Menanti Fajar Sidik

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Hari ini, terlewat mengemaskini blog. Bukan apa, siapkan kerja sedikit dahulu. Semakin berkobar-kobar. Harapan Muthiah agar target Muthiah kali ini tercapai. Caiyok-caiyok.

Baik. Promosi novel NUR hari ini adalah karya daripadaRaihan Zaffya, penulis yang tidak asing lagi. Novel pertama beliau berjudul Kasih Ke Syurga dan sudah sampai ke cetakan ke-2. Ehe.. Jom, dapatkan novel ini di pasaran. Jika tidak menemuinya di kedai buku, bolehlah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung di PWTC pada 22 April hingga 1 Mei ini. Kak Raihan pun ada cuma jadualnya, Muthiah tidak pasti. Insya-ALLAH, Muthiah akan kemaskini sebarang aktiviti Grup Buku Karangkraf dari semasa ke semasa.



Sinopsis :

MIA SAKINAH - Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tidak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan.

DANNY – Dia tercari-cari jalan pulang. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia mohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengembalikan harga diri yang telah tercalar.

Dapatkah niat Mia Sakinah dan Danny bersatu? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galanya…

Ayuh, dapatkan segera di pasaran ;)

Muthiah : Jom makan. Makan??

PBAKL 2011

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe... Jom... kita bersiap sedia ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk berkunjung ke...
Di mana? - PWTC.
Bila? - Dari 22 April hingga 1 Mei 2011.
Kemudian? - Jom ke Dewan Tun Dr Ismail, PWTC. Grup Buku Karangkraf sedang menanti anda si sana ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Takut....


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sudah masuk gear 2 dalam menyiapkan sesuatu. Hmm... Awalnya, Muthiah target kerja Muthiah ini selesai pada penghujung bulan Mac. Namun, atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, jadual Muthiah teranjak sehingga sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti. Ehe. Kelapangan, ayuh temui Muthiah di sana, insya-ALLAH.

Hari ini... Muthiah mahu coret-coret santai sahaja. Apa, ya?

Soalan mudah ~ Apakah tempat yang paling anda takuti untuk kunjungi?

1- Kawasan kubur? - Waktu kecil dahulu, selalu dimomokkan dengan kewujudan hantu atau roh di kawasan perkuburan. Nampak sahaja kubur, terus percepatkan langkah. Walhal, jika direnung dan dimuhasabah... mengingatkan kematian membuatkan kita makin dekat dengan ALLAH. Hiiii...

2- Bilik cikgu disiplin? - Muthiahlah empunya diri. Mengapa? Bila mana Cikgu Maznah panggil (Cikgu Maznah merupakan guru disiplin sekolah Muthiah dahulu), pasti ada kesalahan yang Muthiah buat. Apa? Tidak pakai pin tudung. 'Tidak roklah, cikgu.' Hmm... macam-macam budak-budak...

3- Rumah bakal mertua? - Iyalah. Boleh jadi setiap pergerakan kita diperhatikan. Aduh. Kalau mak mertua tidak berkenan, melepaslah untuk sehidup dan semati bersama si dia.

4- Asrama? - Kenapa? Banyak 'cerita' di asrama. Nampak hantulah. Sampai, hendak ke tandas tengah malam pun kena berteman. Kes bulilah. Kes senior belasah junior. Kes warden pukul pelajar. Kes curilah. Kes berkhalwat di kalangan pelajar. Aduh. Macam-macam ada. Memang menakutkan. Namun, apabila sudah berjaya melepasi 'rintangan' hidup di asrama ini... kita mungkin menjadi orang yang kuat. Macam Kamen Rider Kabuto ;)

5- Lebuh raya Karak? - Macam-macam cerita ada...

6- Disko/ tempat judi? - Iyalah. Tempat banyaknya berlaku maksiat. Takut terkena tempias sama. Hmm... di dalam taman, tepi tangga, rumah bujang pun sekarang sudah ada.

7- Kedai kopi? - Selain kena belanja orang yang suka dibelanja, silap hari bulan boleh termakan daging saudara sendiri alias mengumpat!

Hmm... Apa lagi, ya? Ada tambahan???

Oh... Ada satu lagi. Mana? SPRM.... Huhuhu....

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku, dia dan mereka yang aku sayangi daripada azab api neraka... juga mereka yang menzalimi...
Labels: 0 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 5 - Samb.)


‘YA, ALLAH. Berilah aku kekuatan...’ rintihku sayu sesudah menunaikan solat sunat taubat. Begitulah rutinku setiap kali merasakan diriku melakukan kesalahan. Aku rasa bersalah pada diri sendiri tetapi tidak dapat kukenal pasti di manakah silapnya? Yang pasti, perasaan bersalah menyelubungi hatiku. Aku memuhasabah diriku. Mengapa aku tidak mampu menjadi setabah mak?

Pantas benar masa berlalu. Esok aku akan kembali ke kampus. Tidak puas rasanya bersama mak. Tempoh tiga hari di kampung halaman kurasakan begitu singkat. Sepanjang tempoh ini jugalah Nasrul tidak pulang ke rumah. Timbul rasa kesal di dalam hati tatkala melihat riak wajah mak yang khuatir terhadap keselamatan Nasrul.

Nasi tidak dijamah menyebabkan aku juga menjadi tidak berselera untuk makan. Sekejap dia menuju ke jendela. Sekejap dia turun ke tanah. Mana tahu kalau-kalau Nasrul menyorok di bawah rumah. Waktu kecil dahulu, Nasrul sering bersembunyi di bawah tangga tatkala dimarahi ayah. Dia akan duduk diam-diam sehingga mak datang mencarinya. Kemudian, anak kecil itu didukung mak dengan penuh kasih sayang. Tidakkah Nasrul ingat?

“Bila Asha nak balik rumah lagi?” tanya mak ketika menghantarku ke jalan utama. Ketiadaan Nasrul menyebabkan aku perlu menaiki bas ke Kota Bharu. Perjalanan dari rumahku ke bandar KB mengambil masa hampir satu jam. Jadi, aku perlu turun awal agar tidak terlalu lewat sampai ke stesen bas.

“Insya-ALLAH... jika tiada aral, Asha balik bulan depan, mak,” kataku sambil memandang tepat matanya. Aku melirik baju yang dipakai mak. ‘Baju lusuh itu juga yang disarungnya,’ bisik hatiku.

