Debu-debu dosa
Sunday, April 03, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua?
- Pejam celik pejam celik, sudah bulan April rupanya.
- Pejam celik pejam celik, usia kita pun semakin bertambah.
- Pejam celik pejam celik, uban sudah tumbuh di kepala.
Satu soalan cepu emas...
- Siapa yang menangis malam tadi?
- Kenapa boleh menangis?
- Siapa yang menangis kerana mengenangkan dosa dalam diri?
Ayuh. Jom kita saling mengingatkan. Hidup ini tidak lama. Tengok-tengok, jasad sudah berada di dalam keranda. Terbaring kaku tanpa boleh berbuat apa-apa.
Masih ada manusia yang kita sakiti hatinya?
Masih ada hutang yang belum berbayar?
Masih ada amanah yang belum dilunaskan?
Moga-moga, kita kan dipilih TUHAN sebagai salah seorang hamba yang mendapat rahmat daripada-NYA.
Muthiah : Sayang...