Kawan tiada... ALLAH ada! (i)


Assalammualaikum. Apa khabar iman kita hari ini? Muthiah… Hmmm… berasa serba salah sedikit pada seorang teman. Kenapa, ya? ;)

Satu pagi, seorang teman mengadu sesuatu kepada Muthiah. Ya… Muthiah cuba untuk menjadi seorang pendengar setia. Muthiah tidak mahu dia berasa sendiri dan berseorangan. Malamnya, dia menghantar sistem pesanan ringkas kepada Muthiah. Meluahkan lagi rasa hatinya. Entahlah… hendak dijadikan cerita, Muthiah tidak sedar langsung dengan sms tersebut sampailah keesokan harinya.

Paginya, Muthiah mengirimkannya sms… bertanya khabar. Diam… Kemudian, Muthiah mencarinya di YM dan laman sosial. Pun diam. Muthiah fikir… mungkin dia mahu menyendiri. Petangnya, Muthiah menghantar sms lagi… bertanya khabar. Tetap diam. Malamnya, barulah Muthiah menerima balasan daripadanya. Katanya, ‘Aku sms Muthiah semalam. Kenapa tidak jawab? Aku tungguuuu…’

Huhu… sadis. Muthiah tahu… dia mungkin memerlukan seorang teman saat itu dan teman yang menjadi pilihannya adalah Muthiah. Muthiah pula… tertidur… menyebabkan dia berasa tertekan (mungkin). Berasa dia tidak punya siapa-siapa. Muthiah segera mengirim pesanan ringkas kepadanya. Mohon maaf atas kekhilafan Muthiah. Dan… dia mendiam.

Hmmmm… sebenarnya, apa yang ingin Muthiah bicarakan hari ini bukanlah berkisar tentang kisah ‘duka’ dalam persahabatan seperti yang Muthiah coretkan di atas. Namun, Muthiah ingin sahabat-sahabat menyelami kembali di sebalik ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH yang telah merencanakan segalanya.

1- Dia sedang berhadapan dengan satu musibah. Menyebabkan dia bersedih hati. Dia memerlukan seorang teman. Namun sayang, teman yang diharapkan tidak muncul tatkala dia sangat-sangat membutuhkannya. Akibatnya, kesedihannya bertambah. Dalam keadaan ini, Muthiah tidak salahkannya andai dia berasa marah atau kecewa terhadap Muthiah. Dia sedang berserabut dan emosinya mungkin mendahului akalnya. Waktu ini, syaitan sangat dekat mencucuk-cucuk. Memang itu kerja mereka!

2- Dari satu sisi, sebagai sahabat… Muthiah menyayangi teman Muthiah. Muthiah hendak berada di sampingnya (walau dalam jarak jauh) untuk menenangkan dirinya yang sedang gundah. Nama lagi SAHABAT! Hanya doa yang boleh Muthiah lontarkan. Namun, di sebalik apa yang Muthiah inginkan, ALLAH menetapkan Muthiah tidak ada saat dia memerlukan (seperti kisah di atas). Salah Muthiah??? Atau salah TUHAN yang merencanakan? TIDAK!!! Tidak sama sekali. Manusia acap kali menyalahkan TUHAN-nya sedang tanpa sedar ALLAH telah menunjukkan jalan yang paling baik buat diri dan hidupnya.

Jadi, apakah yang sahabat-sahabat boleh renungkan???

-bersambung-
Labels: | edit post
0 Responses