Bulan sudah, aku menghadiahi mak sehelai jubah yang kubeli di Butik Mawaddah. Namun, mak hanya memakainya tatkala menghadiri majlis keraian. Kata mak, baju itu terlalu cantik untuk dipakai sehari-hari. Takut rosak dan lusuh. Aku tidak berkata apa-apa. Biarlah mak... asal dia bahagia.

~bersambung~

Jika semua orang tidak amanah!


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat bahkan bertambah sihat. Ada yang cakap, Muthiah nampak semakin berisi. Bermakna, sesi diet bermula. Hmm... minggu hadapan. Hihi...

Baiklah. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi pengalaman mengisi petrol di stesen minyak di Setiu (ada beberapa stesen minyak di sana). Mana satu? Adalah.

Begini... pada 26 Mac 2011, jam 10.00 malam... Jeng jeng jeng...

Muthiah dan suami telah ke stesen minyak... Hendak isi petrol, di samping membeli topup Maxis. Hmm... ada 2 peristiwa yang agak mendukacitakan Muthiah.

1- Beli Maxis RM10, tetapi dikenakan caj tambahan.

Pasal ini, Muthiah okey lagi. Sebab, pernah dengar juga membaca/ mendengar kisah cas tambahan jika hendak membeli topup di sesetengah tempat. Namun, pelik juga. Di stesen minyak pun kena juga?

2- Nilai petrol di pam lain, cashier cakap lain.

Yang ini, Muthiah kecewa. Bukan sebab sen yang ditipu tetapi sikap cashier yang tidak jujur dan amanah.

Meskipun duit lebih HANYALAH RM0.70, adalah tidak wajar dia berbuat demikian. Kalau seorang pelanggan dia dapat RM0.70... bagaimana halnya jika 100 orang pelanggan? Bukan hendak berkira tetapi jika dibiarkan sahaja, dikhuatiri jadi amalan dan tabiat. Duit itu pula digunakan untuk kegunaan sendiri. Nampak kecil tetapi bukankah RM0.70 itu juga yang akan menjadi darah dagingnya? Penghitungan dengan manusia yang ditipu dan TUHAN lagi...

Ceritanya begini... Kami mengisi minyak di ...

Oleh sebab suami yang mengisi petrol di bahagian pam, Muthiah hanya tunggu di kaunter (tunggu duit baki). Kemudian, si jurujual memberitahu. "RM60." Muthiah pun baliklah. Namun, entah macam mana... Muthiah hendak tengok nilai di pam. Aik. Hanya RM59.30? Kenapa cakap RM60?

Muthiah bertanya dengan suami. "Berapa?" Suami menjawab, "RM59.30." Agak lama Muthiah berdiri di situ. Jurujual pula hanya memandang Muthiah tanpa berbuat apa-apa. Muthiah pun segera bertemu dengan jurujual tersebut. Pandai pula dia memulangkan baki RM0.70. Tidak payah minta. Dia sudah sedia tahu. Hmm...

Pokok persoalan di sini bukanlah nilai RM0.70. Beli nasi minyak sebungkus pun tidak cukup. Namun, tentang sikap manusia itu sendiri. Bayangkan...

  • Jurujual bersikap begini... Ambil diam-diam. Bagi yang tidak sedar, selamatlah sekejap (di dunia). Duit itu pula digunakan untuk membeli makanan. Apabila makan makanan haram, bagaimana jadinya?
  • Pegawai bersikap begini... Masih ingat isu pekerja bank yang ditahan badan pencegah rasuah sebab tidak amanah? Dia ambil, bukannya banyak pun atas satu-satu transaksi. RM0.01 sahaja. Akan tetapi, apabila melibatkan berjuta traksaksi, berapa yang dia dapat? Pokoknya, duit itu tetap haram walau mungkin pelanggan tidaklah berkira dengan RM0.01 yang dikebas.
  • Bagaimana pula kalau pemimpin masyarakat yang bersikap begini? Kitalah yang membuat pilihan. Aik. Macam kempen pilihan raya pula. UNDILAH SAYA ;)

Jadi di sini...

Apabila isi minyak di petrol pam, tengok-tengoklah juga nilai di pam. Sekiranya tidak sama dengan yang dinyatakan jurujual. Tanya kembali kepada sang jurujual. Mungkin dia tersilap. Atau mungkin, memang ada something wrong somewhere. Sebolehnya, tegurlah jurujual yang tidak amanah. Bukan apa. Khuatir kalau dibiarkan, dia akan berterusan begitu.

Ketahui hak anda!

Okey. Selamat tengah hari ;)

Muthiah : Hmm... ada sesuatu yang sedang dipendam. Hiii...

Cadar fitted (merah jambu)

Assalammualaikum. Apa khabar? Alhamdulillah, Muthiah selamat sampai di Taiping pada Ahad malam. Letih tetapi seronok. Sebab...

  • Dapat balik kampung.
  • Dapat jalan Rantau Panjang (ada target barang untuk masa akan datang).

Insya-ALLAH, mulai esok Muthiah akan kembali aktif di blog dan seperti biasa... buat blogwalking (walaupun acap kali 'lupa' meninggalkan jejak). Sayang semuanya.

Hmm... Idea banyak tetapi mood menulis kurang. Apa kata kalau Muthiah kongsikan alias ehe... promosi cadar yang baru Muthiah beli. Jika ada yang berminat, boleh maklumkan ya ;) Jeng jeng jeng...

Cadar fitted. Suka suka suka ;)

Antara kelebihannya : Tidak berkedut.

Selamat bekerja :)

Muthiah : Insya-ALLAH, akan mula 'bekerja' hari ini.
Labels: 2 comments | | edit post

Debu-debu dosa

Assalammualaikum. Apa khabar, semua?

  • Pejam celik pejam celik, sudah bulan April rupanya.
  • Pejam celik pejam celik, usia kita pun semakin bertambah.
  • Pejam celik pejam celik, uban sudah tumbuh di kepala.

Satu soalan cepu emas...

  • Siapa yang menangis malam tadi?
  • Kenapa boleh menangis?
  • Siapa yang menangis kerana mengenangkan dosa dalam diri?


Ayuh. Jom kita saling mengingatkan. Hidup ini tidak lama. Tengok-tengok, jasad sudah berada di dalam keranda. Terbaring kaku tanpa boleh berbuat apa-apa.

Masih ada manusia yang kita sakiti hatinya?
Masih ada hutang yang belum berbayar?
Masih ada amanah yang belum dilunaskan?

