Doa seorang kekasih

Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman. Senyumlah walau ada yang tidak menyukainya. Iyalah. Hati manusia macam-macam. Ada yang bersih, ada yang berkarat. Cuma, janganlah kita biarkan hati kita tergolong dalam hati yang ....

Hmm... hendak tulis tentang apa, ya? Oh, ya tetapi sebelum itu Muthiah ingin berkongsi sesuatu. Ehe... Insya-ALLAH, dalam 2 minggu lagi, kerja fasa pertama Muthiah akan siap. Rasanya, dalam 1 minggu untuk fasa terakhir. Doakan dipermudahkannya.

Lama pula tidak layan lagu di Youtube. Sebab sekarang, Muthiah asyik duk layan lagu dekat QE ;) Rasa tenang jiwa. Jomlah, kita sama-sama menghayatinya.

Baik, hari ini... Muthiah hendak pos lagu ini. Harap-harap, bagi yang mendengar lagu ini... tidaklah sampai tersengih sorang-sorang. Eh, boleh senyum tetapi tidaklah terlampau-lampau. Khuatir lagu yang baik senikatanya menjadi tuba buat jiwa. Betulkah perkataan tuba? Sebab kamus online tidak dapat digunakan hari ini.


Ambil yang baik... yang tidak... buang jauh-jauh. Kalau tidak mampu membuangnya, abaikan sahaja. Selamat berhujung minggu ;)

Muthiah : Sabar menanti ;)
2 Responses
  1. salam

    dgr lagu teringat pula bila nak kawen ni...

    moga cepat2 la sy kawen.hehe


  2. salam,

    insya-ALLAH, permudahkan yang mudah.banyakkan berdoa. insya-ALLAH akan ditunjuk jalan. All the best, dik ;)