Berita | Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan

Assalammualaikum. Buat warga Kelantan. Baca... renung... fikir dan muhasabah T___T


KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.

Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.

“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya.

dipetik dari Harakahdaily.net.
5 Responses
  1. ainhany Says:

    adik,

    warga kedah pun boleh baca kot?
    Semuga dirgahayu TGNA mnjadi contoh buat semua...Subhanallah

    rasa syukur pnh brkesempatan mnziarahi rumah+masjid TGNA di Pulau Melaka..mampukah kita meneladani nya??? Semuga ALALH mmberkati usaha TGNA dan kepimpinannya..Tahniah Acheh!! negeri Tanah Melayu cmne ek?


  2. Ehe, Kak Ain...

    Semua orang wajar membacanya. Baca, fikir dan renung. Moga kita semua kan dijauhkan dari azab api neraka.

    Hmm... Aik. Kak Ain tidak bekerjakah hari ini? Hiiiiii T____T


  3. MOga Tok Guru terus memerintah negari Kelantan dan menjadi contoh kepada semua!

    mai baca entri kak.hehe


  4. +AnamuSafir+ Says:

    la haula wala quwwata illa billah =)

    smoga Allah menjaga n menolong pejuang2 agamaNya yg ikhlas! amin