Hindari 4P

Assalammualaikum. Apa khabar? Muthiah. Senyum sorang-sorang sebab... Entahlah. Rasa hendak senyum... Boleh jadi awet muda T_______T

True?

Baiklah. Perkongsian ringkas hari ini Muthiah petik dari slot TV Semanis Kurma di TV9. Isu yang diketengahkan ialah Perigi Mencari Timba. Persoalannya, salahkah jika perempuan yang memulakan dahulu? Dengan kata lain, perempuan approch sang lelaki.

Banyak pandangan yang diutarakan ~

  • Ada yang kata, tidak manis kerana perempuan dilihat terhegeh-hegeh mencari lelaki. Aduh. Sampai ke situ persepsi manusia?
  • Ada yang kata, tidak salah tetapi biarlah dengan maruah dan beradab.
  • Ada yang kata, gunakanlah orang tengah.
  • Hmm... bagaimana halnya jika seorang wanita bertemu dengan seorang lelaki yang baik? Iyalah. Bukan mudah untuk berjumpa dengan lelaki yang benar-benar boleh dijadikan suami? Ada penafian? Perjelaskan (~_~)

Biar apa orang hendak kata. Apa yang paling penting... biarlah syariat dan maruah terjaga ('') - Mode : Fikir dalam-dalam, ya ;)

Baik. Berbalik kepada perkara utama yang ingin Muthiah sampaikan hari ini.

nikah Pictures, Images and Photos

Tazkirah | Selagi belum bergelar suami/ isteri... Hindarilah 4P :

Pandang lebih-lebih ~ Awas, gerak langkahmu ooo. Orang kata, dari mata turun ke hati. Hati pula penuh dengan bintik-bintik hitam. Aduh. Parah. Jadi... solusinya. Bak kata Ustazah Bahyah, "Pandang sekali ... berkenan... cepat-cepat..."

Pegang ~ Huhuhu... Pernah punya pengalaman? Hmm... Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Usah ulangi. Bertaubat dengan taubat nasuha. Hindari sesuatu yang boleh mendorong perkara tersebut berulang. Tidak mampu??? Berkahwinlah T___T Belum bersedia? Berpuasalah ('')

Peluk ~ Mula-mula, pegang. Lepas itu... berpeluk-pelukan. Huhu. Sejak akhir-akhir ini, peluk tanpa nikah seolah-olah sudah menjadi perkara lazim. Tidak percaya? Tengok TV. Tidak payah tengok cerita Orang Putih... cerita Melayu pun ada. Alah... Itu arahan pengarah! Arahan ALLAH, bagaimana? Bukan itu sahaja. Tengok facebook. Berapa banyak pasangan yang belum diijab kabul tanpa segan silu berpeluk-pelukan? Huhu. Jadi, bagaimana? Sesungguhnya, ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah kepada DIA yang Maha Segalanya. Berbuat silap atas kejahilan diri itu... hendak buat macam mana? Bertaubatlah (~_^)

Penzinaan ~ Dan janganlah kamu menghampiri zina. Khuatir... terjebak sekali, kamu mahukannya lagi. Jadi??? Hendak tidak hendak, dekatkanlah diri kepada DIA yang Maha Pengampun, Penyayang, Mengasihani dan ....

Justeru, anak gadis. Jom kita jaga maruah dan martabat kita!!!

Muthiah : ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ;)
Labels: | edit post
0 Responses