Petua Menulis (2)

Assalammualaikum. Ehe. Sambungan entri semalam ;)

Kaitannya...
Insya-ALLAH, apabila kita berusaha menunaikan hak suami kita, ALLAH pasti akan memberi ruang kepada kita untuk berjaya. Cepat atau lambat sahaja. Di sinilah kita perlu banyakkan bersabar dalam mengejar cita-cita. Yakin. Dengan redha ALLAH dan suami, kita pasti akan BERJAYA (Bagi yang masih belum bernikah, redha ibu ayah itu penting, ya). Tidak di dunia, pada hari akhirat kelak, insya-ALLAH.

Alah... kalau tidak tunai hak suami pun, boleh berjaya juga. Bukankah 'ALLAH tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya.' Hmm... Muthiah tidak mahu berdebat dalam hal ini, kitalah yang membuat pilihan. Jika itu yang kita rasakan terbaik buat diri kita, silakan. Moga dengan keputusan itu, kita kan dilimpah hidayah oleh TUHAN ^^

Sahabat tersebut bertanya lagi, "Bagaimana hendak ada idea yang berterusan?"

Jawabnya satu ~ Hanya daripada ALLAH. Kita hanyalah alat/wasilah daripada-NYA untuk menyampaikan sesuatu. Jadi, hendak tidak hendak... mahu tidak mahu... kita perlulah kembali kepada ALLAH dan bermohon kepada-NYA. Kita boleh menulis novel/ cerpen/ blog... semua dengan izin ALLAH. Kena ingat tu ('') Kita bukanlah siapa-siapa. Kita bukanlah manusia yang hebat. Segalanya adalah milik dan hak ALLAH.

Persoalan : Bagaimana hendak meminta kepada-NYA sedang diri tidak menjalankan amanah ALLAH sebaiknya? Aik. Blur...

Iyalah. Kepada siapa lagi kita hendak meminta? Baik kepada mereka yang taat mahupun yang engkar terhadap ALLAH. Masing-masing tetap membutuhkan DIA dalam apa jua kondisi. Mahu idea, pohonlah kepada ILAH agar dikurniakan idea untuk menulis. Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri... banyakkan membaca... rehat pun penting. Sebab... macam mana hendak menulis jika jasad sedang sakit. Badan letih yang teramat.

Iyalah. Bagaimana hendak meminta itu dan ini sedang dalam masa yang sama, ALLAH murka dek kemurkaan suami? Hmm... jelas? Huhu... Tidak boleh salahkan juga. Suami tidak cakap apa-apa pun. Suami tidak bersuara walau sepatah. Okey sahaja? Satu soalan yang boleh dijawab sendiri. Okeykah kita apabila suami mengabaikan tanggungjawabnya selaku seorang ketua rumah tangga?

Inilah perkaitannya dengan entri terdahulu. Muthiah ulang kembali ~ Hendak berjaya, perlu jaga hak suami. Apabila hak suami ditunaikan, insya-ALLAH... TUHAN akan membantu kita. Lagipun, macam mana hendak buat kerja jika hati tidak tenang? Kenapa tidak tenang? Dah... ada yang tidak beres dengan suami kita.

Hmm.. Hak suami sahajakah? Lain-lain? Ehe... Tidak... suami adalah salah satunya. Hak ALLAH... Hak ibu bapa (bagi isteri, hak suami lebih utama). Hak anak-anak. Hak jiran tetangga. Hak anggota masyarakat dan banyak lagi. Cuma di sini, Muthiah hanya memberi penekanan kepada hak suami. Lain-lain, tanyakan pada pak cik Google ya T_____T

Muthiah : Ehe... suami-suami, jangan lupa berkongsi rasa dengan sang isteri kerana tidak semua isteri peka terhadap suaminya ;)
0 Responses