Petua Menulis (3)


Assalammualaikum. Hihi... Sambungan semalam lagi...

Persoalan lain ialah, "Bilakah masanya Muthiah menulis?"

Ada orang, lebih senang menulis pada tengah-tengah malam. Katanya, sebab tidak ada gangguan. Nyaman dan tenteram sahaja.

Ada juga yang menulis pada awal pagi.

Selain itu, bagi yang mempunyai kerjaya lain selain menjadi penulis, mereka akan menulis sesudah balik dari tempat kerja. Boleh jadi selepas solat Isyak sampai pukul 12 malam.

Ada seorang rakan penulis memberitahu... dia menggunakan 1 jam sehari untuk menulis. Dalam tempoh itu pula, beliau sempat menulis dalam 5-6 muka surat.

Muthiah pula... Hmm...

Ehe. Ikut waktu pejabat sebab Muthiah menjadi surirumah sepenuh masa. Jam 9.00 pagi sampai 5.00 petang (tolak satu jam). Oh. Idea ada, ya? Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Waktu ada, gunakan sebaiknya. Waktu tiada, kemaskini blog atau blogwalking. Jika sudah tepu, on chat facebook atau yahoo mesengger.

Namun, ada juga... Muthiah mengambil masa waktu cuti/ malam untuk menulis. Namun, minta izinlah daripada suami dahulu. (Bukan sahaja minta izin sebelum menulis. Hendak keluar? Pergi jalan dengan kawan-kawan? Balik rumah mak ayah? Kena minta izin dahulu. Ingat tu....).

Manalah tahu. Waktu itu suami hendak ajak kita pergi melancong mana-mana. Kalau tidak Pulau Pinang... Pulau Langkawi pun okey juga ;) Eh, merapu pula Muthiah. Tidak pun, suami mahu kita menemaninya menonton TV. Alah. Mengada-ngada. Gedik atau tidak... kita kena ingat... LELAKI ITU ADALAH SUAMI KITA.

Hii... begitulah serba sedikit catatan pengalaman Muthiah. Maaf atas kekurangan. Insya-ALLAH, jika ada lagi... Muthiah berkongsi lagi.

Muthiah : Moga kan dirahmati.
0 Responses