Moga-moga, kita kan dipilih TUHAN sebagai salah seorang hamba yang mendapat rahmat daripada-NYA.

Muthiah : Sayang...

Dia Tidak Berdosa


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Selamat berhujung minggu. Macam mana kondisi hati? Ada baik? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik sahaja. Berusaha untuk menjadi selalu optimis, positif dan bertenaga. Ganbatte ;)

Okey. Novel NUR pilihan hari ini ialah....

Dia Tidak Berdosa


Sinopsis

Kemelut hidup Nur Khalidah, wanita mualaf yang terpaksa memilih antara dua. Dia nekad memilih agama Islam kerana itulah pegangan yang dia percaya. Namun, keluarga yang ditinggalkan sentiasa mengungkit kisah lama; dia anak angkat yang tidak mengenang budi. Tapi jauh di sudut hati, mereka tetap dirinduinya. Sayang sekali... hidup Nur Khalidah tidak tenang. Bayang-bayang noda itu sering menghantuinya siang dan malam. Siapakah yang sakit melihat kebahagiannya?

Penulis : Putri Andalas

Info lain. Huhu... Tidak Muthiah temui tetapi ada promosi tentang beliau di dalam poster ini. Jangan lupa dapatkan novel ini pasaran ;)


Muthiah : Jom kita saling membantu ;)

Mencari Naurah (Bab 5 - Samb.)


“Alah, mak! Bukannya banyak pun! Arul nak minta RM50 sahaja!”

Tersentak aku daripada lamunan tatkala mendengar suara keras Nasrul, adikku. Hanya dia yang tidak ke mana-mana, setia menemani mak di rumah kami.

“Mak tak cukup duit,” kedengaran suara mak sayup-sayup.

“Mak asyik beri alasan aje. Untuk Ady, Ila... mak tak berkira pun. Arul tahu semalam Mak Cik Munah bayar duit kuih. Bagilah sikit, mak. Arul betul-betul nak guna duit tu,” pujuk Nasrul tetapi dalam intonasi yang dikeraskan.

“Tak boleh, sayang. Mak kena hantar sedikit kepada Ila. Ila nak pakai duit,” mak memandang Nasrul, mengharapkan pengertian.

Hatiku menggelegak mendengar perbualan Nasrul dan mak. Tidakkah dia sedar bahawa dia sedang berbicara dengan seorang mak? Insan yang telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari dan melahirkannya ke dunia ini.

“Mak... Ini kali terakhir Arul minta. Mak nak bagi atau tidak?” Nasrul seolah-olah memberi amaran kepada mak.

“Mak tak cukup duit, sayang. Insya-ALLAH... minggu hadapan mak bagi. Mak kena kumpul duit dahulu,” mak masih tidak berputus asa memujuk Nasrul.

“Ah, sudahlah! Aku tahu Mak ada duit...”

Panggggg.... tidak dapat sabar dengan Nasrul yang semakin keterlaluan, aku menampar pipi kanannya.

Kaget dengan tindakan di luar kawalanku, mak segera menghampiri kami. Dipegang dadaku dan dicium pipiku bertalu-talu. Kulihat titik-titik jernih mengalir dari kelopak matanya. Mak tidak berkata apa-apa pun.

“Hah! Kau jangan masuk campur. Buat apa kau balik hah? Menyusahkan orang aje!” Nasrul menengkingku pula.

“Kau...” Nasrul menghala jari telunjuknya ke arah mukaku. “Sudah tahu mak tak ada duit, nak masuk universiti juga. Berilah peluang kepada adik-adik yang lain. Dasar perempuan yang pentingkan diri sendiri. Cepat! Bagi aku duit.” sambungnya lagi dalam nada sinis.

Panggg.... kali ini, mak pula menampar pipi kiri Nasrul. Kedengaran jantungnya berdegup kencang. Mungkin terlalu marah dengan sikap Nasrul yang keterlaluan terhadapku. Itulah mak! Seringkali mampu bersabar tatkala Nasrul bersikap biadap terhadapnya tetapi kesabaran itu hilang sekiranya Nasrul semakin melampau terhadap orang lain.

“Anak derhaka!” ungkapku dengar tidak dengar.

“Apa kau cakap?” Nasrul bertanya.

“Anak derhaka! Jangan harap kau dapat bau syurga apabila buat mak macam ini,” aku menambah.

“Kau ingat kau dah cukup baik? Sudahlah...kau kan dah jadi orang KL.” Nasrul membalas, tidak mahu mengalah.

“Sekurang-kurangnya, aku tak lawan cakap mak.” Aku masih mahu melawan.

“Sudah, sudah. Jangan bergaduh! Arul ambil duit ini. Pergilah Arul hendak pergi mana,”

Mak segera mematikan pertelingkahan kami sambil menghulurkan not RM50 seperti mana yang diminta oleh Nasrul.

Segera Nasrul beredar sambil menjeling tajam ke arahku.

“Pirah...” Nasrul menjerit perlahan.

“Sudah besar panjang hendak minta duit mak lagi. Tak tahu malu,” aku tetap tidak berpuas hati. “Tak ke manalah diri awak, Rul. Baik jadi anak dara, tunggu orang masuk meminang,” tambahku lagi. Kali ini, nafsu amarah telah menguasai diri. Syaitan laknatullah begitu setia memainkan peranannya. ‘Bagus... hebat, Natasha! Luahkan api kemarahanmu.’ Mungkin itulah yang dibisikkan musuh umat manusia ini.

“Sabar, sayang.” mak memujukku lembut. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipiku dengan jemarinya yang kasar.

“Arul dah keterlaluan, mak,” ucapku teresak-esak. Air mataku mengalir deras. Umpama air bah di Sungai Nerus, Hulu Terengganu. Semakin kutahan, semakin laju alirannya.

“Menangislah, sayang,” mak bersuara lagi sambil mengusap rambutku yang panjang mengurai. Dia mencium pipiku berkali-kali. Aku tahu, dia cuba menenangkanku.

~bersambung~

=)

Assalammualaikum. Apa khabar, semua. Alhamdulillah, Muthiah sihat. Mak pun semakin baik. Insya-ALLAH, jika semuanya OK... hari ini dapat keluar hospital. Doakan, ya ;)


Hmm.. Hendak tulis apa? Afwan. Masa agak mencemburui. Sebenarnya, banyak yang hendak dikongsi. Sesuatu yang insya-ALLAH, boleh diambil dari sisi positif dan dibuat pedoman. Insya-ALLAH, balik Taiping nanti, ya ;)


OK... Sebelum beransur dari sini ...

