Cinta pada kaca mata Raihan Zaffya

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Ehe. Hari ini, blog Muthiah ada segmen baru. Wah… segmen tuuuu. Macam bagus. Positif! Memang bagus pun (Masuk lif tekan sendiri). Muthiah sebenarnya hendak memperkenalkan (atau boleh dikatakan juga sebagai mempromosi) sahabat-sahabat (yang dikasihi). Ehe...

Bagaimana?

Insya-ALLAH. Dari semasa ke semasa Muthiah akan adakan sesi ‘temuramah’ ringkas dengan sahabat penulis pilihan. Huhuhu… Sememangnya, macam bagus. Bolehlah sahabat-sahabat mengenali lebih dekat penulis-penulis kegemaran.

Penulis bulan ini | Raihan Zaffya (RZ)



Muthiah : Boleh RZ ceritakan serba sedikit tentang diri RZ?

RZ : RZ berasal dari Selangor dan pernah bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang kerani. Anak ke 6 daripada 7 orang adik-beradik dan kesemuanya adalah perempuan. RZ telah pun bersuami serta memiliki 4 orang anak tetapi seorang telah meninggal dunia. Sekarang, RZ menetap di Senawang, Seremban.

Muthiah : Boleh RZ kongsikan pengalaman pahit dan manis yang pernah RZ lalui sepanjang hidup ini?

RZ : RZ sebenarnya telah melalui banyak pahit manis dalam kehidupan. RZ sering berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain pada awal perkahwinan. Kehidupan RZ bermula dari bawah. Alhamdulillah. Berkat usaha yang gigih, RZ sekeluarga sudah boleh bernafas dengan lega.

Bermulanya kerjaya RZ sebagai penulis adalah atas galakan anak sulung RZ. Awalnya, RZ telah menghantar manuskrip ke satu syaritan penerbitan yang terkenal dengan produk Islamiknya. Dijanjikan, apabila manuskrip telah dihasilkan dengan sempurna, pasti akan diterbitkan. Sayangnya, bertahun-tahun menunggu tiada khabar berita. Langsung tiada jawapan 'approve' atau tidak. Terasa penat apabila hasil kerja seperti tidak dihargai.

Selepas agak berputus asa, RZ ingin memulakan lagi. Untuk cubaan kedua, RZ telah menghantar manuskrip ke Alaf 21. Alhamdulillah. Impian akhirnya dapat direalisasi dengan terhasilnya novel pertama RZ yang berjudul KASIH KE SYURGA. Sambutannya amat memberangsangkan dan telah pun diulang cetak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Alaf 21. Kemudian, menyusul pula novel kedua, MENANTI FAJAR SIDIK dan sedang berlegar di pasaran.


Muthiah : Apakah pandangan RZ tentang cinta?

RZ : CINTA bagi RZ adalah anugerah yang paling indah. Ia disalurkan ke dalam hati-hati manusia dengan cukup halus dan seni. Cinta itu mestilah tulus, saling memberi dan menerima, juga saling memahami. Yang paling penting… cinta itu hendaklah kerana ALLAH.

Muthiah : Akhir kalam, apakah pesanan RZ kepada para pembaca di luar sana?

RZ : Sebagai seorang penulis, RZ telah mencuba yang terbaik untuk dihidangkan kepada para pembaca. Pesanan RZ kepada peminat-peminat novel, jadikanlah bacaan novel itu sebagai satu landasan ilmu dunia mahu pun akhirat. Ambil kira mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan dalam sesebuah novel. Novel yang baik tidak semestinya yang terlaris di pasaran. Diharapkan peminat-peminat novel lebih bijak membuat pilihan kerana terlalu banyak lambakan novel di pasaran sekarang ini.

Ehe. Cukup setakat ini. Tidak boleh panjang-panjang. Soalan pun, biarlah santai-santai. Muthiah bukanlah wartawan cuma teringin pula merasai pengalaman seorang wartawan. Hihi…

Jangan lupa dapatkan novel RZ di pasaran T_______T

Muthiah : Buat sesuatu untuk kepuasan hati (‘’)

0 Responses