Rasulullah
Monday, May 16, 2011
Assalammualaikum. Selamat berhujung minggu ;) Makan apa pagi ini? Masak sendiri atau beli di kedai? Ehe. Apapun... moga kita semua dirahmati ALLAH selalu.
T______________T
Pernah dengar lagu ini? Mesti pernah, bukan? Apa perasaan kita tatkala menghayati bait katanya? Syahdu, bukan? Jom kita renung kembali.
Moga-moga...
Kita kan dipilih ALLAH menjadi salah seorang yang menyampaikan agama-NYA. Ehe. Jangan lupa meletakkan diri kita ke arah itu?
Kita akan terus berada di atas landasan ini. Yakni... jalan yang diredhai TUHAN yang SATU.
Kita kan terus istiqamah melakukan kebaikan. Baik secara nyata, mahupun yang tersembunyi.
Kita akan terhindar daripada azab api neraka. Maka... ayuhlah kita saling memperingati (secara hikmah) kerana manusia itu acap kali lalai dan alpa. Hehe... tidak mahulah menyalahkan tidak tentu hala sampai menyakitkan hati. Percayalah. Semakin menjauh nanti. Kalau hendak 'mengutuk' juga. Buat blog sendiri atau tulis pada wall facebook sendiri secara umum. Nanti... siapa yang makan cili, dia pasti akan berasa pedas. Aduh. Ajaran sesat ni ^______^
Muthiah : Ayuh berselawat kepada Nabi SAW.