Setinggi-tinggi tahniah Muthiah ucapkan kepada Kak Raihan Zaffya atas kelahiran novel kedua beliau. Ayuh, teman-teman. Dapatkan segera di pasaran - MENANTI FAJAR SIDIK.


Selamat berpuasa bagi sahabat-sahabat yang sedang berpuasa.


Hmmm... JAGA DIRI HIASI PERIBADI. Kitalah yang membuat pilihan. Mahu menjadi manusia yang baik atau sebaliknya. Letaklah ALLAH di tempat tertinggi dalam hati kita. Payah! Cakap memang senang tetapi tidak salah memotivasi diri begitu, bukan?


Salam sayang daripada Muthiah ;)

Labels: 2 comments | | edit post

Kriteria teman


Assalammualaikum. Pertamanya, Muthiah ingin mengucapkan :

  • Selamat bekerja...
  • Selamat mengajar bagi pendidik...
  • Selamat belajar bagi para pelajar...
  • Selamat menguruskan rumah bagi suri rumah...
  • Selamat dan selamat. Moga kita semua kan selamat di dunia dan akhirat.

Hmm... masih lagi berada dalam mode kurang aktif menulis. Ehe. Apapun, kitalah yang membuat pilihan, bukan?


Facebook oh facebook. Macam-macam boleh dilihat di facebook. Macam-macam ada. Kadang-kadang, tidak perlu beli surat khabar. Ada yang sudi berkongsi informasi tentang hal ehwal semasa. Satu persoalan, apakah kriteria teman yang membuatkan kita tergerak hati untuk menambah seseorang sebagai salah seorang kawan kita?

  • Cantik/ kacak. Sedap mata memandang. Betul?
  • Kawan sekolah/ kolej/ U dan yang seangkatan dengannya. Dengan kata lain, berjejak kasih.
  • Kawan sekerja. Mudah kalau hendak meluah ketidakpuasan hati terhadap sesiapa tetapi ingat, jangan tambah bos sebagai teman.
  • Kenal satu kampung. Mudahlah kalau ada apa-apa.
  • Orang glamor. Macam artis... ahli politik.
  • Rakan penulis. Ehe. Boleh bertukar-tukar fikiran dan belajar daripada mereka yang berpengalaman.
  • Tambah siapa sahaja. Yang penting, jumlah kawan kita ramai.
  • Dia kuat bergosip. Memudahkan kita mendapat maklumat terkini.
Apa lagi, ya? Baik. Muthiah hendak tengok mama Muthiah dahulu. Nanti, kalau ada idea... kita sambung ;)

Wassalam ;)
Labels: 4 comments | | edit post

3D Burst (Episod 3)

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah sekarang berada di Hospital Kuala Terengganu. Insya-ALLAH, mama Muthiah akan menjalani pembedahan pagi ini. Doakan semuanya dipermudahkan ALLAH, ya.

Hmm... tidak tahu hendak tulis apa. Jom, layan. Komik yang ditulis oleh adik lelaki Muthiah yang nombor 3.


Selamat bekerja ;)

** Episod terdahulu : (1) dan (2)
Labels: 0 comments | | edit post

Ainul Mardhiah

Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu. Apa khabar? Masak apa pagi ini? Apa?? Makan di luar? Ehe. Tidak apa. Sekali-sekala, apa salahnya. Muthiah pun selalu buat. Hihi...Hari-hari, dikhuatiri botak kepala. Hmm.. tidak apa. Duit banyak. Okey ;) Selamat menjamu selera.

Dahulu... masa Muthiah belajar di UM. Muthiah ada cemburukan seseorang.

  • Siapakah dia?
  • Mengapa sampai begitu sekali?


Hmm... entahlah. Automatik perasaan itu menjelma. Bukan hendak tetapi ia datang sendiri. Namun, inilah ketetapan, bukan? Telah disediakan bidadari-bidadari buat mereka yang bertakwa. Jadi...

Buat sisi diri...

  • Berusahalah untuk menjadi hamba/ isteri yang terbaik.
  • Dekatkan diri dengan ALLAH agar terhindar perasaan yang tidak sepatutnya.
  • Mohon kekuatan daripada-NYA untuk menempuh segala dugaan di atas muka bumi ini.

Kadang-kadang, bahkan acap kali... setiap kali gembira, kita lupakan DIA tetapi... bilamana dirundung duka, terkial-kial kita mencari TUHAN. Moga Muthiah kan sentiasa diingatkan tentang ini. ALLAH-lah segalanya saat suka dan duka. Harapnya, sahabat-sahabat pun begitu ;)

Muthiah : Ya, ALLAH. Kurniakan aku.. dia dan mereka kesucian hati dan jiwa ...

Terucap Syahadah

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah sebenarnya dalam perjalanan balik ke kampung. Ibu Muthiah akan membuat pembedahan tonsil. Doakan semuanya selamat, ya. Insya-ALLAH Muthiah akan berada di kampung halaman selama seminggu.

Okey. Promosi Novel NUR minggu ini. Jeng jeng jeng...

Terucap Syahadah



Sinopsis

Takdir telah menemukan Ain dan Alvin. Jalinan persahabatan itu membawa Ain ke dunia kongsi gelap Alvin yang sentiasa mengancam keselamatannya. Namun, itu tidak membawanya jauh daripada Alvin. Apatah lagi, Alvin sentiasa ada di sisinya apabila dia memerlukan pertolongan. Akhirnya, persahabatan yang terbina bertukar kepada rasa cinta.

Ada sesuatu yang menghalang cinta mereka iaitu perbezaan agama. Walaupun Alvin bersetuju untuk memeluk agama Islam demi cintanya pada Ain, namun Ain masih tidak boleh menerima lelaki itu. Baginya, Alvin tidak seharusnya menerima Islam hanya kerana dirinya. Bagi Ain, jodoh itu ketentuan ALLAH. Dia yakin dan amat pasti, saat itu akan tiba jua.

Maaf. Tiada facebook atau blog penulis Muthiah temui. Cuma, kalau hendak kenal tuannya, bolehlah jengah ke sini ~ Lydia Nazura.

Selamat membaca dan semoga mendapat manfaat daripadanya ;)

Muthiah : Moga kita semua kan sentiasa berada di atas jalan-NYA.

Mencari Naurah (Bab 5 - Samb.)


