Ibu, oh ibu... (ii)
Sunday, May 08, 2011
Assalammualaikum. Ehe. Sambungan semalam. Jom baca. Yang baik... ambil dan jadikan teladan. Yang merapu. Sisip-sisipkan ^______^
Hari-hari adalah hari buat ibu???
~Ya. Kerana ... Hari-hari kita perlu menghargai ibu dan ayah kita. Juga mereka yang bernyawa. Secara fitrah, setiap manusia mahu dirinya dihargai. Tidak terkecuali diri kita. Betul? T____T~
Jadi?
- Bangun....bangun. Usah membuta sahaja. Bangun pagi dan bantulah meringankan beban ibu kita ;) Tolong masak... basuh baju... jemur kain... lipat pakaian... kemas rumah... Ehe... Bagi yang tinggal dengan ibu.
- Doakanlah ibu sentiasa. Bukankah itu yang lebih utama?
- Beradablah apabila berbicara dengannya. Usah meninggikan suara dan jangan sampai dia terasa dengan tindakan kita. Hmm... sudah buat baik tetapi sang ibu negatif sahaja? - Bersabarlah.
- Gembirakan ibu kita sentiasa. Tidak terhad pada Hari Ibu sahaja. Hmm... macam mana hendak gembirakan ibu? Ehe...
- Patuhi kata-katanya selagi tidak melanggar syariat. Bagi isteri, apa jua kondisi... hak suami adalah lebih utama.
- Yang duduk berjauhan daripada ibu dan ayah... telefon bertanya khabarlah juga. Tidak semestinya perlu menghubungi sang ibu hari-hari. Sebulan sekali pun tidak apa. Iyalah. Biar ibu tahu yang kita selalu ingat padanya walau hakikatnya memang kita selalu rindu padanya. Hihi...
- Taat kepada perintah ALLAH. Ibu pasti suka hati. Senyumnya sampai ke telinga ;)
Bagi ibu yang sudah tiada...
- Titipkan doa kepadanya sentiasa. Iyalah. Bukankah seorang anak Adam itu akan meninggalkan segalanya di atas muka bumi ini setelah ajal menjemput kecuali 3 perkara : Doa anak yang soleh; amal jariah; dan ilmu yang bermanfaat.
- Bagi anak teruna... Tanya dan jawab sendiri. Apakah yang diharapkan sang ibu daripada kita jika dia masih ada??? ~ Jaga ayah yang sudah tua? Ambil tahu keadaan adik-beradik kita? Jaga rumahtangga sebaiknya? Kerja elok-elok. Jangan ambil rasuah! Blur... Apapun, cubalah lakukan yang terbaik selagi terdaya. Kita mungkin tidak dapat memuaskan hati semua orang tetapi percayalah. ALLAH tahu apa yang telah kita usahakan ;)
Alamak. Muthiah hendak keluar dahulu. Moga yang sedikit ini boleh direnung dan dimuhasabah bersama ;) Salam sayang daripada Muthiah buat semua...
Muthiah : Sayang semua orang ... Hmm... betul ke? Hiii...