Bila ajal menjemput
Thursday, May 12, 2011
Assalammualaikum. Apa khabar? Bagi yang berpuasa hari ini, Muthiah ingin mengucapkan selamat berpuasa. Hmm... katanya, 1 Ramadhan akan jatuh pada 1 Ogos. Jadi, bagi yang masih belum mengganti puasa, ingat-ingatlah, ya ;)
Setiap yang hidup pasti akan berasa sakitnya mati. Baik Muthiah... mahupun sahabat-sahabat semua. Nanti... anak, isteri, suami, ibu ayah, kawan-kawan, duit royalti, duit pencen, harta pusaka ditinggalkan kepada mereka yang masih bernyawa.
Bersediakah kita untuk menghadapi saat itu? Takut apabila mengenangkannya. Terasa diri masih berterusan melakukan kemaksiatan kepada Yang ESA. Baik yang terlihat, ataupun yang tersembunyi. Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa kita semua.
Jom. Kita belajar cara menunaikan solat jenazah ...
Sekiranya Muthiah yang pergi dahulu...
- Sekiranya hati pernah disakiti...Maaf atas salah dan silap. Khilaf Muthiah manusia biasa.
- Halalkan makan dan minum Muthiah.
- Jika ada hutang yang masih berbaki, mintalah dengan suami Muthiah, ya ;)
- I LOVE MY ZAUJ and FAMILY so much. Mwah... mwah...
Salam sayang buat semua...
Muthiah : Al-Fatihah buat mereka yang telah menghadap PENCIPTA.