Berharaplah hanya pada DIA...
Sunday, May 15, 2011
Assalammualaikum. Mulakan harimu dengan senyuman meski mungkin senyummu itu menjengkelkan hati seseorang. Ops T_______T
Memetik kata-kata Ustaz di Tanyalah Ustaz...
"Semakin tinggi kita mengharapkan manusia, semakin itu kita akan kecewa."
- Kita masak penat-penat. Dengan harapan, suami tersenyum suka makan air tangan kita. Tup-tup... sekembalinya dia dari tempat kerja... "Ayang makan dahululah, Abang sudah kenyang." Secara ikhlas ~ Apakah perasaan anda?
- Kita buat kerja sungguh-sungguh. Orang putih cakap, "All out." Namun tiba-tiba, KPI (Key Performance Indicators)... tidak dapat cemerlang. Bonus pun hanya peroleh 1 bulan gaji sedang orang lain, 1 tahun beb!!!" Frust... frust... frust...
- Kita punyalah tolong si kawan buat itu dan ini. Siap semua, langsung tidak ucap terima kasih. Bak kata seorang teman di facebook, "Kenapalah sukar memberi ucapan terima kasih kepada seseorang. Payahkah hendak memberi penghargaan?"
Hmm... Ya. Benarlah seperti mana yang diperkata sang ustaz, "Semakin tinggi kita mengharapkan manusia, semakin itu kita akan kecewa."
Jadi, di manakah keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu perkara?
Hmm... susah hendak cakap. Fitrahnya. Setiap orang pasti mahu dihargai. Ya. Kita tidak mengharapkan pujian yang tinggi melangit tetapi setidak-tidaknya, tunjukkanlah penghargaan itu.
Jadi, di manakah keikhlasan jika kita mengharapkan penghargaan?
Baiklah. Tepuk dada, tanyalah iman. Soallah diri sendiri. Setakat mana kita terasa hati tika mana tidak dihargai ('')
Jadi????
Jeng jeng jeng...
Berharaplah kepada ALLAH. Insya-ALLAH kita tidak akan kecewa dan dikecewa. Ya. 100% pasti ALLAH tidak akan menghampakan kita.
Justeru...
Berharaplah hanya pada DIA meski sukar untuk disingkirkan kata hati (yang mahu penghargaan manusia). Buat perlahan-lahan. Biasakan diri dahulu. Jika berasa kecewa dengan manusia, hendak buat macam mana. Dalam masa yang sama, usahlah terlalu melayan perasaan kecewa itu. Terus kembali kepada ALLAH. Teruslah mendekat kepada DIA yang Maha Segalanya.
Ehe. Panjang pula tulisan Muthiah hari ini. Ambil yang baik... yang tidak menyenangkan itu letakkan sahaja di tepi kerusi rotan rumah di kampung ;)
Selamat bermuhasabah...
Muthiah : Ingatkan diri sentiasa agar tidak kecewa dengan sesuatu yang tidak sewajarnya. Sikit-sikit... bolehlah ;)
salam dinda,
selamat hari minggu..
awal masuk pejabat??
Benarlah yg dikongsikn....cuma tambahan apa kata kita memulai memberi sebelum mngharap pemberian dari orang...muga akhlak kita mnjadi cermin buat org lain..
Sama2 kita jadikan iktibar. Dunia seketika cuma....akhirat jua yg abadi. Waalhuaklam.
Salam, Kak.
Memberi itu lebih baik daripada menerima dan pemberian yang baik itu adalah ... beri dan sorok =)
Selamat berhujung minggu.