Eh, aku hendak kahwin?

Assalammualaikum. Jom kita sama-sama senyum T________________T Comel, bukan?

Hmm... senyum, senyum, senyum. Sakit matalah. Menjengkelkan. Macam budak-budak. Hahaha... Ops ;) ~ Gurau senda pada pagi hari (terpengaruh dengan gaya bahasa Kak EM, kakak kesayanganku).

Persoalan : Benarkah provokasi itu perlu sekali-sekala untuk menarik perhatian? Hmm... entahlah. Tepuk dada, tanya iman.

Berbalik kepada soal senyum...

Tidak apa, wahai sahabat. Teruslah mengukir senyum walau ada yang tidak suka. Biar ALLAH sahaja yang menilainya. Kita sendiri tidak tahu sejauh mana hati kita ikhlas melakukan sesuatu perkara. Hati. Susah hendak diungkap dengan kata-kata. Apa yang penting, terus sahaja melakukan kebaikan. Mohon agar diterima ALLAH setiap amal dan ibadah kita.

Baik. Hari ini, hendak mengomel pasal apa, ya? Kita santai-santai sahajalah, ya ;)

Bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan...

  • Apa macam? Mental dan fizikal... ada baik? - Dup dap...dup dap... Berdegup jantungku, hanya TUHAN yang tahu ^______^ Dekatkanlah diri dengan ALLAH.

  • Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan? - Buat besar-besaran atau sederhana sahaja?Apa yang penting .... KEBERKATAN :)

  • Berapa bajet kita untuk majlis ini? - RM10,000? RM100, 000? Ada duit... buatlah tetapi pastikan... duit itu datangnya dari hasil yang halal. Buat besar-besar pun, duit yang diragui... tidak berkat juga. Empunya badan yang lebih tahu...

  • Sejauh mana kita sudah berusaha memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik? - Bangun pagi pukul 11.00 lagi? Bagaimana dengan solat dan ibadah-ibadah wajib yang lain? Jika secara semulajadinya kita memang kasar (dalam berkata-kata), sudah kahwin... lembutkanlah diri tu. Namun, sekiranya suami tidak kisah... Tepuk dada, tanya iman. Apapun, jom kita sama-sama berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH.

  • Tahukah kita tanggungjawab dan hak seorang suami/ isteri? - Ingat, ya. Sesudah bergelar isteri, suami berada di tempat pertama (ALLAH tetap nombor 1).

  • Sudah bersedia untuk menerima kelemahan pasangan kita? - Iyalah. Sebelum nikah, tidak nampak kurap. Sudah nikah, penuh kudis satu badan rupanya. Banyakkan berdoa agar dikurniakan ketabahan dan kesabaran hati.

Ehe. Cukuplah soalan santai untuk hari ini. Sekiranya merasakan ada baiknya, bolehlah dibuat muhasabah diri. Jika tidak...

Muthiah : Sudah kahwin.

Labels: | edit post
3 Responses
  1. ainhany Says:
    This comment has been removed by the author.

  2. ainhany Says:

    salam dik,

    ehem...senyum kambing


  3. salam, kak.

    Ehe... senyum sipu ;)