“ASSALAMMUALAIKUM. Mak, Asha dah balik,” jeritku dari muka pintu. Kelihatan tingkap rumah telah dibuka menandakan ibu sudah bangun. Setiap pagi, seawal jam 3.00 pagi, ibu sudah terkocoh-kocoh di dapur. Sesudah subuh, dia perlu menghantar kuih-muih dan nasi minyak ke beberapa buah kedai makan sekitar kampungku.

Untuk berniaga sendiri, mak tidak mampu. Kudratnya tidak mengizinkannya menjadi seperti dahulu... waktu muda-muda dahulu. Mak dan arwah ayah sama-sama berniaga. Tidak kira pagi mahupun malam. Waktu pagi, mak akan menjual nasi di pasar pagi. Malamnya pula, dia akan berniaga di pasar malam.

“Asha... bila sampai?” Mak menyapa dari arah belakang.

“Assalammualaikum, mak. Asha baru aje sampai.” Aku ulangi salam yang diberi lantas mencium tangan makku yang semakin lanjut usianya. Terasa kedut-kedut pada jari-jemari tua itu.

Tahun ini, genap usia mak 51 tahun. Meskipun sudah melebihi usia setengah abad, mak nampak masih bertenaga walaupun kudratnya tidak sekuat waktu muda-muda dahulu. Baju yang dipakai mak kelihatan lusuh. Sayu hatiku dibuatnya. Aku tahu, baju itu telah dihadiahi arwah ayah sebelum dia kembali ke rahmatullah. Sebab itulah mak sentiasa memakainya.

Mungkin untuk melepaskan rasa rindu di dalam jiwanya. Ditambah dengan putera puterinya yang berada jauh di perantauan. Aku di Kuala Lumpur. Lapan jam perjalanan untuk sampai ke rumah. Jadi, jarang sekali dapat bertemu dengan ibu. Adik bongsuku, Adilla pula melanjutkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar manakala Efendy merantau jauh ke Timur Tengah. Aku begitu kagum dengan kekentalannya berada di negara orang.

~bersambung~

Anda juga seperti SAYA!

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah, sihat.

Perkembangan kerja?
Alhamdulillah, walaupun berlangsung agak perlahan. Doakan, ya.

Perkembangan hati?
Alhamdulillah, semakin tenang sehari-hari. Moga dipelihara ALLAH selalu.

Perkembangan rumah tangga?
Alhamdulillah, syukur atas segalanya. Moga berkekalan begini hendaknya ;)


Ehe. Terlewat pos entri hari ini. Hendak tulis apa, ya? Hmm... tidak ada idea tetapi, ada satu kata-kata menarik yang Muthiah baca di wall seorang akhi di Facebook. Ungkapan tersebut berbunyi ...

Saya bukan ustaz tapi saya boleh baca Quran dengan tajweed
Saya bukan ustaz tapi saya boleh baca hadith Nabi SAW
Saya bukan ustaz tapi saya boleh jadi imam solat
Saya bukan ustaz tapi saya hafal Quran (sikit-sikit)
Saya bukan ustaz tapi saya boleh ajak org lain suka kepada ISLAM

... Hey! Bukankah ANDA juga seperti saya?

~Ammar Mohd Zain~

Apakah yang kita boleh renungkan di sini?

Satu kesimpulan yang boleh Muthiah buat, kita semua adalah PENDAKWAH yang mengajak manusia kepada ALLAH ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Jalan-jalan hujung minggu ;)

Assalammualaikum. Apa khabar? Bagaimana dengan hujung minggu yang lalu? Alhamdulillah.

Pertama : Dapat makan Radix Fried Chicken di Ipoh. Ehe. Promsi RFC sekejap, boleh? Marilah kita sama-sama menyokong produk Muslim. Kalau bukan kita, siapa lagi? Muthiah yakin. Satu hari nanti, RFC akan berkembang maju dan dapat bersaing dengan...

Kedua : Dapat jalan-jalan ke Istana Kellie yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM4. Untuk kanak-kanak, Muthiah tidak pasti. Jom jalan ;)


Apabila mula-mula sampai, beginilah pemandangannya. Ruang dalam rumah agak unik, luas dan berseni.

Rumah awal Kellie sebelum runtuh akibat perang dunia ke-2. Hendak tahu lanjut, boleh tengok Wikipedia, ya ;)

Pokok ini dinamakan sebagai Pokok Beruang. Mungkin bentuknya menyerupai beruang.

Ketiga : Dapat bersama dia saat senang dan susah ;)

Walau di mana kita berada, ayuh bersihkan hati daripada sesuatu yang tidak sepatutnya. Orang lain tidak rugi apa-apa. Kitalah yang kelak menerima tempiasnya ...

Muthiah : Jadi pegawai pelancong pula hari ini. Hiiii...
Labels: 4 comments | | edit post

Minta tolong... tolong... tolong...


Assalammualaikum. Siapa-siapa yang tahu... hendak mendengar secara berterusan setiap kali habis satu-satu surah? Sebagai contoh, kita hendak dengar semua surah dari juz 30. Macam mana hendak buat automatik? Jasa baik sahabat-sahabat, amatlah Muthiah hargai.

Jazakallah ;)
Labels: 0 comments | | edit post

Penulis Perancis didakwa tiru karya Hemingway

Assalammualaikum. Apa khabar? Apa macam... sudah bersedia untuk menjalankan amanah di tempat kerja? Hmm... banyak berat pula apabila istilah amanah digunakan tetapi itulah hakikatnya. Sebagai pekerja, kita punya amanah terhadap tugasan yang diberikan kepada kita. Bagaimana halnya dengan amanah kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini?

Baiklah. Entri hari ini Muthiah salin bulat-bulat dari Berita Harian Online. Moga kita kan mendapat info daripadanya. Selamat membaca ;)

Penulis Perancis didakwa tiru karya Hemingway


JANUARI 2011 mungkin tercatat sebagai ‘bulan bencana’ bagi wartawan terkenal yang juga penulis laris di pasaran Perancis, Patrick Poivre d’Arvor atau lebih dikenali sebagai PPDA, apabila dia berhadapan dengan dua skandal plagiarisme dengan satu daripadanya sudah dibawa ke mahkamah. Awal Januari lalu, PPDA dituduh memplagiat 100 halaman daripada 258 halaman buku Along With Youth: Hemingway, The Early Years karya penulis Amerika, Peter Griffin yang terbit pada 1985.

