Jika semua orang tidak amanah!
Tuesday, April 05, 2011
Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah... Alhamdulillah. Sihat bahkan bertambah sihat. Ada yang cakap, Muthiah nampak semakin berisi. Bermakna, sesi diet bermula. Hmm... minggu hadapan. Hihi...
Baiklah. Hari ini, Muthiah ingin berkongsi pengalaman mengisi petrol di stesen minyak di Setiu (ada beberapa stesen minyak di sana). Mana satu? Adalah.
Begini... pada 26 Mac 2011, jam 10.00 malam... Jeng jeng jeng...
Muthiah dan suami telah ke stesen minyak... Hendak isi petrol, di samping membeli topup Maxis. Hmm... ada 2 peristiwa yang agak mendukacitakan Muthiah.
1- Beli Maxis RM10, tetapi dikenakan caj tambahan.
Pasal ini, Muthiah okey lagi. Sebab, pernah dengar juga membaca/ mendengar kisah cas tambahan jika hendak membeli topup di sesetengah tempat. Namun, pelik juga. Di stesen minyak pun kena juga?
2- Nilai petrol di pam lain, cashier cakap lain.
Yang ini, Muthiah kecewa. Bukan sebab sen yang ditipu tetapi sikap cashier yang tidak jujur dan amanah.
Meskipun duit lebih HANYALAH RM0.70, adalah tidak wajar dia berbuat demikian. Kalau seorang pelanggan dia dapat RM0.70... bagaimana halnya jika 100 orang pelanggan? Bukan hendak berkira tetapi jika dibiarkan sahaja, dikhuatiri jadi amalan dan tabiat. Duit itu pula digunakan untuk kegunaan sendiri. Nampak kecil tetapi bukankah RM0.70 itu juga yang akan menjadi darah dagingnya? Penghitungan dengan manusia yang ditipu dan TUHAN lagi...
Ceritanya begini... Kami mengisi minyak di ...
Oleh sebab suami yang mengisi petrol di bahagian pam, Muthiah hanya tunggu di kaunter (tunggu duit baki). Kemudian, si jurujual memberitahu. "RM60." Muthiah pun baliklah. Namun, entah macam mana... Muthiah hendak tengok nilai di pam. Aik. Hanya RM59.30? Kenapa cakap RM60?
Muthiah bertanya dengan suami. "Berapa?" Suami menjawab, "RM59.30." Agak lama Muthiah berdiri di situ. Jurujual pula hanya memandang Muthiah tanpa berbuat apa-apa. Muthiah pun segera bertemu dengan jurujual tersebut. Pandai pula dia memulangkan baki RM0.70. Tidak payah minta. Dia sudah sedia tahu. Hmm...
Pokok persoalan di sini bukanlah nilai RM0.70. Beli nasi minyak sebungkus pun tidak cukup. Namun, tentang sikap manusia itu sendiri. Bayangkan...
- Jurujual bersikap begini... Ambil diam-diam. Bagi yang tidak sedar, selamatlah sekejap (di dunia). Duit itu pula digunakan untuk membeli makanan. Apabila makan makanan haram, bagaimana jadinya?
- Pegawai bersikap begini... Masih ingat isu pekerja bank yang ditahan badan pencegah rasuah sebab tidak amanah? Dia ambil, bukannya banyak pun atas satu-satu transaksi. RM0.01 sahaja. Akan tetapi, apabila melibatkan berjuta traksaksi, berapa yang dia dapat? Pokoknya, duit itu tetap haram walau mungkin pelanggan tidaklah berkira dengan RM0.01 yang dikebas.
- Bagaimana pula kalau pemimpin masyarakat yang bersikap begini? Kitalah yang membuat pilihan. Aik. Macam kempen pilihan raya pula. UNDILAH SAYA ;)
Jadi di sini...
Apabila isi minyak di petrol pam, tengok-tengoklah juga nilai di pam. Sekiranya tidak sama dengan yang dinyatakan jurujual. Tanya kembali kepada sang jurujual. Mungkin dia tersilap. Atau mungkin, memang ada something wrong somewhere. Sebolehnya, tegurlah jurujual yang tidak amanah. Bukan apa. Khuatir kalau dibiarkan, dia akan berterusan begitu.
Ketahui hak anda!
Okey. Selamat tengah hari ;)
Muthiah : Hmm... ada sesuatu yang sedang dipendam. Hiii...