metabolisme dalam badan manusia.
  6. Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
  7. Mengurangkan tekanan emosi.
  8. Meneutralkan toksid dalam darah. 
  9. Mencegah kanser usus.
  10. Mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah.
  11. Menurunkan kadar lemak dalam badan. 
Fakta ini Muthiah sumari dari laman web rasmi Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Moga mendapat manfaat daripadanya. Ayuh... kita sama-sama jaga kesihatan. Badan sihat, hendak beribadah pun selesa. Moga ALLAH merahmati.

^___^

Sakit jantung

Assalammualaikum. Entahlah. Sejak akhir-akhir ini, Muthiah berasa gusar dengan penyakit ini. Khuatir corak pemakanan yang tidak sihat menyebabkan Muthiah dan suami melorongkan diri kepadanya. Iyalah. Muthiah kan MasterChef di rumah. Tambahan pula...

I LOVE HIM MUCH THAN HE DOES ^___^

Jom baca. Muthiah petik dari web penerangan Malaysia. Sumber yang tertulis di web tersebut ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Afwan, Muthiah cuba dapatkan pautannya tetapi tidak berjaya.

SAKIT JANTUNG

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

SERANGAN PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".

FAKTOR PENYEBAB

Asap Rokok
  • Mempercepat pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan perasaan.
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi

Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak :
Sila kurangkan makanan di atas; Mentega, minyak sapi dan daging berlemak.
  • Mentega,
  • Minyak sapi,
  • Daging berlemak.
Kurang Bersenam

  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.

Darah Tinggi

  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis

Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung.

FAKTOR MENINGKATKAN KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG KORONARI

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG

  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
Jom makan saya dengan suka hati ^^
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
Jomlah makan saya juga :)
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Muthiah : Huhu... suka makan sambal tumis yang pastinya lebih enak jika dimasak pakai minyak yang banyak.

Ganbatte - treadmill!

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Hari ini, dapat menarik nafas lega sekejap. Hendak bersenang-lenang sepanjang hari. Tengok Hanazakari sambil kemaskini blog yang hampir bersawang ^___^

Hore... kerja yang dirancang sudah siap! Alhamdulillah. Sedang menunggu pengkhabaran daripada yang sepatutnya. Insya-ALLAH, sudah bersedia dengan sebarang ______ lagi, dan lagi. Doakan agar segalanya dipermudahkan ALLAH. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik, ALLAH-lah yang menentukan.

Alhamdulillah. Sekarang, sudah bersemangat untuk bersenam guna treadmill.

Di sebalik semangat ini, ada kisah sebenarnya....

Suami Muthiah begitu giat menggunakan treadmill. Satu hari, Muthiah berkata, "Abe, jika satu hari nanti Abe bertambah kacak, jangan lupa Muthiah di sini..." Suami tersenyum kecil. "Kalau begitu, exercise sekali. Kenalah slim." <- Peringatan untuk para isteri khususnya diri sendiri.

Rentetan daripada itu, Muthiah yang tidak pandang treadmill yang berada di sebelah meja makan walau sebelah mata, bersemangat waja menggunakannya. Hari pertama, 5 minit. Hari kedua, lebih 10 minit tetapi kurang 15 minit. Insya-ALLAH, akan terus istiqomah. Ganbatte!

Satu fakta kesihatan yang Muthiah perolehi dari page KKM :

Berjalan 1km = 1,250 langkah
Oleh itu berjalan 10,000 langkah bersamaan lebih kurang 7 hingga 8 km.

Berjalan dalam tempoh 20 minit yang merangkumi jarak sejauh 1.8 km membakar nilai kalori bagi sebiji pisang.

Berjalan dalam tempoh 30 minit yang merangkumi jarak sejauh 2.6 km membakar nilai kalori bagi sebiji karipap.

Jika kita berjalan dalam tempoh 60 minit yang merangkumi jarak sejauh 4.8 km akan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.