Halaman yang diplagiat itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada manuskrip bukunya, Hemingway, la vie jusqu’à l’excès dan dijadualkan terbit pada 17 Januari lalu, namun penerbitannya ditangguhkan selepas akhbar mingguan Perancis, L’Express mendedahkan skandal plagiat yang memalukan itu.

L’Express dalam pendedahan berkenaan, mencetak salinan asal buku Griffin bersebelahan dengan manuskrip PPDA yang memperlihatkan deskripsi serupa kedua-duanya, bagi menjelaskan mengenai rawatan dan pembedahan yang dialami oleh Hemingway akibat luka tembakan.

Penulis Perancis itu seakan-akan tidak mampu menepis dakwaan terbabit apabila penerangan PPDA mengenai bau antiseptik dan darah di klinik hinggalah kepada watak doktor berbangsa Itali yang menawarkan Hemingway meminum cognac - sejenis wain sebagai antiseptik, juga serupa. PPDA bagaimanapun menafikan wujudnya plagiarisme, sebaliknya dia tidak menafikan menjadikan buku Griffin itu sebagai rujukan, selain menyifatkan tuduhan itu adalah satu kesilapan kerana dia menghabiskan masa selama setahun untuk membuat penyelidikan.

“Hanya tiga kesalahan, fail yang berkecamuk, tidak membaca pruf yang dihantar editor dan tidak membuka salinan buku yang dihantar,” katanya. Kes terbaru ini sebenarnya menambahkan lagi catatan hitam dalam resume PPDA yang sebelum ini, didapati bersalah memalsukan temubual dengan pemimpin Cuba, Fidel Castro dan mendakwanya sebagai ‘berita ekslusif, sedangkan apa yang dilakukan memanipulasikan rakaman sidang akhbar pemimpin itu.

The New York Times, Francenews 24 & timesonline turut mendedahkan, PPDA juga pernah didenda dan dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Perancis kerana menerima hadiah dan cenderamata daripada ahli perniagaan yang berkepentingan. Syarikat penerbitannya, Atrhaud mendakwa 100 halaman daripada buku Griffin yang terkandung dalam manuskrip PPDA adalah ‘draft akhir yang belum diputuskan’ yang didedahkan secara tidak sengaja pada Disember lalu, manakala penerbitnya, Oxford University Press, akan melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan selepas itu.

Tidak lama selepas skandal plagiat berkenaan, PPDA berhadapan dengan saman oleh bekas kekasihnya Agathe Borne, kerana memplagiat surat-suratnya dengan menerbitkannya sebagai sebahagian daripada isi kandungan novel PPDA yang terbit pada 2009, dan tuduhan itu menyebabkan penulis Perancis itu diheret ke mahkamah, baru-baru ini. Undang-undang Hak Cipta di Perancis atau disebut ‘droit d'auteur’ mencatatkan jika didapati bersalah, penalti 300,000 euro (RM1.2juta) akan dikenakan dan penjara tiga tahun, manakala kesalahan secara berkumpulan akan menyebabkan pelakunya didenda 500,000 euro (RM2.07juta) dan penjara lima tahun.

Bagi kes PPDA, tindakan undang-undang mungkin dibuat di Amerika Syarikat dan mengikut undang-undang negara itu, kesalahan plagiat menyebabkan pesalah didenda tidak lebih 500,000 dolar US (RM1.5juta) atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duannya untuk kesalahan pertama atau denda tidak melebihi 1 juta dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berulang. Perancis adalah negara yang menerima pakai Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni 1886, selain kesedaran masyarakat di Eropah berkaitan dengan isu plagiarism sangat tinggi berbanding di Malaysia, tetapi hal terbabit tetap berlaku.

Tidak ramai penulis Malaysia yang berjuang di mahkamah apabila karya mereka diplagiat, meskipun kes plagiat karya kreatif seperti cerpen kerap berlaku, malahan sorotan Akta Hak Cipta 1987 menunjukkan hanya satu peruntukan dalam seksyen 36 (1) berhubung perkara terbabit. Akta itu antara lain menyebut bahawa pelanggaran hak cipta terjadi apabila seseorang yang tidak memegang hak cipta melakukan atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta di bawah akta itu.

Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 pula menggariskan mereka yang melakukan plagiarisme boleh didenda tidak melebihi RM10,000 setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali (bagi kesalahan pertama). Walaupun termaktub demikian, kedua-duanya kelihatan sangat longgar, apatah lagi jika dibandingkan dengan penalti kesalahan cetak rompak yang terkandung dalam akta sama, mengenakan denda minimum RM2,000 dan satu denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan.

Di bawah seksyen yang sama, turut menggariskan mereka yang melakukan muat turun daripada internet secara haram boleh dikenakan penalti lebih tinggi dengan denda tidak lebih daripada RM250,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun.

Muthiah : Belajar dan belajar daripada kesilapan. Jom...

Doa seorang kekasih

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Senyumlah walau ada yang tidak menyukainya. Iyalah. Hati manusia macam-macam. Ada yang bersih, ada yang berkarat. Cuma, janganlah kita biarkan hati kita tergolong dalam hati yang ....

Hmm... hendak tulis tentang apa, ya? Oh, ya tetapi sebelum itu Muthiah ingin berkongsi sesuatu. Ehe... Insya-ALLAH, dalam 2 minggu lagi, kerja fasa pertama Muthiah akan siap. Rasanya, dalam 1 minggu untuk fasa terakhir. Doakan dipermudahkannya.

Lama pula tidak layan lagu di Youtube. Sebab sekarang, Muthiah asyik duk layan lagu dekat QE ;) Rasa tenang jiwa. Jomlah, kita sama-sama menghayatinya.

Baik, hari ini... Muthiah hendak pos lagu ini. Harap-harap, bagi yang mendengar lagu ini... tidaklah sampai tersengih sorang-sorang. Eh, boleh senyum tetapi tidaklah terlampau-lampau. Khuatir lagu yang baik senikatanya menjadi tuba buat jiwa. Betulkah perkataan tuba? Sebab kamus online tidak dapat digunakan hari ini.


Ambil yang baik... yang tidak... buang jauh-jauh. Kalau tidak mampu membuangnya, abaikan sahaja. Selamat berhujung minggu ;)

Muthiah : Sabar menanti ;)

Tiada Khatimah Cinta

Assalammualaikum. Novel NUR pilihan minggu ini adalah tulisan novelis yang pastinya dikenali ramai. Kak Salina Ibrahim. Muthiah tidak cukup mengenali beliau tetapi banyak buku yang telah dihasilkannya. Selamat membaca ;)

Tiada Khatimah Cinta


Sinopsis

Kata Anis Hasanah, dia mahu memulakan hidup baru. Dia sudah bertaubat dan ingin melihat dunia secara penuh insaf. Katanya, dia ingin lenyapkan ‘momok’ silam yang menghantui hidup sejak sekian tahun ini. Kerana dia mahu melangkah ke hadapan memburu khatimah yang tenang lagi diredhai.

