Berdoalah...


Assalammualaikum, semua. Apa khabar? Bersedih hati… Hmmm… Kenapa? Jom kongsi dengan Muthiah ;)

Satu malam, Muthiah memberitahu suami…

“Abe… bila Muthiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dahulu, ada satu perkara yang Muthiah runsingkan sebenarnya,” Muthiah meluahkan sesuatu setelah sekian lama terpendam.

Suami yang sedang makan mendongak lalu bertanya, “Apa dia?”

“Hmmm… Muthiah tidak risau untuk hidup tidak mewah tetapi Muthiah gusar dan kadang-kadang sedih memikirkan diri Muthiah yang tidak dapat membantu dan menyumbang untuk keluarga…” jawab Muthiah panjang lebar.

Muthiah diam seketika kemudian menyambung kembali, “Namun, Muthiah tidak henti berdoa pada ALLAH agar dimurahkan rezeki keluarga, dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat…”

Benar! Kadang-kadang, kita menjadi buntu. Tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Lantas, kembalilah kepada DIA yang merencana kehidupan ini. Berdoalah agar ditunjuki jalan yang terbaik. Dan pasti, DOA itu sendiri adalah senjata setiap Mukmin.

Muthiah menerima sistem kiriman ringkas daripada papa Muthiah. Ada berita gembira yang dikhabarkan. Alhamdulillah. Muthiah sungguh sukacita dan bersyukur dengan segala yang telah ALLAH berikan.

Pengajaran…

1) Berdoalah sentiasa kepada ALLAH apabila kita buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Ya… Serahkan kehidupan kita, juga mereka yang kita sayang kepada ALLAH SWT. Sesungguhnya, DIA lebih tahu dan Maha Arif atas sesuatu. Mohon agar ALLAH sentiasa memelihara dan melindungi diri kita dan orang yang kita sayang daripada sesuatu kemudaratan. Ujian itu pasti ada. Akan tetapi… ingatlah!!! ALLAH juga ada setiap saat dan ketika. Kita tidak sendiri dan keseorangan. Mintalah kepada-NYA dengan penuh harapan.

Andai kita sayangkan keluarga… saudara-mara… sahabat-handai… Titipkanlah doa kepada mereka sentiasa. Kita mungkin tidak mampu untuk memberi wang dan harta namun percaya… ada yang lebih penting dan besar daripada itu. Doakanlah mereka agar sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat. Ya! Hidup ini tidak lama. Kita mahu masuk ke dalam syurga dan kita tidak mahu orang yang kita sayang ketinggalan sama. Jadi???

2) Taatilah suami. Senangkan hatinya sentiasa. Insya-ALLAH, DIA pasti akan mempermudah perjalanan hidup kita. Ujian dan dugaan adalah lumrah kehidupan, asam garam dalam rumah tangga. Namun, percayalah. ALLAH ada… ALLAH dekat mendengar setiap rintihan dan rayuan kita.

Entahlah… Muthiah, bukanlah yang terbaik. Akan tetapi, Muthiah tetap mahu menyeru isteri-isteri di luar sana agar berusaha dan bercita-cita untuk menjadi isteri yang terbaik. Sesungguhnya, syurga kita di bawah telapak kaki suami. Andai dia redha kepada kita, insya-ALLAH… redha ALLAH akan dekat dengan kita. Hmmm… Kita sebenarnya sedang belajar. Dan… kita akan terus belajar sampai hujung nyawa.

Muthiah : Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
Labels: | edit post
0 Responses