Jom koreksi diri
Thursday, March 17, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah membelek fail lama. Terjumpa jadual yang Muthiah buat untuk diri Muthiah sendiri, sewaktu zaman muda-muda dahulu. Bukan apa... sekadar hendak mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa. Jadual begini hampir sama dengan jadual untuk mutabaah ibadah sewaktu berhalaqah.
(klik pada gambar untuk besarkan)
Positifnya jadual ini untuk diri sendiri..
Sebagai contoh, hari-hari kita berasa iri hati melihat seseorang. Jadi, tandakanlah pada kotak mengikut hari. Cuba bayangkan. Barisan untuk sikap buruk iri hati itu telah ditanda penuh. Tentu terasa hodoh, bukan? Kalau rajin, buat peratusan. Kemudian, ambillah tindakan susulan. Kalau hati kita dipenuhi dengan perasaan iri hati, huhu... menakutkan. Beristighfarlah kepada ALLAH.
Negatifnya...
Hmm... Muthiah tidak mahu menulis yang negatif. Ambil yang positif sahaja. Kalau baik, bolehlah dipraktikkan. Kalau tidak, abaikan sahaja ;)
Selamat beribadah ...
Muthiah : Hari ini belum...
salam kak,
ya, menarik sekali jadual ni. waktu dok asrama dulu ada juga jadual cmni, waktu terasa teratur dan istiqamah berbanding sekarang ni. Cepat terikut arus sekeliling.
Insyaallah kak, saya nak cuba, terima kasih atas panduan :)
salam.
dulu, masa murabbi duk soal tentang mutabaah ibadah ni, rasa macam... Hmm... tidak best saja...
Iyalah. bila peratusan rendah, akan dimuhasabah panjang lebar.Walhal, muhasabah itu baik untuk mengingatkan diri yang selalu lupa.
Sekarang, baru tahu..positif di sebalik jadual yang kita buat. Kita boleh merenung sendiri. Dahulu... di kolej, dalam usrah dan lain-lain... ada yang mahu mengingatkan. Sekarang, tepuk dada, tanya iman.
Ayuh... sama-samalah kita, dik.