Kata Hatim, hidup perlu realistik. Ini bukan pengakhiran kisah Cinderella tetapi permulaan pada sebuah kehidupan yang bermakna. Katanya, dia hanya punya hati yang ikhlas dan tulus. Dia sekadar mampu menawarkan harapan dan cinta untuk sama-sama melangkah, menuju masa depan.

Kata Ehsan, hidup mesti ikut hati. Dia kembali beroleh ‘nyawa’ selepas bertahun-tahun tenggelam di bawah bayang-bayang orang lain. Katanya, dia mahu mencari arah baru dan memulakan langkah sendiri yang bebas tanpa belenggu. Dia mahu mendapatkan semula cintanya yang pernah hilang. Khatimah hidup bagaimanakah yang mereka kejar? Dan inilah kisah mereka!

Novel ini merupakan novel NUR kedua Kak Salina selepas Setenang Cahaya Hati. Boleh temuinya di...

Muthiah : Selamat membaca sambil TERSENYUM ;)

Tidak sabar

Mode : Tidak sabar

:) Tidak sabar hendak tunggu esok. Sebab... hendak keluar jalan-jalan. Sudah tepu rasanya otak. Ehe...

Muthiah, sabar itu separuh daripada iman...
Baik-baik, Muthiah akan sabar menanti esok hari.

Selamat berhujung minggu. Manfaatkan waktu yang ada untuk bersama insan tercinta.

Namun awas!!! Insan itu biarlah muhrim/ suami kita. Tidak kahwin lagi, jangan pula hendak berdua-duaan ~ atas nama CINTA. Kahwin dahulu, kemudian bercintalah ;)
Labels: 3 comments | | edit post

Mencari Naurah (Bab 5)


“KOTA BHARU... Kota Bharu,” jerit pemandu bas kedua.

“Dik... dik. Bangun. Dah sampai stesen,” seorang wanita pertengahan usia menepuk-nepuk bahuku dengan perlahan.

“Terima kasih, kak.” Cepat-cepat kucelikkan mata. Wanita bertudung labuh yang mengejutku sebentar tadi berjalan laju menuruni bas. Kemudian, bergerak ke arah sebuah kereta Toyota Wagon yang diparkir di tepi stesen. Rupa-rupanya, ada seseorang yang sudah menanti. Boleh jadi suaminya. Setelah menyalami lelaki yang berkopiah hijau itu, mereka segera menaiki kereta. Aku tersenyum sendiri tatkala membaca tulisan pada sticker yang ditampal... ‘Belilah barangan buatan Malaysia.’ Ya! Belilah produk hasil penduduk tempatan.

Aku mencari-cari kelibat seseorang. Aku sudah maklumkan kepada Nasrul untuk datang menjemputku jam 6.00 pagi. Di manakah dia pergi atau belum bangun lagi? Aku cuba hubungi telefon bimbitnya berkali-kali, namun tiada jawapan. ‘Tidur mati gamaknya,’ getus hatiku.

Aku tidak mahu menyusahkan mak. Jika aku menghubunginya, sudah tentu dia akan kelam-kabut meminta Nasrul mengambilku. Nasrul pula pastinya acuh tidak acuh sahaja dengan permintaan mak. Mak yang keletihan akan bertambah penat.

Semalam, ada bekwah di rumah Pak Mat. Sudah tentu seharian ibu membantu. Begitulah kehidupan di kampung. Saling menolong dan bekerjasama. Tidak seperti Kuala Lumpur, jiran sendiri pun tidak kenal!

Hisy Nasrul... kalau begini, lebih baik aku solat subuh dahulu. Lagipun, sudah hampir masuk waktu. Jam 7.00 nanti, aku akan hubungi dia lagi. Jika masih tiada jawapan, nampaknya perlulah aku menaiki bas buat kesekian kalinya.

‘Sabar Natasha, sabar. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu,’ pujuk hatiku.

~bersambung~

Rumah baru ikan...

Assalammualaikum...

Mode Muthiah : GEMBIRA ;)



Sebab ada binatang peliharaan. Paling best... dapat buat rumah untuknya. Ada cadangan untuk mencantikkan?

Sahabat di Facebook mencadangkan Muthiah kosongkan ruang hadapan akuarium. Sudah dibuat. Terima kasih. Suka sorang-sorang. Memang lagi menarik ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Jom koreksi diri

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah membelek fail lama. Terjumpa jadual yang Muthiah buat untuk diri Muthiah sendiri, sewaktu zaman muda-muda dahulu. Bukan apa... sekadar hendak mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa. Jadual begini hampir sama dengan jadual untuk mutabaah ibadah sewaktu berhalaqah.

(klik pada gambar untuk besarkan)

Ayuh... Jom kita buat jadual kita sendiri. Tuliskan amalan-amalan baik yang boleh/ hendak kita lakukan. Kemudian, sebelum tidur, kita tandakan apa-apa yang telah kita buat untuk hari itu. Setelah sebulan, kita tengok balik. Sepanjang sebulan, apa yang telah kita lakukan?

Positifnya jadual ini untuk diri sendiri..

Sebagai contoh, hari-hari kita berasa iri hati melihat seseorang. Jadi, tandakanlah pada kotak mengikut hari. Cuba bayangkan. Barisan untuk sikap buruk iri hati itu telah ditanda penuh. Tentu terasa hodoh, bukan? Kalau rajin, buat peratusan. Kemudian, ambillah tindakan susulan. Kalau hati kita dipenuhi dengan perasaan iri hati, huhu... menakutkan. Beristighfarlah kepada ALLAH.

Negatifnya...

Hmm... Muthiah tidak mahu menulis yang negatif. Ambil yang positif sahaja. Kalau baik, bolehlah dipraktikkan. Kalau tidak, abaikan sahaja ;)

Selamat beribadah ...

Muthiah : Hari ini belum...
Labels: 2 comments | | edit post

Hobi baru Muthiah...

Ehe... Hobi baru Muthiah ~ memelihara ikan. Apa pula hobi sahabat-sahabat???