Berjalan 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuey tiaw goreng.

Kebiasaannya secara purata kita akan mendapat 100 langkah dalam masa seminit.

Okey. Jom kawan-kawan, kita bersenam sama-sama. Curi masa walau hanya 5 minit (Peringatan untuk diri yang selalu on off).

Muthiah : Sayang kerana ALLAH.

Mulut berbau


Assalammualaikum.

Hmmm... pernah atau tidak... kita merasakan orang tidak selesa berbual dengan kita? Ketepikan soal sikap atau cara kita berinteraksi. Boleh jadi ada sesuatu yang tidak kena pada mulut kita. Sedarkah kita?

Faktor penyebab :

1- Sisa makanan terlekat pada gigi. Kita pula tidak berapa berminat untuk membuang sisa makanan tersebut. Biarkan sahaja...

2.Gigi bermasalah (seperti berlubang contohnya) boleh menyebabkan makanan terlekat pada gigi dan gusi. Akibatnya, muncul bakteria yang menyumbang kepada bau yang tidak enak di samping menimbulkan iritasi pada gigi. Bagi yang menggunakan gigi palsu, pastikan gigi tersebut sentiasa bersih dan berada dalam keadaan baik. Dapatkanlah rawatan segera ;)

3.Mulut kering ~ Tanpa sedar, air liur sebenarnya membantu untuk membersihkan mulut kita. Mulut yang kering akan menyebabkan sel-sel mati berkumpul pada lidah dan gusi. Akhirnya, sel-sel tersebut membusuk dan menghadirkan bau yang kurang enak. Hmmm... merokok dan ubatan tertentu juga boleh menjadi penyebab mulut kering.Merokok dan ubat-ubatan tertentu juga boleh menjadi penyebab kepada mulut kering.


Cara mengatasi masalah mulut berbau

1- Biasalah... gosok gigi sesudah makan.

2- Gunakan dental floss untuk membuang sisa makanan pada celah-celah gigi. Doktor biasa pesan,bukan?

3- Buat pemeriksaan gigi. Dahulu, seorang adik dari fakulti pergigian pernah beritahu... sebaiknya setiap enam bulan sekali.

4- Banyakkan minum air kosong atau suam.

5- Ganti berus gigi setiap 2 atau 3 bulan sekali. Hehe... Muthiah ganti sebulan 2 kali...

6- Bersihkan gigi palsu. Tidak pakai sahaja sehingga kuning dan hijau jadinya...

7- Belakang lidah juga perlu diberus untuk menyingkirkan sel-sel mati, bakteria dan sisa makanan.

Obesiti (ii)


Cara memastikan tidak mengalami permasalahan obesiti

1- Mempraktikkan cara hidup sihat :
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan
rendah lemak.
o Makan secara sederhana.
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan
berjalan lebih kerap.
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam
sehari.


2- Kiralah BMI mengikut kesesuaian umur setiap tahun.

3- Segera dapatkan nasihat doktor/ pakar pemakanan/ pegawai dietetik jika mengalami masalah berat badan berlebihan.

Cara mengira BMI

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]



Rawatan yang boleh diambil

1. Pemakanan :

o Beri perhatian kepada apa yang dimakan.

o Untuk mengurangkan berat badan :
i) Kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
ii) Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik makan makanan yang dikukus/ dibakar.
iii) Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (seperti nasi dan mee).
iv) Kawal pengambilan makanan pada musim perayaan dan ketika makan di luar.
v) Kurangkan minum minuman bergas dan minuman manis.
vi) Baca label makanan yang hendak dibeli terutama kandungan kalori.


2. Aktiviti fizikal :

o Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta ("parking")
jauh dan bersenam semasa menonton TV.

o Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang sering diamalkan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.

o Sekiranya tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit atau kecederaan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.

3. Ubah tabiat hidup :

o Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).

o Letakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.

o Timbang berat badan sekali seminggu.

o Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal
yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

o Dapatkan sokongan daripada mereka yang berada dekat dengan kita.

