Takut....


Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Sudah masuk gear 2 dalam menyiapkan sesuatu. Hmm... Awalnya, Muthiah target kerja Muthiah ini selesai pada penghujung bulan Mac. Namun, atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, jadual Muthiah teranjak sehingga sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti. Ehe. Kelapangan, ayuh temui Muthiah di sana, insya-ALLAH.

Hari ini... Muthiah mahu coret-coret santai sahaja. Apa, ya?

Soalan mudah ~ Apakah tempat yang paling anda takuti untuk kunjungi?

1- Kawasan kubur? - Waktu kecil dahulu, selalu dimomokkan dengan kewujudan hantu atau roh di kawasan perkuburan. Nampak sahaja kubur, terus percepatkan langkah. Walhal, jika direnung dan dimuhasabah... mengingatkan kematian membuatkan kita makin dekat dengan ALLAH. Hiiii...

2- Bilik cikgu disiplin? - Muthiahlah empunya diri. Mengapa? Bila mana Cikgu Maznah panggil (Cikgu Maznah merupakan guru disiplin sekolah Muthiah dahulu), pasti ada kesalahan yang Muthiah buat. Apa? Tidak pakai pin tudung. 'Tidak roklah, cikgu.' Hmm... macam-macam budak-budak...

3- Rumah bakal mertua? - Iyalah. Boleh jadi setiap pergerakan kita diperhatikan. Aduh. Kalau mak mertua tidak berkenan, melepaslah untuk sehidup dan semati bersama si dia.

4- Asrama? - Kenapa? Banyak 'cerita' di asrama. Nampak hantulah. Sampai, hendak ke tandas tengah malam pun kena berteman. Kes bulilah. Kes senior belasah junior. Kes warden pukul pelajar. Kes curilah. Kes berkhalwat di kalangan pelajar. Aduh. Macam-macam ada. Memang menakutkan. Namun, apabila sudah berjaya melepasi 'rintangan' hidup di asrama ini... kita mungkin menjadi orang yang kuat. Macam Kamen Rider Kabuto ;)

5- Lebuh raya Karak? - Macam-macam cerita ada...

6- Disko/ tempat judi? - Iyalah. Tempat banyaknya berlaku maksiat. Takut terkena tempias sama. Hmm... di dalam taman, tepi tangga, rumah bujang pun sekarang sudah ada.

7- Kedai kopi? - Selain kena belanja orang yang suka dibelanja, silap hari bulan boleh termakan daging saudara sendiri alias mengumpat!

Hmm... Apa lagi, ya? Ada tambahan???

Oh... Ada satu lagi. Mana? SPRM.... Huhuhu....

Muthiah : Ya, ALLAH. Peliharalah aku, dia dan mereka yang aku sayangi daripada azab api neraka... juga mereka yang menzalimi...
Labels: | edit post
0 Responses