Bebe yang pemalu ;)

Lulu yang belum memulakan kerjanya menjaga @ membersihkan akuarium.

Pupu yang nakal. Suka membuli ...

Hmm... ekornya berwarna keemasan.

Matanya betul-betul merah.
Labels: 2 comments | | edit post

Popeye


Assalammualaikum. Selamat pagi Malaysia. Hehe... Alhamdulillah. Kerja Muthiah untuk hari ini sudah siap. Blog pun sudah buat satu tajuk. Hmm... lapar tetapi dia keluar. Jadi, Muthiah buat blogwalking. Ehe. Terjumpa gambar ini. Menurut papa Muthiah... Popeye adalah kartun kegemaran Muthiah waktu kecil dahulu. Sahabat-sahabat, bagaimana? Ayuh... kita kenang kembali saat suka-duka waktu jadi budak-budak.

Yang seronoknya... waktu kecil, hati kita mesti putih bersih, bukan?

Kalau iri hati pun, tidaklah sekeji orang dewasa yang cemburu.
Kalau bergaduh pun, tidak semelampau orang tua bertikam lidah.
Kalau mengutuk dan menghina pun, tidak se... orang dewasa.
Kalau nakal pun, tidak seteruk orang dewasa yang tidak baik akhlak dan perilakunya.
Kalau dan kalau.

Betulkah?

Hmm... Moga kan dapat direnungkan bersama. Sebalik di sebaliknya ;)

Muthiah : Oleh sebab Muthiah berkulit sawo matang, Muthiah tidak marah apabila orang kata Muthiah hitam sebab sememangnya Muthiah tidak hitam. Jadi, abaikan sahaja...
Labels: 2 comments | | edit post

Jom fikir dan bersemangat!



Assalammualaikum. Salam sejahtera buat semua ;) Ehe... Muthiah sedang berfikir dan berfikir. Mencari idea untuk menulis tetapi masih belum menemui rentak.Ayuh, kita sama-sama gandakan usaha dalam melakukan sesuatu. Bak kata Amir dalam Ayah, Amir nak masuk U! "Kita tidak selalu menang tetapi kita tidak sekali-kali berputus asa dalam berusaha." Gambatte ;)
Labels: 2 comments | | edit post

Tawakal?

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Alhamdulillah. Sedang berusaha menyudahkan apa-apa yang patut. Doakan, ya. Insya-ALLAH, Muthiah memilih untuk melakukan yang terbaik. Gambatte ;)


Hmm...

Sejak akhir-akhir ini, otak Muthiah ligat berfikir tentang TAWAKAL.

  • Mudah untuk menyebutnya.
  • Mudah juga menulisnya.
  • Mudah untuk memperkatakannya tetapi...

HUH... sangat susah untuk mengaplikasikannya. Muthiah berfikir dan terus berfikir. Cuba menyelaminya dalam-dalam. Cuba semat dalam hati dan jiwa. Hmm...

Apapun, jom...

Usah sekali-kali berputus asa dalam berusaha. Cuba dan terus cuba. Minta kepada ALLAH dan terus meminta. Kemudian, bertawakallah kepada DIA yang Maha Tahu segalanya. Meski sukar untuk menjadi seorang hamba yang benar-benar bertawakal, tetap katakan pada diri...

"AKU BERTAWAKAL KEPADA-MU, YA ALLAH."

SMILE :)

Muthiah : Mahu terus jadi yang terbaik di sisi DIA, dia dan mereka. Insya-ALLAH. Amin.
Labels: 0 comments | | edit post

Seteguh Impianku

Assalammualaikum. Dedikasi buat pembaca novel Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!


~~~ Apabila Amir berbicara ~~~


Air mata dukaku semalam

Masih belum berhenti mengalir

Kerna mata-matamu yang memandang buta

Memandang dengan kedayusan cita-cita

Memandang dengan kehinaan si miskin

Memandang dengan kesuraman motivasi

Memandang dengan hipokrit materialistik harta benda

Memandang dengan kepalsuan kasih sayang

Mendera jiwa si anak kecil....

Mataku melihat ada bayangan

Bayang di dalam cermin nan kecil

Bertemankan lilin di kesuraman malam

Kuperhati, kutenung, kuteliti jutaan kali

Bayangnya tetap ada tanpa berganjak

Teguh di dalam bayangan ada sebuah impian

Impian yang perlu didaki,

Impian yang perlu dijunjung,

Impian yang perlu dipilih,

Rupanya bayang itu adalah aku....

Mendaki, menjunjung dan memilih....

Siapa yang patut mulakannya....

Bayangkah atau aku?

Aku kekal aku

Kemuliaan ibu bapaku bukanlah aku

Bahkan akulah yang memuliakan mereka

Kehormatan adik-beradikku bukanlah aku

Bahkan akulah yang menghormatkan mereka

Keikhlasan kawan-kawan bukanlah aku

Bahkan akulah yang mengikhlaskan mereka

Walaupun wujudku di pulau kegagalan, pilihanku hanyalah berjaya,

Berjaya untuk mendaki, menjunjung dan memilih impian...

Setinggi mana gunung, aku memilih untuk mendaki

Seberat mana beban, aku memilih untuk menjunjungnya

Sejuta jenis pilihan, aku memilih impianku

Kerna impianku adalah aku

Aku yang memilih...

Datanglah segenap pelusuk halangan dan dugaan,

Adakah aku kisah?

Akan kutukar air mata duka menjadi bara semangatku

Sekali gagal berkali-kali kan kuusaha

Setiap langkahku adalah matlamatku

Tidak boleh bertatih, akan ku berlari

Tidak boleh berlari, akan ku terbang

Terima kasih ALLAH, punca segalanya

Terima kasih Muhammad, Penghulu kebaikan

Terima kasih orang kesayangan kerana menyayangiku,

Menjadikan aku seteguh impian

Merealisasikan aku seorang Impian.


Oleh : A’amir Asyraf bin Abdullah

Fakulti Perubatan Universiti Malaya


Muthiah : Kredit buat penulis asal puisi, Azim Prozi.

For the rest of my life

Assalammualaikum... Apa khabar? Hmmm... tidak ada apa yang mampu Muthiah ungkapkan di sini. Apapun, Muthiah berharap agar sentiasa dapat jadi yang terbaik buat... sentiasa menyenangkan hati.... sentiasa dan sentiasa. Amin.

Jom layan ~


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Muthiah : Who/ what/ where/ when... I will always at your side, insya-ALLAH.