Seteguh Impianku

Assalammualaikum. Dedikasi buat pembaca novel Ayah, Amir nak masuk U! dan Ayah, Amir nak jadi doktor!


~~~ Apabila Amir berbicara ~~~


Air mata dukaku semalam

Masih belum berhenti mengalir

Kerna mata-matamu yang memandang buta

Memandang dengan kedayusan cita-cita

Memandang dengan kehinaan si miskin

Memandang dengan kesuraman motivasi

Memandang dengan hipokrit materialistik harta benda

Memandang dengan kepalsuan kasih sayang

Mendera jiwa si anak kecil....

Mataku melihat ada bayangan

Bayang di dalam cermin nan kecil

Bertemankan lilin di kesuraman malam

Kuperhati, kutenung, kuteliti jutaan kali

Bayangnya tetap ada tanpa berganjak

Teguh di dalam bayangan ada sebuah impian

Impian yang perlu didaki,

Impian yang perlu dijunjung,

Impian yang perlu dipilih,

Rupanya bayang itu adalah aku....

Mendaki, menjunjung dan memilih....

Siapa yang patut mulakannya....

Bayangkah atau aku?

Aku kekal aku

Kemuliaan ibu bapaku bukanlah aku

Bahkan akulah yang memuliakan mereka

Kehormatan adik-beradikku bukanlah aku

Bahkan akulah yang menghormatkan mereka

Keikhlasan kawan-kawan bukanlah aku

Bahkan akulah yang mengikhlaskan mereka

Walaupun wujudku di pulau kegagalan, pilihanku hanyalah berjaya,

Berjaya untuk mendaki, menjunjung dan memilih impian...

Setinggi mana gunung, aku memilih untuk mendaki

Seberat mana beban, aku memilih untuk menjunjungnya

Sejuta jenis pilihan, aku memilih impianku

Kerna impianku adalah aku

Aku yang memilih...

Datanglah segenap pelusuk halangan dan dugaan,

Adakah aku kisah?

Akan kutukar air mata duka menjadi bara semangatku

Sekali gagal berkali-kali kan kuusaha

Setiap langkahku adalah matlamatku

Tidak boleh bertatih, akan ku berlari

Tidak boleh berlari, akan ku terbang

Terima kasih ALLAH, punca segalanya

Terima kasih Muhammad, Penghulu kebaikan

Terima kasih orang kesayangan kerana menyayangiku,

Menjadikan aku seteguh impian

Merealisasikan aku seorang Impian.


Oleh : A’amir Asyraf bin Abdullah

Fakulti Perubatan Universiti Malaya


Muthiah : Kredit buat penulis asal puisi, Azim Prozi.

0 Responses