Ibu, oh ibu... (i)

Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Muthiah. Alhamdulillah. Insya-ALLAH, pagi ini Muthiah ada program di Karangkraf. Doakan semuanya berjalan lancar. Doakan juga agar misi suami dan adik ipar Muthiah untuk 'bermadah berhelah' (Eh, silap. Menghantar kad jemputan kahwin jeng jeng jeng) dipermudahkan TUHAN.


Ibu, oh ibu.

Ehe. Nampaknya, semua orang mahu berbicara tentang ibu dan Hari Ibu. Di sini, Muthiah ingin mengucapkan tahniah kepada semua. Kenapa? Kerana menyayangi ibu anda. Bukan sekadar ibu bahkan ayah, suami, isteri, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-handai dan semua makhluk di atas muka bumi ini. Aik... Semua-semua? Iyalah. Bukankah kita semua adalah bersaudara T________T

Cakap tentang ibu...

Dengan penuh hormat dan 'bangganya' Muthiah ingin mengumumkan (sambil melambaikan tangan ala-ala Ucop Wilcha)...

Muthiah ada banyak ibu.... Hahaha...

Buang tabiatkah apa budak Muthiah ini?

Hehe... sekali-sekala, apa salahnya. Lebih-lebih waktu sedang tepu ini.

******
Mama yang melahirkan Muthiah. Moga roh mama, Allahyarhammah Zaharah Ibrahim dicucuri rahmat.
('')
Mama yang membesarkan Muthiah. Terima kasih, Puan Rusni.
^______________^
Ma yang melahirkan suami kesayangan Muthiah. Jasamu kukenang, Puan Azmah. Chewah (Sila baca dalam nada membodek).
(^_^)
Tidak ketinggalan....

Ibu-ibu saudara Muthiah - Aunty Ani, Aunty Ana, Aunty Zah... Mok Ja, Che Long, Che Ha, Che Ngoh, Che Do, Che Da... dan bla bla bla...
Y_______Y
Ibu-ibu angkat Muthiah - Mami, Aunty Pipah, Ustazah Mumtamah... dan bla bla bla...
(--------)
Murabbiah yang menjadi pengganti ibu Muthiah di sekolah... kampus dan sewaktu bekerja...

Hmmm...

-Semua-semualah-

*****
Hehe... Banyak sungguh ibu Muthiah, bukan? Kenapa? Kerana...

  • Ibu-ibu inilah yang banyak menasihati Muthiah agar menjadi orang yang berguna.
  • Waktu belajar dahulu, selalu memberi duit poket kepada Muthiah setiap kali berjumpa.Terharu. Sob... sob...
  • Menyediakan makanan buat Muthiah sewaktu Muthiah datang menjengah.
  • Sentiasa membebel kepada Muthiah tanpa putus asa ^________^
Anda... BAGAIMANA?

Adoi. Panjangnya...

Kesimpulannya, sayangilah semua orang di sekeliling kita. Tidak kira ibu yang melahirkan mahupun ibu orang lain. Huk huk...

Sesungguhnya, hari-hari adalah hari ibu. Aik???

-bersambung-

Mode : Merapu ;)
Labels: | edit post
0 Responses