4. Ubat-ubatan :
o Lazimnya, ubat-ubatan tidak dapat membantu dalam menurunkan berat badan (untuk jangka masa panjang).

o Jumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

5. Pembedahan :

o Rawatan pembedahan akan dipertimbangkan pada kes-kes tertentu.

o Rawatan khas adalah perlu jika mengalami komplikasi daripada penyakit
seperti diabetes dan hipertensi/darah tinggi.

Muthiah : Jom pakat jaga kesihatan...

Obesiti (i)


Obesiti???

Hmmm... berat badan akan bertambah apabila kita makan melebihi dari apa yang dibakar oleh badan kita. Kalori yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Sesungguhnya, obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan ini tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Lazimnya, ia akan terkumpul dan tersimpan di dalam badan selama beberapa bulan mahupun tahun.

Faktor Risiko Obesiti

1- Sejarah keluarga.
2- Masalah perubatan.
3- Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
4- Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (merangkumi tabiat pemakanan).
5- Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Punca obesiti

1- Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang
mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi.
2- Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam.

Kesan Obesiti

1- Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang
tinggi.
2- Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
3- Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
4- Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
5- Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
6- Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Muthiah : Pernah dan pernah....

Kolesterol

Assalammualaikum... Apa khabar, semua? Moga sihat dan ceria selalu. Muthiah? 'Ala kullihal, alhamdulillah. Petang tadi, sudah mula bersenam. Harap-harap, dapat istiqomahlah hendaknya.

Hmmmm... apa macam artikel tentang kesihatan?

Seronok :)
Membosankan :(

Apapun...marilah sama-sama kita melatih diri untuk menitikberatkan persoalan kesihatan... Antaranya ialah melalui pencarian informasi tentang kesihatan itu sendiri...

Apa itu kolesterol?

Dalam tubuh, terdapat lemak yang terdiri daripada kolesterol jahat yang biasa disebut sebagai LDL (Low Density Lipoprotein) - lemak ini dapat menempel pada pembuluh darah. Sedangkan kolesterol baik yang dikenali sebagai HDL (High Density Lipoprotein) merupakan lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh. Kolesterol normal dalam tubuh adalah 160-200 mg. Maka, penumpukan kandungan LDL harus dicegah agar tetap dalam keadaan normal.

Tips mengendalikan kolesterol

1- Diet

2- Makan makanan berserat - terdiri daripada gandum, kekacang, sayur-sayuran serta buah-buahan. Makanan jenis ini dapat menyerap kolesterol dalam badan dan mengeluarkannya dari tubuh.

3- Hindari alkohol ~ alkohol mudah menumpuk dalam darah.

4- Melakukan senaman secara teratur ~ bersesuaian dengan umur dan kemampuan.

5- Makan makanan anti-kolesterol.

Makanan anti-kolesterol

1- Soya :
i) Protien, lesitin, vitamin dan zat galian - dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.
ii) Kalsium dan mineral - membantu memecahkan lemak.

2- Kuaci
Zat besi - kekurangan zat besi menaikkan kadar kolesterol LDL sekaligus menghadkan kolesterol HDL.

3- Buah kering
Flavanoid - mampu menyingkirkan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Boleh didapati juga dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan delima.

4- Epal hijau (termasuk jusnya)
Dapat mengurangkan kolesterol dalam badan. Cadangan - makan sebiji epal sehari.

5- Ikan tuna
Termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 - melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.

6- Kacang tanah
Yang dipanggang mengandungi lemak sihat serta vitamin E.

7- Mangga
Banyak mengandungi vitamin C - Sumber lain : Belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi ~ Berupaya mencegah kolesterol LDL dlm tubuh.

8- Kismis
Mengandungi sebatian yang boleh menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh. Cadangan - amalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari.

9- Oat
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung. Cadangan - makan setiap pagi untuk menurunkan kolesterol dalam darah.

