Tidak layak menjadi SAHABAT
Thursday, May 19, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah. Ehe. Mengantuk pagi-pagi buta. Jadi, ayuh. Kita 'senamkan' diri walau jiwa dan raga tidak rela.
Hmm... Hari ini, Muthiah hendak sambung tazkirah semalam sebenarnya. Muthiah petik dari slot TV Semanis Kurma di TV9. Jom, layanz (Ikut FaFau).
Tazkirah | Teman yang tidak layak menjadi kawan :
- Miliki perasaan hasad dengaki - Parah, bukan apabila berteman dengan orang sebegini?
- Gemar jatuhkan air muka - Duduk elok-elok, tup-tup dimalukan di khalayak umum. Aduh, sedihnya.
- Tidak menyimpan rahsia - Parah. Ya, ALLAH. Peliharalah aku dan ampuni aku jika aku tergolong dalam golongan ini, Nauzubillah.
- Busuk hati - Hmm... cuba bau hati kita. Bagaimana? Tepuk dada, tanya IMAN (~_^)
- Menganggap diri SEMPURNA - Akukah itu? Ya, ALLAH. Peliharalah aku.
- Apabila susah, dicari. Apabila senang, makan berseorangan - Dengan kata lain, teman ini hanyalah teman waktu GUMBIRA :(
T_____T
Ehe. Usah fikir... layakkah dia menjadi kawan kita namun renungkan....
LAYAKKAH KITA MENJADI KAWANNYA???
Nabi SAW bersabda, "Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah seorang munafik tulen. Barangsiapa yang melakukan 1 daripada yang 4 itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik itu. Empat sifat itu ialah (1) Apabila diberi amanah, dia khianat; (2) Apabila bercakap, dia berdusta; (3) Apabila berjanji, dia mungkiri; (4) Apabila bertengkar, dia melampaui batas."
Muthiah : Alhamdulillah. Di mana sahaja, Muthiah dikurniakan ALLAH teman yang menyayangi. Muthiah pun sayang sama kamu...