Kecurian di mesin ATM

Assalammualaikum. Apa khabar, semua? Muthiah... Alhamdulillah. Baik-baik belaka bahkan semakin sihat sebab kuat makan. Iyalah. Apabila banyak berperjalanan, cepat pula rasa lapar. Kemudian, mulalah hendak mengunyah.

Pernah tengok tayangan ini? Peringatan buat semua, juga diri Muthiah sendiri. Berwaspadalah sentiasa. Kenapa?


Kerana masih ramai manusia yang ...

... tidak takutkan TUHAN.
... suka memilih jalan mudah untuk senang (walhal, tidak senang-senang pun).
... tidak berhati perut.
... rasa hidupnya masih lama. Ajal tidak akan datang menjemput.
... pemalas!
... suka lawan cakap suami. Ops. Salah isu ;) Sebab baru tengok cerita 'Di bawah ketiak isteri'..
... terlebih bijak dalam kebodohan.
... imannya sudah hilang entah ke mana.

Moga-moga ALLAH sentiasa memelihara kita daripada sesuatu yang bisa mendatangkan kemurkaan-NYA.

Muthiah : Mula masuk bekerja setelah 2 minggu bercuti. Hore....

0 Responses