10- Jambu batu
Cadangan - disarankan diambil setiap hari (400gm) atau sebiji setengah selama 4 minggu.

Muthiah : Huhu... macam bercelaru pula. Kalau ada penambahan atau pembetulan, Muthiah amat alu-alukan.

Tekanan darah tinggi

Assalammualaikum...

Hmmm... perkongsian ilmu kesihatan hari ini ialah tentang tekanan darah tinggi. Moga-moga, dengan informasi yang sedikit ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, insya-Allah.

Apa itu tekanan darah tinggi?

Jantung bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga adalah berbeza.

Faktor penyumbang kepada tekanan darah tinggi :

1- Cara hidup tidak aktif.
2- Umur melebihi 35 tahun.
3- Merokok.
4- Kegemukan.
5- Paras kolesterol tinggi.
6- Sejarah keluarga.
7- Pengambilan alkohol yang berlebihan.
8- Pengambilan garam yang tinggi.

Tanda dan Gejala

1- Kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala.
2- Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.
3- Sakit kepala biasanya berlaku pada waktu pagi. Bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan)
4- Untuk memastikan atau mengesahkannya, periksalah tekanan darah di klinik berhampiran.

Kompilasi akibat tekanan darah tinggi

1- Otak :
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

2- Penyakit jantung :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy

3- Komplikasi pada mata :
o Pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

4- Komplikasi pada buah pinggang :
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).

5- Peripheral vascular disease :
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Rawatan :

1- Perlu mengubah amalan cara hidup ~ Amalkan gaya hidup sihat.
2- Amalkan permakanan sihat.
3- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol.
4- Melakukan senaman berkala.
5- Kurangkan berat badan jika berlebihan.
6- Atasi tekanan secara berkesan.
7- Berhenti merokok.

Muthiah : Jom semak kesihatan ~ http://hra.moh.gov.my/?lang=BM&mod=

Kencing manis

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Hmmm... hari ini, Muthiah ingin berbicara soal kesihatan. Kenapa? Sebab... mungkin kadang-kadang kita terlupa untuk menjaga kesihatan. Kita mungkin tahu tentang banyak perkara ~ ilmu agama, politik dan lain-lain tetapi tanpa sedar, kita telah mengabaikan soal kesihatan diri. Maklumlah, terlalu sibuk dengan itu dan ini. Afwan, Muthiah tidak begitu arif. Sekadar berkongsi serba sedikit daripada apa yang Muthiah baca dan mahu membuka minda semua agar turut menitikberatkan kesihatan diri. Muthiah sarankan rakan-rakan semua turut mencari informasi tentang (kesihatan) ini khususnya buat para isteri. Maklumlah, kitalah yang bertanggungjawab menyediakan makan pagi/tengah hari dan malam buat suami ;) Selamat membaca...

Kencing manis

Keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Mereka yang berpotensi

Sesiapapun boleh mendapat penyakit ini tetapi risiko lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan (gemuk) serta datang daripada keluarga/ keturunan yang ada mengidap penyakit ini.

Makanan yang patut dielakkan

Gula, gula melaka, coklat, jem, madu, sirap, aiskrim, biskut-biskut yang manis, susu pekat, minuman ringan, gula-gula jeli.

Bahan yang patut dikurangkan

Nasi, roti, ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu, jus, kelapa, daging kambing, buah-buahan jeruk, bahan-bahan tenusu

Makanan yang bisa dimakan

Serbuk lada, rempah, cecair – teh, kopi, jus tomato dan limau, sup cair, sayur - kacang panjang, kubis, bawang, timun, lobak merah, kangkung, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kubis, kacang bendi,terung, petola.

OK... Jangan lupa buat rujukan lain untuk mendapat informasi lebih terperinci ;)

Muthiah : Ya, Allah. Peliharalah diriku... suamiku serta ahli keluargaku daripada segala sesuatu yang memudaratkan...